Luahan lagi..

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 December
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Luahan lagi..
06.15.09 (5:13 pm)   [edit]

Sekarang ni aku berada di fakulti. Baru tadi, aku berbincang dengan idza mengenai keputusan pencirian sampel kami. Hari rabu dan khamis ini kami dikehendaki menyertai dan membentangkan seminar. Harap-harap takda lah banyak masalah yang akan timbul, amin.. Ilmu pun setakat ini belum mencukupi aku rasa.. Jadi masih banyak yang harus dipelajari..

Skrg ni, aku takda mood untuk menulis apa-apapun di dalam tblog ini. Tak tahu ingin mencoretkan apa sebenarnya. kerana wadah tblog ini sebenarnya hanya merupakan diari online aku, tak lebih dari itu. Jadi apa yang harus aku tuliskan di sini sekiranya setiap yang aku jalani adalah perkara sama yang berulang-ulang? Tiada keseronokan lagi bukan?

Ooh.. hari ini ada perkara baru yang terjadi pada aku. Masa aku dalam perjalanan ke universiti, semasa aku telah tiba di depan pondok pengawal, tiba2 ada kereta dari belakang melanggar belakang kereta aku. Geram gak aku sebab setahu aku, aku tak membrek secara mengejut apalagi memandu dengan laju sebab di depan pos pengawal. Kemudian, bila sampai turn aku di depan pengawal tu, aku turunkan cermin tingkap dan berkata pada pengawal yang bertugas, " Encik, kereta belakang langgar kereta saya ". Kemudian, pengawal tu pun pergi ke kereta belakang dan berkata sesuatu pada pemandu tersebut.. Dan dia pun suruh aku parking kereta ke belah tepi, sekali dengan si pelanggar kereta aku tu. Bila aku keluar kereta, dalam hati aku berkata, " Huh, foreigner yang langgar aku rupanya ...". Tak habis2 dengan foreigner. Aku bengang betul dengan foreigner yang memandu kereta kat sini. Sebab mereka memandu dengan begitu berbahaya. Bukan sekali dua aku lihat mereka memandu dalam keadaan yang membahayakan, malah dah banyak kali. Aku tertanya-tanya sendiri, " Diorang ni dapat lesen ape ni? lesen antarabangsa ke diorang guna pakai kat sini? " Hati aku menggerutu geram. Selama ni, aku bukan main elak dari memandu berdekatan dengan foreigner, tapi dah takdir nak jadi, kalau kena langgar tu, nak elak macamana pun still akan terjadi juga. Berbalik pada si pemandu foreigner tadi, pengawal tersebut dan seorang lagi pengawal, aku rasa itu ketua pengawal kot, dia pun bertanya pada foreigner tu, nape foreigner tu langgar kereta aku. Then foreigner tu jawab, masa tu dia tengah sibuk nak ambil kad matrik. Aku terima alasan tu, tapi yang aku geram, bila dia kata " see, nothing's happened?".. Geram gak aku. Memang la takda kemek ke ape, tapi kalau kemek macamana? Itu pun kira nasib la kereta tak kemek, kalau kemek ko mau ganti ke kereta aku? AKu tak kisah kalau dia nak cakap alasan macam tu, cakap memang dia yang bersalah, tapi cara dia bercakap tu memang kurang ajar, takda kesopanan langsung, sambil lewa. Dia ingat duit kereta aku dia yang bayar ke? Aku boleh maafkan dia, dan aku terima kemaafan dengan senang hati tapi kalau takda sopan santun dan cara bercakap yang baik, dari nak maafkan pun rasa berat. Dah la langsung tak mintak maaf langgar kereta aku! Cis punya foreigner! Lepastu, ketua pengawal tu tanya aku, takpa ke , nak kena bayar juga ke takda kemek..?" Then aku jawabla, takpala macamtu... tak payah bayar apa2pun. Kemudian, aku cakapla kat foreigner tu, "next time please be careful la.." Tapi foreigner tu cam buat pekak ke apa aku pun tak tahu.. Maybe dia tak paham bahasa inggeris kot? Ntahla.. Lpas tu aku pun gerak je sebab aku pun still banyak kerja menunggu kat makmal untuk siapkan. Tapi bila aku gerak tu, aku  tengok ketua pengawal tu tengah bercakap2 lagi dengan foreigner tu. Maybe kena saman ke apa, aku pun tak tahu. Tapi kalau kena saman, bagus gak, biar tu jadi pengajaran kat dia. bawak kereta kenala hati-hati sikit.

Setakat itu saja pada hari ini. Tapi lepas kejadian tu, mood aku tak berapa baik sebab masih terkejut. Tapi lepas bersembang sikit2 dengan kawan-kawan dekat sini, boleh la calm sikit. lepas tu bersembang dengan encik F yang baru berkahwin. Encik F ni dulu RA dekat lab superkonduktor, aku kenal dia sebab masa tu aku buat projek tahun akhir di lab superkonduktor dan dia yang banyak membantu aku. Bersembang sikit-sikit pada isteri dia, isteri dia sebaya aku dan bekerja sebagai guru. Elokla macamtu.. Apa pun, aku doakan semoga mereka bahagia, kekal hingga ke akhir hayat.. amin..

 

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment: