Berlalu..

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 December
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Berlalu..
08.16.09 (11:32 pm)   [edit]

Hari ini, buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari 2006 hinggalah 2009, aku menghubungi H. Dah sekian lama, 3 tahun aku tidak pernah lagi mendengar suara dia sebab dulu, tiap kali aku call, tidak berjawab, tiap kali aku msg, tidak berbalas. Aku tak pernah berhenti berusaha call dan msg dia, hinggalah aku betul-betul pasti yang tiada guna lagi berharap.

Malam ini, di saat sebelum aku call dia, aku bertanya pada diri aku.. Patut ke aku call? Patut ke tak aku call ni? Tangan menggigil, jantung berdegup kencang. tapi, aku sematkan kata-kata, "aku tak takut pada selain Allah.. aku takkan gugup berhadapan dengan sesiapa pun melainkan pada Allah..niat aku baik, aku nak wish congratulations kat dia atas pertunangan dia.. seandainya niat aku benar, maka permudahkanlah Ya allah.." .

Akhirnya, aku call dia. Pada 'tit' yang kelima, baru dia mengangkat panggilan aku. Aku sebenarnya redha je andai kali ni dia tak angkat juga panggilan aku. Sebab niat aku cuma nak wish.. aku dah semat niat yang betul bagi aku, tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Dia jawab panggilan telefon dengan suara yang agak gugup mulanya. Sama juga macam aku.

"Hello"

"Ape  khabar"

" Sorry mengganggu"

"Awak tengah buat ape tu"

"Oo..tengah tengok tv ke..sory sbb ganggu awk tgk tv.."

"Just nak tanya..betul ke awak dah bertunang? Hari tu saya tgk kat friendster, ada org cakap awk dah bertunang"

Lebih kurang begitu opening nya... aku cuma straight to the point, sbb aku taknak membuang masa dan mengganggu tunangan orang. Sekali lagi aku ingatkan, niat aku cuma untuk wish congratulations..

Then dia kata yang dia tak bertunang, orang cuma kenakan dia..dan biasanya kawan2 universiti yang kenakan dia..Entahlah. Mungkin aku tersalah kot. Tapi takpalah.. Apapun, dia still dah ada GF, jadi tak perlu lagi aku meletak harapan dan mencari ruang serta peluang. Tak perlu. Aku pun dah lupakan dah segalanya.

Then bersembang-sembang sebentar tentang apa yang apa yang kami sedang lakukan sekarang. Dia kata, keja sekarang ni masih tak sesuai dengan minat dan jiwa dia etc. Begitu juga aku, sama. Tapi takpa, aku cuma pertaruhkan niat yang baik, dan berkerja untuk beribadah. Tak mahu lagi memikirkan soal minat atau jiwa. Sebab pengakhiran hidup ini, adalah kembali kepada Allah. Cuma dia kata tadi, jangan give up. Jangan give up. Thanks a lot..

Dia kata, ada banyak benda yang dia nak cakap pada aku. Tapi dia kata tunggu masa lain, insyaallah. Dia ada ajak aku jumpa dia pada masa-masa akan datang, dia tanya "berani tak jumpa dia".. Then aku cakap "tak berani nak jumpa awk".. sbenarnya tujuan aku cakap macamtu, sebab aku tak mahu ganggu gugat hubungan dia dengan GF dia. Lagipun, aku tak suka BF aku kluar dengan eprempuan lain, jadi lebih baik aku jangan melakukan itu dengan BF orang. "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Cukuplah.. Itu pun dah cukup supaya dia rasa, aku takkan kembali ke suatu masa yang lalu. Cuma yang mampu aku lakukan ialah.. "persahabatan". Aku tak pernah memutuskan silaturrahim.. Takkan pernah..

Dia kata, dulu dia down. mental break down. tersangat2. dia kata dia lemah semangat. sampai dia sanggup tinggalkan aku. Sampai dia pergi tanpa sebarang berita. time kitorang final year dulu, tahun di mana dia betul-betul break down.

Aku kembali mengingati kisah silam.. aku tak pernah berpaling dari dia. aku tak pernah gagal untuk menerima dia seadanya. aku tak pernah cuba untuk menekan dia. Aku sentiasa ada.. sentiasa harap dia hadir.. sentiasa mengambil berat- sakit dia, makan minum dia, study dia, cuba bagi semangat.. Tapi.. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang khbar berita, sampai satu masa aku pernah terfikir yang dia mungkin dah mati accident tapi takda orang yang bagitahu pada aku. Dan lebih mengecewakan aku yang menanti ni, dia akhirnya ada GF baru tanpa bagitahu pada aku yang kami putus.. Takpalah.. mungkin itu lebih baik untuk dia. Aku cuma doakan dia bahagia. Dan aku redha takdir yang telah Allah tentukan pada aku..

Kini, aku kembali berpijak di bumi nyata. Dan aku hubungi dia pada hari ini, cuma untuk menjadi insan yang terbaik lagi untuk dia, untuk ucapkan tahniah buat dia andai dia bertunang. Bagi aku, walau sepahit mana, kegembiraan dia patut aku raikan juga.. sebab dia adalah insan yang pernah aku sayang satu masa dlu..

Itu saja.. tanpa hati, tanpa cinta lagi, hanya kasih sesama manusia.. semoga dia sentiasa sejahtera...amin..   

 


posted by: along (reply)
post date: 08.24.09 (1:07 am)

Tahniah.awk dah buat perkara terbaik yg awk patut buat.jgn pernah berdendam.kerana manusia tidak layak menghukum.



posted by: nurmawaddah (reply)
post date: 09.27.09 (10:34 am)

terima kasih.sy tak berdendam,dan tak juga menghukum.walau sbg manusia biasa tentu ada terasa pahit,sakit dan kecewa,tapi insyaAllah sy akan berusaha utk sentiasa redha dan sabar atas ujian ni.mungkin allah hanya ciptakan dia utk singgah sebentar saja dlm hidup sy,tetapi sy yakin ada seseorang yg diciptakn lebih baik utk sy..

Your Name:


Your Comment: