|
Kebelakangan ini,banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Yang pastinya, ada yang suka, ada yang duka. Tp dan yg paling mendukacitakan sekali dalam semua perkara ialah apabila aku melihat ketidakikhlasan terpampang di depan mata, dan orang yang 'cis' itu harap aku supaya terima segalanya dan terima dia sebaiknya, sedangkan betapa buruk penerimaan dia terhadap aku ibarat pengemis dan dilayan macam binatang. Aku bukanlah seorang yang pendendam. Dan aku yakin aku tak pernah wujudkan satu perasaan untuk mendendami orang lain. Bak orang putih kata "Let bygones be bygones". Aku mudah memaafkan kesalahan orang pada aku. Aku berkemungkinan akan merajuk dan makan hati apabila disakiti orang lain, tapi cuma beberapa hari dan kemudian aku akan okey seperti sediakala asalkan dia memberikan aku alasan yang munasabah kenapa dia berbuat begitu. Kali ini, aku menjadi seorang yang sangat berbeza dari sebelumnya. Aku menjadi seorang yang keras hati, pendendam, pemarah, dan tidak menjaga hati orang lagi. Bukan kepada orang lain, sikap ini hanya aku lakukan pada dia. Dia aku kenali sejak 8 tahun yang lalu. Begitu rapat, begitu akrab, dan satu ketika dahulu aku penah berfikir dan menjadi takut apabila aku membayangkan bagaimana hidup aku kelak kalau tanpa dia. Dan dalam tempoh 8 tahun itu, aku berubah menjadi bermacam2 karakter apabila berkawan dgn dia. Serta aku juga mempelajari berbagai2 karakter manusia apabila bersama dengan dia. Aku menghargai dia, dan benar, aku menyayangi dia lebih dari kawan2 aku yang lain. Bagi aku, dia kawan susah dan senang aku, kerana dia ada apabila aku memerlukan dan begitu juga aku akan selalu ada apabila dia memerlukan aku. Tapi itu dulu, 6 tahun yang lalu. Tapi 2 tahun kebelakangan ini, sikap dia berubah 100%. Aku dah penah bertanya apa salah aku, tapi dia kata aku tak salah apa cuma dia yang bersalah.Aku pesan pada dia, kalau dia rasa dia bersalah, cubalah berubah. Dia kata pada aku, dan dia berjanji pada aku, dia akan berubah. Begitu kerap kali dia ulangi janji itu, tapi tak pernah ditunaikan. Aku sedih dengan sikap dia. Aku bertanya lagi, apa salah aku, kalau ada salah aku sila bagitahu dan aku akan cuba berubah. Dia tetap dengan pendirian dia, dan mengatakan bahawa aku tidak bersalah apa2. Aku pening. Dan dalam masa yang sama, dia melayan aku dengan begitu buruk, aku rasakan sama seperti layanan kpd seorang pengemis atau layanan serupa haiwan. Aku betul2 kecewa. Akhirnya, awal tahun lalu, aku buat keputusan untuk melepaskan satu ikatan persahabatan walaupun telah berusia 8 tahun. Keputusan itu pun sebenarnya dibuat setelah dia berterus terang pada aku yang selama ini dia tak penah ikhlas pada aku, dia berkawan dengan aku bersebab, beralasan, dan aku mempunyai cukup bukti untuk aku memaksa dia membuat pengakuan itu. Sebab itulah dia mengaku atas ketakikhlasan dia terhadap beberapa perbuatan. Aku hancur hati menerima kenyataan itu, walau itu kebenaran yang aku harapkan keluar dari mulut dia. Akhirnya, aku pergi. Namun, aku tidak terus menghukum dia, aku beri peluang kemaafan pada dia. Aku menghubungi dia, aku cakap yang aku maafkan dia, dan aku sayangkan persahabatan 8 tahun itu. Dia kata dia menyesal atas perbuatan itu, namun selang beberapa hari, dia mengulangi sikap yang sama dan membawa kepada putusnya persahabatan itu, bukan aku yang memutuskan, tapi dia. Sejak dari itu, setiap msg yang dia hantar pada aku, aku tidak pernah balas lagi. Begitu juga call. Berbulan2 aku menyahpedulikan dia dari kehidupan aku, dan aku berlagak seolah2 tidak lagi mengenali dia, kerana untuk apa?? Dia tidak pernah menghargai. Baru2 ini, dia kembali menghubungi aku, menjejaki aku. Aku menerima, atas perasaan ingin memaafkan, tapi dia masih juga membuat perangai yang sama, malah memutar belitkan sebuah cerita dan menuding jari ke arah aku. Segala apa yang dia cakapkan pada aku dulu dengan sekarang, kontra 80%.Dia betul2 buat aku hilang sabar. Aku gagal untuk bertahan lagi, aku menyumpah seranah dia di hadapan dia waktu itu juga. Dia terkejut sebab tak sangka aku lakukan itu. Dulu, dia selalu sumpah seranah aku, tapi aku tak penah balas. Sekarang ni, aku balas balik. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Dia membuatkan aku hilang hormat pada dia. Dia membuatkan aku hilang rasa kasih sayang pada dia. Dia membuat aku mengatakan pada dia bahawa "saya tak pernah cari musuh, tapi jangan volunteer nak jadi musuh saya". Dia nampak macam terkedu. Minggu depannya, dia call aku lagi. Nak aku jadi kawan baik dia semula. Dia kata aku kawan susah senang dia, selalu beri semangat pada dia, dia menyesal atas semua tindakan dia. Aku kata "kawan baik ke kalau awak layan saya serupa binatang, serupa pengemis? tikam saya dari belakang. selama ni, apa yang saya buat untuk awk? walau mcmana pun, saya tak penah layan awk buruk2, tapi nape awk layan saya mcmtu? saya bukan tak penah bagi peluang, tapi ada ke awak hargai peluang yang saya bagi? ada ke awk berubah even awk janji nak berubah? awk buat saya hilang percaya, hilang hormat pada awk. saya harap tuhan balas semua yang awk buat pada saya, setimpal. doa orang yang teraniaya akan termakbul, dan now, awk takut? awk takut doa saya termakbul?" . Aku cakap pada dia. Then dia kata, memang dia takut. Dan aku tahu, dia beriya2 mintak maaf sebab dia takut doa aku termakbul. Namun kali ni, kemaafan takkan selalu ada untuk dia. Biar dia rasa. Biar dia faham erti sahabat. Biar dia tahu. Aku takkan selamanya lembut hati dan pemaaf dengan dia. Tapi walau bagaimana sekalipun dia minta maaf pada aku, aku tahu dia tetap tak berubah. Sebab, aku punya bukti. Aku kerap perhatikan dia, walau dia tak tahu. Aku perhati, aku lihat kelakuan dia, perbuatan dia, dan yang aku dapat cuma perasaan ingin menyumpah seranah dia. Tujuan aku perhati dia dalam diam, adalah untuk aku buka ruang dalam hati aku untuk memaafkan dia kalau dia betul2 menyesal. Tapi, aku tak nampak yang dia betul2 dah berubah. Masih sama macam dulu, tapi lebih teruk. Apapun, biarlah dia. Aku serik berkawan dengan dia. Aku betul2 bencikan dia.
|