|
Hari ni, aku balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Tapi kali ni agak lain dari yang biasa kerana kali ni aku dan keluarga hanya balik hari ke kampung. Selalunya apabila balik ke kampung, kami akan bermalam sehari dua, tapi kali ni pegi pagi balik petang sebab kesuntukan masa kerana bekerja keesokan hari nya. Yang paling mengejutkan pada hari ini ialah semua adik beradik mak aku berkumpul! Bukannya apa, hari raya pun jarang sangat dapat berkumpul cukup korum macamtu, tapi hari ni agak special sebab korum cukup. Huhu.. Erm..tapi aku agak berat rasa hati ingin berkumpul sebegitu sebab soalan cepu emas atau lebih tepat lagi soalan membunuh pasti diajukan! "Dah tak lama lagi la tu..." , " Bila mak ngah nak merasa nasi minyak?", "Dah ada orang ke.....?" . Rimas, cukup rimas dengan pertanyaan sebegitu. Aku hanya jawab, "insyaallah, tak lama lagi...." . Jawapan tu berbunyi yakin untuk orang yang mendengar, tapi bagi aku yang menjawab, aku di antara pasti dengan tidak. Jawapan tersebut hanya untuk menutup mulut dari terus membicarakan, dan ya, lepas aku jawab begitu, full stop, smua orang diam. Bagus! Itu yang aku nak! Tapi, sebenarnya, tujuan aku menjawab demikian ialah selain ingin men"full stop"kan sesuatu, tapi ia juga merupakan satu doa.. Huhu...Tapi antara termakbul dengan tidak doa tersebut, aku berserah..namun aku akan tetap berusaha.. Erm..kebelakangan ini, aku selalu teringatkan dia, entah kenapa..tapi aku berat untuk menghubungi dia, sebab aku tak mahu mengganggu dia, lagipun aku tahu keadaan dia apabila terpaksa statik memegang telefon..dia tak mampu. Disebabkan ketakmampuannya, aku beralah, sebab aku tak mahu dia menanggung sakit, sakit sedia ada makin bertambah jika dia buat lebih dari kemampuannya.. Entahlah kenapa.. sentiasa teringatkan dia, namun apabila teringatkan dia, aku cepat2 cuba mengalihkan tumpuan ke perkara yang lain dan cepat2 pula beristighfar, takut ingatan aku pada dia melebihi dari ingatan aku pada Allah.. sejak pemergian dia, aku selalu teringat dan berfikir, apakah hikmah yang allah ingin berikan dari peristiwa ini.. Apa yang pasti, walau aku kehilangannya, namun, aku tetap mencari nya, walau dalam diam, dan walau tanpa sedar.. Apapun, Allah lebih berhak menentukan.. aku redha andai aku gagal, sekurang2nya aku berusaha..walau dia tak tahu, aku tetap berusaha dengan cara aku sendiri.. kerana untuk ekspressif, aku tidak pandai..apa sekalipun, yang paling penting, aku doakan agar dia bertemu dengan kesembuhan, dan dapat menjadi seperti orang lain... Oh..letihnya..nampaknya terpaksa stop sampai sini...tido time..
|