Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Munajat cinta..
04.27.09 (3:04 am)   [edit]

Malam ini ku sendiri

tak ada yang menemani

seperti malam-malam

yang sudah-sudah

Hati ini selalu sepi

tak ada yang menghiasi

seperti cinta ini

yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa ada nya...

Malam ini semakin layu

tak ada yang memiliki

seperti aku ini

semakin pupus

Tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa ada nya..

Tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa ada nya..

Tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa ada nya..

* amin ya rabb*

0 Comments
 
Ketika cinta bertasbih..
04.19.09 (5:49 pm)   [edit]

Aku baru pulang dari bercuti di utara tanah air. Yang pasti, sebelum ke sana aku harus menyelesaikan satu dari tanggungjawab aku sebagai pelajar, iaitu menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini. Alhamdulillah, segalanya baik-baik saja, aku dapat jawab dengan baik. Tapi apa jua keputusan peperiksaan yang bakal dicapai nanti, terpulanglah. Bagi aku, aku telah mencuba seberapa daya yang mampu. Apapun yang akan dicapai nanti, terserahlah, andai baik, alhamdulillah. Andai sebaliknya, aku takkan berputus asa, itu kan takdir..

Semasa bercuti di sana, aku membawa 1 novel yang aku beli kira-kira 2 bulan yang lalu. Ya, sejak melanjutkan pelajaran, aku sering tidak punya masa untuk menghabiskan waktu dengan bahan bacaan yang suatu ketika dulu sudah menjadi kesukaan malah habit aku setiap minggu. Dulu, sewaktu aku di sekolah menengah, aku merupakan peminat cerpen dan novel, setiap minggu aku pasti akan ke perpustaan sekolah untuk meminjam novel, terkadang sehingga 2 ke 3 novel aku pinjam setiap kali ke perpustakaan. Kemudian, setelah selesai novel-novel itu aku baca, aku pinjam pula novel-novel lain. Yang pasti, sebelum aku meminjam sesuatu novel, aku akan baca sinopsis novel tersebut terlebih dahulu. Selalunya, aku lebih berminat untuk membaca novel yang berkisarkan golongan miskin yang mencari arah haluan hidup sebelum tiba ke puncak kejayaan. Novel berunsur kemasyarakatan. Novel yang mempunyai garapan nilai insani yang tinggi. Aku bukanlah peminat novel cinta dan mabuk dengan cinta khayalan yang hanya mengimpikan lelaki atau wanita paling kacak dan jelita yang menjadi hero atau heroin di dalam sesebuah novel.Hanya menambahkan kekacauan minda dan angan-angan mat jenin lagaknya. Haih..

Berbalik pada novel yang aku bawa semasa bercuti di sana, novel tersebut berjudul "ketika cinta bertasbih" karangan seorang ulama indonesia iaitu habiburrahman el shirazy. Lebih tepatnya, beliau merupakan penulis novel "ayat-ayat cinta". Novel yang menggarapkan dwilogi pembangun jiwa. Memang tepat bahan bacaan ini aku bawa bersama di kala santai. Kisahnya yang disampaikan di dalam novel itu jauh sekali dari cinta muda-mudi yang menyesatkan dan berlambung ombak, namun hakikatnya kisah yang mampu memberi jawapan pada persoalan hati. Aku mengimpikan di beri kekuatan seperti jalan cerita itu, yang hanya mencari redhaNya, yang hanya mendambakan kasih sayang yang tulus bukan letaknya pada harta, rupa dan keturunan, tetapi hanya terletak pada iman yang kental. Juga novel ini bukan hanya berkisar cinta, tapi juga berkisar pada semangat juang, kegigihan dan ketabahan hati. Novel yang sangat tepat. Wajarlah novel ini termasuk dalam kategori best seller.

Erm.. aku harus berhenti di sini dahulu, ada kerja yang harus disudahkan. Insyaallah akan disambung di waktu akan datang. 

 

 

0 Comments
 
Takkan berpaling dari Mu..
04.09.09 (2:52 am)   [edit]

Bila aku perbandingkan antara aku dan dia, aku perbandingkan betapa banyak kekurangan diri ini. Membawa rasa tidak bersyukur terhadap kurniaan Allah. Betapa jahilnya dan hinanya aku. Aku selalu membandingkan secara zahiriah dan selalu aku lupakan tentang lahiriah. Sedangkan hakikatnya, Allah tidak memandang pada bentuk rupa kamu, tetapi Allah memandang pada ketakwaan dan hati kamu... Sungguh aku hina...

Sepatutnya, bila aku memandang dia, aku harus pula memandang diri aku. Aku sepatutnya lebih bersyukur kerana sentiasa rasa ingin menjaga dan memelihara, membataskan dan diperbataskan, dan sentiasa beringat dan berwaspada. Aku sepatutnya rasa lebih bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang memantau, yang mengawal, yang menegur secara berhikmah, supaya sentiasa menjaga batasan dan maruah. Ya Allah, itu adalah nikmatMu yang selalu tidak ku sedari....

Allah memberikan aku rasa cukup dan bersyukur dengan harta yang ada, Allah memberikan aku rasa bersederhana tanpa bermewah2, Allah memberikan aku rasa ingin berusaha untuk menuntut ilmu, dan Allah memberikan aku rasa bersalah apabila berdosa.. Itu nikmat terbesar buat aku..

Begitu banyak yang Allah kurniakan, tidak terhitung banyaknya.. Jadi untuk apa aku menghabiskan masa mengeluh dan menghitung pemberian Allah pada orang lain? Biarkan saja.. Allah itu Maha Adil.. Aku bersyukur dengan segala apa yang aku ada.. 

Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu.. sembuhkanlah penyakit yang merantai hatiku, supaya dengannya aku terselamat dari seksa api neraka Mu.. ya Allah, ampunilah segala dosaku yang telah lalu, yang sedang, dan akan datang.. juga dosa kedua ibu bapaku, kaum kerabatku, orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang mengasihiku.. sesungguhnya tiada daya upayaku, melainkan hanya dengan pertolongan Engkau, wahai tuhan Yang maha mengasihani.. amiin ya Rabb..

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang

dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya..

tanpa sedar indahnya alam kerana kuasa Mu

yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini..

Terima kasihku pada Mu Tuhanku

tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata

hanya diri Mu yang tahu besar rasa cinta ku pada Mu..

Oh tuhan..

anugerah Mu tak pernah berhenti selalu datang kepadaku

Tuhan semesta alam 

dan satu janji ku takkan berpaling dari Mu..

Kau sisihkan semua aral melintang di hadapanku

dan buat terang suluh jalan hidupku melangkah...

Terima kasihku pada Mu tuhanku

tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata

hanya dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu...

Anugerah Mu tak pernah berhenti selalu datang kepadaku

Tuhan semesta alam 

dan satu janjiku takkan berpaling dari Mu..

 

0 Comments
 
S t u d e n t . . . .
04.06.09 (9:35 pm)   [edit]

Hari ni hari terakhir aku mengajar di semester ini.. next week student2 aku akan menduduki final exam.. aku mendoakan agar mereka semua dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang, amin..

sekejap saja masa berlalu,  dengan tak disangka, satu semester telah berlalu.. secara kesimpulannya, aku gembira dapat mencurahkan ilmu aku yang sedikit ini buat mereka.. apa yang dapat aku lihat semasa mencurahkan ilmu selama 1 semester ini ialah perbezaan di antara pelajar yang betul-betul gigih berusaha dengan pelajar yang sekadar cukup makan dan berpuas hati dengan apa yang ada.. dan aku perbandingkan antara sikap segelintir pelajar cina dan pelajar melayu..

apa yang dapat aku lihat, tak semua pelajar cina itu gigih.. dan tak semua pelajar melayu itu leka.. kebanyakan pelajar, aku lihat mereka benar2 menumpukan perhatian di dalam pengajaran dan pembelajaran.. dan apabila aku meminta mereka menyertai perbincangan bersama dalam tutorial, aku lihat ramai pelajar melayu yang menyerlah.. malah boleh aku katakan bahawa mereka sebenarnya melengkapi kekurangan aku dalam pengajaran, ya lah, aku sebelum ni tak pernah mengajar golongan bijak pandai sebegini. apa yang dapat aku simpulkan, pelajar makin hari makin bijak.. dan walaupun fizik adalah satu subjek yang sukar, aku yakin mereka mampu mengatasi kesukaran itu berdasarkan kebolehan berfikir yang selalu diasah dan dicabar.. 

bagi aku, mereka umpama adik-adik aku.. aku tidak pernah underestimate diri mereka, kerana aku juga pernah bergelar pelajar, aku ingin layanan yang baik dari orang yang mengajari aku.. Apa yang aku kesalkan kini, begitu ramai orang yang bergelar tutor, malah pensyarah, yang selalu bersikap sambil lewa terhadap pelajar, membuatkan pelajar benci malah berdendam pada mereka.. bagi aku, useless sikap sebegitu.. walaupun anda seorang pensyarah atau tutor yang bergelar Dr, Prof Madya, malah Prof sekalipun, janganlah sesekali menunjukkan lagak anda disebabkan ketinggian ilmu anda itu.. ketinggian ilmu harus disertai dengan budi pekerti yang mulia, nescaya anda akan lebih dihormati.. dan aku berikan A++++++ kepada pensyarah atau tutor yang melayan para pelajar mereka seperti kawan sendiri, malahan anak anda sendiri.. saya berikan penghormatan yang besar buat anda.. 

Buat pensyarah, atau tutor yang selalu merasakan bahawa anda adalah golongan A++ dalam sesebuah universiti, ingatlah..dunia berputar, jikalau anda berfikir yang anda dikategorikan sebagai golongan bijak, saya yakin 100% anda adalah golongan paling bodoh dalam dunia ini.. kerana tiada orang yang bijak akan merasakan bahawa dirinya bijak, dan tiada orang bodoh dalam dunia ni yang merasakan bahawa dirinya bodoh.. untuk anda merasakan bahawa anda serba lengkap dan para pelajar anda adalah golongan yang perlu anda kawal ketat dan menunjukkan kehebatan anda, percayalah, anda akan menjadi golongan paling 'boleh blah' oleh student2 anda.. huhu..

Oklah.. cukup sudah aku merapu.. dan ternyata, alhamdulillah, aku disenangi student2 aku.. alhamdulillah.. bukan aku puji diri, tapi, mereka menyapa aku bila bertemu di luar, mengajak aku makan bersama-sama.. malah masalah pembelajaran dikongsikan bersama.. seorang student berkata pada aku, akak memotivasikan kitorang.. aku lebih suka para pelajar aku memanggil aku dengan gelaran kakak, dari bercik-cik etc.. supaya mereka tidak merasa ada jurang antara aku dan mereka..  supaya mereka lebih selesa.. dan yang paling penting, aku ingin lihat mereka berjaya dan menjadi manusia berguna walau dari ceruk mana mereka datang, dan dari asal-usul apa sekalipun..

errr..panjang pulak merapu.. btw, aku saja nak paste lagi lagu hari ni.. huhu... forsure lagu sedih lagi.. saja2 dengar (fevret..) huhu..

Ku punya rasa tak terungkapkan

hanya dalam memori hati dan benak ku simpan

berat menerima kau pergi

tanpa alasan juga

kau buat aku tertanya..

Beribu senandung yang ku nyanyikan

penglipurlara basuhkan dahaga nya suka ku

kata termanis hanya untuk dia

kekasih sepanjang hidup 

ku masih merindukannya..

Apakah ku amat bererti di mata engkau

telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku

namun kau hilang dan takkan kembali juga

ku merasa sepi ku sendiri..

Beribu senandung yang ku nyanyikan 

penglipurlara dahaga suka ku

kata termanis hanya untuk kekasihku

ku masih merindukannya...

Apakah ku amat bererti di mata engkau

telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku

namun kau hilang dan takkan kembali juga

ku merasa sepi ku sendiri..

0 Comments
 
lagi...
04.06.09 (12:42 am)   [edit]

baru sebentar tadi, aku bercakap dengan wan di telefon.. lama aku call dia, 29 minit 55 saat.. dia sedang mood baik.. dan dia berkali-kali mengingatkan aku bahawa takut di lain kali aku menghubungi dia mood dia dalam keadaan tak baik.. aku sekadar menelefon untuk bertanya khabar.. mengambil tahu tentang dia.. even sejauh mana aku pergi, aku tetap inginkan segala kebaikan buat dia, tetap mengambil berat akan susah senang dia.. walaupun aku tahu, apalah yang mampu untuk aku bantu lagi insan ini.. kerana aku sendiri yang merobekkan tiap saat yang ada untuk aku membantu dia, dan untuk aku membantu diri aku.. maafkan aku wan.. tiap saat itu tetap menjadi memori terindah aku.. kerana tidak pernah sekalipun aku men'treat' seseorang seperti aku men'treat' dia.. dan tidak pernah sekalipun aku terasa ingin membantu dan masuk di dalam hidup seseorang sepertimana aku ingin membantu dan masuk ke dalam hidup dia.. tidak pernah walau hanya sekali.. tidak pernah terdetik walau hanya sedetik.. wallahi.. tidak pernah.. ya allah.. aku kasihkan dia, dan aku harap engkau kuatkan hatinya untuk tidak berputus asa dalam rahmat dan redhaMu.. aminn..

tentang dia, lihatlah.. betapa banyak idea yang aku curahkan di dalam tblog ini, sedangkan sebelum ini aku ketandusan idea untuk menulis sesuatu lagi di dalam weblog ini.. betapa dia begitu menarik perhatian aku.. bukan kerana kelebihan dia.. bukan kerana apa yang ada pada dia.. tetapi kerana keikhlasan aku pada dia.. tiada yang lain, hanya keikhlasan yang tinggal buat dia.. nyatakan saja andai dia cacat, andai dia buruk, andai dia fakir, andai dia merempat sekalipun, aku tetap akan ada kat sini ingin membantu dia.. aku tetap ada di sini.. ya allah, engkau maha mengetahui.. 

tadi, apabila aku tanya dia tentang teman hidup sebagai balasan atas soalan dia pada aku tentang teman hidup, dia ada mengimbau kembali kisah aku dan dia.. dia awal-awal lagi berkata pada aku bahawa jangan terasa plak nanti.. aku terima, kerana aku tahu semuanya silap dan salah aku.. bila dia menceritakan yang dia kini hanya fokus pada kesihatan dia tanpa mempedulikan lagi soal teman hidup, dan dia kembali mengimbau kenangan antara aku dan dia,  aku hanya diam seribu bahasa, aku tidak pun meminta maaf lagi pada dia atas keterlanjuran silam... aku tidak lagi ingin membela diri sendiri dengan seribu satu alasan.. cuma yang terpahat dalam hati aku kala itu hanyalah - andainya dia tahu keikhlasan aku pada dia walau di waktu aku berdosa padanya (titik titik titik) ...... bagi aku, untuk membela diri, dan untuk mengungkapkan maaf, sudah terlalu berat rasa hati ini kerana aku tahu dia tak mungkin akan kembali.. anggaplah kenangan lama itu tidak mungkin akan kembali.. aku redha.. mungkin di akhirat nanti, dia akan mengetahui segala-galanya.. di hadapan allah taala, dan di hadapan seluruh makhlukNya.. aku menanti.. kerana aku yakin, di sana nanti tidak akan ada perkara terselindung yang akan tetap tersembunyi.. dan di sana sebenar-benar keadilan yang hakiki.. aku tunggu ya Allah..

di kala ini, aku sebenarnya berasa tenang kerana dapat menghubungi dia... kerana aku tahu, dia masih lagi ada di sini.. masih lagi tidak berputus asa untuk berusaha mengubati penyakitnya.. kesembuhan dia, itulah yang aku impikan.. ya allah, walau aku terpaksa menggantikan nilai keikhlasan aku dengan kesembuhan dia, aku sanggup ya Allah.. asalkan dia sembuh.. asalkan dia sihat.. asalkan dia dapat berbakti pada keluarga dan masyarakat.. asalkan dia dapat mengecapi kebahagiaannya walau tanpa aku.. aku sanggup ya allah.. andai ditukar ganti keikhlasan dengan kesembuhan.. hanya engkau maha mengerti.. 

wan.. andai satu hari kamu terbaca coretan ini, ketahuilah bahawa harga keikhlasan dan ketulusan saya tak pernah boleh kamu samakan dengan kesilapan saya pada kamu.. satu hari kamu akan menyedari nya.. walau di waktu itu saya tidak lagi ada di sini.. saya yakin allah akan menyampaikan nya untuk kamu.. aku yakin kamu pasti pernah bertemu dengan keikhlasan lebih lagi dari yang dapat saya beri, tapi satu saja yang perlu kamu tahu, keikhlasan saya tidak berbelah bagi walau hanya sekelumit nilainya.. ini saja yang dapat saya beri buat kamu.. saya ikhlas.. ya allah.. engkau tahu akan keikhlasan ku.. aku tak harap agar dia membalasinya.. tp cukuplah agar dia mengetahui.. ya allah.. ampuni lah aku.. atas segala keterlanjuran ku melukai dia.. maafkan aku.. sesungguhkan kesilapan itu tidak pernah lagi ku ulangi hingga ke saat ini.. aku telah bertaubat pada Mu tuhan.. takkan pernah aku merobek perjanjian taubatku denganMu.. wahai tuhanku.. andai diri ini masih belum diterima taubat ku, aku bermohon pada Mu.. atas kemuliaan arasyMu yang agung.. atas sifat yang maha pengampun Mu.. atas nilai kasih sayang Mu yang lebih tinggi dari kemurkaanMu.. aku bermohon padaMu ya allah.. ampunilah aku.. amiin ya Rabb..

0 Comments
 
Huhu...
04.05.09 (10:25 pm)   [edit]

Wahhhh... lama nya tak tulis something dekat blog ni. Rindu sangat nak menulis macam dulu2.. Huhu.. Tapi takpa, it's my time.. huhu..

Actually, sekarang ni, aku nak kondem diri aku. Betapa tak sedar dirinya aku bahawa aku masih ada masa untuk berfoya-foya membuang masa membuka tblog ini, dan mencoret ape2 yang tak berfaedah pasal diri aku. ishk2... sedangkan, next 2 weeks, aku ada peperiksaan, next week akan ada seminar lagi, dan next two weeks (ishkk merapunya) aku akan ke utara tanah air. banyak betul program...

Today, aku menghabiskan hari minggu aku dengan membaca kembali diari aku. Huhu.. (Diari lagi.......)

Diari adalah dunia aku. Aku pernah menjadikan diari sebagai tempat untuk aku melepaskan geram, melepaskan sedih, dan meluahkan segala kegembiraan. Dan sekarang, aku baca balik untuk aku mengenali kembali siapa diri aku, dan untuk aku mengetahui revolusi diri aku dari dulu hinggalah kini.

Apa yang dapat aku lihat, aku yang dulu begitu sensitif, perasa, dan sangat mengambil berat pada orang lain. Aku menjadikan setiap detik dalam hidup, setiap ikatan sesama manusia sebagai suatu detik yang sangat penting buat aku. Tak hairan lah, dalam diari aku, aku ada mencoret mengenai pakcik penjual keropok lekor di pasar malam dekat rumah aku, makcik yang menjual nasi lemak sebelah tadika adik aku, pak guard yang dah lebih separuh umur tapi tidak dihormati oleh budak2 skolah aku, dan yang paling istimewa, pegawai yang 'darjat' dia lebih sikit dari aku masa aku bekerja dulu.  Huhu. Semua tu adalah kenangan. Aku suka mengenang kembali kenangan lama.

Sekarang ni, aku hanya perlu fokus pada 2 matlamat aku. iaitu belajar dan masa depan. even sebenarnya aku sendiri masih tak tahu apa hala tuju aku, dan apa minat aku, tapi aku masih tetap mengikut arus. Munskin jalan ini yang telah tertulis dalam suratan hidup aku, aku terima dengan redha. Dan aku yakin aku akan berusaha penuh untuk aku berjaya dalam mengharungi hidup ini, semoga kejayaan sentiasa berpihak pada aku. Amiin..

Now, saja nak paste lirik lagu ni.... serasanya aku memang suka dengar lagu lirik sedih2 la..ishk2.. huhu..

Jangan pernah katakan bahawa

cintamu hanyalah untukku

kerna kini kau telah membencinya

maafkan jika memang kini

harusku tinggalkan dirimu

kerna hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpa mu

ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

ku menangis membayangkan

betapa kejamnya dirimu atas diriku

kau duakan cinta ini

kau pergi bersamanya...

ku menangis melepaskan

kepergian dirimu dari sisi hidupku

harus selalu kau tahu

akulah hati yang telah kau sakiti..

ku menangis..

harus selalu kau tahu

aku lah hati yang telah kau sakiti..

0 Comments
 
Denting yang berbunyi..
04.02.09 (1:14 am)   [edit]

Hidup mesti diteruskan walau berjuta pahit datang menerpa.. Ya, perlu diteruskan, dan kuatkan semangat mu..

Hidup penuh dengan kebahagiaan dan warna warni... orang yang berusaha gigih akan menemui kebahagiaannya..

Kejayaan terletak dalam genggaman.. ia akan hilang andai diabaikan, dan peluang hanya datang sekali seumur hidup.. andai disia-siakan, penyesalan seumur hidup adalah harga yang perlu dibayar..

Cinta datang dari hati yang tulus.. berbahagialah andai dipertemukan dengan ketulusan itu.. namun, ketulusan hanya datang sekali buat seseorang, dan tiada ulangan untuk kedua kalinya buat orang yang sama..

Aku ingin pergi jauh dari kehidupan aku yang sekarang.. memulakan hidup baru di tempat yang baru.. bukan bermakna aku berhenti berjuang, tetapi aku ingin memulihkan kekuatan.. 

Sekadar monolog di malam hari..

 

0 Comments