Hari ni 30 jun 2009, sudah genap setahun rupanya aku meninggalkan alam pekerjaan. Sekejap sangat rasanya masa berlalu hingga aku tidak sedar putaran masa. Kalau hari ini setahun yang lalu, aku merupakan kelompok kecil di tengah organisasi yang besar. Setahun yang lalu, aku berada di kalangan sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan. Dipenuhi dengan ketenangan, dan kebahagiaan. Gaji pada waktu itu hanya sedikit, tapi berusaha untuk menjadikannya sehalal mungkin tanpa apa-apa detik menikmati gaji buta.. Aku rasa aku seorang yang lebih baik pada setahun yang lalu..
Pengalaman bekerja sambilan dahulu, dengan kata lain, menjadi orang bawahan di saat aku memiliki kelulusan yang tinggi yang membolehkan aku mendapat pekerjaan yang lebih bagus, membuatkan aku insaf akan hakikat sebenar kehidupan. Aku bersyukur kerana dikurniakan peluang dan pengalaman sebegitu oleh Allah, kerana begitu banyak hikmah yang tersirat di sebalik segala sesuatu. Pada aku, seberapa rendah sekalipun pekerjaan kamu, asalkan kamu berusaha untuk mencari rezeki yang halal, Allah akan mencukupkan segala keperluan kamu walau gaji kamu hanya seciput.. Aku bersyukur kerana aku pernah jadi orang bawahan.. aku bersyukur kerana aku pernah menjadi orang suruhan, aku bersyukur kerana aku pernah dicebik dan dipandang hanya sebelah mata, dan aku bersyukur kerana Allah memilih aku sebagai salah seorang yang memperoleh hidayah dari perjalanan ini. Yang pasti, aku begitu merindui kenangan itu.. dan aku begitu merindui akan siapa aku yang dahulu... Aku cukup rindu..
Kini, Allah memberikan aku satu lagi nikmat.. iaitu peluang belajar dan dalam masa yang sama turut bekerja.. Gaji yang diperolehi lebih lumayan dari apa yang penah aku dapat dahulu. Benarlah orang kata, pengalaman mengajar kita erti kedewasaan, dan dengan pengalaman juga, akan membuatkan kita lebih tunduk ke bumi.. Walau masa berputar sekalipun, pegangan ini hanya satu.. hanya ingin mencari keredhaanMu.. semoga aku tak lalai dalam mencari kemewahan dunia.. Aku tak perlukan kemewahan, andai hati tiada ketenangan.. dan aku takut untuk berada dalam kemewahan, kerana iman yang bergoncang apabila mata dikaburi dengan awan hitam. Ya Allah..kekangilah hatiku..
Di saat ini, aku merindui seseorang yang sudah lama tidak aku coretkan di dalam tblog ini. Walau betapa aku tidak mencoret apa-apa tentang dia, namun aku tetap mengingati dia. Sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat dia.. dan kini, aku doakan semoga umurnya berkat tidak sia-sia.. Kalau ada harapan diberi kesembuhan, aku harap semoga dia sentiasa dekat dengan Allah.. dan walau ditakdirkan dia tidak akan sembuh, aku doakan semoga hati dia teguh pada ketentuan allah.. Semoga dia sentiasa berbaik sangka pada Allah.. dan semoga dia tidak kenal putus asa dan kekalahan.. selagi hidup, selagi itulah titik perjuangan yang harus ditempuhi.. dan jangan biarkan syaitan menodai walau sekelumit dari hati dia.. Apa sekalipun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. andai sakit, andai tiada kesembuhan itu lebih baik buat dia, tidak akan ada apa-apa kerana syurga sebagai galang gantinya.. andai dia beriman, dan andai dia redha.. aku harap semoga dia terus tabah.. walau tidak selalu menghubungi dia, tapi doa ini sentiasa ada bersama dia.. Aku menyayanginya keranaMu wahai Allah..
Kekadang bila terpandang friendster kawan-kawan lama, terdetik suatu perasaan, apa la yang mereka tengah buat skrg ni? Tambahan lagi pada kawan-kawan yg satu ketika dulu penah kamceng..Tadi aku tengok friendster hakimah. Dia kawan satu matrik aku dulu. Alhamdulillah skrg ni dia dah berjaya bergelar doktor. Namun, walaupun 5 tahun terpisah, kami selalu saling berhubung, happy lagi macam dulu, seronok sangat teringat kenangan lama. Dia seorang yang gila-gila, suka tido awal, suka makan banyak, dan satu kepelikan dia, dia suka bangun pagi2 buta kemudian duduk berjam-jam dalam toilet basuh baju. Yang sure, time tu semua manusia tgh tidur, termasuk la aku. Apa yang ingin aku utarakan di sini bukanlah pasal siapa dia, tapi, ada satu perkara yang membuat aku begitu merindui dia. Dia dan siapa diri dia, buat aku kagum.. Ntahlah, payah nak diceritakan hakikat sebenar perasaan, tapi sesungguhnya aku teramat merindui dia. Dan melihat dia berjaya bergelar doktor, aku gembira..
Dari 20-23 jun 2009, aku ke langkawi bersama kawan-kawan sepengajian. Aku dengan mereka sebenarnya takdalah begitu kamceng, tapi boleh masuk kepala, dan boleh berasa selesa.. cuma aku tak tahan melihat keletah mereka tergelak terbahak2, menjerit2, aku rasa malu dengan orang sekeliling.. Bukanla aku nak kata bahawa diri aku bagus, tapi kalau nak gelak pun, biarlah berpada-pada, bersopan, jaga tata tertib.. Malu masyarakat nampak.. Malu kat pakcik makcik yg ada kt sekeliling.. Takpalah..moga2 satu hari nanti mereka berubah juga hendaknya, amin.. Bercakap pasal langkawi, aku ke pantai tanjung rhu.. Pantai tg.rhu adalah pantai yg paling indah penah aku datang setakat ini.. sotong terdampar atas pasir, tapak sulaiman pun sama, gamat pun.. ada kepah yang bentuk nya seperti heksagon.. bentuk macam bunga.. sangat cantik.. sangat takjub aku lihat kebesaran allah..subhanallah.. rasanya mcm aku x nak tinggalkan laut tu.. sangat indah.. kalau la diberi lagi kesempatan melihat salah satu dr kebesaran allah seperti itu.........
Sekarang ni aku berada di fakulti. Baru tadi, aku berbincang dengan idza mengenai keputusan pencirian sampel kami. Hari rabu dan khamis ini kami dikehendaki menyertai dan membentangkan seminar. Harap-harap takda lah banyak masalah yang akan timbul, amin.. Ilmu pun setakat ini belum mencukupi aku rasa.. Jadi masih banyak yang harus dipelajari..
Skrg ni, aku takda mood untuk menulis apa-apapun di dalam tblog ini. Tak tahu ingin mencoretkan apa sebenarnya. kerana wadah tblog ini sebenarnya hanya merupakan diari online aku, tak lebih dari itu. Jadi apa yang harus aku tuliskan di sini sekiranya setiap yang aku jalani adalah perkara sama yang berulang-ulang? Tiada keseronokan lagi bukan?
Ooh.. hari ini ada perkara baru yang terjadi pada aku. Masa aku dalam perjalanan ke universiti, semasa aku telah tiba di depan pondok pengawal, tiba2 ada kereta dari belakang melanggar belakang kereta aku. Geram gak aku sebab setahu aku, aku tak membrek secara mengejut apalagi memandu dengan laju sebab di depan pos pengawal. Kemudian, bila sampai turn aku di depan pengawal tu, aku turunkan cermin tingkap dan berkata pada pengawal yang bertugas, " Encik, kereta belakang langgar kereta saya ". Kemudian, pengawal tu pun pergi ke kereta belakang dan berkata sesuatu pada pemandu tersebut.. Dan dia pun suruh aku parking kereta ke belah tepi, sekali dengan si pelanggar kereta aku tu. Bila aku keluar kereta, dalam hati aku berkata, " Huh, foreigner yang langgar aku rupanya ...". Tak habis2 dengan foreigner. Aku bengang betul dengan foreigner yang memandu kereta kat sini. Sebab mereka memandu dengan begitu berbahaya. Bukan sekali dua aku lihat mereka memandu dalam keadaan yang membahayakan, malah dah banyak kali. Aku tertanya-tanya sendiri, " Diorang ni dapat lesen ape ni? lesen antarabangsa ke diorang guna pakai kat sini? " Hati aku menggerutu geram. Selama ni, aku bukan main elak dari memandu berdekatan dengan foreigner, tapi dah takdir nak jadi, kalau kena langgar tu, nak elak macamana pun still akan terjadi juga. Berbalik pada si pemandu foreigner tadi, pengawal tersebut dan seorang lagi pengawal, aku rasa itu ketua pengawal kot, dia pun bertanya pada foreigner tu, nape foreigner tu langgar kereta aku. Then foreigner tu jawab, masa tu dia tengah sibuk nak ambil kad matrik. Aku terima alasan tu, tapi yang aku geram, bila dia kata " see, nothing's happened?".. Geram gak aku. Memang la takda kemek ke ape, tapi kalau kemek macamana? Itu pun kira nasib la kereta tak kemek, kalau kemek ko mau ganti ke kereta aku? AKu tak kisah kalau dia nak cakap alasan macam tu, cakap memang dia yang bersalah, tapi cara dia bercakap tu memang kurang ajar, takda kesopanan langsung, sambil lewa. Dia ingat duit kereta aku dia yang bayar ke? Aku boleh maafkan dia, dan aku terima kemaafan dengan senang hati tapi kalau takda sopan santun dan cara bercakap yang baik, dari nak maafkan pun rasa berat. Dah la langsung tak mintak maaf langgar kereta aku! Cis punya foreigner! Lepastu, ketua pengawal tu tanya aku, takpa ke , nak kena bayar juga ke takda kemek..?" Then aku jawabla, takpala macamtu... tak payah bayar apa2pun. Kemudian, aku cakapla kat foreigner tu, "next time please be careful la.." Tapi foreigner tu cam buat pekak ke apa aku pun tak tahu.. Maybe dia tak paham bahasa inggeris kot? Ntahla.. Lpas tu aku pun gerak je sebab aku pun still banyak kerja menunggu kat makmal untuk siapkan. Tapi bila aku gerak tu, aku tengok ketua pengawal tu tengah bercakap2 lagi dengan foreigner tu. Maybe kena saman ke apa, aku pun tak tahu. Tapi kalau kena saman, bagus gak, biar tu jadi pengajaran kat dia. bawak kereta kenala hati-hati sikit.
Setakat itu saja pada hari ini. Tapi lepas kejadian tu, mood aku tak berapa baik sebab masih terkejut. Tapi lepas bersembang sikit2 dengan kawan-kawan dekat sini, boleh la calm sikit. lepas tu bersembang dengan encik F yang baru berkahwin. Encik F ni dulu RA dekat lab superkonduktor, aku kenal dia sebab masa tu aku buat projek tahun akhir di lab superkonduktor dan dia yang banyak membantu aku. Bersembang sikit-sikit pada isteri dia, isteri dia sebaya aku dan bekerja sebagai guru. Elokla macamtu.. Apa pun, aku doakan semoga mereka bahagia, kekal hingga ke akhir hayat.. amin..
Wah..minggu sudah mulai sibuk! Aku gembira dengan kesibukan ini, sekurang-kurangnya, takdalah banyak masa untuk fikiran menerawang tanpa batasan, dan yang semestinya, masa yang penuh kekosongan ibarat api sekam yang membakar dalam diam. Maka, carilah pekerjaan yang sesuai untuk mengisi masa lapang mu itu atau carilah buku-buku yang bermanfaat untuk kamu bina diri kamu..
Kebelakangan ini, aku kembali membuka buku La Tahzan yang telah habis aku khatam lebih kurang setahun yang lalu. Yang pastinya, setiap ilmu pasti harus diulangkaji, dan tiada perkataan khatam dalam menuntut ilmu. Aku sedar.... La Tahzan, mempertemukan aku dengan diri aku yang dahagakan ketenangan jiwa suatu ketika dahulu.. La Tahzan juga yang memaut eratkan ikatan persahabatan antara aku dan Wan.. Dan La Tahzan, hadiah yang tak ternilai buat aku dari Allah yang maha pencipta.. Nasihat yang berteraskan al-quran dan as-sunnah.. aku dahagakan dan aku rindukan ketenangan itu...
Hari ini, aku bertungkus lumus menyiapkan poster untuk seminar yang akan diadakan pada minggu depan. Dibantu oleh Idza, kawan sepengajian aku.. alhamdulillah, antara kami tiada masalah untuk bekerjasama, tidak pernah bertengkar, tidak pernah berselisih faham, sama-sama ingin mencari kejayaan untuk masa depan bersama. Aku bersyukur dikurniakan teman sepengajian begitu.. jauh sekali dari tekanan seperti semasa aku di pengajian ijazah dulu.. Supervisor aku juga banyak membantu, dia begitu aku hormati dan kagumi.. betapa pada usia emas sebegitu, kecintaannya pada ilmu membuatkan dia tetap mengabdikan diri di universiti mendidik anak bangsa walaupun ramai yang seusia dengannya sudah tetap di rumah melayan kerenah cucu cicit.. Beliau menunjukkan contoh yang begitu baik..
Oklah.. aku ingin menyiapkan proses mengedit poster.. nanti sambung semula insyaallah.. assalamualaikum..
Hari ini adalah hari pernikahan sepupu aku, aby. Alhamdulillah, akhirnya dia menemukan juga jodohnya. Alhamdulillah. Aku bersyukur dan bergembira dengan pernikahan tersebut. Sebelum ini, dia selalu meluahkan pada aku tentang kisah cintanya. Dan pernah juga dia bertanya cara-cara untuk menunaikan solat sunat istikharah. Alhamdulillah, hari ini, aku yakin dia telah menemui jawapan yang dicari, jawapan bagi setiap persoalan teman hidup. Aku doakan semoga dia dan suami sentiasa bahagia hingga ke syurga, amiin..
Sekurang-kurangnya, dia telah dapat memutuskan usaha syaitan agar sentiasa menghasut untuk melakukan maksiat. Sekurang-kurangnya, dia telah dapat menutup satu dari pintu fitnah. Dan sekurang-kurangnya, dia telah bertemu dengan pilihan hati.. semoga menjadi penyejuk mata dan juga penyejuk hati.. amiin..
Bagaimana dengan aku?
Ya Allah.. aku takkan berputus asa mencari dia.. dia yang mencintaiMu.. dia yang melebihkan al quran dan sunnah nabi saw.. dia yang mencintai aku.. dan dia yang aku cintai.. hanya satu.. hanya kerana Mu..
Saat sedang terjatuh.. saat sedang tercungap-cungap menggapai sinar... saat sedang dalam kecemasan.. dan saat bagaikan dalam nafas tinggal di kerongkongan..
oh tuhan.. ini panggilan Mu buat ku..
ini amaran mu buat ku..
ini kemurkaanMu buat ku..
dan ini kasih sayangMu buat ku...
Allah..
jangan Kau tolak aku.. jangan Kau abaikan aku.. jangan Kau butakan hati ku.. jangan Kau berpaling pada ku.. jangan Kau golongkan aku dalam golongan yang rugi... Amiin ya Rabb..
Saat ini adalah saat-saat sukar buat aku.. segala pekerjaan dan tanggungjawab yang ingin dilakukan serba tak kena.. mental bercelaru.. hati luka berdarah.. Sampai bila harus aku berkeadaan begini?? Aku tidak akan tunduk mengalah.. Aku tidak akan mati sebelum waktunya.. Aku harus pilih! Berubah atau mati???? Kalau aku taknak berubah, aku akan mati.. Aku takkan mati andai aku berubah! Berubahlah wahai diri! Engkau terlalu buta! Terlalu jahil! Terlalu Hina! Berubahlah diri!!!!!!
1) sentiasa senyum dengan ikhlas..
2) sentiasa berlapang dada dalam setiap kesulitan..
3) memelihara dan menjaga waktu yang ada dengan sebaik mungkin..
4) mengurangkan berkata-kata perkara tidak berfaedah..
5) tidak mengimbau masa lampau yang menyakitkan.. hanya menoleh untuk sentiasa memastikan berasa pada landasan yang benar..
6) belajar dari kesilapan lalu.. menerima pengalaman sebagai ilmu kehidupan..
7) sentiasa memaafkan kesalahan orang lain..
8) penuhi masa dengan membaca dan menuntut ilmu..
9) memperbanyakkan sedekah..
10) menjaga tutur kata dan berkata-kata hanya pada perkara yang perlu..
11) meninggalkan perkara yang tidak bersangkut paut dengan diri dan maslahat umah..
12) bersyukur walau dengan hanya ganjaran yang sedikit.. mencari redha itu yang lebih penting...
13) memperbanyakkan solat dan mendekatkan diri dengan Allah..
14) menghubungi kisah silam hanya dalam keadaan apabila perlu dan diperlukan..
15) sentiasa menasihati dan dinasihati..
Ya Allah wahai tuhan yang maha pemurah.. lapangkanlah dadaku ini.. kuatkanlah tekad dan semangat.. hanya redha mu Ku nanti.. demi mencari kebahagiaan hakiki.. amiin..
Saat ni, aku terasa ingin menangis, meluahkan semua perasaan hati yang terpendam. Sesungguhnya, aku sangat sedih. Aku nak menangis, tetapi, air mata ini tak keluar lagi. Mungkin telah kering air mata ini. Yang pastinya, hanya hati yang menangis, meninggalkan sisa pahit dan kesakitan yang cukup dalam. Kenapa begini? Apa salah aku lagi.. Kenapa kamu tak mahu berfikir.. Dulu, apabila aku dalam keadaan begini, aku ada seseorang sebagai peneman aku, yang membuatkan aku lupa akan penderitaan ini.. Dia datang, membawa kebahagiaan buat aku, membawa hidayah dariNya untuk aku.. aku rindu saat itu.. saat aku menjadi diri aku apabila bersama dengan dia.. Aku rindu saat itu..
Tapi kini, aku menempuhi penderitaan yang sama.. namun, tanpa dia di sisi membawa hidayah dari Nya lagi buat aku.. aku keseorangan.. tapi Allah tetap kekal ada bersama aku.. cuma aku yang seringkali melupakanNya.. Aku ingin kembali pada Mu, Rabbi.. aku ingin mengecap kebahagiaan bersama Mu.. dan aku ingin meraih kebahagiaan dari orang yang mencintaiMU..
Kebelakangan ini, kemana saja aku pergi, di mana saja aku berada, di kepala ini asyik memikirkan betapa lemahnya diri ini. Betapa makin mundur nya diri. Dan betapa lemahnya iman ku ini. Kemudian mempersoalkan kenapa aku jadi begini dan begitu, di mana silapnya, di mana perginya semangat dan keikhlasan yang dulunya kental, kemana? Ntahlah..
Hari ni hari lahir fariz. Dan maxis memberi panggilan percuma sepanjang sehari untuk dia. Dan dari pukul 12.00 tengah malam tadi sampailah ke hari ini, dia asyik menelefon aku. Katanya tiada orang lain yang ingin dia hubungi selain aku. Aku hanya menerima dan melayan, tanpa apa-apa perasaan, cuma sebagai kawan lama. Dia ada buka semula kisah lama, dia kata pada aku, "bodohkan kita putus hanya sebab itu?" Bagi aku, tiada alasan untuk mengatakan bodoh pada perkara itu. Kerana tindakan yang telah di ambil itulah tindakan paling bijak dan mengatakan bahawa jodoh itu memang tiada buat kami. Tapi dia kata pada aku, jodoh itu ada cuma belum sampai. Dan dia kata pada aku, "entah macamanalah suami awk nanti, saya teringin nak tahu, nak tengok dia, dan kalau boleh saya nak tunggu awak kawin dulu barulah saya kawin". Huhu. Bagi aku, nonsense je kata-kata tu, iyela tu nak tunggu aku kawin dulu baru dia nak kawin.. Mengarut saja. Tapi yang pasti, aku dah malas nak melayan kata-kata berkaitan hubungan dgn dia. Sebab, aku tahu dia hanya akan menyalahkan aku atas semua yang terjadi tanpa membelek diri dia juga. Biarlah. Benda dah berlalu. Nape nak pikir lagi, betul tak? Yang sure, biarkan je dia dengan hidup dia. Semoga dia bahagia cukuplah..