Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Kegelisahan..
10.29.09 (2:59 pm)   [edit]

Aku dalam kegelisahan. Dalam kegundahan. Dan mungkin dalam kesedihan. Aku tak tahu bagaimana untuk handle dan mempositifkan diri dalam menghadapi situasi ini. Tak seperti suatu masa dulu, aku mampu untuk bertenang dan menyabarkan diri dalam menghadapi situasi sebegini walau hakikatnya amat perit dirasakan. Namun makin lama kekuatan diri aku makin pudar, mungkin kerana ketulusan hati aku makin hilang dari hari ke hari. Apakah yang patut aku lakukan.. aku bingung.

Aku berusaha mempertahankan pemikiran yang positif bahawa orang lain tidak sepatutnya menjadi penyebab untuk aku berada dalam kesedihan dan kegundahan sebegini. Namun, sungguh payah untuk aku mengekalkan kepositifan tersebut. Aku berada dalam dilema. Aku berada dalam kegelisahan.

Sepatutnya sebagai orang yang berakal waras dan berfikiran logik,aku patut tahu bahawa tiada gunanya untuk aku berfikir mengenainya lagi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada kebaikan dalam dirinya yang boleh membuatkan aku begitu memikirkan dia. Lagi satu harus aku ingat ialah berpisah dengan dia merupakan suatu istirehat aku dalam hidup dari melakukan dosa. Aku tahu bagaimana sikapnya, bagaimana peribadinya, bagaimana minatnya. Tapi entah kenapa hati aku begitu terpanggil-panggil untuk terus memikirkan dia. Mungkin kerana kenangan lama yang masih tidak dapat padam dari ingatan aku. Aku berusaha untuk melupakan kenangan itu, dan sentiasa memikirkan betapa negatifnya kenangan itu. Tapi hakikatnya aku tidak dapat menipu diri aku sendiri bahawa di dalam pahit, masih jua ada tersimpan yang manis..

Yang pastinya semuanya itu datang dari syaitan....

Aku pernah berdoa pada Allah suatu ketika dulu bahawa aku tidak sanggup untuk terus jauh dariNya, aku tidak sanggup untuk terus membiarkan diri aku hanyut dalam kepalsuan dunia, dan juga aku tidak sanggup untuk terus bergelumang dengan pendustaan hati dan cinta yang sejati. Aku tidak sanggup untuk terus berada dalam alam itu. 

Mungkin ini adalah jawapan Allah pada doa-doa aku sebelum ini...

Allah telah memakbulkan doa aku dengan memisahkan aku dari kehidupan itu..  Berpisah dengannya bererti istirehat...

Ya Allah.. ampunilah dosaku yang telah lalu, sekarang dan akan datang.. ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa seluruh umat islam yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.. lapangkanlah dadaku dalam menghadapi dugaanMu ini.. gantikanlah aku dengan seorang yang lebih baik darinya dan tariklah kembali cintaku ini seandainya ia diberikan pada orang yang tidak sepatutnya mendapat cinta yang sejati dari ku.. ampunilah aku atas segala keterlanjuran.. Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. amiin.. 

 

0 Comments
 
Rindu..
10.26.09 (1:10 am)   [edit]
Aku di saat ini merindui seseorang. Tetapi aku tidak pasti siapakah sebenarnya orang yang aku rindui itu.. Dalam kepala aku terbayang beberapa kisah silam.. Namun aku tidak pasti adakah salah seorang dari mereka yang aku rindui itu? Wallahu a'alam..
0 Comments
 
Coretan hidup minggu ini..
10.24.09 (3:24 am)   [edit]

Minggu ini, masa di universiti terhabis dengan baik. Dari pagi sampai ke petang, masa keseluruhannya terhabis dengan membuat sampel. Cuma, malangnya aku tidak berkesempatan lagi setakat ini untuk membuat pembetulan&n bsp;kertas kerja aku. Kertas kerja itu harus disiapkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini sebelum ke seminar. Nasib baiklah esok hari minggu, jadi insyaAllah aku akan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membuat pembetulan tersebut. Semoga tiada aral yang melintang.. amiin..

Selain daripada itu, alhamdulillah, aku telah berjaya menyiapkan dua siri teknik penyediaan yang diperlukan untuk penyelidikan aku. Tapi apa yang dapat aku rasakan ialah sepanjang seminggu berada dalam keadaan yang cukup sibuk, aku tidak merasa letih. Cuma di hari terakhir pada minggu ni, iaitu hari di mana aku telah berjaya menyudahkan segala kerja, barulah aku terasa kepenatannya. Akibatnyanya, bila sampai saja ke rumah pada hari ini dan selesai menunaikan solat maghrib, aku terus tertidur sampailah ke pukul 1 pagi! Huhu.. Walaupun sedikit kesal sebab tak dapat mencari serba sedikit input pada malam ini, tapi takpalah, kekadang badan juga harus dimanjakan, betul tak..

Selain daripada membuat penyelidikan, aku juga telah siap memeriksa kertas pelajar-pelajar aku. Mereka insyaallah tak lama lagi akan menduduki peperiksaan akhir pada semester ini, dan aku doakan agar mereka semuanya berjaya. Namun, secara keseluruhannya, apa yang dapat aku simpulkan pada pelajar-pelajar aku semester ini ialah, aku gagal untuk menggarap minat mereka dalam meminati subjek fizik. Mungkin bagi aku, aku telah berusaha dan mencuba sehabis daya, tapi kemungkinan mentaliti pelajar yang negatif terhadap fizik yang telah membantutkan semua usaha-usaha tersebut.

Mereka keseluruhannya datang daripada pelajar jurusan kimia, biologi, matematik, dan pembangunan manusia. Takda seorang pun yang datang daripada pelajar jurusan mahupun dari jabatan fizik. Memang pada semester ini, aku dipilih untuk mengajar mereka yang dari jurusan berbeza. Jadi cabaran itu lebih kuat dalam pembentukan minat atau sekurang-kurangnya memberi mereka kefahaman dalam bidang fizik ini. Namun, dari kelas yang pertama aku lihat minda yang negatif dari mereka, bertanyakan kenapa mereka perlu mengambil subjek fizik, fizik susah, tak minat fizik, mereka datang dari matrikulasi sains hayat etc. Dan hasilnya, kebanyakan daripada mereka gagal dalam ujian 1 dan ujian 2 untuk subjek fizik. Aku terkilan. Terkilan sangat..

Apa yang pasti, setiap kali kelas, malah dari kelas yang pertama lagi, aku telah membuat sesi motivasi untuk menyedarkan dan memperbetulkan mentaliti mereka. Namun masih juga mereka gagal. Dari kegagalan ujian 1, mereka selalu mengeluh yang mereka tak faham fizik, mereka tak minat fizik, dan mereka meminta aku membantu mereka. Semestinyalah tugas aku memang untuk membantu mereka. Sebagai seorang yang dulunya juga berasal dari pelajar jurusan sains hayat dan kemudian memijak ke dalam jurusan fizik secara paksa-rela, aku serba faham apa masalah mereka yang sebenarnya. Mereka bukanlah tidak pandai, cuma mentaliti mereka yang harus diubah. Tiap kali kelas, perkara itu selalu aku tekankan. Mereka harus mengubah mentalili mereka kalau mereka tidak mahu gagal lagi! Contohnya ada di depan mata mereka sendiri... iaitu aku! Takda apa yang mustahil. Untuk berjaya, kena ubah mentaliti. Dan aku rasa aku telah berjaya ubah mentaliti aku daripada pelajar yang dulunya langsung tak minat fizik dan tak pandai fizik, kepada pelajar yang berjaya memegang ijazah kelas pertama dalam bidang fizik. Tapi malangnya, aku tak mampu mengubah mentaliti mereka..

Jadi, semuanya bermula dengan mentaliti! Dan aku tahu, walau aku berusaha mengubah mereka, tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah untuk berjaya kerana tidak mahu mengubah mentaliti mereka. Aku memang kesal. Entah macamanalah peperiksaan akhir mereka nanti. Moga mereka dipermudahkan.. amiin..

Dengan mentaliti, segala yang susah akan jadi mudah, dan segala yang mudah akan jadi susah. Kuatnya peranan mentaliti.. Dan aku pun akan sentiasa berusaha untuk menstabilkan mentaliti aku dalam menghadapi cabaran seharian..huhu.. insyaallah..

 

0 Comments
 
..........
10.22.09 (12:30 am)   [edit]

Minggu lalu, aku balik ke kampung di perak sebab opah buat kenduri tahlil arwah untuk atuk, che li, che dan dan che rina. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang pastinya dah lama sangat tak buat kenduri macamtu dekat rumah opah. Last sekali seingat aku masa arwah atuk masih ada, iaitu 6 tahun yang lalu.. Sepanjang duduk kat kampung, aku rasa tenang sangat, aman dan damai.. Rasa macam taknak balik semula ke KL, berhadapan dengan rutin harian kerja etc. Dalam kepala hanya memikirkan, lepas aku pencen nanti, aku nak buat rumah dekat kampung atau kawasan yang jauh dari bandar.. supaya hidup aku lebih aman, tenang dan dapat menikmati hari tua dengan bahagia, insyaallah..huhu..

Cuma dalam aku tenang dengan suasana di kampung, hidup aku diganggu oleh orang yang aku harap supaya dia pergi dan tidak lagi mengganggu aku. Dah lama aku menyepikan diri, aku menolak kehadiran dia, aku menyahpedulikan dia langsung dari hidup aku. Aku memaafkan dia atas kesalahan silam, namun aku tak mampu untuk melupakan, dan dia aku lihat langsung tidak berubah membuatkan aku semakin benci dan meluat. Walau aku dah tunjuk betapa meluat dan marah aku pada dia, dia masih juga membuat seolah-olah tak faham dan masih juga mengganggu aku. Aku tak tahu apa lagi yang dia mahu dari aku. Seolah-olah tidak cukup dengan apa yang telah diperlakukan pada aku dulu. Aku tak faham kenapa sekarang dia cari aku sedangkan dulu aku seolah-olah pengemis yang minta dikasihani. Aku benci dengan situasi yang dulu. Juga aku benci dengan apa yang telah dia buat pada aku. Aku benci.

Sekarang, dia guna alasan masih punya hati. Punya hati? gila! Aku cakap, aku pijak hati dia, aku buang dalam lori sampah. Dia seolah-olah mempergunakan alasan punya hati itu supaya aku terima dia semula dalam hidup aku. Dia ingat aku ni apa?? Buang, amik, macam kertas. Sekarang ni, aku juga dah buang dia. Macam sampah. Aku sedih buat jahat macamni dekat dia. Aku tak suka buat macamni dekat orang. Tapi dengan dia, aku tak mampu lagi bersabar.. Allah, ampunilah aku..

Allah, aku letih..

0 Comments
 
Bala a.k.a Peringatan??
10.05.09 (12:54 am)   [edit]

Bala melanda dunia. Tak perlu tengok jauh-jauh. Cuba fokuskan pada rantau Asia Tenggara. Tengoklah apa yang terjadi pada Indonesia, Filipina, malah Malaysia sendiri.. Musibah melanda, mengorbankan beribu-ribu nyawa. Musibah, kalau nak dilihat dari perspektif kejadian alam dan sains, manusia takkan dapat menghala tujukan malapetaka tersebut sebagai bala dan peringatan dari Allah.. Hanya sedikit yang memikirkan betapa musibah yang melanda itu sebagai amaran dari Allah kepada manusia yang semakin leka dan berani mencabar Allah, juga sebagai petanda bahawa dunia telah benar di ambang akhir zaman dan kiamat akan berlaku hanya sedikit masa lagi.

Apabila manusia saling berbunuhan, saling melakukan kezaliman, apa amaran yang Allah turunkan? Itulah bala. Bala bukan saja dari segi bencana alam, tetapi dari segi penyakit juga, "dikurniakan" pemimpin yang zalim, gejala sosial dan jenayah berleluasa juga adalah bala dari Allah.. Bala akan turun apabila manusia makin lama makin jauh dari Allah, maka atas sebab itu Dia menciptakan bala untuk menghukum manusia. Yang pastinya, apabila bala diturunkan oleh Allah, manusia yang berdosa, manusia yang tidak berdosa, juga manusia yang beriman dan bertaqwa juga akan tertimpa sama.. Nauzubillah.. Selamatkanlah kami dari azab, siksa dan balaMu ya Allah, walau hingga ke hari kiamat nanti.. amiin..

Bila mengenangkan ini, terasa jauh sangat dari rahmat Mu ya Allah..Mudah-mudahan janganlah kami tergolong dalam golongan orang yang Engkau murkai.. Tunjukilah kami jalan yang lurus, dan berikanlah pertolongan kepada kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik penolong kami, wahai Tuhan yang Maha pengasih lagi maha penyayang..amiin..

Mengenai kisah kehidupan. Akhir-akhir ini, aku telah menolak untuk kekal bersahabat 'akrab lagi mesra' dengan seseorang. Engkau hampir saja menjerumuskan aku ke dalam neraka, teman.. Aku tak betah lagi menasihati kamu sedangkan kamu masih juga menolak ajakan dan nasihat aku. Hanya doa saja yang mengiringinya, mudah -mudahan Allah berikan dia hidayah.. Benar nasihat seorang kawan, Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.. namun tak semua orang diberikan hidayah.. jadi apabila kita telah mengingatkan padanya namun masih juga ditolak mentah-mentah, maka hapuslah sudah tanggungjawab kita. Yang pastinya,mengenangkan kawan yang seorang ini, aku pasti akan sedih dan berlinang airmata kerana aku amat-amat sayangkan dia. Sayangnya aku pada dia, hanya Allah yang tahu. Betapa sayangnya aku pada dia, sehingga suatu masa pernah terfikir apakah mampu aku untuk mengisi kekosongan hidup andai tiada dia menemani hari-hari aku. Aku terkilan kerana masih gagal mengajak dia bersama-sama aku mencari jalan Allah.. Aku terkilan kerana melihat dia semakin hari semakin hanyut.. Aku terkilan... Aku sedih sangat..

Namun, alhamdulillah, Allah menggantikan kesedihan aku dengan kegembiraan aku dengan suatu nikmat yang tidak terjangka. Baru-baru ini, W menghubungi aku, mengatakan bahawa dia telah bersedia untuk kembali bekerja walaupun kesembuhan masih juga belum datang. Kebetulan, Allah memberikan dia peluang kembali bekerja dan menurutnya  Allah seolah-olah telah menjawab doa dia di ramadhan yang lalu. Bagi aku, bekerja itu lebih baik untuk dia, untuk mengelakkan dia membunuh diri dia sendiri dengan kekosongan masa. Semoga dia menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.. makin sihat dari ke hari dan makin dekat padaNya setiap hari.. Dah lama aku impikan saat untuk dia 'hidup semula'.. Walau kebaikannya bukan pada aku,tetapi sekiranya kebahagiaan yang dia dapat, aku juga akan turut bergembira bersama dia. Semoga Allah lorongkan jalannya ke jalan yang lurus, amiin..

Tentang aku, aku masih juga menapak setiap  hari ke U.. setiap perjalanan pergi dan balik adalah sejauh 80++ km.. pergi hampir 1jam..balik juga hampir 1 jam.. Terkadang bosan dengan perjalanan yang sama pada setiap hari, tetapi aku harus kuatkan diri. Dan untuk menghilangkan kebosanan, aku harus mencipta kelainan setiap hari. Namun, setakat ini tidak ada idea lagi untuk mencari kelainan. Mungkin aku boleh memulakan rutin harian dengan mencuci lab? Atau mengubah angin membuat research di library pulak mungkin? Apa lagi ek.. ntahlah, aku pun tak tahu setakat ini. Kalau ada sesiapa yang dapat bantu aku memberikan idea.. kan best? At least boleh difikir-fikir..huhu..

 

0 Comments
 
Khatimah cinta..
10.02.09 (2:29 am)   [edit]

Manusia memang perlukan kekasih untuk merasa menyayangi dan disayangi. Sesungguhnya itu merupakan fitrah sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Esa. Perasaan kesunyian tanpa peneman itu timbul sejak dari adanya Nabi Adam a.s sebelum Allah menciptakan Hawa. Maka apabila terciptanya perasaan kesunyian dan pemupukan kasih sayang, kemudian lahirlah generasi dan keturunan hingga ke hari ini..

Aku? Sebagai manusia biasa, aku juga ingin rasa untuk menyayangi dan disayangi. Namun, mungkin hati ini dah terlalu terluka untuk menyayangi seseorang, maka ia mengambil masa untuk sembuh. Aku tak nafikan hakikat itu, dan dengan perasaan terluka itu, aku hanya mampu melihat dan membiarkan seorang demi seorang pergi kerana aku masih tidak mampu untuk merawat kelukaan itu sesungguh hati aku. Apa yang pasti, mereka tidak memberikan aku tempoh bertenang, dan tak dapat menerima seadanya usaha yang aku sedang lakukan untuk mereka. Semata-mata ikhlas untuk mereka. Akhirnya, aku hanya mampu melihat proses datang dan pergi dan terluka lagi.

Proses terluka dan melukai hati sendiri, aku terasa sangat kebodohannya ke atas aku. Terlalu mengikut rasa hati. Dan aku hanya menggadaikan ketulusan hati aku sendiri. Korbannya : aku. Apa sekalipun yang pasti, aku tetap akan cuba menjadi yang terbaik dalam orang yang hadir dalam hidup aku. Aku mampu menjadi seorang yang ikhlas untuk orang yang hadir dalam hidup aku. Dan aku hanya inginkan yang baik-baik saja buat orang yang aku sayangi.

Cuma, kini, hati aku terasa tawar untuk menyayangi orang lain lagi. Biarlah aku teruskan hidup dengan hanya menyayangi ibu bapa, keluarga, dan orang-orang yang hidup dalam lingkungan kehidupan aku. Boleh kata, aku menolak orang yang cuba hadir dan masuk dalam hidup ini. Tapi aku tak sanggup untuk bercouple etc lagi. Bagi aku bercouple merosakkan ketenangan dan kebahagiaan hidup aku. Cukuplah sudah pengalaman yang lepas. Aku bukan nak cari teman lelaki, tapi aku nak cari bakal suami. 

Patutlah Islam haramkan bercouple. Sebab banyak buruk dari yang baik. Walau tak buat benda-benda tak senonoh sekalipun,masih juga tak baik serba-serbinya. Relevannya ajaran islam dari dulu hingga kini.. takkan pernah berubah. Cuma aku je yang jahil dan terlalu mengikut hati dan perasaan.

Malam ini aku berperang dengan perasaan sendiri. Dan aku harus kuat untuk menolak kesemuanya. Biarlah mereka menunjukkan keikhlasan mereka sebelum aku menunjukkan keikhlasan aku. Juga kesungguhan mereka. Cuma apa yang harus selalu aku ingat ialah "buka mata seluas-luasnya sebelum berkahwin, tetapi pandang hanya dengan sebelah mata selepas berkahwin". Aku taknak salah arah dan salah pilih lagi.. Semoga Allah lorongkan hati aku ke jalan yang lurus.. amiin..

bintang malam nyanyikan lagu

rindu hatiku yang terpendam

bintang malam lukis wajahku

katakan aku pergi...

genggamlah cinta yang ku berikan

simpanlah selalu dalam hati

ku akan selalu dalam mimpimu

menemani tidurmu..

sudahlah sudah ku harus pergi

jangan kau tangisi aku lagi

biar ku bawa seluruh cintamu

ku dakap dalam tidur panjang ku..

 

3 Comments