coretan di malam hari..

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 December
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



coretan di malam hari..
09.05.09 (3:36 am)   [edit]

Alhamdulillah..menjenguk ke fasa kedua ramadhan, iaitu fasa pengampunan.. semoga aku tak tergolong dalam golongan yang rugi yang tidak mendapat pengampunan dosa sepanjang di bulan ramadhan ini..

Sejak bermula ramadhan, hinggalah ke saat ini, aku menghadapi kesukaran untuk melelapkan mata di malam hari. Kalau terlelap pun, hanya 1, 2 jam, kemudian terkelip-kelipla tak tahu macamana nak paksa mata untuk tido. Kebaikan insomnia ini pada aku ialah aku boleh melangsaikan kerja-kerja yang banyak, juga menambahkan amal ibadat aku yang sedikit ni, solat tarawih pun tak rasa mengantuk, bangun masak sahur pun segar-bugar je..tak macam puasa-puasa yang lepas, aku agak susah bangun untuk masak sahur.. Huhuuu! Tapi keburukannya ialah, aku akan cepat keletihan di siang hari, cepat mengantuk, dan bila sampai u, aku susah memberikan tumpuan sebab kekurangan tido. Aduh! Aku kurang faham kenapa insomnia ni terjadi pada aku, sedangkan pada siang harinya, aku tak tido langsung dan dah menggunakan tenaga yang banyak.. tapi yang aku pasti ialah di saat aku ingin melelapkan mata, ada banyak sangat perkara yang bermain di fikiran aku sampaikan otak aku tak berhenti berfikir itu dan ini.. Huhu..

Sepanjang puasa ni, sepanjang pengamatan aku terhadap student2 aku,mereka lebih produktif dan bersemangat. Alhamdulillah. Memang itu yang aku harapkan.. Berkat puasa.. Puasa takkan menjadikan umat islam semakin lemah,malah sebenarnya makin produktif. Berbalik pada sejarah kegemilangan islam, Sallehudin al-Ayubi berjaya mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan.Tengok.Betapa hebatnya ramadhan. Sungguh berbeza dengan kenyataan Habib  ;Borguiba, iaitu Presiden Tunisia apda 1960-an dulu yang menyatakan bahawa puasa mengurangkan produktiviti negara, lantas dia membuat siaran langsung televisyen makan di siang hari pada bulan Ramadhan bersama-sama menteri2 kabinet dia! sekular! 

Kat sini, aku nak paste lirik lagu yang dah lama aku suka dengar..Dia kekasih allah, nyanyian Hijjaz.. lirik tu betul-betul memberi makna dalam hidup aku.. entahlah.. susah nak dikatakan..

Malu rasanya menyatakan cinta

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia

sedangkan diriku insan biasa..

Ku pujuk jua hati dan jiwa

meluahkan rasa cinta membara

di dalam pujian ucapan selawat

tanda penghargaan seorang umat..

selagi upaya ku turuti ajarannya

apa terdaya ku amalkan sunnahnya

moga di dunia mendapat berkat

di akhirat sana beroleh syafaat..

kerana peribadinya aku terpesona

kerana budinya aku jatuh cinta

rindu ku padanya tiada terkata

nantikanlah daku di taman syurga

sesungguhnya apa yang ku dambakan

adalah cinta Allah yang esa

kerana cinta kepada rasulullah

bererti cinta kepada Allah..

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment: