Sahabat..

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 December
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Sahabat..
09.09.09 (2:00 am)   [edit]

Sahabat, teman, kawan.. dalam hidup ni, takda manusia yang boleh hidup bersendirian tanpa peneman, tanpa sesiapa di sisinya. Jadi dengan sebab itulah, islam menggalakkan silaturrahim dipereratkan dalam hubungan sesama manusia.

Sahabat.. walau apa sekalipun, berdepan dengan manusia, merupakan suatu ujian kepada manusia lainnya, kerana perlu berdepan dengan kerenah yang pelbagai, kefahaman dan pendirian yang bermacam-macam, dan memerlukan kesabaran. Sahabat, boleh jadi membawa ke syurga.. dan boleh jadi juga membawa bersama-sama ke neraka..

Sebab tu allah berfirman dalam al-quran yang bermaksud : 

"Dan mereka yang akrab ketika di dunia akan bermusuhan melainkan orang-orang yang bertakwa (QS : Az-zukhruf : 67)"

Ayat ni bermaksud sahabat yang akrab di dunia tetapi tidak saling menarik ke jalan Allah, malah melakukan dosa-dosa yang dikeji, maka mereka inilah yang akan bermusuhan dan saling menyalahkan di akhirat kelak...kerana mereka tidak saling mengingatkan, tidak saling membawa manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi..

Namun, sahabat yang bersahabat kerana Allah, yang saling mengingatkan apabila terlupa, yang sentiasa mendoakan di setiap hujung solatnya, yang apabila terlihat wajahnya mengingatkan dia akan tuhan.. itulah persahabatan yang berbahagia hingga ke akhirnya..

Aku berharap andai apabila aku bersahabat, ia bukanlah bersahabat dengan berkepentingan, bukanlah semata-mata mengikut kehendak bagi menghilangkan kebosanan, bukanlah juga sebagai teman untuk menambahkan dosa, tetapi semoga aku dan dia sama-sama ingin mencari redha Ilahi dan melengkapkan kehidupan ini dengan silaturrahim yang terjalin utuh.. amin..

Sahabat ketawa memang mudah dicari.. sesiapa saja boleh menjadi sahabat bersama ketika senang.. tapi berapa ramaikah yang sanggup untuk bersama-sama menjadi sahabat menangis apabila sahabatnya dihujani pelbagai masalah dan ujian?

Allah.. moga dipertemukan aku dengan sahabat sejati.. amiin.. Serasanya dalam pencarian ini, aku telah berjumpa dengan beberapa orang yang sanggup menangis bersama-sama.. Yang pastinya dalam kilauan permata itu, sudah tentu dikaburi oleh pasir yang menutup kilauan permata itu.. namun permata tetap juga akan berkilau.. kekadang, antara kaca dan permata, sukar untuk manusia membezakan.. namun, aku taknak meletakkan harapan yang tinggi supaya mereka menjadi permata yang berkilauan untuk aku selamanya, tapi biarlah aku berusaha untuk menjadi permata untuk mereka.. moga dikuatkan hati ini.. amin..

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment: