|
Kebelakangan ini, aku lebih banyak paste lirik lagu yang sedih2.. actually, sekadar berseronok.. huhu.. takda kaitan antara mana2 orang yang masih hidup atau pun orang yang telah meninggal dunia.. huhu.. Hari tu balik kampung, babah beli tanah dari sorang makcik.. tanah tu sebenarnya kepunyaan arwah atuk, tapi makcik tu ingin menjualkan bahagian dia kepada orang lain.. Daripada tanah pusaka tu jatuh ke tangan orang lain, lebih baik keluarga sendiri yang beli.. Dari situ, aku faham, betapa pentingnya menjaga tanah pusaka.. Orang dulu-dulu bermati-matian mempertahankan dan menjaga tanah sendiri.. dan kini, aku lihat, moralnya turun ke abah.. Insyaallah bila sampai ke tangan aku nanti suatu hari nanti, aku juga akan mempertahankan tanah itu.. walau hanya sekangkang kera.. Minggu lalu, aku dapat result exam semester dua.. alhamdulillah.. aku berjaya mempertahankan 4.0 flats lagi kali ini.. yang penting aku harap kedua ibu bapa aku gembira dengan aku.. dan yang penting juga, aku harus tahu bahawa seberapa maksimum sekalipun markah yang di capai, perjalanan masih panjang, kebodohan masih banyak, makin harus menunduk ke bumi, dan tidak kedekut dengan ilmu yang ada.. Lately, makin ramai kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang.. terasa juga kadang2, tapi aku malas nak berfikir panjang.. kalau makin difikir, makin sakit kepala, makin serabut, dan makin mempersoalkan kenapa allah masih belum mempertemukan aku dengan jodoh yang sesuai.. tak baik kan macamtu? Jadi, daripada memikirkan perkara bukan2, lebih baik membiarkan ia pergi.. masih banyak perkara penting yang harus diselesaikan.. dan masih banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik-baiknya dan memerlukan perancangan yang rapi.. Apapun, jodoh harus memilih, bukan hanya mengambil apa yang tersedia.. semoga satu hari nanti, aku dipertemukan dengan orang yang sesuai dengan ciri-ciri yang diinginkan.. aku tidak meletakkan ciri-ciri yang tinggi utk menerima seseorang.. tapi cukuplah dia cantik di mata, cantik juga di hati.. bukan mementingkan paras rupa, tapi, sifat dalaman akan mencerminkan luaran.. kalau cantik dalamnya, cantik jugalah luarannya.. Ya allah, kurniakanlah aku penyejuk hati dan jiwa.. amin...
|