Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Kedamaian hati..
07.31.09 (2:19 am)   [edit]

Dalam mencari kedamaian hati, kedamaian yang hakiki, hati selalu saja mengeluh memikirkan betapa buntu nya jalan. Sedangkan hakikat yang terbentang luas di depan mata, adalah lebih baik dan indah kejadiannya, walaupun masih tidak kelihatan di depan mata, cuma dapat dirasakan dengan hati.

Mencari redha Allah dalam setiap langkah dan perjalanan, tak semudah yang disangkakan kerana manusia mempunyai nafsu dan dikelilingi oleh syaitan yang sentiasa menggoda. Cukupkah dengan bersolat di sepertiga malam, iman yang kental dapat diperolehi? Tidak.... Dan Ya boleh, seandainya solat itu benar2 khusyuk dan diterima oleh Allah.. tapi susah sangat nak bersolat dengan penuh khusyuk.. Allah...

Sepanjang hari, sepanjang bertebaran di muka bumi Allah, adakah rezeki yang dicari itu benar2 halal? Mungkin pekerjaan itu sudah halal.. tapi ada 1 lagi yang sukar ditangani oleh diri.. adakah waktu bekerja itu benar2 dikhaskan semata-mata untuk bekerja? adakah ia diselang seli dengan bergayut di telefon, keluar lunch lebih dari masa yang ditetapkan, tidur waktu bekerja, main internet waktu bekerja, bersembang kosong dan lain-lain lagi? Itu penyebab rezeki dari sumber yang halal tidak lagi menjadi halal keseluruhannya.. Allah.. susahnya untuk memantapkan hati...

Bagaimana ukhuwwah dengan orang ramai? Adakah rakan-rakan, menyenangi kamu? Adakah apabila mereka berdosa, diri kamu hanya merelakan dengan anggapan "kubur lain-lain.." ?. Nak menegur, takut dikatakan apa pulak.. sedangkan diri sendiri pun bukanlah baik sangat.. tapi tidakkah kalau mereka melakukan dosa, kita hanya melihat tanpa berbuat sesuatu, tidak kah itu dikira bersubahat? Allah...

Allah, susahnya menjaga diri dan menjaga hati... dari azab neraka Mu....

 

 

 

 

 

0 Comments
 
Menzalimi orang lain kah aku?
07.29.09 (12:55 am)   [edit]

Menzalimi orang lain, membawa murka allah, membawa diri kepada panasnya api neraka allah....

Adakah dengan enggan menghulurkan maaf selagi dia belum berubah, dikira menzalimi dirinya? aku taknak menzalimi dia dalam tanpa aku sedar..

Aku bukan bermaksud taknak langsung memaafkan dia, tetapi aku ingin melihat dia betul2 berubah dahulu, sebab peluang yang aku telah beri sebelum ini, semuanya dia sia-siakan..

Ya Allah, andai perbuatan ku ini dikira menzalimi orang lain..ampunilah dan tunjukilah aku jalan yang lurus..

0 Comments
 
"Jangan volunteer nak jadi musuh saya"
07.26.09 (2:54 am)   [edit]

Kebelakangan ini,banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Yang pastinya, ada yang suka, ada yang duka. Tp dan yg paling mendukacitakan sekali dalam semua perkara ialah apabila aku melihat ketidakikhlasan terpampang di depan mata, dan orang yang 'cis' itu harap aku supaya terima segalanya dan terima dia sebaiknya, sedangkan betapa buruk penerimaan dia terhadap aku ibarat pengemis dan dilayan macam binatang.

Aku bukanlah seorang yang pendendam. Dan aku yakin aku tak pernah wujudkan satu perasaan untuk mendendami orang lain. Bak orang putih kata "Let bygones be bygones". Aku mudah memaafkan kesalahan orang pada aku. Aku berkemungkinan akan merajuk dan makan hati apabila disakiti orang lain, tapi cuma beberapa hari dan kemudian aku akan okey seperti sediakala asalkan dia memberikan aku alasan yang munasabah kenapa dia berbuat begitu.

Kali ini, aku menjadi seorang yang sangat berbeza dari sebelumnya. Aku menjadi seorang yang keras hati, pendendam, pemarah, dan tidak menjaga hati orang lagi. Bukan kepada orang lain, sikap ini hanya aku lakukan pada dia.

Dia aku kenali sejak 8 tahun yang lalu. Begitu rapat, begitu akrab, dan satu ketika dahulu aku penah berfikir dan menjadi takut apabila aku membayangkan bagaimana hidup aku kelak kalau tanpa dia. Dan dalam tempoh 8 tahun itu, aku berubah menjadi bermacam2 karakter apabila berkawan dgn dia. Serta aku juga mempelajari berbagai2 karakter manusia apabila bersama dengan dia. Aku menghargai dia, dan benar, aku menyayangi dia lebih dari kawan2 aku yang lain. Bagi aku, dia kawan susah dan senang aku, kerana dia ada apabila aku memerlukan dan begitu juga aku akan selalu ada apabila dia memerlukan aku.

Tapi itu dulu, 6 tahun yang lalu. Tapi 2 tahun kebelakangan ini, sikap dia berubah 100%. Aku dah penah bertanya apa salah aku, tapi dia kata aku tak salah apa cuma dia yang bersalah.Aku pesan pada dia, kalau dia rasa dia bersalah, cubalah berubah. Dia kata pada aku, dan dia berjanji pada aku, dia akan berubah. Begitu kerap kali dia ulangi janji itu, tapi tak pernah ditunaikan. Aku sedih dengan sikap dia. Aku bertanya lagi, apa salah aku, kalau ada salah aku sila bagitahu dan aku akan cuba berubah. Dia tetap dengan pendirian dia, dan mengatakan bahawa aku tidak bersalah apa2. Aku pening. Dan dalam masa yang sama, dia melayan aku dengan begitu buruk, aku rasakan sama seperti layanan kpd seorang pengemis atau layanan serupa haiwan. Aku betul2 kecewa.

Akhirnya, awal tahun lalu, aku buat keputusan untuk melepaskan satu ikatan persahabatan walaupun telah berusia 8 tahun. Keputusan itu pun sebenarnya dibuat setelah dia berterus terang pada aku yang selama ini dia tak penah ikhlas pada aku, dia berkawan dengan aku bersebab, beralasan, dan aku mempunyai cukup bukti untuk aku memaksa dia membuat pengakuan itu. Sebab itulah dia mengaku atas ketakikhlasan dia terhadap beberapa perbuatan. Aku hancur hati menerima kenyataan itu, walau itu kebenaran yang aku harapkan keluar dari mulut dia. Akhirnya, aku pergi. Namun, aku tidak terus menghukum dia, aku beri peluang kemaafan pada dia. Aku menghubungi dia, aku cakap yang aku maafkan dia, dan aku sayangkan persahabatan 8 tahun itu. Dia kata dia menyesal atas perbuatan itu, namun selang beberapa hari, dia mengulangi sikap yang sama dan membawa kepada putusnya persahabatan itu, bukan aku yang memutuskan, tapi dia.

Sejak dari itu, setiap msg yang dia hantar pada aku, aku tidak pernah balas lagi. Begitu juga call. Berbulan2 aku menyahpedulikan dia dari kehidupan aku, dan aku berlagak seolah2 tidak lagi mengenali dia, kerana untuk apa?? Dia tidak pernah menghargai.

Baru2 ini, dia kembali menghubungi aku, menjejaki aku. Aku menerima, atas perasaan ingin memaafkan, tapi dia masih juga membuat perangai yang sama, malah memutar belitkan sebuah cerita dan menuding jari ke arah aku. Segala apa yang dia cakapkan pada aku dulu dengan sekarang, kontra 80%.Dia betul2 buat aku hilang sabar. Aku gagal untuk bertahan lagi, aku menyumpah seranah dia di hadapan dia waktu itu juga. Dia terkejut sebab tak sangka aku lakukan itu. Dulu, dia selalu sumpah seranah aku, tapi aku tak penah balas. Sekarang ni, aku balas balik. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Dia membuatkan aku hilang hormat pada dia. Dia membuatkan aku hilang rasa kasih sayang pada dia. Dia membuat aku mengatakan pada dia bahawa "saya tak pernah cari musuh, tapi jangan volunteer nak jadi musuh saya". Dia nampak macam terkedu.

Minggu depannya, dia call aku lagi. Nak aku jadi kawan baik dia semula. Dia kata aku kawan susah senang dia, selalu beri semangat pada dia, dia menyesal atas semua tindakan dia. Aku kata "kawan baik ke kalau awak layan saya serupa binatang, serupa pengemis? tikam saya dari belakang. selama ni, apa yang saya buat untuk awk? walau mcmana pun, saya tak penah layan awk buruk2, tapi nape awk layan saya mcmtu? saya bukan tak penah bagi peluang, tapi ada ke awak hargai peluang yang saya bagi? ada ke awk berubah even awk janji nak berubah? awk buat saya hilang percaya, hilang hormat pada awk. saya harap tuhan balas semua yang awk buat pada saya, setimpal. doa orang yang teraniaya akan termakbul, dan now, awk takut? awk takut doa saya termakbul?" . Aku cakap pada dia. Then dia kata, memang dia takut. Dan aku tahu, dia beriya2 mintak maaf sebab dia takut doa aku termakbul. Namun kali ni, kemaafan takkan selalu ada untuk dia. Biar dia rasa. Biar dia faham erti sahabat. Biar dia tahu. Aku takkan selamanya lembut hati dan pemaaf dengan dia.

Tapi walau bagaimana sekalipun dia minta maaf pada aku, aku tahu dia tetap tak berubah. Sebab, aku punya bukti. Aku kerap perhatikan dia, walau dia tak tahu. Aku perhati, aku lihat kelakuan dia, perbuatan dia, dan yang aku dapat cuma perasaan ingin menyumpah seranah dia. Tujuan aku perhati dia dalam diam, adalah untuk aku buka ruang dalam hati aku untuk memaafkan dia kalau dia betul2 menyesal. Tapi, aku tak nampak yang dia betul2 dah berubah. Masih sama macam dulu, tapi lebih teruk.

Apapun, biarlah dia. Aku serik berkawan dengan dia. Aku betul2 bencikan dia.

0 Comments
 
Bermulanya semester baru..
07.16.09 (10:05 pm)   [edit]

Semester baru bermula sejak 2 minggu yang lalu. Dan ya, semester ini membawa aku kepada tanggungjawab ku lagi bergelar tutor. Kali ini, para pelajar aku semuanya terdiri daripada pelajar2 semester 1 yang baru mendaftar, dan kesemuanya merupakan lepasan matrikulasi sains hayat. Mereka mengambil jurusan kimia, matematik dan biologi.

Kelas pertama aku mengajar mereka, adalah silibus mengenai pengukuran dan ralat. Handout, buku, manual, berada depan mata mereka. Alat pengukuran juga ada di atas meja. Aku memberi mereka masa untuk menelaah terlebih dahulu sebelum memulakan menjawab soalan2. Namun, mereka berkata pada aku, "akak ajarla.., kami tak faham". Apabila aku dengar ayat mereka itu, berderau darah ini. Bukan berderau kerana marah, namun kerana kecewa. Aku beri masa untuk mereka menelaah, berfikir, mencuba, dan berusaha. Namun mereka begitu 'rajin', hendak segalanya disuap di depan mata! Dengan alasan, mereka lulusan sains hayat, dah 1,2 tahun tak belajar fizik, jadi mereka ingin segalanya disuap, disorong ke dalam mulut mereka! Aku dengan berderau darah ni, aku cakap pada mereka, "akak dulu pun student matrikulasi sains hayat, tapi akak boleh je survive sampai sambung peringkat master lagi..Itu bukan alasan untuk kamu harap akak suap kamu 1-1, kamu masuk universiti kena lebihkan usaha, kena berdikari, tak boleh harap macam kamu duduk kat sekolah cikgu suap satu-satu, itu bukan caranya untuk kamu belajar di universiti. Akak takkan suap kamu satu-satu, akak nak kamu usaha, kuatkan jati diri kamu, bentuk diri kamu, cabar minda kamu, asah fikiran kamu. Kalau kamu datang kelas asyik disuap je, sampai bila kamu nak cuba usaha sendiri?". Namun ada yang mengeluh, ada yang diam, aku pun tak tahu sejauh mana mereka menelan kata-kata aku.. Bagi aku, beri kail, bukan beri ikan, supaya mereka pandai. Bukan sebab aku malas mengajar, bukan! Tapi sebab aku nak mereka cuba hidup dalam suasana berdikari dan tercabar. Bukannya melingkup, ibarat katak bawah tempurung. Aku teringat student2 aku di semester lepas. Mereka gigih berusaha, kuat bertanya, aktif dan bijak. Namun, di semester ini, student aku berbeza watak dan karakter, ini cabaran buat aku. Biarlah mereka nak anggap aku tutor jahat ke, kedekut ke, aku tak peduli.. yang penting, mereka harus berubah untuk kebaikan mereka sendiri. Bukan orang lain yang harus berubah untuk mereka! Aku hanya akan guide mereka, tetapi aku takkan menyuap mereka.. Itu prinsip aku.

Walau apa sekalipun, masa masih panjang, dan aku akan lihat perubahan mereka dari semasa ke semasa. Mungkin pada kelas yang pertama ini, mereka begitu negatif mencerminkan kelemahan mereka, mana tahu kelas yang akan datang mereka menjadi lebih baik? Apa sekal ipun, aku doakan mereka berjaya,mengg enggam ilmu, bukan semata2 untuk menggenggam ijazah.. Tujuan aku mendidik mereka begitu, supaya mereka tahan cabaran, fikiran yang tidak tertutup dan juga apabila mereka menggenggam ijazah, ijazah mereka ada harga.. Bukan sekadar cukup makan. Tapi untuk lulus dengan cemerlang. Mereka datang dengan harapan dan doa dari keluarga, yang jauh ditinggalkan entah dari ceruk mana. Aku dipertanggungjawab untuk mendidik mereka, bukan sekadar ilmu fizikal, tapi juga ilmu insani.. Sebagai kakak mereka, aku harap sangat supaya mereka berjaya dalam hidup, dan menjadi orang yang berguna untuk keluarga dan negara..

 

  

0 Comments
 
erm..
07.06.09 (1:11 am)   [edit]

Hari ni, aku balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Tapi kali ni agak lain dari yang biasa kerana kali ni aku dan keluarga hanya balik hari ke kampung. Selalunya apabila balik ke kampung, kami akan bermalam sehari dua, tapi kali ni pegi pagi balik petang sebab kesuntukan masa kerana bekerja keesokan hari nya. Yang paling mengejutkan pada hari ini ialah semua adik beradik mak aku berkumpul! Bukannya apa, hari raya pun jarang sangat dapat berkumpul cukup korum macamtu, tapi hari ni agak special sebab korum cukup. Huhu.. Erm..tapi aku agak berat rasa hati ingin berkumpul sebegitu sebab soalan cepu emas atau lebih tepat lagi soalan membunuh pasti diajukan! "Dah tak lama lagi la tu..." , " Bila mak ngah nak merasa nasi minyak?", "Dah ada orang ke.....?" . Rimas, cukup rimas dengan pertanyaan sebegitu. Aku hanya jawab, "insyaallah, tak lama lagi...." . Jawapan tu berbunyi yakin untuk orang yang mendengar, tapi bagi aku yang menjawab, aku di antara pasti dengan tidak. Jawapan tersebut hanya untuk menutup mulut dari terus membicarakan, dan ya, lepas aku jawab begitu, full stop, smua orang diam. Bagus! Itu yang aku nak! Tapi, sebenarnya, tujuan aku menjawab demikian ialah selain ingin men"full stop"kan sesuatu, tapi ia juga merupakan satu doa.. Huhu...Tapi antara termakbul dengan tidak doa tersebut, aku berserah..namun aku akan tetap berusaha..

Erm..kebelakangan ini, aku selalu teringatkan dia, entah kenapa..tapi aku berat untuk menghubungi dia, sebab aku tak mahu mengganggu dia, lagipun aku tahu keadaan dia apabila terpaksa statik memegang telefon..dia tak mampu. Disebabkan ketakmampuannya, aku beralah, sebab aku tak mahu dia menanggung sakit, sakit sedia ada makin bertambah jika dia buat lebih dari kemampuannya.. Entahlah kenapa.. sentiasa teringatkan dia, namun apabila teringatkan dia, aku cepat2 cuba mengalihkan tumpuan ke perkara yang lain dan cepat2 pula beristighfar, takut ingatan aku pada dia melebihi dari ingatan aku pada Allah.. sejak pemergian dia, aku selalu teringat dan berfikir, apakah hikmah yang allah ingin berikan dari peristiwa ini.. Apa yang pasti, walau aku kehilangannya, namun, aku tetap mencari nya, walau dalam diam, dan walau tanpa sedar.. Apapun, Allah lebih berhak menentukan.. aku redha andai aku gagal, sekurang2nya aku berusaha..walau dia tak tahu, aku tetap berusaha dengan cara aku sendiri.. kerana untuk ekspressif, aku tidak pandai..apa sekalipun, yang paling penting, aku doakan agar dia bertemu dengan kesembuhan, dan dapat menjadi seperti orang lain...

Oh..letihnya..nampaknya terpaksa stop sampai sini...tido time..

0 Comments
 
persoalan hati...
07.01.09 (10:58 pm)   [edit]
Cinta kerana Allah kah itu? adakah itu cinta kerana allah apabila menyayangi walau tiada bersama, sentiasa inginkan yang terbaik buatnya, dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia walau hakikatnya semakin jauh dari nyata? aku inginkan segala yang terbaik buat dia, walau dia tidak tahu dan tak pernah tahu, aku tetap inginkan segala kebaikan buat dia.. adakah itu cinta?adakah itu cinta kerana Nya? aku tak tahu....
0 Comments