|
Alhamdulillah..menjenguk ke fasa kedua ramadhan, iaitu fasa pengampunan.. semoga aku tak tergolong dalam golongan yang rugi yang tidak mendapat pengampunan dosa sepanjang di bulan ramadhan ini.. Sejak bermula ramadhan, hinggalah ke saat ini, aku menghadapi kesukaran untuk melelapkan mata di malam hari. Kalau terlelap pun, hanya 1, 2 jam, kemudian terkelip-kelipla tak tahu macamana nak paksa mata untuk tido. Kebaikan insomnia ini pada aku ialah aku boleh melangsaikan kerja-kerja yang banyak, juga menambahkan amal ibadat aku yang sedikit ni, solat tarawih pun tak rasa mengantuk, bangun masak sahur pun segar-bugar je..tak macam puasa-puasa yang lepas, aku agak susah bangun untuk masak sahur.. Huhuuu! Tapi keburukannya ialah, aku akan cepat keletihan di siang hari, cepat mengantuk, dan bila sampai u, aku susah memberikan tumpuan sebab kekurangan tido. Aduh! Aku kurang faham kenapa insomnia ni terjadi pada aku, sedangkan pada siang harinya, aku tak tido langsung dan dah menggunakan tenaga yang banyak.. tapi yang aku pasti ialah di saat aku ingin melelapkan mata, ada banyak sangat perkara yang bermain di fikiran aku sampaikan otak aku tak berhenti berfikir itu dan ini.. Huhu.. Sepanjang puasa ni, sepanjang pengamatan aku terhadap student2 aku,mereka lebih produktif dan bersemangat. Alhamdulillah. Memang itu yang aku harapkan.. Berkat puasa.. Puasa takkan menjadikan umat islam semakin lemah,malah sebenarnya makin produktif. Berbalik pada sejarah kegemilangan islam, Sallehudin al-Ayubi berjaya mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan.Tengok.Betapa hebatnya ramadhan. Sungguh berbeza dengan kenyataan Habib  ;Borguiba, iaitu Presiden Tunisia apda 1960-an dulu yang menyatakan bahawa puasa mengurangkan produktiviti negara, lantas dia membuat siaran langsung televisyen makan di siang hari pada bulan Ramadhan bersama-sama menteri2 kabinet dia! sekular! Kat sini, aku nak paste lirik lagu yang dah lama aku suka dengar..Dia kekasih allah, nyanyian Hijjaz.. lirik tu betul-betul memberi makna dalam hidup aku.. entahlah.. susah nak dikatakan.. Malu rasanya menyatakan cinta kepada dia kekasih Allah kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa.. Ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara di dalam pujian ucapan selawat tanda penghargaan seorang umat.. selagi upaya ku turuti ajarannya apa terdaya ku amalkan sunnahnya moga di dunia mendapat berkat di akhirat sana beroleh syafaat.. kerana peribadinya aku terpesona kerana budinya aku jatuh cinta rindu ku padanya tiada terkata nantikanlah daku di taman syurga sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah cinta Allah yang esa kerana cinta kepada rasulullah bererti cinta kepada Allah..
|