|
Manusia memang perlukan kekasih untuk merasa menyayangi dan disayangi. Sesungguhnya itu merupakan fitrah sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Esa. Perasaan kesunyian tanpa peneman itu timbul sejak dari adanya Nabi Adam a.s sebelum Allah menciptakan Hawa. Maka apabila terciptanya perasaan kesunyian dan pemupukan kasih sayang, kemudian lahirlah generasi dan keturunan hingga ke hari ini.. Aku? Sebagai manusia biasa, aku juga ingin rasa untuk menyayangi dan disayangi. Namun, mungkin hati ini dah terlalu terluka untuk menyayangi seseorang, maka ia mengambil masa untuk sembuh. Aku tak nafikan hakikat itu, dan dengan perasaan terluka itu, aku hanya mampu melihat dan membiarkan seorang demi seorang pergi kerana aku masih tidak mampu untuk merawat kelukaan itu sesungguh hati aku. Apa yang pasti, mereka tidak memberikan aku tempoh bertenang, dan tak dapat menerima seadanya usaha yang aku sedang lakukan untuk mereka. Semata-mata ikhlas untuk mereka. Akhirnya, aku hanya mampu melihat proses datang dan pergi dan terluka lagi. Proses terluka dan melukai hati sendiri, aku terasa sangat kebodohannya ke atas aku. Terlalu mengikut rasa hati. Dan aku hanya menggadaikan ketulusan hati aku sendiri. Korbannya : aku. Apa sekalipun yang pasti, aku tetap akan cuba menjadi yang terbaik dalam orang yang hadir dalam hidup aku. Aku mampu menjadi seorang yang ikhlas untuk orang yang hadir dalam hidup aku. Dan aku hanya inginkan yang baik-baik saja buat orang yang aku sayangi. Cuma, kini, hati aku terasa tawar untuk menyayangi orang lain lagi. Biarlah aku teruskan hidup dengan hanya menyayangi ibu bapa, keluarga, dan orang-orang yang hidup dalam lingkungan kehidupan aku. Boleh kata, aku menolak orang yang cuba hadir dan masuk dalam hidup ini. Tapi aku tak sanggup untuk bercouple etc lagi. Bagi aku bercouple merosakkan ketenangan dan kebahagiaan hidup aku. Cukuplah sudah pengalaman yang lepas. Aku bukan nak cari teman lelaki, tapi aku nak cari bakal suami. Patutlah Islam haramkan bercouple. Sebab banyak buruk dari yang baik. Walau tak buat benda-benda tak senonoh sekalipun,masih juga tak baik serba-serbinya. Relevannya ajaran islam dari dulu hingga kini.. takkan pernah berubah. Cuma aku je yang jahil dan terlalu mengikut hati dan perasaan. Malam ini aku berperang dengan perasaan sendiri. Dan aku harus kuat untuk menolak kesemuanya. Biarlah mereka menunjukkan keikhlasan mereka sebelum aku menunjukkan keikhlasan aku. Juga kesungguhan mereka. Cuma apa yang harus selalu aku ingat ialah "buka mata seluas-luasnya sebelum berkahwin, tetapi pandang hanya dengan sebelah mata selepas berkahwin". Aku taknak salah arah dan salah pilih lagi.. Semoga Allah lorongkan hati aku ke jalan yang lurus.. amiin.. bintang malam nyanyikan lagu rindu hatiku yang terpendam bintang malam lukis wajahku katakan aku pergi... genggamlah cinta yang ku berikan simpanlah selalu dalam hati ku akan selalu dalam mimpimu menemani tidurmu.. sudahlah sudah ku harus pergi jangan kau tangisi aku lagi biar ku bawa seluruh cintamu ku dakap dalam tidur panjang ku..
|