Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Cinta di pintu syurga..
02.28.09 (5:32 pm)   [edit]

Puas sudah,

Ku cari kebahagiaan,

Di sisi teman-teman,

Ku dapat hanya kelalaian,

 


Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Ku dapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan…


 


Oh, di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

 


Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi..

 

 

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

 

 

Ku sedar,

Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman

0 Comments
 
Coretan..
02.27.09 (12:44 am)   [edit]

Sepanjang 4 hari 3 malam aku di genting highlands, terasa jiwa begitu damai dan mententeramkan. Alhamdulillah.. Sepanjang di sana, aku tinggalkan kekusutan fikiran yang melanda, malah tak terpikir langsung mengenainya. Yang penting, release, release dan release tension. Hasil dari ion-ion negatif yang banyak di sana.. tenang.. :)

Ini serba sedikit aktiviti yang aku lakukan ketika di sana..

23/2 : Sampai genting highlands pukul 4 petang. Menginap di awana hotel n resorts. Unpacked barang. Even dah 4 kali aku menginap di hotel ini, namun ia masih menjadi pilihan hingga ke hari ini sebab kawasannya yang aman, tenteram, jauh dari hiruk-pikuk manusia buat aku rasa tenang dan tak serabut jika dibandingkan dengan hotel kat kawasan peak, penuh dengan manusia, ada theme park lagi, aku terpikir, not my taste! Huhu. Then terus ke peak of genting dengan kereta, jalan2. Menghirup udara segar. Jalan berkabus menyukarkan perjalanan, tapi enjoy. Malamnya aku membaca sedikit journal tentang research sambil menonton tv. Dapat detect wireless di hotel. Ingin coret sesuatu di t-blog, tapi terasa malas. Jadi aku hanya duduk di balkoni hotel melihat keindahan alam dan pemandangan padang golf pada waktu malam. huhu..

24/2 : Bersiar-siar di sekeliling kawasan hotel. Mengambil gambar pemandangan dan diri sendiri. hehe. 100 ++ gambar kot semua skali. Then petangnya pegi berjogging dan berekreasi di kawasan hotel. tengok bird park juga. best-best.. Antara kelebihan di hotel ini, hotel ni ada tempat rekreasinya sendiri, ada kawasan beraktiviti sendiri, ada hutan2.. sesuai dengan jiwa aku.

25/2 : Dari pagi sampai petang, aku ke peak of genting lagi. kali ni naik cable car, even dah 4 kali naik tapi masih terasa gayat. cantik alam cintaan Allah. Subhanallah. Keadaan berkabus sungguh menyegarkan. Ditambah dengan hujan renyai2, lagi best. Huhu. Jalan-jalan, masuk kedai keluar kedai, tengok ragam manusia, menikmati keindahan alam. huhu. Then malam nya, pegi sekali lagi ke peak of genting naik cable car. Dapat tengok pemandangan hutan pada waktu malam. Seram gak.. Huhu. Kali ni pegi pusat bowling plak. Aku tak main, cuma jadi pemerhati saja. Sebab jari aku luka. tak best main.. turun dari peak lebih kurang kul 11 pm. dasyat! 

26/2 : balik rumah dah.... nak pegi lagi.......:(

Kesimpulannya, percutian aku kali ini memang valueable. Time kat sana pun, tak ramai yang contact aku, lagipun memang aku wish untuk tak dicontact sesiapa. Cuma fariz yang paling kerap contact aku. Apapun, tak kisahlah. Sekarang ni aku terfikir, bila aku dah ada duit nanti, dan aku dah ada pekerjaan yang mantap, aku berhajat untuk membeli property kat sini atau kawasan tanah tinggi lain. Jadi bila2 aku berkelapangan, tak payah la duduk hotel lagi, ada rumah sendiri boleh duduk kalau nak datang sini release tension. Harap2 impian aku menajdi kenyataan. Amiin..

 

 

0 Comments
 
Percutian yang menyegarkan..
02.26.09 (11:40 am)   [edit]

sekarang ni aku berada di sebuah pusat peranginan, berada di sini selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah, lega. kurang skit rasa tekanan. Tapi harini aku akan check out dah, hurm.. ishk rasa malasnya nak balik semula berdepan dengan kerja2.. Huhu.

4 hari aku berada di sini, aku menaiki kereta kble dan berjalan ke mana yang aku mahu. yang paling peting, suasana alam yang hijau dan menyegarkan, membuatkan aku rasa tenang. Seronok sangat berada di sini..

Semalam, aku menerima berita baik. Interview yang aku jalani bulan 1 yang lalu berjaya, dan aku menjadi peserta shortlisted. Alhamdulillah.. Apa sekalipun, aku tak meletak harapan yang tinggi. Lagipun, sekarang aku sudah punya komitmen sendiri.. Apa sekalipun, kalau ada rezeki aku takkan tolak. Dan yang penting sekurang-kurangnya masa depan aku terjamin sedikit..

Oklah, aku rasa setakat sini dlu, aku ingin menydahkan kerja-kerja packing barang. At least ada la jugak coretan semasa aku berada di sini.. Btw, lupa lak nak cakap.. tetiba laptop aku dapat detect wireless kat sini.. Alhamdulillah.. tu yang aku dapat coret t-blog ni..:) Tata..

0 Comments
 
Sekali ini saja..
02.19.09 (9:09 pm)   [edit]

Bersamamu ku lewati lebih dari seribu malam

Bersamamu yang mahu, namun kenyataannya tak sejalan..

Tuhan, bila masih ku diberi kesempatan

Izinkan aku untuk mencintanya..

Namun bila waktu ku telah habis dengannya

Biar cinta hidup sekali ini saja..

Tak sanggup bila harus jujur, 

Hidup tanpa hembusan nafasnya..

Tuhan, bila waktu dapat ku putar kembali

Sekali lagi untuk mencintanya

Namun bila waktu ku telah habis dengannya

Biarkan cinta ini...

Biarkan cinta ini..

Hidup untuk sekali ini saja..

 

0 Comments
 
Mengimbau kenangan lama..
02.19.09 (2:26 am)   [edit]

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 2.09 pagi. Mata aku masih belum mahu lelap walaupun esok aku harus bergegas ke kampus seawal pagi. Jadi aku buka t-blog ini, membaca kembali coretan-coretan yang telah lalu sejak dari jun 2006 aku memulakan t-blog ini sehinggalah sekarang.

Membaca coretan paling awal t-blog ini iaitu pada jun 2006, aku kerap kali menulis coretan mengenai H. H kini telah bertemu pilihan hati nya. Aku bersyukur, dan aku gembira kerana aku yakin dia sedang meniti kebahagiaannya sekarang. Walau pemergian dia dari hidup aku dulu tanpa apa-apa pesan hinggalah ke saat ini, aku redha, bagi aku tiap sesuatu yang terjadi atas muka bumi ini pasti ada sebab musabab nya. Apa sekalipun aku doakan agar dia berbahagia sentiasa dan cepat mengakhiri hubungan 'terlarang' itu dengan ikatan yang halal.. amin..

Kini, aku kembali membuka semula lembaran-lembaran diari lama. Aku tatap setiap satu kejadian yang berlaku dalam hidup aku, segalanya berputar-putar di ruang masa. Aku bandingkan hidup ku kini dengan hidup aku yang dulu. Walau kini hidup lebih sunyi dibandingkan dengan suatu masa dulu, aku yakin ini tidak selamanya. Buat masa ini, ada impian yang harus dikejar, ada tanggungjawab yang harus digalas, ada amanah yang perlu ditunaikan dan ada beban yang perlu dipikul. Aku harus mengingatkan diri ini bahawa sentiasa kuat, sentiasa tabah dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidup, kerana masa yang aku ada kini tidak akan berulang kembali pada masa akan datang. Aku tidak ingin menempa kecewa lagi...

InsyaAllah, minggu depan, aku akan pergi merehatkan minda dan badan yang letih ini buat 4 hari di suatu tempat yang dah lama aku teringin untuk mengunjunginya. Walaupun masa yang dipilih tidak sesuai kerana bebanan tugas dan tanggungjawap yang masih terpikul, aku rasa aku perlu melepaskan ia terlebih dulu buat seketika, kerana sesungguhnya diri ini terlalu letih. Sesungguhnya, aku ingin mencari senyuman dalam diri, mencari kembali erti kebahagiaan yang pernah dikecapi dulu. Aku harap semoga pemergian aku kali ini akan menemui pencarian yang diimpi, amiin..

Kini 19 februari 2008, aku kembali mengimbau kenangan lama aku bersama Wan setahun yang lalu. Dia datang dengan membawa cahaya dari allah buat ku. Dia datang dengan doa aku yang dimakbulkan oleh Allah. Walau hanya sementara, ia tetap menjadi memori terindah aku, kerana di saat hidup ini dilanda kelam dek ribut yang melanda, di saat diri ini terkapai-kapai dan menangis meminta pada hanya Dia, Dia menghadiahkan aku suatu hadiah yang tak ternilai harganya dalam hidup ini - iaitu pengalaman, semangat dan hidayah. Ya Allah, walau ianya hanya sesingkat cuma, aku tetap menghadiahkan rasa syukur ku kepadaMu, kerana dengan nikmat itu, aku merasa nikmat hidup kembali, dan di atas nikmatMu itu, aku merasa insaf betapa kecilnya diriku.. Aku bersyukur dan aku redha ya Allah.. Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan kepada dia, walau di mana saja dia berada saat ini.. kurniakanlah rahmat dan belas ihsan Mu wahai Allah dalam hidup kami, wahai tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang.. amiin..

 

0 Comments
 
Dalam Dunia Ini..
02.11.09 (11:59 pm)   [edit]

Hari ini aku terfikir mengenai beberapa karakter manusia yang aku tak suka, benci, meluat, menyampah dan pantang!!!

iaitu:

1) golongan manusia yang berkata-kata macam dia yang betul semuanya padahal ego je lebih!

2) golongan manusia yang tak berpendirian tanpa alasan kukuh, yang suka mengada-adakan sebab untuk kelihatan baik dan kudus di mata orang lain padahal hakikatnya alasan yang dibina hanya untuk menyelamatkan diri sendiri! Cam Bodoh!

3) manusia yang bermuka-muka, di hadapan kita baiknya macam pijak kuman pun tak mati, padahal belakang kita dia la hero segala mulut tempayan.

4) manusia yang berkawan dengan orang lain dengan ada kepentingan peribadi tertentu. Tak ikhlas langsung! Ini jenis-jenis manusia parasit.

5) manusia yang suka bercakap benda lucah tak kira tempat dan masa. Tak senonoh langsung dan tak reti adab sopan!

6) manusia yang suka cakap ikut sedap mulut, seolah2 mulut dia mempunyai insurans first party, kot-kot kena penampar atau tempeleng ke ape boleh diantar repair kat workshop tanpa caj ditanggung sendiri.

7)  manusia yang berdolak-dalik, berbelit-belit, berkomunikasi tak jelas yang bukan disebabkan penyakit talasemia atau alzhemier yang dideritai, tapi disebabkan dia nak lari dari bertanggungjawab atas kesalahan sendiri. Cis!

8) manusia yang tak reti menghormati orang lain, tapi nak diri dia dihormati.

9) manusia yang menganggap diri dia terlalu besar, terlalu bagus, sedangkan cacat cela sendiri tak nampak, hanya sibuk memikirkan keburukan orang lain. Baju kat badan koyak!

10) golongan berjawatan bawahan tapi berlagak macam bos, ego, dan kedekut ilmu. Piiirahh!! Patut la allah kasi ko jawatan rendah, rupanya Allah dah tau camni perangai ko! Ko memang tak layak berjawatan besar. Kufur nikmat je nanti.

11) Golongan yang tiap hari, tiap jam, tiap saat, asik memikirkan tentang duit, duit, duit, tetapi tak berduit, hanya tahu memeras orang lain tanpa memikirkan kesusahan orang yang diperasnya.

12) Golongan tua yang tak reti nak beramal ibadat di hujung-hujung nyawa, tapi masih memikirkan keindahan keduniaan. Nauzubillahi min dzaalik.

13) Golongan muda yang suka menunjuk-nunjuk semua kelebihan dan nikmat yang Allah dah bagi pada dia. 

14) Golongan yang tak pernah cukup ape yang dia ada, dengki akan nikmat yang allah dah kasi pada orang lain.

15) Golongan yang bila orang senyum kat dia, dia buat dont know. Sombong betul!!

Haih.. itu saja 15 ciri orang yang aku tak suka. Jadi, bersama-sama dengan coretan ini, aku harap agar aku tak tergolong dalam golongan manusia sedemikian. Orang putih kata, "what you give, you get back". Tak da guna pun kita buat kat orang lain, akhirnya kena balik kat kita. jadi, bermuhasabahlah diri selagi masih punya waktu.. 

wallahu a'alam..

0 Comments
 
HuhuHu..
02.10.09 (11:57 pm)   [edit]

alhamdulillah, akhirnya dapat jugak result TEM aku untuk sample yig aku yang pertama. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku dapat result saiz partikel yang membanggakan iaitu kurang dari 1 mikron atau seperenam dari 1 meter. Bukan senang nak dapat tu.... alhamdulillah. Gembiranya.. alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah.. Tak sia-sia aku berembun kat lab sampai tengah malam, akhirnya berjaya juga. Alhamdulillah.. Mungkin orang yang expert dalam fizik akan berkata, " eleh, baru dapat less than 1 micron, dah kecoh!" .. Macamana aku tak kecoh, masalahnya untuk dapat less than 1 micron tu, aku menumbuk serbuk bahan kimia seolah2 seperti menumbuk sambal untuk lebih dari 30 jam! Itu kiranya pencapaian peribadi aku laa.. kerana dah bersusah payah untuk menumbuk serbuk tersebut. Ishk2.. yela, kalau ikutkan, boleh la guna ball milling ke, mechanical alloying ke, tapi kali ni supervisor aku menetapkan untuk aku menggunakan kudrat tenaga manusia untuk dibandingkan resultnya dengan penggunaan teknologi. Huhu.. takpe, nama pun research kan? Huhu..

Now, aku tengah bz menyiapkan presentation untuk subject electrical. Banyak lagi sebenarnya nak disiapkan, sedangkan present sepatutnya pada hari jumaat ni. Masa tengah suntuk sangat. ishk2.. Risaunya takut tak sempat siap, tapi takpe, ada masa lagi. Slow-slow la kan.. tak usah tergopoh-gapah kerana tergopoh gapah tu datang dati syaitan. Sentiasa bertenang, jangan kelam kabut ok..

 

0 Comments
 
Di hari ini..
02.09.09 (10:34 pm)   [edit]

Di kala ini, aku merindui kenangan lama. Teringat zaman semasa persekolahan, asasi dan ijazah dulu. Teringat bagaimana gembiranya hidup aku disamping teman-teman. Namun kini, kebanyakannya telah membina hidup sendiri, itulah proses revolusi hidup manusia, segalanya takkan sama seperti dahulu, dan segala yang telah berlalu takkan kembali lagi. Benarlah bijak pandai berkata, orang yang bijak ialah orang yang menggunakan masa kini dengan sebaik-baiknya. Bila direnung kembali, segala perbuatan di masa silam, akan menjadi kenangan di masa hadapan, samada kenangan tersebut indah atau sebaliknya, ianya tetap akan dikenang. Bagi diri aku, kenangan itu penting, dan aku abadikan di dalam diari dan tblog ini.. Kerana aku yang dulu tidak mungkin akan kembali, sekiranya tidak ditulis di dalam coretan dan lembaran, nescaya hilangla kenangan itu bila tiba waktu pelupa aku nanti..

 

 

0 Comments
 
melankolia..
02.03.09 (9:03 pm)   [edit]

Minggu ni, aku tak masuk kelas mengajar. Sedari pagi, kepala berdenyut-denyut, perut sakit, dan mual. Masuk angin agaknya, sebab malam sebelum nya aku menikmati jus tembikai buatan sendiri tanpa menikmati makan malam. Orang kata, tembikai tu angin. Wallahu a'alam.. Maybe disebabkan tu, aku tak berapa sihat. Hasilnya lepas aku menikmati lunch tengahari, kepala terasa pening dan loya, then muntah 4 kali. Silap hari bulan orang blh kata aku ni pregnant pulak. Adoi!! Apapun, nasib baiklah ada naja yang tolong menggantikan tempat aku utk menjadi tutor pada hari itu. Kalau tak, naya juga aku. hasilnya sepanjang hari aku hanya berehat di hostel, tanpa membuat apa2 kerja.. walaupun banyak kerja tertangguh. Nak tidur pun rasa tak lena, kerana bebanan kerja yang memuncak time2 begini. Tp takpa, aku rasa aku boleh survive lagi dan tak mudah stress dengan banyak kerja..Asalkan aku menyiapkan kerja ikut sesuka hati aku tanpa dipush oleh orang lain. Huhu..

Hari ni pun aku masih lagi mc sehingga esok, loya2 datang lagi, ditambah pula dengan demam. Berjumpa doktor tadi, doktor kata kalau hingga hari khamis ni loya dan pening tu masih tak sembuh, kena datang berjumpa dia semula takut kemungkinan denggi. Hujung tahun lepas, adik aku dah terkena denggi, jiran sebelah rumah aku pun kena denggi. Kemungkinan utk kena denggi tu tinggi.. Bila pikir mengenai denggi, aku terasa ada sedikit prejudis pada jiran sebelah rumah aku. Rumah dia dah berkali2 kena kompaun dengan jabatan kesihatan disebabkan terdapat takungan air pada pelapik pasu. Tapi ntahlah, mungkin duit dia banyak sangat, jadi setakat kompaun berapa ringgit tu, dia masih lagi tak mempedulikan nilai sebenar kebersihan. Ntahlah, sedangkan dalam rumah dia sendiri dah ada yang terkena denggi, boleh tak sedar2 lagi.. ishk2..

Mungkin nak kena tunggu ada yang meninggal dulu baru dia sedar agaknya... 

wallahu a'alam..

 

 

 

0 Comments