Erm.. sedih tiap kali mengingat kisah lama.. itu satu kebodohan kan? mengingat kisah lama yang sadis kemudian kembali melukai hati yang sedang cuba untuk sembuh.. satu kebodohan kan? ya..disebabkan cinta,manusia menjadi bodoh dan sanggup mengatakan yang diri dia bodoh.. bodoh manusia itu.. dan manusia yang bodoh itu adalah aku..
bak kata seorang forumer dalam sebuah forum.. dia kata orang tu tengah sedap2 makan ayam goreng.. kita plak tengah sakit makan hati.. orang tu langsung tak fikir sebab dia tengah happy.. kita ni yang terhegeh2 pikirkan dia yang tak pernah pikirkan kita, apalagi kesedihan kita atas perbuatan dia..
kelmarin, ex-bf aku topupkan aku rm 100.. dia kata dia topupkan untuk aku sebab aku selalu tak reply msg dia, call dia.. dia kata dia nak kembali pada aku, dia nak kawan semula dengan aku.. dia kata dia ikhlas..
Aku rasa seolah2 dia letakkan harga pada persahabatan aku dengan harga rm100.. dia ingat dia boleh beli persahabatan dengan aku tu.. aku ingin cakap mcmtu dekat dia dan pulangkan semula rm100 tu.. tapi hati aku selalu berkata "mungkin dia dah betul2 menyesal, dan ikhlas kali ni.. dia yang kedekut dan penuh berkira dulu, tetiba boleh kasi orang rm100, mungkin dia ikhlas dan bersungguh2 nak kawan semula dengan aku"..mcmtu aku cuba memperbaiki prasangka aku dari pikir buruk tentang dia..
namun ternyata sungguh kesilapan aku.. prasangka baik yang aku usahakan, dibalas tuba.. dia sungguh menyakitkan hati aku sesudahnya.. sungguh menyakitkan hati aku.. dia gelak ketawa bila dia menceritakan pada aku apa yang telah dia buat pada aku sedangkan aku mengalir air mata bila dia membuka kembali kisah lama yang bagi dia seolah2 lucu hingga boleh gelak ketawa.. tegar sungguh dia gelak ketawa,di saat aku menanggung kesakitan..
aku sungguh tak sangka itu..
pahit sangat untuk aku telan semua tu..
lepas dari tu, aku terus cakap pada dia.. kredit dia rm100 aku akan pulangkan lepas dia habis call ni, persahabatan aku bukan nilainya atas duit.. kalau persahabatan berharg a rm100 tu diselangseli dengan sengaja menyakitkan hati dan tidak menghormati, apalah ertinya persahabatan itu lagi.. kerana itu bukanlah persahabatan..itu hanyalah untuk mencari teman mengisi kekosongan masa..
yang pastinya, aku dah pulangkan duit dia..
silap aku sebab selalu menaruh baik sangka pada orang.. silap aku sebab selalu memberi peluang.. silap aku kerana tak menyayangi diri aku sendiri.. silap aku kerana sengaja membiarkan hati ini dilukai orang lain yang tak menghargai.. silap aku.. silap aku..
ya Allah.. aku tak ingin membenci sesiapa ya Allah.. bantuilah aku untuk tidak membencinya...
Aku selalu pesan pada diri aku,kalau mencintai seseorang...
(1) biarkan dia pergi demi kebahagiaan dia.. kalau dia masih bersama aku, alhamdulillah, tapi kalau sebaliknya, terimalah dengan redha..
(2) jangan buta dengan hawa nafsu.. semakin mengikut telunjuk nafsu, makin jauhlah insan yang dicintai dari aku.. kerana.. allah tak redha hubungan tersebut..
(3) cari redha allah.. ajak dia sama2 cari redha allah..
(4) jujur dan ikhlas terhadap dia.. jangan permainkan perasaan orang lain.. kelak akan dibalas setimpal..
(5) jangan treat diri berfoya-foya dengan orang lain.. tak baik untuk diri dan masa depan..
(6) menerima dia seadanya.. tp kalau akhlak yang buruk, selalula menasihati dia..
(7) kena jadi kawan dia, sahabat dia, teman dia.. bersama di waktu susah dan senang..
(8) berusaha memberikan yang terbaik pada dia setakat yang termampu..
(9) bersifat realisitik dan tidak hipokrit..
(10) tahan dulu rasa cinta sepenuhnya untuk dia..hinggalak selepas berkahwin nanti..
Sudah beberapa hari, aku mengalami sakit perut. Mungkin kerana makan tidak menentu, dan kerap mengambil makanan ringan berbanding makanan yang sepatutnya, telah membuatkan perut aku memulas masuk angin. Tapi alhamdulillah hari ni, sakit makin reda. Dan peringatan buat aku, bahawa aku harus lebih memanjakan diri selepas ini dengan makan dengan teratur dan berkhasiat.
Sejak beberapa hari ni, aku selalu teringatkan W. Walau dah setahun lebih kenangan itu berlalu, tapi aku masih tidak dapat menepis bahawa hati aku masih tetap ada pada dia. Aku sedar bahawa aku paling gembira apabila bersama dengan dia, aku paling bahagia mengisi waktu bersama dia, aku semakin dekat pada Dia apabila aku bersama dia.. Perasaan aku pada dia.. lain dari perasaan aku apabila bersama dengan ex-bf aku dulu. Dengan ex-bf dulu, aku tersangat mencintai dia, sehinggakan membuat aku takut untuk melukai hati dia, sehingga aku sanggup menderita disebabkan dia, dan aku tidak dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Cinta yang buta. Kerana takut kehilangan orang yang dicintai.
Tapi dengan W, aku juga cintakan dia, sayangkan dia, rindukan dia. Namun, berlandaskan kerana Allah.. Maksud aku kerana Allah, ialah walau aku cintakan dia, sayangkan dia, namun, semuanya berlandaskan cinta pada Allah. Cinta pada Allah telah mempertemukan aku dengan dia.. dan oleh kerana cinta itu bersandarkan kerana Allah, aku redha Allah mengambilnya kembali atas kesilapan dosa yang aku lakukan. Aku terima segalanya.. Disebabkan cinta itu kerana Allah, aku tidak khuatir kehilangan W, kerana aku tahu Allah akan terus menjaga dia.. Allah sebaik2 pencinta..
Cinta pada W tidak membutakan aku.. sayang pada W tidak membuatkan aku derita.. juga sayang dan cinta pada W tidak membuatkan aku hilang pertimbangan yang wajar.. W selalu membantu aku memperbetulkan pertimbangan kami.. Dia sangat memahami aku.. sangat2 memahami..
Namun cinta aku pada W, tidak terlafaz.. aku tidak pernah mengatakan pada dia bahawa aku mencintai dia.. sebab aku takut di saat aku melafazkan cinta, cinta itu merenggangkan persahabatan.. persahabatan dan cinta harus jalan bersama.. namun aku yakin dia tahu apa yang ada dalam hati aku..
Walau di waktu ini, aku mengimbau kenangan silam, aku harus sedar bahawa segalanya telah berlalu 1 tahun lebih yang lalu.. Mungkin takkan kembali lagi.. Atau mungkin masih ada rahmat dan belas kasihan Allah pada aku untuk mempertemukan aku kembali dengan W.. Aku hanya meletakkan segalanya pada ketentuan Allah.. apa sekalipun aku redha dan pasrah.. aku telah berusaha..
Apa sekalipun, aku gembira dan bahagia.. malah kebahagiaan itu terasa hingga kini.. sekurang-kurangnya aku pernah bahagia bersama dia.. malah paling bahagia jika dibandingkan dengan kenangan dengan ex-bf dulu..dan aku bersyukur Allah pernah mempertemukan kami dalam hidup ini.. walau hanya seketika, namun itulah kenangan terindah..
Ya Allah.. redhailah perasaan ku ini..ku pohonkan kebaikan, kesejahteraan dan kasih sayangMu buat W..sesungguhnya dia telah mendekatkan aku kepadaMu..
Terdahulu, ada seseorang telah melawat blog saya dan bertanyakan mengenai profil saya..
untuk memenuhi jawapan pada persoalan itu, saya sertakan pernyataan serba ringkas tentang diri saya..
Cukuplah hanya mengenali saya dengan nama nurmawaddah.. nurmawaddah bukanlah nama sebenar saya, lumrah dalam dunia tanpa wayar ni, kita kena selalu berhati-hati..maka nama sebenar saya rahsiakan dari pengetahuan umum..saya memilih nama nurmawaddah sebab maksudnya yang bagus, iaitu cahaya kasih sayang..
tahun 2009 ni, saya berumur 24 tahun..saya merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti dalam negara.. dan dalam masa yang sama turut juga bekerja di universiti tersebut..
saya seorang yang sangat mencintai alam dan berasa mempunyai hubungan yang dekat dengan alam semulajadi..
then..
saya pun tak tahu apa nak describe tentang diri saya..huhu..kalau ada persoalan di masa akan datang, sila ajukan lagi..insyaallah saya akan cuba menjawab sebaik yang mungkin..
terlalu banyak pemikiran tentang sahabat berada dalam minda aku sejak kebelakangan ini..
ya Allah, kurniailah aku sahabat yang baik.. sahabat yang setia bersama-sama aku mencari syurga dan keredhaanMu.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan hati-hati hambaMu.. aku memohon petunjuk dari Mu.. janganlah kiranya Kau pertemukan aku dengan golongan yang fasiq dan lalai.. kerana aku juga adalah sebahagian dari mereka.. aku ingin mencari insan yang Engkau cintai.. agar aku dapat memperbaiki diri ku... hanya Engkau tempat aku menggantungkan pengharapan.. wahai Tuhan yang Maha berkuasa.. amiin ya Rabb..
terkadang, fikiran aku menjadi lelah memikirkan perihal sahabat.. bermacam-macam perkara bermain di minda.. aku hanya mengharapkan segala yang terbaik buat sahabat2 aku.. dan aku berharap aku dapat menjadi yang terbaik untuk mereka..
memikirkan mengenai sahabat.. benarlah kata2 imam as-syafie.. bercampur dengan manusia adalah merupakan penyakit..
sahabat..ada bermacam-macam jenis.. ada yang membawa kepada kebaikan..tak kurang juga yang menarik ke arah kemungkaran.. itulah kepentingannya kita memilih sahabat..
untuk aku yang tidak memilih kawan apabila berkawan, dan hanya menyandarkan untuk menjadi yang baik kepada mereka, terkadang aku juga berada dalam dilema apabila berhadapan dengan sahabat yang langsung tidak menyumbangkan aku ke arah lebih dekat pada Allah.. Aku mengaku memang aku jauh dari sempurna, mungkin juga tergolong dalam golongan lalai dan fasiq.. disebabkan itu aku menginginkan sahabat yang sama-sama boleh mengajak aku mencari Tuhan.. memperbaiki diri menjadi orang yang baik..
cuma apabila aku berjumpa dengan segolongan sahabat yang tanpa sedar mempengaruhi aku ke arah yang tidak baik, aku berada dalam dilema.. aku hanya mampu bersahabat 'tidak sampai ke hati'.. sahabat hanya sahabat.. aku cuba menasihati, namun nampaknya tiada tanda berhasil.. mungkin kerana aku juga seperti mereka.. Allah..
Ini adalah sifat orang yang lahir pada bulan ogos menurut kajian Dr. Fadzilah Kamsah. Walaupun aku sendiri lahir pada bulan ogos tapi aku takdalah terlalu mempercayai, kerana semua jenis kajian manusia bersifat tak sempurna. Kajian hanyalah kajian, empunya diri pun tak tahu sepenuhnya siapa diri dia, mcmana pulak orang lain boleh tahu? huhu..cuma adalah sesetengah ciri-ciri tu terkena pada aku..Huhu..
* Suka berlawak. - kawan2 aku kata aku mempunyai sense of humour. Bagi aku, itu mungkin secara kebetulan. Aku sukakan komedi, tapi komedi yang berpada-pada. Aku bukan peminat lawak 'tak berapa pandai'. Cuma aku suka suasana yang ceria. Dalam konteks ini, yang aku pasti ialah, aku hanya boleh berlawak apabila aku tidak berada dalam keadaan pressure. Semua orang pun mcmtu kan? huhu..
* Mudah tertawan padanya. - Yang ni aku sangatlah tak pasti dan agak tak setuju, sebab setahu aku, 1st expression orang pada aku ialah orang akan menganggap bahawa aku pendiam dan tak pandai diajak berbual. Kalau nak berbual pun, aku hanya akan berbual bila ada sesuatu topik yang merangsang aku untuk bercakap. Aku tak pandai berbual kosong. Oleh itu, takkan ada orang yang tertawan pada aku. huhu.. selalunya setahu aku, orang lebih suka pada seseorang yang out spoken, happy go lucky, banyak bercakap etc. tapi aku takde semua tu..
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. - aku tak pasti adakah aku ni sorang yang bersopan santun. tapi yang aku pasti ialah aku memang seorang yang mengambil berat kat orang lain. Cuma kebelakangan ini, aku perlu perbataskan sifat ni, sebab sesetengah orang tak suka tepi kainnya dijaga atau di ambil tahu, walaupun niat aku dalam hati aku baik.. Dan bagaimana untuk aku terlalu mengambil berat, sedangkan diri aku sendiri tak terjaga.. Aku perlu perbataskan.
* Berani dan tidak tahu takut. - Bohong sangatlah kalau dalam dunia ni ada orang yang tak tahu takut. huhu.. sekurang-kurangnya mesti dia takut pada sesuatu. Erm, mungkin dari aspek keberanian, aku hanya berani bercakap dan menegakkan sesuatu yang aku rasa betul tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Selalunya aku pasti yang aku takkan kata aku betul sehinggalah aku rasa yang aku betul2 dah ada pegangan tentang sesuatu aspek. Tapi yang pastinya, aku tidak suka berdebat dan bertegang leher dengan orang yang tidak mahu mendengar. Bila sampai keadaan itu, aku hanya biarkan dia berdebat sendiri dan menganggap segala apa yang dikatakan adalah benar.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. - mungkin kot. aku tak suka orang yang tak serius di waktu keadaan serius diperlukan. dan aku tak suka orang buat kerja main2, tak bersungguh2, dan kalau boleh biarlah jika nak buat kerja, buat betul2..aku taknak kalau aku berjaya, aku sorang je yang berjaya. aku nak sama2 berjaya..
* Pandai memujuk orang lain. - tak tepat kot. sebab aku sangatlah tak reti nak pujuk orang. sebab kebiasaannya, aku ni seorang yang tak sensitif, iaitu aku susah nak perasan bila masanya sorang tu marah, kecil hati dengan aku etc. Lagipula, bila memujuk seseorang, semestinya perlu menggunakan lebih perasaan dari berpandukan akal yang logik. Aku hanya suka gunakan akal yang logik dari guna perasaan. sebab perasaan adalah kelemahan aku.. Aku tak suka bermain2 dengan perasaan, jadi lebih baik aku tidak menunjukkan perasaan aku pada orang sebelum orang tersebut menjadi sasau dengan perbuatan aku..huhu.
* Terlalu pemurah & bersikap ego. - pemurah? ntahlah..yang tu aku tak tahu dari segi apa. Tapi bersikap ego? Mungkin, sebab aku tak suka orang yang mintak maaf berulang kali atas kesalahan sendiri tapi kemudian mengulanginya balik. Then mintak maaf lagi. Ego aku adalah tidak memaafkan kesilapan yang berulang. sebab aku nak tengok yang dia betul2 berubah dan menghargai kata2 kemaafan yang keluar dari mulutnya.. Tapi susah betul untuk ego di hadapan orang yang kita suka..ishk ishk..
* Nilai harga diri yang sangat tinggi. - betul. sangat betul. sebab kekadang, aku sendiri tak paham bila seseorang menolak kebaikan yang aku cuba buat. aku rasa seolah2 terhina dengan penolakan mereka. Mungkin? aku sepatutnya yang kena maafkan diri aku sendiri bila orang tak dpt terima kebaikan yang aku cuba buat utk mereka..
* Dahagakan pujian. - tak tau lah.. nak kata suka sgt dipuji tak jugak. sebab kekadang aku mempunyai mentaliti yang mengatakan bila orang memuji, itu sebenarnya adalah sebahagian dari perli. jadi lebih baik jangan dipuji dari rasa pesimis.
* Semangat juang yang luar biasa. - dalam sesetengah bab, itu betul. contohnya masa aku terpaksa masuk ke kos yang aku tak kenal dan tak minat dulu, aku berusaha sehabis daya walau penuh dengan kekurangan dan caci maki, aku berusaha utk berjaya dgn cemerlang dlm kos yang aku terpaksa ambil itu. alhamdulillah usaha berbaloi. contoh yang lain ialah apabila aku ditinggalkan oleh seseorang tanpa tahu salah silap aku, selama beberapa tahun aku sanggup tunggu kata putus dia, adakah bersama atau tidak lagi. Akhirnya aku berputus asa bila aku tahu apa sebenarnya yang terjadi dan apakah ianya berpunca dari salah silap aku atau tidak yang menyebabkan ianya terjadi begitu.. erm..sedih plak bila ingt..rupanya dia ada gf lain..sob sob.. kesal..lain kali cakapla awal2..pengecut punya lelaki!
* Cepat marah & mudah mengamuk. - aku akan cepat melenting bila aku lihat ketakikhlasan terpampang di depan mata. Aku mudah marah apabila beberapa prinsip aku tercabar. cuma aku yakin yang aku tak selalu marah akan benda remeh temeh. kalau nak hati sendiri terjaga, kenalah jaga hati orang lain juga..
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan. - ada beberapa aspek saja kot.. terutama bagi kes orang yang cuba menegakkan benang yang basah.
* Sangat cemburu. - 95% tepat.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti. - aku lebih suka perhati orang, tingkah laku orang dan perbandingkan dgn diri aku sendiri.
* Cepat berfikir. - mungkin tetapi perlu ada panduan. aku takut salah..
* Fikiran yang berdikari. - no comment..
* Suka memimpin & dipimpin. - aku nak suara yang didengari, dan aku suka orang yang memberikan nasihatnya pada aku. didengari dan mendengar.:)
* Sifat suka berangan. - hahaha.. aku suka berangan pergi kat tepi laut. takpun dekat atas gunung. selalunya aku pejam mata, pikir semua keindahan tu, bila aku dalam keadaan stress dan bosan:) hehehe..terapi minda orang ckp.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. - aku tak reti melukis. serius. dari kecil aku tak suka melukis, tapi aku suka mewarna. kecil2 dulu, aku menang 2 kali pertandingan mewarna. hehe.. hiburan? ntahlah, aku rasa aku tak berbakat langsung berlakon, tapi dari segi nyanyian, orang kata suara aku sedap. hehehe..puji diri sndiri pulak. tp aku malu nyanyi di khalayak ramai. nyanyi sendiri2 pun jarang buat. huhu.. silat? aku tak pernah cuba lagi, teringin gak nak cuba..:)
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. - aku sensitif dengan orang yang aku sayang je... huhu.. mmg sangat sensitif pun. tp utk merajuk, aku rasa kesian pulak kat dia, sbb nanti menyusahkan dia. aku taknak menyusahkan orang yang aku sayang..
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. - setakat ni alhamdulillah, ada penyakit yang cepat sembuh, tapi ada juga satu dua penyakit aku yang masih tak sembuh sampai sekarang..tapi takpa, aku dah pergi jumpa doktor, atleast adalah juga usaha, takdalah setakat tawakal tanpa ikhtiar..
* Belajar untuk bertenang. - betul! aku ni seorang yang kelam kabut. jadi aku tak suka orang mendesak aku. maka aku sendiri kena belajar utk selalu bertenang.
* Sikap kelam kabut. - betul betul betul..
* Romantik, pengasih dan penyayang. - huhuhu..bila aku sayang kat orang, aku akan tunjuk sedikit je dari sifat2 tu... aku hanya akan tunjuk bila dia dah betul2 sah jadi suami aku,huhu.. Cuma bila aku tunjukkan sedikit saja dari sifat romantik ke apa benda ntah tu, dia selalunya tak sedar. Dulu x-bf kata aku selalu layan dia macam kawan biasa je.. erm.. aku taknak buat melebih-lebih.. berdosa..
* Suka mencari kawan. - ntahlah, tak tepat kot... aku jarang cari kawan, tapi aku harap aku dapat jadi kawan yang terbaik pada kawan2 yang aku ada..
p/s : hanya suka -suka.. utk kurangkan tekanan dalam fikiran..
Kenapa Allah tak makbulkan doa aku menjadi seorang doktor??
Sedari kecil, cita-cita aku selain daripada menjadi seorang doktor, adalah ingin menjadi seorang pakar psikologi dan ahli arkeologi. Tetapi dalam semua cita-cita yang aku impikan, aku paling ingin bergelar seorang doktor, sebab aku ingin membantu orang yang dalam kesakitan dan kesusahan. Mulianya kerjaya seorang doktor..
Namun, Allah mentakdirkan bahawa aku mungkin tidak akan menjadi seorang doktor. Serasa aku, sehingga ke saat ini, aku tidak mungkin akan menjadi seorang doktor, kerana telah jauh aku berjalan, telah jauh menyimpang bidang yang aku pelajari kini daripada cita-cita asal aku.. kecintaan untuk menjadi doktor itu masih ada, namun aku tidak mungkin membuang masa dan umur aku untuk menoleh ke belakang semata-mata untuk bergelar seorang doktor, walaupun dahulunya aku berusaha kuat untuk menuju ke arah kerjaya kedoktoran. Namun benarlah, takdir Allah menentukan segala-galanya..
Sejenak aku terfikir, ada banyak hikmah di sebalik aku semua ini.. Antaranya ialah :
1) makin tua, aku terasa makin geli melihat darah yang bersembur-sembur. Aku taklah takut pada darah,tapi aku geli. Melihat darah yang banyak, aku rasa nak muntah. Aku juga tak boleh melihat air liur orang. Juga membuatkan tekak aku rasa loya dan payau. Berbeza sewaktu zaman persekolahan dulu, aku berusaha untuk tegar apabila melihat segala jenis 'cairan' manusia. Nak jadi doktor mestilah kena tahan tengok semua benda tu..
2) aku tak mampu untuk bekerja keras seperti seorang doktor, iaitu aku takkan sanggup untuk oncall di hospital, bermalam di hospital, bersengkang mata menjaga pesakit, lantas mengabaikan keluarga. Aku seorang yang sangat mementingkan keluarga walau apapun jua, jadi kerjaya sebagai doktor langsung tak sesuai dengan jiwa aku.
3) walaupun sebagai seorang doktor, kesihatan para pesakit amat diutamakan,tetapi jikalau aku menjadi seorang doktor, aku akan lebih mengutamakan kesihatan aku berbanding kesihatan mereka. Kerana aku adalah seorang yang sangat mementingkan masa rehat yang cukup, waktu tidur yang lena, dan waktu berekreasi sepenuhnya.
4) kerjaya seorang doktor adalah kerjaya yang dipenuhi dengan stress dan tekanan yang datang dari bukan saja daripada pesakit, keluarga pesakit, tetapi juga daripada keluarga aku sendiri. Sebagai seorang manusia, takkan ada orang yang hidup tanpa stress. Jikalau dijumlahkan keseluruhan stress2 tersebut, amatlah merungsingkan jiwa. Aku terbaca La Tahzan suatu waktu dulu, mengatakan bahawa hidup yang stress akan mengganggu kesihatan dan boleh menyebabkan seseorang itu cepat mati berbanding orang yang kurang stress. The point is kalau sekarang ni pun aku runsing dengan masalah aku walaupun aku bukannya seorang doktor, apa lagi kalau aku jadi doktor, sudah tentu bertambah2 lah kerunsingan aku. Huhu..
Secara kesimpulannya, ada hikmahnya aku tidak menjadi seorang doktor.. aku bersyukur.. walau dalam kelam, ada cahaya yang menyinar..itulah kasih sayang Allah..
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
cinta yang bertasbih mengutus hati ini
ku sandarkan hidup dan matiku pada Mu..
Bisikan doaku dalam butiran tasbih
ku panjatkan pinta ku padaMu Maha Cinta
sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit..
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dada ku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud syukur padaMu atas segala cinta..
ketika cinta bertasbih...
Ya, ketika cinta bertasbih.. ketika cinta yang Allah curahkan pada hambaNya... melebihi cinta dari makhlukNya kepada makhlukNya.. melebihi seluruh cinta yang ada di dalam dunia ini..Dalam kisah cita-cita aku ingin menjadi seorang doktor tadi, walaupun pada awalnya aku lihat semuanya sebagai musibah dan dugaan dari Allah kerana aku telah berusaha keras untuk mencapai cita-cita aku, namun rupanya itu adalah salah satu dari cinta Allah.. cinta dari Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami kemampuan hambaNya.. cinta Allah itu tersirat, hanya yang mahu berfikir dan merenung akan dapat menjejaki di manakah kasih sayangnya Allah itu kepada hambaNya.. "Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang.." bermaksud takdir yang Allah dah tentukan itu takkan dapat kita ubah walau usaha sehabis daya sehabis tenaga,tetap tidak akan berubah.. namun di sebalik takdir yang Allah tentukan pada kita itu, ketahuilah bahawa ada tersirat kasih sayang dan cintaNya kepada hambaNya.. " sujud syukur padaMu atas segala cinta.." seandainya kamu mahu berfikir...
Allah, besar sungguh kasih sayang dan rahmatMu....
Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke kl dari perlis pada pukul 4 lebih pagi tadi. Keadaan jalan yang licin akibat hujan renyai-renyai disepanjang perjalanan menyukarkan pemanduan, tambahan lagi lebuh raya yang gelap dan penuh dengan lori. Aku sebenarnya sungguh tak suka memandu di lebuh raya di waktu malam, tapi apa boleh buat, keadaan terpaksa. Jadi average aku bawa kereta semalam dalam 90-100km/j sahaja berbanding semasa perjalanan pulang dari kuantan ke kl tempoh hari, aku memandu dalam 110-120 km/j pada waktu petang. Itu pun dah kena berhati-hati sebab takut saman lebih had laju..huhu..
Hari terakhir aku di bumi perlis, aku ke Wang Kelian, iaitu tempat yang orang selalu perkatakan tentang barang2 murah. Fuh, jalan ke sana... boleh dikatakan macam nak pegi genting highlands - berbukit2 dan berpusing2.. sungguh tak sangka perjalanan yang sebegitu. Secara kesimpulan untuk orang yang pertama kali pergi ke wang kelian tu, aku menyimpulkan bahawa worth it kalau pergi ke padang besar compare dengan wang kelian sebab barang yang ada cuma biasa-biasa je bagi aku. Huhu.. Semalam gak aku pertama kalinya menjejakkan kaki ke siam. Terlekat-lekat di hidung aku bau siam. Ishk2.. Then pergi ke padang besar pulak. Seperti biasa, beli barang2 yang perlu saja.. Tak terlebih, tak terkurang. Hajat untuk ke Bukit Kayu Hitam tak tercapai. Aku teringin sangat shopping coklat kat sana, teringat sedapnya coklat masa di Langkawi dulu. Tapi apakan daya, takda rezeki kali ni..
So far, perjalanan kali ini sangat bermakna buat aku. Seronok di perlis dan kedah.. dipenuhi dengan sawah, dan ada pulak pantai.. sungguh mendamaikan. Mungkin aku sedari kecil dilahirkan di kota besar, dibesarkan juga di tengah2 kota, maka tempat seperti di kedah, perlis, malah di tanah tumpah darah iaitu kuantan juga merupakan tempat yang sangat sesuai dengan jiwa aku.
Bilakah lagi agaknya untuk menjejakkan kaki ke sana? Hmm.....
Perjalanan meredah semenanjung malaysia. Dari kl ke pahang kemudian ke perak dan seterusnya ke perlis. Agak puas berkelana..
Selama 3 hari aku di kuantan, tanah tumpah darah aku suatu ketika dahulu. Sewaktu kecil, aku pernah menetap di sana hampir 6 tahun. Kembali ke kuantan, menguak segala nostalgia sewaktu kecil. Nostalgia yang tak mungkin terpadam. Sesungguhnya ada rindu yang sangat menggamit di dalam hati ini. Sewaktu perjalanan dari kl ke kuantan, aku asyik berfikir mengenai kenangan lama itu. Di kuantan, aku cuba untuk menghayati segenap detik-detik yang aku lalui, dan cuba mengimbau kembali kenangan lama itu. Setiap detik itu membuatkan aku bertambah rindu. Aku terus meredah bumi kuantan, mencari sisa kenangan itu. Aku pergi ke bukit setongkol, cenderawasih, ke tok sira, ke taman gelora, ke teluk cempedak, ke tanjung lumpur, ke tanjung api.. segalanya adalah kenangan. Aku tinggal di sana sejak aku berumur beberapa bulan hinggalah ke umur 6 tahun. Sukar untuk diceritakan betapa rindunya aku dengan suatu tempat yang bernama kuantan itu. Sangat rindu.. Juga aku merindui seseorang.. yang walaupun jauh di mata, tapi tetap dekat di hati, yang sentiasa disebut namanya di hujung doa.. Sesungguhnya, hati aku tertinggal di kuantan..
Semasa perjalanan pulang dari kuantan ke kl, W menitipkan msg.. aku merindui dia.. Semoga dia baik saja kat sana.. Erm.. kali ini adalah kali pertama aku drive sorang direct dari kuantan ke kl.. hanya mengambil masa 3 jam.. namun di sepanjang perjalanan, hati aku tidak turut bersama pulang ke kl..
Then malam itu juga aku bertolak ke perak, menghantar opah ke kampung.. drive lagi direct selama 3 jam.. sungguh perjalanan kali ini amat bermakna buat aku.. namun hati aku masih tertinggal di kuantan..
Malam ini, aku di perlis.. walaupun berselera menjamu makanan laut di kuala perlis, namun hati aku masih lagi tetinggal di waktu aku menjamu makanan laut di tanjung lumpur.. keadaan perasaan tetap berbeza. Walau aku mencintai alam sekitar, terutamanya keindahan pantai dan laut, tapi di kali ini, dua perasaan berbeza bertamu, walau pun aku berada di keindahan laut yang aku sukai..
Wahai Allah.. apakah kesudahannya semua ini..? Aku tahun ini adalah sebahagian dari kasih sayangMu.. kasih sayangMu apabila aku merindui bumi yang Engkau ciptakan, takjub melihat kebesaranMu.. merindui hambaMu.. wahai Allah.. apakah maksud yang tersirat di sebalik perasaan hati ku ini..? Aku belum bertemu jawapannya.. Mungkin kerana kurangnya usahaku.. mungkin kerana Engkau inginkan aku menyayangi diriku sendiri kerana aku belum lagi sepenuhnya menyayangi diriku.. Wahai Allah.. hanya Engkau yang Maha Mengetahui..
Semua manusia tak suka hidup dalam ketakpastian dan kepura-puraan. Ia ibarat situasi yang tidak stabil di mana sesuatu perlu dilakukan untuk menganjak ke arah kestabilan. Mungkin walau dengan apa jua cara, asalkan hidup berada dalam zon tenang.
Menyerang tanpa bukti adalah suatu kezaliman. Tapi menyerang dengan bukti kukuh akan membolehkan seseorang mencapai kemenangan. Ini bukanlah peperangan secara zahiriah, tetapi lahiriah. Untuk itu, peperangan secara lahiriah bukanlah win-lost situation, tetapi haruslah win-win atau sekurang-kurangnya lost-lost. Bukan ingin mencari salah sesiapa, tetapi untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam diri. Itu saja.
Aku merancang untuk merehatkan minda yang letih ini ke suatu tempat yang dekat dengan alam semulajadi. Aku perlu ke sana. Aku perlu mencari ketenangan, dan aku perlu meluahkan segala kekusutan walau tidak menzahirkannya kepada orang lain. Aku perlu. Ya, sangat perlu.
Makin hari aku makin letih dengan situasi yang sudah aku jangkakan sebelumnya, tetapi aku selalu mengambil sikap berlembut dengan situasi tersebut. Aku tidak mahu kelihatan sangat tergesa-gesa memutuskan sesuatu perkara kerana ia berkaitan dengan banyak hati, dan aku juga harus menjaga hati orang lain, supaya suatu hari, hati aku juga akan terjaga. What u give, u get back. Perumpamaan inggeris itu mengatakan bahawa tiap sesuatu punya balasan tersendiri. Untuk itu aku mengharapkan balasan yang baik, maka semestinyalah melakukan suatu kebaikan untuk dibalas baik.
Agak lama aku akan menyepikan diri dari segala punca kekusutan. Aku akan mencuba, dan aku harap aku akan menjadi seorang yang lebih tenang nanti.
Semalam dia meluahkan lagi melalui sms bahawa dia masih sayangkan aku. Dalam sms itu, dia mengatakan bahawa aku sombong kerana tidak mahu melayan sms, apatah lagi call dari dia. Apakah yang harus aku lakukan? Aku tak dapat lihat di mana keikhlasannya, aku tidak nampak di mana kejujuran dia, aku tidak dapat lihat mana baiknya dia mengatakan sedemikian. Aku sudah cukup bersabar. Aku sudah cukup memaafkan. Aku sudah cukup memberi. Aku sudah tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa lagi buat dia. Hati aku dah terlalu beku untuk menerima ungkapan sebegitu dari dia. Sudah banyak kali terluka, aku harus pergi. Apabila Allah menutup suatu pintu kebahagiaan, pintu kebahagiaan yang lain pasti akan dibukakan, namun manusia selalu merenung pintu yang telah tertutup itu terlalu lama, sehinggakan dia tidak menghiraukan pintu kebahagiaan baru yang telah dibukakan itu. Aku tidak mahu menoleh pintu kebahagiaan yang telah tertutup itu. Bagi aku, sudah tentu ada suatu hikmah yang Allah janjikan untuk aku, cuma aku masih belum dapat mengenal pasti di mana kah sebenarnya pintu hikmat tersebut. Yang pasti, aku tidak akan berhenti berusaha untuk memperbaiki diri dan menjadi orang yang lebih baik dari semalam.. Moga dipermudahkan...
Aku dalam kegelisahan. Dalam kegundahan. Dan mungkin dalam kesedihan. Aku tak tahu bagaimana untuk handle dan mempositifkan diri dalam menghadapi situasi ini. Tak seperti suatu masa dulu, aku mampu untuk bertenang dan menyabarkan diri dalam menghadapi situasi sebegini walau hakikatnya amat perit dirasakan. Namun makin lama kekuatan diri aku makin pudar, mungkin kerana ketulusan hati aku makin hilang dari hari ke hari. Apakah yang patut aku lakukan.. aku bingung.
Aku berusaha mempertahankan pemikiran yang positif bahawa orang lain tidak sepatutnya menjadi penyebab untuk aku berada dalam kesedihan dan kegundahan sebegini. Namun, sungguh payah untuk aku mengekalkan kepositifan tersebut. Aku berada dalam dilema. Aku berada dalam kegelisahan.
Sepatutnya sebagai orang yang berakal waras dan berfikiran logik,aku patut tahu bahawa tiada gunanya untuk aku berfikir mengenainya lagi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada kebaikan dalam dirinya yang boleh membuatkan aku begitu memikirkan dia. Lagi satu harus aku ingat ialah berpisah dengan dia merupakan suatu istirehat aku dalam hidup dari melakukan dosa. Aku tahu bagaimana sikapnya, bagaimana peribadinya, bagaimana minatnya. Tapi entah kenapa hati aku begitu terpanggil-panggil untuk terus memikirkan dia. Mungkin kerana kenangan lama yang masih tidak dapat padam dari ingatan aku. Aku berusaha untuk melupakan kenangan itu, dan sentiasa memikirkan betapa negatifnya kenangan itu. Tapi hakikatnya aku tidak dapat menipu diri aku sendiri bahawa di dalam pahit, masih jua ada tersimpan yang manis..
Yang pastinya semuanya itu datang dari syaitan....
Aku pernah berdoa pada Allah suatu ketika dulu bahawa aku tidak sanggup untuk terus jauh dariNya, aku tidak sanggup untuk terus membiarkan diri aku hanyut dalam kepalsuan dunia, dan juga aku tidak sanggup untuk terus bergelumang dengan pendustaan hati dan cinta yang sejati. Aku tidak sanggup untuk terus berada dalam alam itu.
Mungkin ini adalah jawapan Allah pada doa-doa aku sebelum ini...
Allah telah memakbulkan doa aku dengan memisahkan aku dari kehidupan itu.. Berpisah dengannya bererti istirehat...
Ya Allah.. ampunilah dosaku yang telah lalu, sekarang dan akan datang.. ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa seluruh umat islam yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.. lapangkanlah dadaku dalam menghadapi dugaanMu ini.. gantikanlah aku dengan seorang yang lebih baik darinya dan tariklah kembali cintaku ini seandainya ia diberikan pada orang yang tidak sepatutnya mendapat cinta yang sejati dari ku.. ampunilah aku atas segala keterlanjuran.. Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. amiin..
Aku di saat ini merindui seseorang. Tetapi aku tidak pasti siapakah sebenarnya orang yang aku rindui itu.. Dalam kepala aku terbayang beberapa kisah silam.. Namun aku tidak pasti adakah salah seorang dari mereka yang aku rindui itu? Wallahu a'alam..
Minggu ini, masa di universiti terhabis dengan baik. Dari pagi sampai ke petang, masa keseluruhannya terhabis dengan membuat sampel. Cuma, malangnya aku tidak berkesempatan lagi setakat ini untuk membuat pembetulan&n bsp;kertas kerja aku. Kertas kerja itu harus disiapkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini sebelum ke seminar. Nasib baiklah esok hari minggu, jadi insyaAllah aku akan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membuat pembetulan tersebut. Semoga tiada aral yang melintang.. amiin..
Selain daripada itu, alhamdulillah, aku telah berjaya menyiapkan dua siri teknik penyediaan yang diperlukan untuk penyelidikan aku. Tapi apa yang dapat aku rasakan ialah sepanjang seminggu berada dalam keadaan yang cukup sibuk, aku tidak merasa letih. Cuma di hari terakhir pada minggu ni, iaitu hari di mana aku telah berjaya menyudahkan segala kerja, barulah aku terasa kepenatannya. Akibatnyanya, bila sampai saja ke rumah pada hari ini dan selesai menunaikan solat maghrib, aku terus tertidur sampailah ke pukul 1 pagi! Huhu.. Walaupun sedikit kesal sebab tak dapat mencari serba sedikit input pada malam ini, tapi takpalah, kekadang badan juga harus dimanjakan, betul tak..
Selain daripada membuat penyelidikan, aku juga telah siap memeriksa kertas pelajar-pelajar aku. Mereka insyaallah tak lama lagi akan menduduki peperiksaan akhir pada semester ini, dan aku doakan agar mereka semuanya berjaya. Namun, secara keseluruhannya, apa yang dapat aku simpulkan pada pelajar-pelajar aku semester ini ialah, aku gagal untuk menggarap minat mereka dalam meminati subjek fizik. Mungkin bagi aku, aku telah berusaha dan mencuba sehabis daya, tapi kemungkinan mentaliti pelajar yang negatif terhadap fizik yang telah membantutkan semua usaha-usaha tersebut.
Mereka keseluruhannya datang daripada pelajar jurusan kimia, biologi, matematik, dan pembangunan manusia. Takda seorang pun yang datang daripada pelajar jurusan mahupun dari jabatan fizik. Memang pada semester ini, aku dipilih untuk mengajar mereka yang dari jurusan berbeza. Jadi cabaran itu lebih kuat dalam pembentukan minat atau sekurang-kurangnya memberi mereka kefahaman dalam bidang fizik ini. Namun, dari kelas yang pertama aku lihat minda yang negatif dari mereka, bertanyakan kenapa mereka perlu mengambil subjek fizik, fizik susah, tak minat fizik, mereka datang dari matrikulasi sains hayat etc. Dan hasilnya, kebanyakan daripada mereka gagal dalam ujian 1 dan ujian 2 untuk subjek fizik. Aku terkilan. Terkilan sangat..
Apa yang pasti, setiap kali kelas, malah dari kelas yang pertama lagi, aku telah membuat sesi motivasi untuk menyedarkan dan memperbetulkan mentaliti mereka. Namun masih juga mereka gagal. Dari kegagalan ujian 1, mereka selalu mengeluh yang mereka tak faham fizik, mereka tak minat fizik, dan mereka meminta aku membantu mereka. Semestinyalah tugas aku memang untuk membantu mereka. Sebagai seorang yang dulunya juga berasal dari pelajar jurusan sains hayat dan kemudian memijak ke dalam jurusan fizik secara paksa-rela, aku serba faham apa masalah mereka yang sebenarnya. Mereka bukanlah tidak pandai, cuma mentaliti mereka yang harus diubah. Tiap kali kelas, perkara itu selalu aku tekankan. Mereka harus mengubah mentalili mereka kalau mereka tidak mahu gagal lagi! Contohnya ada di depan mata mereka sendiri... iaitu aku! Takda apa yang mustahil. Untuk berjaya, kena ubah mentaliti. Dan aku rasa aku telah berjaya ubah mentaliti aku daripada pelajar yang dulunya langsung tak minat fizik dan tak pandai fizik, kepada pelajar yang berjaya memegang ijazah kelas pertama dalam bidang fizik. Tapi malangnya, aku tak mampu mengubah mentaliti mereka..
Jadi, semuanya bermula dengan mentaliti! Dan aku tahu, walau aku berusaha mengubah mereka, tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah untuk berjaya kerana tidak mahu mengubah mentaliti mereka. Aku memang kesal. Entah macamanalah peperiksaan akhir mereka nanti. Moga mereka dipermudahkan.. amiin..
Dengan mentaliti, segala yang susah akan jadi mudah, dan segala yang mudah akan jadi susah. Kuatnya peranan mentaliti.. Dan aku pun akan sentiasa berusaha untuk menstabilkan mentaliti aku dalam menghadapi cabaran seharian..huhu.. insyaallah..
Minggu lalu, aku balik ke kampung di perak sebab opah buat kenduri tahlil arwah untuk atuk, che li, che dan dan che rina. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang pastinya dah lama sangat tak buat kenduri macamtu dekat rumah opah. Last sekali seingat aku masa arwah atuk masih ada, iaitu 6 tahun yang lalu.. Sepanjang duduk kat kampung, aku rasa tenang sangat, aman dan damai.. Rasa macam taknak balik semula ke KL, berhadapan dengan rutin harian kerja etc. Dalam kepala hanya memikirkan, lepas aku pencen nanti, aku nak buat rumah dekat kampung atau kawasan yang jauh dari bandar.. supaya hidup aku lebih aman, tenang dan dapat menikmati hari tua dengan bahagia, insyaallah..huhu..
Cuma dalam aku tenang dengan suasana di kampung, hidup aku diganggu oleh orang yang aku harap supaya dia pergi dan tidak lagi mengganggu aku. Dah lama aku menyepikan diri, aku menolak kehadiran dia, aku menyahpedulikan dia langsung dari hidup aku. Aku memaafkan dia atas kesalahan silam, namun aku tak mampu untuk melupakan, dan dia aku lihat langsung tidak berubah membuatkan aku semakin benci dan meluat. Walau aku dah tunjuk betapa meluat dan marah aku pada dia, dia masih juga membuat seolah-olah tak faham dan masih juga mengganggu aku. Aku tak tahu apa lagi yang dia mahu dari aku. Seolah-olah tidak cukup dengan apa yang telah diperlakukan pada aku dulu. Aku tak faham kenapa sekarang dia cari aku sedangkan dulu aku seolah-olah pengemis yang minta dikasihani. Aku benci dengan situasi yang dulu. Juga aku benci dengan apa yang telah dia buat pada aku. Aku benci.
Sekarang, dia guna alasan masih punya hati. Punya hati? gila! Aku cakap, aku pijak hati dia, aku buang dalam lori sampah. Dia seolah-olah mempergunakan alasan punya hati itu supaya aku terima dia semula dalam hidup aku. Dia ingat aku ni apa?? Buang, amik, macam kertas. Sekarang ni, aku juga dah buang dia. Macam sampah. Aku sedih buat jahat macamni dekat dia. Aku tak suka buat macamni dekat orang. Tapi dengan dia, aku tak mampu lagi bersabar.. Allah, ampunilah aku..
Bala melanda dunia. Tak perlu tengok jauh-jauh. Cuba fokuskan pada rantau Asia Tenggara. Tengoklah apa yang terjadi pada Indonesia, Filipina, malah Malaysia sendiri.. Musibah melanda, mengorbankan beribu-ribu nyawa. Musibah, kalau nak dilihat dari perspektif kejadian alam dan sains, manusia takkan dapat menghala tujukan malapetaka tersebut sebagai bala dan peringatan dari Allah.. Hanya sedikit yang memikirkan betapa musibah yang melanda itu sebagai amaran dari Allah kepada manusia yang semakin leka dan berani mencabar Allah, juga sebagai petanda bahawa dunia telah benar di ambang akhir zaman dan kiamat akan berlaku hanya sedikit masa lagi.
Apabila manusia saling berbunuhan, saling melakukan kezaliman, apa amaran yang Allah turunkan? Itulah bala. Bala bukan saja dari segi bencana alam, tetapi dari segi penyakit juga, "dikurniakan" pemimpin yang zalim, gejala sosial dan jenayah berleluasa juga adalah bala dari Allah.. Bala akan turun apabila manusia makin lama makin jauh dari Allah, maka atas sebab itu Dia menciptakan bala untuk menghukum manusia. Yang pastinya, apabila bala diturunkan oleh Allah, manusia yang berdosa, manusia yang tidak berdosa, juga manusia yang beriman dan bertaqwa juga akan tertimpa sama.. Nauzubillah.. Selamatkanlah kami dari azab, siksa dan balaMu ya Allah, walau hingga ke hari kiamat nanti.. amiin..
Bila mengenangkan ini, terasa jauh sangat dari rahmat Mu ya Allah..Mudah-mudahan janganlah kami tergolong dalam golongan orang yang Engkau murkai.. Tunjukilah kami jalan yang lurus, dan berikanlah pertolongan kepada kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik penolong kami, wahai Tuhan yang Maha pengasih lagi maha penyayang..amiin..
Mengenai kisah kehidupan. Akhir-akhir ini, aku telah menolak untuk kekal bersahabat 'akrab lagi mesra' dengan seseorang. Engkau hampir saja menjerumuskan aku ke dalam neraka, teman.. Aku tak betah lagi menasihati kamu sedangkan kamu masih juga menolak ajakan dan nasihat aku. Hanya doa saja yang mengiringinya, mudah -mudahan Allah berikan dia hidayah.. Benar nasihat seorang kawan, Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.. namun tak semua orang diberikan hidayah.. jadi apabila kita telah mengingatkan padanya namun masih juga ditolak mentah-mentah, maka hapuslah sudah tanggungjawab kita. Yang pastinya,mengenangkan kawan yang seorang ini, aku pasti akan sedih dan berlinang airmata kerana aku amat-amat sayangkan dia. Sayangnya aku pada dia, hanya Allah yang tahu. Betapa sayangnya aku pada dia, sehingga suatu masa pernah terfikir apakah mampu aku untuk mengisi kekosongan hidup andai tiada dia menemani hari-hari aku. Aku terkilan kerana masih gagal mengajak dia bersama-sama aku mencari jalan Allah.. Aku terkilan kerana melihat dia semakin hari semakin hanyut.. Aku terkilan... Aku sedih sangat..
Namun, alhamdulillah, Allah menggantikan kesedihan aku dengan kegembiraan aku dengan suatu nikmat yang tidak terjangka. Baru-baru ini, W menghubungi aku, mengatakan bahawa dia telah bersedia untuk kembali bekerja walaupun kesembuhan masih juga belum datang. Kebetulan, Allah memberikan dia peluang kembali bekerja dan menurutnya Allah seolah-olah telah menjawab doa dia di ramadhan yang lalu. Bagi aku, bekerja itu lebih baik untuk dia, untuk mengelakkan dia membunuh diri dia sendiri dengan kekosongan masa. Semoga dia menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.. makin sihat dari ke hari dan makin dekat padaNya setiap hari.. Dah lama aku impikan saat untuk dia 'hidup semula'.. Walau kebaikannya bukan pada aku,tetapi sekiranya kebahagiaan yang dia dapat, aku juga akan turut bergembira bersama dia. Semoga Allah lorongkan jalannya ke jalan yang lurus, amiin..
Tentang aku, aku masih juga menapak setiap hari ke U.. setiap perjalanan pergi dan balik adalah sejauh 80++ km.. pergi hampir 1jam..balik juga hampir 1 jam.. Terkadang bosan dengan perjalanan yang sama pada setiap hari, tetapi aku harus kuatkan diri. Dan untuk menghilangkan kebosanan, aku harus mencipta kelainan setiap hari. Namun, setakat ini tidak ada idea lagi untuk mencari kelainan. Mungkin aku boleh memulakan rutin harian dengan mencuci lab? Atau mengubah angin membuat research di library pulak mungkin? Apa lagi ek.. ntahlah, aku pun tak tahu setakat ini. Kalau ada sesiapa yang dapat bantu aku memberikan idea.. kan best? At least boleh difikir-fikir..huhu..
Manusia memang perlukan kekasih untuk merasa menyayangi dan disayangi. Sesungguhnya itu merupakan fitrah sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Esa. Perasaan kesunyian tanpa peneman itu timbul sejak dari adanya Nabi Adam a.s sebelum Allah menciptakan Hawa. Maka apabila terciptanya perasaan kesunyian dan pemupukan kasih sayang, kemudian lahirlah generasi dan keturunan hingga ke hari ini..
Aku? Sebagai manusia biasa, aku juga ingin rasa untuk menyayangi dan disayangi. Namun, mungkin hati ini dah terlalu terluka untuk menyayangi seseorang, maka ia mengambil masa untuk sembuh. Aku tak nafikan hakikat itu, dan dengan perasaan terluka itu, aku hanya mampu melihat dan membiarkan seorang demi seorang pergi kerana aku masih tidak mampu untuk merawat kelukaan itu sesungguh hati aku. Apa yang pasti, mereka tidak memberikan aku tempoh bertenang, dan tak dapat menerima seadanya usaha yang aku sedang lakukan untuk mereka. Semata-mata ikhlas untuk mereka. Akhirnya, aku hanya mampu melihat proses datang dan pergi dan terluka lagi.
Proses terluka dan melukai hati sendiri, aku terasa sangat kebodohannya ke atas aku. Terlalu mengikut rasa hati. Dan aku hanya menggadaikan ketulusan hati aku sendiri. Korbannya : aku. Apa sekalipun yang pasti, aku tetap akan cuba menjadi yang terbaik dalam orang yang hadir dalam hidup aku. Aku mampu menjadi seorang yang ikhlas untuk orang yang hadir dalam hidup aku. Dan aku hanya inginkan yang baik-baik saja buat orang yang aku sayangi.
Cuma, kini, hati aku terasa tawar untuk menyayangi orang lain lagi. Biarlah aku teruskan hidup dengan hanya menyayangi ibu bapa, keluarga, dan orang-orang yang hidup dalam lingkungan kehidupan aku. Boleh kata, aku menolak orang yang cuba hadir dan masuk dalam hidup ini. Tapi aku tak sanggup untuk bercouple etc lagi. Bagi aku bercouple merosakkan ketenangan dan kebahagiaan hidup aku. Cukuplah sudah pengalaman yang lepas. Aku bukan nak cari teman lelaki, tapi aku nak cari bakal suami.
Patutlah Islam haramkan bercouple. Sebab banyak buruk dari yang baik. Walau tak buat benda-benda tak senonoh sekalipun,masih juga tak baik serba-serbinya. Relevannya ajaran islam dari dulu hingga kini.. takkan pernah berubah. Cuma aku je yang jahil dan terlalu mengikut hati dan perasaan.
Malam ini aku berperang dengan perasaan sendiri. Dan aku harus kuat untuk menolak kesemuanya. Biarlah mereka menunjukkan keikhlasan mereka sebelum aku menunjukkan keikhlasan aku. Juga kesungguhan mereka. Cuma apa yang harus selalu aku ingat ialah "buka mata seluas-luasnya sebelum berkahwin, tetapi pandang hanya dengan sebelah mata selepas berkahwin". Aku taknak salah arah dan salah pilih lagi.. Semoga Allah lorongkan hati aku ke jalan yang lurus.. amiin..
Salam Aidil fitri, minal aidil wal fa'izin.. Semoga tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin kepada semua yang beragama islam..
Masuk hari ni, dah 10 syawal pun. Aku baru je 1hari menunaikan puasa 6.. macam-macam dugaan yang datang waktu raya ni, memandangkan syaitan pun dah bebas merayap ke sana sini. Maka, payahlah sikit ditambah dengan nafsu makan yang menggila. Haih...Tapi takpa, insyaAllah akan aku sudahi juga dengan puasa 6 yang lengkap.. dan moga dipermudahkan niat ku ini, amiin..
Sepanjang raya yang lepas, alhamdulillah, aku gembira. Walau pun sedih sebab ramadhan berlalu pergi. Ramadhan dulu, aku tenang, gembira, rasa diberkati, rasa diredhai.. Harapnya, setelah ramadhan pergi pun, ketenangan, kegembiraan dan keberkatan itu tetap ada.. juga rasa diredhai.. Aku berharap madrasah ramadhan yang lalu dapat mendidik,memuhasabah dan seterusnya mengistiqamahkan diri aku supaya kekal untuk dekat denganNya selalu seperti di bulan ramadhan dulu..
Sahabat, teman, kawan.. dalam hidup ni, takda manusia yang boleh hidup bersendirian tanpa peneman, tanpa sesiapa di sisinya. Jadi dengan sebab itulah, islam menggalakkan silaturrahim dipereratkan dalam hubungan sesama manusia.
Sahabat.. walau apa sekalipun, berdepan dengan manusia, merupakan suatu ujian kepada manusia lainnya, kerana perlu berdepan dengan kerenah yang pelbagai, kefahaman dan pendirian yang bermacam-macam, dan memerlukan kesabaran. Sahabat, boleh jadi membawa ke syurga.. dan boleh jadi juga membawa bersama-sama ke neraka..
Sebab tu allah berfirman dalam al-quran yang bermaksud :
"Dan mereka yang akrab ketika di dunia akan bermusuhan melainkan orang-orang yang bertakwa (QS : Az-zukhruf : 67)"
Ayat ni bermaksud sahabat yang akrab di dunia tetapi tidak saling menarik ke jalan Allah, malah melakukan dosa-dosa yang dikeji, maka mereka inilah yang akan bermusuhan dan saling menyalahkan di akhirat kelak...kerana mereka tidak saling mengingatkan, tidak saling membawa manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi..
Namun, sahabat yang bersahabat kerana Allah, yang saling mengingatkan apabila terlupa, yang sentiasa mendoakan di setiap hujung solatnya, yang apabila terlihat wajahnya mengingatkan dia akan tuhan.. itulah persahabatan yang berbahagia hingga ke akhirnya..
Aku berharap andai apabila aku bersahabat, ia bukanlah bersahabat dengan berkepentingan, bukanlah semata-mata mengikut kehendak bagi menghilangkan kebosanan, bukanlah juga sebagai teman untuk menambahkan dosa, tetapi semoga aku dan dia sama-sama ingin mencari redha Ilahi dan melengkapkan kehidupan ini dengan silaturrahim yang terjalin utuh.. amin..
Sahabat ketawa memang mudah dicari.. sesiapa saja boleh menjadi sahabat bersama ketika senang.. tapi berapa ramaikah yang sanggup untuk bersama-sama menjadi sahabat menangis apabila sahabatnya dihujani pelbagai masalah dan ujian?
Allah.. moga dipertemukan aku dengan sahabat sejati.. amiin.. Serasanya dalam pencarian ini, aku telah berjumpa dengan beberapa orang yang sanggup menangis bersama-sama.. Yang pastinya dalam kilauan permata itu, sudah tentu dikaburi oleh pasir yang menutup kilauan permata itu.. namun permata tetap juga akan berkilau.. kekadang, antara kaca dan permata, sukar untuk manusia membezakan.. namun, aku taknak meletakkan harapan yang tinggi supaya mereka menjadi permata yang berkilauan untuk aku selamanya, tapi biarlah aku berusaha untuk menjadi permata untuk mereka.. moga dikuatkan hati ini.. amin..
Alhamdulillah..menjenguk ke fasa kedua ramadhan, iaitu fasa pengampunan.. semoga aku tak tergolong dalam golongan yang rugi yang tidak mendapat pengampunan dosa sepanjang di bulan ramadhan ini..
Sejak bermula ramadhan, hinggalah ke saat ini, aku menghadapi kesukaran untuk melelapkan mata di malam hari. Kalau terlelap pun, hanya 1, 2 jam, kemudian terkelip-kelipla tak tahu macamana nak paksa mata untuk tido. Kebaikan insomnia ini pada aku ialah aku boleh melangsaikan kerja-kerja yang banyak, juga menambahkan amal ibadat aku yang sedikit ni, solat tarawih pun tak rasa mengantuk, bangun masak sahur pun segar-bugar je..tak macam puasa-puasa yang lepas, aku agak susah bangun untuk masak sahur.. Huhuuu! Tapi keburukannya ialah, aku akan cepat keletihan di siang hari, cepat mengantuk, dan bila sampai u, aku susah memberikan tumpuan sebab kekurangan tido. Aduh! Aku kurang faham kenapa insomnia ni terjadi pada aku, sedangkan pada siang harinya, aku tak tido langsung dan dah menggunakan tenaga yang banyak.. tapi yang aku pasti ialah di saat aku ingin melelapkan mata, ada banyak sangat perkara yang bermain di fikiran aku sampaikan otak aku tak berhenti berfikir itu dan ini.. Huhu..
Sepanjang puasa ni, sepanjang pengamatan aku terhadap student2 aku,mereka lebih produktif dan bersemangat. Alhamdulillah. Memang itu yang aku harapkan.. Berkat puasa.. Puasa takkan menjadikan umat islam semakin lemah,malah sebenarnya makin produktif. Berbalik pada sejarah kegemilangan islam, Sallehudin al-Ayubi berjaya mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan.Tengok.Betapa hebatnya ramadhan. Sungguh berbeza dengan kenyataan Habib  ;Borguiba, iaitu Presiden Tunisia apda 1960-an dulu yang menyatakan bahawa puasa mengurangkan produktiviti negara, lantas dia membuat siaran langsung televisyen makan di siang hari pada bulan Ramadhan bersama-sama menteri2 kabinet dia! sekular!
Kat sini, aku nak paste lirik lagu yang dah lama aku suka dengar..Dia kekasih allah, nyanyian Hijjaz.. lirik tu betul-betul memberi makna dalam hidup aku.. entahlah.. susah nak dikatakan..
alhamdulillah, ramadhan telah menjenguk ke hari yang ke-enam. Sepanjang ramadhan ini, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan tenang, aman dan bahagia. Bersyukur sangat rasanya.. sebab dah lama sangat tak rasa kebahagiaan dan ketenangan sebegini..
Dan satu lagi kegembiraan ialah aku telah berjaya di dalam interview yang dijalankan pada penghujung julai yang lalu. cuma sekarang, sedang menanti untuk dipanggil melapor diri. apa sekalipun, tugas sebagai pelajar dan tutor tetap harus dikerjakan sebaik mungkin. aku berharap agar Allah mengurniakan aku cukup masa untuk aku melangsaikan segala amanah dengan baik. Pada Allah aku berharap. dan kepadaNyalah aku memohon pertolongan..Murah rezeki kali ini.. alhamdulillah, moga dipermudahkan juga jalan ku menuju Illahi..
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Menggamit rindu yang tak terucap. Aku rindu pada Mu Ramadhan.. Bulan di mana Allah menutup pintu neraka, dan membuka seluas-luasnya pintu syurga. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Bulan yang penuh dengan pengampunan, dan Bulan yang penuh dengan kasih sayangNya..
Ya Allah.. aku bersyukur kepadaMu kerana mempertemukan aku sekali lagi dengan Ramadhan ini..
Aku insaf. Betapa ramai manusia yang tidak dapat mengagak, bahawa Ramadhan yang lalu adalah Ramadhan yang terakhir buat mereka. Betapa ramai manusia yang telah pergi tanpa sempat menjenguk Ramadhan kali ini.
Alhamdulillah.. aku bersyukur kepadaMu kerana telah memanjangkan umur ku untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan..
Aku berharap, ketenangan,kelapangan dan kebahagiaan sentiasa melingkari hari-hari aku di Bulan Ramadhan ini.. semoga segala macam kekeruhan, kekecewaan, dan kesedihan, terbelenggu, sama seperti terbelenggunya syaitan di Bulan Ramadhan ini. Semoga aku akan terus berbahagia dengan ujian hidup yang datang. Dan alhamdulillah, aku telah belajar sesuatu pada hari ini melalui La Tahzan :
"Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki."
"Bersabarlah bila bencana datang menimpa, nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan keluarnya"
InsyaAllah..aku akan menemukan apa yang aku cari selama ini..
Hari ini, buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari 2006 hinggalah 2009, aku menghubungi H. Dah sekian lama, 3 tahun aku tidak pernah lagi mendengar suara dia sebab dulu, tiap kali aku call, tidak berjawab, tiap kali aku msg, tidak berbalas. Aku tak pernah berhenti berusaha call dan msg dia, hinggalah aku betul-betul pasti yang tiada guna lagi berharap.
Malam ini, di saat sebelum aku call dia, aku bertanya pada diri aku.. Patut ke aku call? Patut ke tak aku call ni? Tangan menggigil, jantung berdegup kencang. tapi, aku sematkan kata-kata, "aku tak takut pada selain Allah.. aku takkan gugup berhadapan dengan sesiapa pun melainkan pada Allah..niat aku baik, aku nak wish congratulations kat dia atas pertunangan dia.. seandainya niat aku benar, maka permudahkanlah Ya allah.." .
Akhirnya, aku call dia. Pada 'tit' yang kelima, baru dia mengangkat panggilan aku. Aku sebenarnya redha je andai kali ni dia tak angkat juga panggilan aku. Sebab niat aku cuma nak wish.. aku dah semat niat yang betul bagi aku, tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Dia jawab panggilan telefon dengan suara yang agak gugup mulanya. Sama juga macam aku.
"Hello"
"Ape khabar"
" Sorry mengganggu"
"Awak tengah buat ape tu"
"Oo..tengah tengok tv ke..sory sbb ganggu awk tgk tv.."
"Just nak tanya..betul ke awak dah bertunang? Hari tu saya tgk kat friendster, ada org cakap awk dah bertunang"
Lebih kurang begitu opening nya... aku cuma straight to the point, sbb aku taknak membuang masa dan mengganggu tunangan orang. Sekali lagi aku ingatkan, niat aku cuma untuk wish congratulations..
Then dia kata yang dia tak bertunang, orang cuma kenakan dia..dan biasanya kawan2 universiti yang kenakan dia..Entahlah. Mungkin aku tersalah kot. Tapi takpalah.. Apapun, dia still dah ada GF, jadi tak perlu lagi aku meletak harapan dan mencari ruang serta peluang. Tak perlu. Aku pun dah lupakan dah segalanya.
Then bersembang-sembang sebentar tentang apa yang apa yang kami sedang lakukan sekarang. Dia kata, keja sekarang ni masih tak sesuai dengan minat dan jiwa dia etc. Begitu juga aku, sama. Tapi takpa, aku cuma pertaruhkan niat yang baik, dan berkerja untuk beribadah. Tak mahu lagi memikirkan soal minat atau jiwa. Sebab pengakhiran hidup ini, adalah kembali kepada Allah. Cuma dia kata tadi, jangan give up. Jangan give up. Thanks a lot..
Dia kata, ada banyak benda yang dia nak cakap pada aku. Tapi dia kata tunggu masa lain, insyaallah. Dia ada ajak aku jumpa dia pada masa-masa akan datang, dia tanya "berani tak jumpa dia".. Then aku cakap "tak berani nak jumpa awk".. sbenarnya tujuan aku cakap macamtu, sebab aku tak mahu ganggu gugat hubungan dia dengan GF dia. Lagipun, aku tak suka BF aku kluar dengan eprempuan lain, jadi lebih baik aku jangan melakukan itu dengan BF orang. "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Cukuplah.. Itu pun dah cukup supaya dia rasa, aku takkan kembali ke suatu masa yang lalu. Cuma yang mampu aku lakukan ialah.. "persahabatan". Aku tak pernah memutuskan silaturrahim.. Takkan pernah..
Dia kata, dulu dia down. mental break down. tersangat2. dia kata dia lemah semangat. sampai dia sanggup tinggalkan aku. Sampai dia pergi tanpa sebarang berita. time kitorang final year dulu, tahun di mana dia betul-betul break down.
Aku kembali mengingati kisah silam.. aku tak pernah berpaling dari dia. aku tak pernah gagal untuk menerima dia seadanya. aku tak pernah cuba untuk menekan dia. Aku sentiasa ada.. sentiasa harap dia hadir.. sentiasa mengambil berat- sakit dia, makan minum dia, study dia, cuba bagi semangat.. Tapi.. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang khbar berita, sampai satu masa aku pernah terfikir yang dia mungkin dah mati accident tapi takda orang yang bagitahu pada aku. Dan lebih mengecewakan aku yang menanti ni, dia akhirnya ada GF baru tanpa bagitahu pada aku yang kami putus.. Takpalah.. mungkin itu lebih baik untuk dia. Aku cuma doakan dia bahagia. Dan aku redha takdir yang telah Allah tentukan pada aku..
Kini, aku kembali berpijak di bumi nyata. Dan aku hubungi dia pada hari ini, cuma untuk menjadi insan yang terbaik lagi untuk dia, untuk ucapkan tahniah buat dia andai dia bertunang. Bagi aku, walau sepahit mana, kegembiraan dia patut aku raikan juga.. sebab dia adalah insan yang pernah aku sayang satu masa dlu..
Itu saja.. tanpa hati, tanpa cinta lagi, hanya kasih sesama manusia.. semoga dia sentiasa sejahtera...amin..
Nauzubillah... Awal tahun 2009 ni dulu, aku pernah bermimpi dia bersama seorang perempuan "mengambil dan diambil kesempatan" di dalam kereta milik dia... Aku menganggap itu hanyalah mimpi, walau berhari-hari malah berminggu-minggu mimpi tersebut menjadi igauan aku.. Masa tu bagi aku itu mungkin hanyalah mainan tidur.. Tapi...
tak sangka... ia benar-benar terjadi... mimpi menjadi kenyataan... astaghfirullah... ya Allah... apa daya aku ya Allah....
Sebelum ni, aku kerap nasihat dia... jangan keluar berdua dengan perempuan bukan mahram kalau takda niat berkahwin.. jangan berfoya-foya... jangan busukkan nama keturunan dia yang baik tu sebab dia penah kata pada aku, tok nenek dia dulu dari keturunan orang kuat agama... Aku kerap kali nasihat dia.. aku cakap jangan keluar.. jangan keluar.... jangan keluar.... kalau nak keluar jugak, pergi jumpa mak bapak budak perempuan tu, cakap nak ada ikatan dengan perempuan tu.. Tapi seringkali aku nasihat, seringkali tu dia kata ok ok ok.. dia kata aku baik.. dia kata dia terima... dia kata tak salah kalau keluar pegi tempat ramai orang.. tapi syaitan tu ada kat tempat sunyi je ke? sejak bila plak dia tau syaitan takkan ada kat tempat ramai orang? bodoh.. tapi masalahnya, even dia kata dia terima hukum islam tu..tapi dia still buat.. dengan aku dia takkan dapat lawan kata-kata tentang agama kebiasaannya..
Tapi hari ini? Astaghfirullah... apa lagi yang boleh aku bantu...
Dia dah menjerumuskan diri dia sendiri...
Berdosa kah aku kerana sebagai kawan baik dia, aku gagal menarik dia..?
Aku dah berusaha....
Siap masa aku nasihat dia dulu, dia kata, aku berdendam dengan dia... dia kata aku cemburu sebab dia keluar dgn perempuan... dia kata aku ada hati dekat dia.... Dia ingat aku kemaruk ke nak berlaki, tambahan lelaki macam dia? Jauh panggang dari api...
Benda yang aku takuti benar-benar terjadi... mimpi aku 7 bulan yang lalu menjadi kenyataan... rupanya itu petanda...
Inilah catatan perjalananku yang baru. Setelah lama diri terbiar sesat dalam sedar, daku kembali lagi kepada-Mu. Daku pulang dengan tangisan yang tidak dapat kuhentikan. Pun, harapanku hanyalah agar Engkau masih menerima kepulangan ini.
Ya Rabbi,
Engkaulah sumber rezekiku. Kenapa hatiku terlalu sesak memikirkannya sedang Engkaulah yang menguruskan segalanya. Semuanya adalah, dari sisi-Mu jua datang dan perginya. Bawalah daku ke jalan-Mu yang lurus, terang dan tenang.
Ya Rabbi,
Engkaulah sumber keamanan. Kenapa hatiku masih mencarinya dari manusia? Engkaulah sumber cinta dan kebahagiaan. Kenapa daku masih mendambakannya dari manusia?
Ya Rabbi,
Dipukul gelongbang dunia yang ganas, ditiup angin taufan nafsu, akhirnya daku terdampar di kaki takdir-Mu dalam kesakitan. Daku ingn membuang semua rasa itu. Namun, apakah akan Kau sambut kepulanganku ini?
Atau marahkah Kau padaku?
Ya Allah, marahkan Engkau padaku?
Ya Allah, wahai pelindungku,berilah pengampunan-Mu kepadaku
berilah cinta dan kasih sayang-Mu kepadaku.
Wahai Yang Memiliki cinta,
Wahai Pemilik Cinta Yang Agung,
Daku menanti, Kau mencintaiku sehingga aku pula mencintai-Mu.
Dari lorong-lorong yang sepi sekali
Dari jambatan yang usang dan sunyi
Dari hati yang mengemis pengampunan dan cinta Ilahi!
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
..TERIMALAH AKU..
Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam mengusik hati
Tanpa sempatku bendungi lagi
Kusering tertanya adakah derita tiada hujungnya
Apakah airmata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahwa dunia sementara cuma hoo...
Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu
Terima kasih tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmatMu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku untuk membalasnya
Tanda cintaku kepadaMu Kau kekasih hati
Semogaku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biar pun luka kasih terpisah darah mengalir pekat
Selamanya akan ku capainya jua
Keimanan ketaqwaanku
Lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biar pun diriku terasa hina
Engkau Yang Maha Pengasih
Engkau Yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terima dari segala taubat
..duhai teman... dikala ini hatiku tidak keruan..
mencari sebuah kekuatan n semangat utk jiwa..
..yg makin sepi n usang kurasakan....
..duhai teman.. andai batas usiaku ini sudah ditetapkanNYA...
sudah dalam perencananNYA...
sudsah tersurat di LUH MAHFUZNYA...
redha duhai Tuhan... sepertimana daku redha menerima segala ujian ini...
..duhai teman, apa dayaku..
..berat maat memandang berat lagi bahu ini memikulnya..
namun... duhai teman ku redha... kupasrah.. kupercaya...
DIA amat menyayangiku sepertimana insan lain menyayangiku disaat-saat akhir ku tika ini...
duhai teman, jgn disesali...
kerna daku sendiri tak pernah sesal dilahirkan kudunia ini...
Alhamdulillah, adik aku yang dikuarantin kerana selsema babi a.k.a H1N1 telah beransur sembuh. Mendengar suaranya yang ceria, dan dia dah berselera untuk makan membuatkan aku lega. Dah tentu kedua ibu bapa aku lebih lagi lega.. Sejak adik aku kena H1N1, mak aku kelihatan sangat risau. Nasib baiklah ada kawan adik aku, Naufal yang tolong menjenguk2 adik aku kat perlis sana.. Dia yang tolong membelikan makanan, menyuruh makan ubat, membawa ke pusat kesihatan. Alhamdulillah,ada juga manusia sebaik dia.. lega, tak usah nak cakap.. Aku bersyukur pada Mu Allah..
Malam nanti, aku akan keluar makan dengan kawan karib aku sejak di sekolah menengah.. Dah 2 tahun kami tak berjumpa. Masing-masing terikat dengan komitmen dan masa yang ada untuk diluangkan bersama-sama memang tak mencukupi.. Dan sebenarnya, berpunca dari kesalahan aku juga, kerana aku terlalu memencilkan diri dengan kawan-kawan lama. Entah kenapa, aku di kala ini enggan untuk memikirkan persoalan yang bakal timbul apabila sudah berkumpul bersama-sama. Aku tak mahu menceritakan segala pekung di dada, dan untuk menipu dengan menceritakan segala yang indah2, itu tak mungkin akan aku lakukan lagi. Cukup sudah dosa silam..
Tadi, aku buka friendster.. Saja melihat-lihat friendster kawan-kawan lama. Dan dulu, satu rutin yang aku tak boleh tinggalkan ialah membuka frienster H. Dia yang pergi tanpa sebarang pesan. Dan membuat aku terluka tanpa aku ketahui apa salah dan silap aku. Tapi tak mengapa. Sekurang-kurangnya, kepahitan itu beransur-ansur sembuh, dan kenangan lama tidak lagi aku kenang. Bila teringat kenangan bersama, aku rasa seolah-olah imun, tiada apa perasaan lagi yang tinggal. Cuma mungkin ada perasaan itu, tapi jauh di lubuk hati. Dan dia sekarang pun dah bertunang dengan gadis pilihan dia. Aku doakan semoga dia sentiasa berbahagia sentiasa. 22 Julai yang lalu, birthday dia. Aku adalah wish birthday dia. Cuma, kali ini, aku taip sesuatu yang sangat ringkas. Dia membalas sms aku dengan nada ingin berbual panjang. Namun, aku segera menghentikan sms tersebut. Kebetulan, birthday dia sama dengan birthday kawan aku yang lain. Jadi aku send sms yang sama untuk kedua-duanya. Tiada lagi yang special, tiada lagi yang lain dari yang lain untuk dia. Aku melakukan itu, untuk tidak mengganggu pertunangan mereka. Bagi aku,aku hanya akan berusaha sekiranya masih ada ruang dan peluang, tetapi bila aku ketahui dia dah ada Gf dan sekarang ni merupakan tunangan dia, aku takkan lagi berusaha. Walau aku berusaha sekalipun, dia takkan pernah tahu sebab aku ada cara aku sendiri, cara yang introvert.. Tapi aku redha takdir Allah.. Usahalah sehabis daya, andai dia tak tercipta untuk aku dan hanya memilih untuk singgah sebentar di hati ini, aku redha. Sebab Allah telah menciptakan seseorang yang lebih baik dari dia yang telah pergi itu.. Apa sekalipun, walau apa sekalipun dosa yang telah dia buat pada aku, melukakan hati aku, namun kemaafan tetap ada buat dia, sebab sekurang-kurangnya dia penah membahagiakan aku. Aku cuma doakan dia bahagia dengan orang-orang yang dia sayang.
Ketika ini, aku hanya ingin menumpukan kepada pengajian aku. Aku ingin berjaya dalam hidup, menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa aku, dan menyiapkan diri aku untuk seseorang yang tercipta untuk aku. Aku tak pernah berhenti berusaha, namun aku taknak melangkaui batas yang ditetapkan oleh syariat. Cinta yang dipenuhi dengan dosa, adalah cinta nafsu, dan tidak mengundang keredhaan allah. Di akhir sana nanti, hanya permusuhan yang akan timbul walau awalnya diselangi dengan penuh kasih sayang..kasih sayang yang palsu dan buta.. Aku harap, aku tidak tergolong dalam golongan yang apabila mencinta, cinta itu lebih dari perasaan cinta dan takut kepadaNya.. Mungkin masa itu belum tiba buat aku. Tapi aku yakin, masa itu pasti akan tiba, selagi dalam hati aku tiada sifat putus asa dan berprasangka kepadaNya..
Hari ni, aku contact dengan orang2 yang aku pernah mengimpikan untuk tidak lagi contact dia buat selama-lamanya. Aku ingin merendahkan ego, mengurangkan kelukaan dalam hati, dan belajar memaafkan orang lain. Aku tidak mahu menjadi jahat lagi. Aku nak berubah menjadi orang yang baik, dan lebih baik dari hari ke hari. Serasanya, tidak perlu untuk aku membalasi kejahatan dan perbuatan seseorang itu kepada aku walau apa sekalipun, kerana hukuman, balasan, biarlah Allah yang menentukan dan melaksanakannya, kerana itu lebih adil. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Aku tak mahu dalam membalasi perbuatan orang kepada aku, aku melampaui batas dalam pembalasan itu, dan seterusnya menzalimi orang tersebut tanpa aku sedari. Sebab kebiasaannya, apabila diri dalam keadaan terasa dianiaya dan dizalimi, perbuatan dan keinginan untuk membalas sesuatu itu supaya setimpal adalah dipengaruhi dengan perasaan dan akal. Namun, seringkali ia membelakangkan kehendak iman, walau ada sekelumit kehendak iman didalam pembalasan itu, tapi seringkali itu juga ia tersasar dari landasannya.
Selepas ini, aku harap aku tidak lagi membalas perbuatan jahat seseorang pada aku. Walau hati sakit dan terluka sekalipun, biarlah, kerana berapa lama lagi dunia ini diperuntukkan untuk hidup? Tidak lama...... dan akhirat tu yang kekal abadi. Aku kena selalu mengingatkan diri aku....
Erm....diri, selalu lah bertenang.. selalulah bersabar dalam menghadapi setiap ujian...
Dalam mencari kedamaian hati, kedamaian yang hakiki, hati selalu saja mengeluh memikirkan betapa buntu nya jalan. Sedangkan hakikat yang terbentang luas di depan mata, adalah lebih baik dan indah kejadiannya, walaupun masih tidak kelihatan di depan mata, cuma dapat dirasakan dengan hati.
Mencari redha Allah dalam setiap langkah dan perjalanan, tak semudah yang disangkakan kerana manusia mempunyai nafsu dan dikelilingi oleh syaitan yang sentiasa menggoda. Cukupkah dengan bersolat di sepertiga malam, iman yang kental dapat diperolehi? Tidak.... Dan Ya boleh, seandainya solat itu benar2 khusyuk dan diterima oleh Allah.. tapi susah sangat nak bersolat dengan penuh khusyuk.. Allah...
Sepanjang hari, sepanjang bertebaran di muka bumi Allah, adakah rezeki yang dicari itu benar2 halal? Mungkin pekerjaan itu sudah halal.. tapi ada 1 lagi yang sukar ditangani oleh diri.. adakah waktu bekerja itu benar2 dikhaskan semata-mata untuk bekerja? adakah ia diselang seli dengan bergayut di telefon, keluar lunch lebih dari masa yang ditetapkan, tidur waktu bekerja, main internet waktu bekerja, bersembang kosong dan lain-lain lagi? Itu penyebab rezeki dari sumber yang halal tidak lagi menjadi halal keseluruhannya.. Allah.. susahnya untuk memantapkan hati...
Bagaimana ukhuwwah dengan orang ramai? Adakah rakan-rakan, menyenangi kamu? Adakah apabila mereka berdosa, diri kamu hanya merelakan dengan anggapan "kubur lain-lain.." ?. Nak menegur, takut dikatakan apa pulak.. sedangkan diri sendiri pun bukanlah baik sangat.. tapi tidakkah kalau mereka melakukan dosa, kita hanya melihat tanpa berbuat sesuatu, tidak kah itu dikira bersubahat? Allah...
Allah, susahnya menjaga diri dan menjaga hati... dari azab neraka Mu....