Coretan hidup minggu ini..

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 December
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Coretan hidup minggu ini..
10.24.09 (3:24 am)   [edit]

Minggu ini, masa di universiti terhabis dengan baik. Dari pagi sampai ke petang, masa keseluruhannya terhabis dengan membuat sampel. Cuma, malangnya aku tidak berkesempatan lagi setakat ini untuk membuat pembetulan&n bsp;kertas kerja aku. Kertas kerja itu harus disiapkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini sebelum ke seminar. Nasib baiklah esok hari minggu, jadi insyaAllah aku akan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membuat pembetulan tersebut. Semoga tiada aral yang melintang.. amiin..

Selain daripada itu, alhamdulillah, aku telah berjaya menyiapkan dua siri teknik penyediaan yang diperlukan untuk penyelidikan aku. Tapi apa yang dapat aku rasakan ialah sepanjang seminggu berada dalam keadaan yang cukup sibuk, aku tidak merasa letih. Cuma di hari terakhir pada minggu ni, iaitu hari di mana aku telah berjaya menyudahkan segala kerja, barulah aku terasa kepenatannya. Akibatnyanya, bila sampai saja ke rumah pada hari ini dan selesai menunaikan solat maghrib, aku terus tertidur sampailah ke pukul 1 pagi! Huhu.. Walaupun sedikit kesal sebab tak dapat mencari serba sedikit input pada malam ini, tapi takpalah, kekadang badan juga harus dimanjakan, betul tak..

Selain daripada membuat penyelidikan, aku juga telah siap memeriksa kertas pelajar-pelajar aku. Mereka insyaallah tak lama lagi akan menduduki peperiksaan akhir pada semester ini, dan aku doakan agar mereka semuanya berjaya. Namun, secara keseluruhannya, apa yang dapat aku simpulkan pada pelajar-pelajar aku semester ini ialah, aku gagal untuk menggarap minat mereka dalam meminati subjek fizik. Mungkin bagi aku, aku telah berusaha dan mencuba sehabis daya, tapi kemungkinan mentaliti pelajar yang negatif terhadap fizik yang telah membantutkan semua usaha-usaha tersebut.

Mereka keseluruhannya datang daripada pelajar jurusan kimia, biologi, matematik, dan pembangunan manusia. Takda seorang pun yang datang daripada pelajar jurusan mahupun dari jabatan fizik. Memang pada semester ini, aku dipilih untuk mengajar mereka yang dari jurusan berbeza. Jadi cabaran itu lebih kuat dalam pembentukan minat atau sekurang-kurangnya memberi mereka kefahaman dalam bidang fizik ini. Namun, dari kelas yang pertama aku lihat minda yang negatif dari mereka, bertanyakan kenapa mereka perlu mengambil subjek fizik, fizik susah, tak minat fizik, mereka datang dari matrikulasi sains hayat etc. Dan hasilnya, kebanyakan daripada mereka gagal dalam ujian 1 dan ujian 2 untuk subjek fizik. Aku terkilan. Terkilan sangat..

Apa yang pasti, setiap kali kelas, malah dari kelas yang pertama lagi, aku telah membuat sesi motivasi untuk menyedarkan dan memperbetulkan mentaliti mereka. Namun masih juga mereka gagal. Dari kegagalan ujian 1, mereka selalu mengeluh yang mereka tak faham fizik, mereka tak minat fizik, dan mereka meminta aku membantu mereka. Semestinyalah tugas aku memang untuk membantu mereka. Sebagai seorang yang dulunya juga berasal dari pelajar jurusan sains hayat dan kemudian memijak ke dalam jurusan fizik secara paksa-rela, aku serba faham apa masalah mereka yang sebenarnya. Mereka bukanlah tidak pandai, cuma mentaliti mereka yang harus diubah. Tiap kali kelas, perkara itu selalu aku tekankan. Mereka harus mengubah mentalili mereka kalau mereka tidak mahu gagal lagi! Contohnya ada di depan mata mereka sendiri... iaitu aku! Takda apa yang mustahil. Untuk berjaya, kena ubah mentaliti. Dan aku rasa aku telah berjaya ubah mentaliti aku daripada pelajar yang dulunya langsung tak minat fizik dan tak pandai fizik, kepada pelajar yang berjaya memegang ijazah kelas pertama dalam bidang fizik. Tapi malangnya, aku tak mampu mengubah mentaliti mereka..

Jadi, semuanya bermula dengan mentaliti! Dan aku tahu, walau aku berusaha mengubah mereka, tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah untuk berjaya kerana tidak mahu mengubah mentaliti mereka. Aku memang kesal. Entah macamanalah peperiksaan akhir mereka nanti. Moga mereka dipermudahkan.. amiin..

Dengan mentaliti, segala yang susah akan jadi mudah, dan segala yang mudah akan jadi susah. Kuatnya peranan mentaliti.. Dan aku pun akan sentiasa berusaha untuk menstabilkan mentaliti aku dalam menghadapi cabaran seharian..huhu.. insyaallah..

 

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment: