Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Nasyid : Perihal Kawan..
01.26.09 (1:16 am)   [edit]

Alangkah susah mendapat kawan

bukan kenalan di zaman ini

berpunca dari hati yang rosak

kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan

kebaikan kita disoroknya

bahkan didengkinya pula

kejahatan dicanang merata..

Salah yang sikit dibesarkan

yang besar apatah lagi

alangkah sepi dunia ini

walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi

yang ada hanya di jalanan....

Kerana kawan tiada lagi

yang ada hanya lah di jalanan...

p/s : Tentang kawan.. Kawan? Sahabat? Teman? Rakan? Semua akan bersetuju dengan pepatah ini : kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis nak jumpa seorang pun belum tentu lagi. Hakikatnya begitulah manusia. Berbahagialah buat mereka yang telah bertemu kawan sejatinya, persahabatan yang ibarat andai hidup menjadi pemisah, biarlah mati menjadi penyambungnya. Persahabatan dunia akhirat. Persahabatan di mana dia mencintai sahabatnya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri, di mana dia inginkan kebaikan buat dirinya juga menjadi milik sahabatnya itu. Sahabat.. sukar dicari..

 

 

3 Comments
 
Aku & Dia Berbeza..
01.21.09 (11:01 pm)   [edit]

Aku dan dia berbeza. Aku dan dia juga berbeza. Namun banyaknya persamaan tidak semestinya bahagia, dan banyaknya perbezaan tak semestinya berantakan hari2. Apa yang pasti, persefahaman harus dicari kerana di sana ada suatu hakikat bahawa setiap manusia dianugerahi kelebihan tersendiri jua kekurangan tersendiri yang menjadikan nya saling melengkapi antara satu sama lain..

Namun segelintir manusia akan menghalang dengan keras hakikat sebuah perbezaan dan dengan megahnya berkata bahawa perbezaan yang terlalu besar tak mungkin dapat diselesaikan dengan sebuah persefahaman. Persefahaman tersebut andai diusahakan untuk dipupuk juga adalah tidak mungkin berhasil. Semestinya pendapat sebegitu hanya meruntuhkan toleransi dan menjarakkan sebuah kerjasama, dan hasilnya, Ya, pendapat kamu bahawa persefahaman adalah tidak mungkin tepat 110%! Bukan disebabkan persefahaman itu tidak mungkin dicapai, namun disebabkan daya tolakan yang keras dari sebelah pihak di saat pada sebelah pihak lagi ingin mencari persefahaman dengan cara perdamaian dengan harapan segalanya akan kembali baik seperti yang diimpikan. Malah, agak mengejutkan, bahawa walaupun pihak yang begitu keras lagi tegar nya menolak usaha mencari persefahaman dan perdamaian itu, namun di dalam hatinya ada bebunga harapan bahawa segalanya akan kembali baik seperti sediakala. Bermimpikah dia?? Tanpa usaha, semuanya takkan bermakna. Dia mengakui hakikat bahawa usaha itu tangga kejayaan, namun dia tetap dengan keras hatinya menolak jalan usaha tersebut. Wahai manusia, apakah yang kau cari??

Untuk meredakan ketegangan, dan meleraikan kekusutan, jalan terbaik diambil bahawa persefahaman itu adalah tiang utama. Akhirnya, silaturrahim terputus jua dan menyaksikan kedua-duanya kecewa dan tersiksa. Ego! Satu ungkapan yang masih belum cukup untuk menggambarkan bahawa perasaan kecewa dan terseksa itu tidak patut ada buat mereka yang menolak untuk mencapai persefahaman, malah mereka langsung tidak layak untuk menangisi terputusnya ikatan silaturrahim tersebut kerana mereka yang jelas meminta sedemikian rupa walaupun tanpa apa-apa pernyataan meminta segalanya berhenti di situ.

Dalam hidup ini, pengajaran yang aku timba ialah jangan sesekali mementingkan buah fikiran sendiri tanpa menerima pendapat orang lain. Ada kala kita tak selamanya berada di landasan yang betul, maka kita perlu merendahkan juga diri kita untuk menerima nasihat dan teguran orang lain. Orang yang menganggap bahawa dirinya semata-mata betul tanpa pernah berbuat salah sebenarnya berada di alam ilusinya sendiri, bahawa dialah satu-satunya manusia yang kononnya diciptakan Allah bersifat sempurna. Teguran, dan nasihat. Saling memberi dan menerima. Saling hormat-menghormati walaupun anda tidak mungkin dapat memahami sepenuhnya siapa sebenarnya pasangan anda. Itulah kunci sebuah persahabatan dan silaturrahim agar ianya kekal hingga ke akhirnya.

Itu lah pengajaran yang aku perolehi sepanjang perhubungan cinta ku sebelum ini.. Pengajaran melengkapkan kehidupan, menjadikan manusia semakin menuju kesempurnaan walau ianya tidak mungkin, namun itulah ilmu paling berguna buat mereka yang mahu berfikir.. Wallahu a'alam..

 

0 Comments
 
Alhamdulillah..
01.19.09 (9:14 pm)   [edit]

Aku gembira hari ni alhamdulillah. Gembira kerana berjaya menyampaikan pengajaran dengan baik dan mampu menjawab semua persoalan yang ditanya oleh anak didik aku. Alhamdulillah, terima kasih wahai Allah kerana memudahkan urusanku.. Nikmatnya mengajari ilmu pada manusia.. Sejuta penghargaan ku buat guru-guru, lecturer-lecturer ku, tutor2 ku, dan demostrator ku kerana berusaha mendidik aku.. Tak lupa juga kepada kawan2 yang bersama2 berkongsi ilmu dengan aku.. Alhamdulillah.. Aku gembira.. Aku harap biarlah semua anak didik aku berjaya menerima ilmu tersebut dan mengamalkan nya.. Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.. dan ilmu tanpa kesungguhan hanya menjadikannya sekadar maklumat yang tidak berkembang. wahai diri, kuatkanlah hatimu untuk terus berbakti.. Banyakkan amal jariah mu hingga ke penghujung waktunya nanti.. Wahai Allah, terima kasih kerana memberikan kebahagiaan di dalam hatiku..

Di malam ini, aku kembali mencoretkan lirik ayat-ayat cinta itu.. Sebagai renungan aku..

Desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara cinta yang rumit..

Bila keyakinan ku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan..

Maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku jaga

ayat-ayat cinta bercerita

cinta ku pada mu..

Bila bahagia mula menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud..

Setiap kali aku dengar lagu ini, aku akan kembali menghitung diri aku yang dulu dan kehidupan cinta ku.. Aku teringat kembali betapa setiap kali aku mencintai seseorang manusia dan disertai dengan niat bagi mengakhirinya ke hubungan yang halal, setiap kali itu ia dilanda dugaan yang hebat. Aku tidak mengerti apakah salah dan dosa aku hingga menjadikannya begitu, namun apa yang aku pasti aku akan menyintai seseorang sesungguh hati aku, dan aku inginkan segala kebaikan buat diriku juga menjadi miliknya. Namun, hakikat yang tersurat, mereka seringkali akhirnya menyingkirkan aku, hanya disebabkan aku kurang di mata nya, dan kemanjaan dan kewanitaan yang diidamkan tidak ditonjolkan.. Maafkan aku..

Oklah..setakat di sini coretan ini.. Aku ingin membeli barang keperluan dapur.. insyaallah akan diupdate nnati..

0 Comments
 
Secoret..
01.16.09 (10:58 pm)   [edit]

Sudah 2 kelas aku masuk untuk 2 minggu ini sebagai tutor. Alhamdulillah semuanya baik2 saja, dan anak didik aku semuanya baik2 belaka walau ada sedikit ke'rajin'an dalam menyiapkan tutorial yang diberi. Aku agak straight dengan mereka, hasilnya ada beberapa orang pelajar lelaki menggelarkan aku 'akak kedekut'. Huhuhu. Aku tak kasi peluang, lantas aku menyuruh pelajar yang menggelarkan aku akak kedekut tu menjawab tutorial di atas white board - baru tahu takut! Huhuhu.. Tapi so far, aku tak ambil hati dan berkecil hati dengan gelaran yang diberi, yang penting amanah yang dipertanggungjawabkan terlaksana dan ilmu yang sedikit ini dapat disalurkan kepada mereka. Ya Allah, permudahkanlah anak didik ku menerima setiap apa yang aku ajarkan dan perbaikilah lisanku agar mereka mampu memahami ku, ameen.. InsyaAllah next week aku akan mengajar lagi.. dan aku sudah ada suatu planning baru, iaitu setiap kali sebelum kelas bermula, aku akan memilih salah seorang dari mereka untuk membacakan doa penerang hati. Aku ingin menghidupkan kembali suasana belajar semasa di sekolah dulu, sebelum kelas bermula, doa akan dibacakan dengan harapan Allah memberkati jihad menuntut dan mengajari ilmu tersebut..

Minggu ni juga, aku gembira kerana aku dan kawan2 sepengajian sudah berpakat untuk bercuti ke Langkawi pada bulan jun nanti. Kami akan ke sana dengan menaiki flight, almaklumlah sekarang ni sedang ada promosi tambang murah. Huhuhu. Dah lama aku teringin pergi ke sesuatu tempat untuk menenangkan fikiran ini. Terlalu banyak benda yang dipikirkan, sampai satu masa, otak juga perlu berehat. Aku merindui bunyi ombak, desiran angin dan ombak yang menghempas pantai. Betapa indahnya alam ciptaan Allah. Aku bersyukur.. 

Tanpa sedar, sudah hampir 2 semester aku bergelar pelajar master. Aku sangkakan bahawa setelah 2 semester, bisik-bisik mengenai aku yang memilih untuk membuat master dan menolak untuk menyambung terus ke peringkat phd telah berakhir. Rupanya, masih juga sama di takat yang dulu, malah ada beberapa orang yang tidak dikenali bertanya aku perkara yang sama. Bagi aku, walaupun aku memiliki ijazah kelas pertama dan layak terus menyambung ke peringkat phd tanpa mengambil master, namun aku rasakan aku perlu bermula dari bawah. Aku tak sebijak yang disangka mereka, aku tak segenius yang dianggap mereka, kerana aku tahu di mana kelemahan jua kekurangan ku dalam kursus ini. Mereka mengatakan aku rugi, aku membuang masa, aku menolak tuah kerana tidak mahu terus menyambung ke peringkat phd, namun, aku berfikiran jauh dari itu. Aku mengambil master terlebih dahulu bukanlah untuk membuang masa, tetapi aku perlu memperlengkapkan diri aku terlebih dahulu dalam bidang master ini sebelum aku bergelar pelajar phd. Aku tak mahu menjatuhkan martabat pelajar phd seantero malaysia sekiranya aku gagal memberikan komitmen dan menunjukkan potensi yang memberangsangkan. Jadi adalah lebih baik aku menolak nama, tuah, dan kemasyhuran (sebagai pelajar yang kononnya bijak melangkau terus ke peringkat phd) daripada aku menjatuhkan martabat mereka, dan martabat aku sendiri. Aku menuntut ilmu bukan untuk mencari nama, wahai pensyarah2 ku, wahai kawan2 ku, wahai sipolan2.. Aku berharap agar kalian berhentilah dari memperkatakan isu itu lagi kepadaku kerana aku yakin dengan apa yang aku lakukan ini dan aku mahu anda semua mengerti bahawa ilmu di dada ini belum cukup sepenuhnya untuk melangkah ke sana. Maafkan aku.. kerana aku bukanlah pelajar bijak yang kalian perkatakan itu.. Wahai Allah, sesungguhnya Engkau menghadiahkan aku dugaan dalam kehidupan ini untuk menguji keimanan ku.. Engkau Maha Mengetahui betapa dulu setiap saat dalam benak ku hanya ingin bergelar doktor yang ikhlas berbakti pada masyarakat, namun Engkau memberikan aku kursus yang tidak aku kenali, yang tidak aku minati, yang tidak aku sangka untuk berada di dalamnya.. Namun, Engkau maha penyayang, kerana di samping Engkau kurniai aku ujian, Engkau kurniai juga aku dengan kesabaran dan kesungguhan.. Aku bersyukur pada Mu Allah.. Ya Allah, aku di sini, hanya mengharapkan redha Mu dalam setiap langkah ku.. Aku ingin Kau tahu bahawa aku hambaMu berusaha untuk menghadapi setiap cabaran2 Mu.. Ya Allah, cekalkanlah hati ku terus menerus, janganlah sekali pun Kau lunturkan semangat ku dan kekuatan ku.. Ya Allah, aku yakin setiap yang Engkau beri itu adalah yang terbaik buat diri ku.. Seandainya ini yang menjadi ujian buatku, maka Kau teguhkanlah hatiku, ringankanlah hati ku untuk mensyukuri segala nikmatMu..ameen ya rabb..

0 Comments
 
Coretan Hati..
01.10.09 (12:28 am)   [edit]

Tahun 2009 ini, aku memulakan semester pengajian sebagai tutor di fakulti aku mendidik pelajar2 jurusan fizik. Ini merupakan kali pertama aku bergelar tutor dan semestinya, aku harap aku dapat mendidik mereka agar mereka dapat memahami selok belok ilmu tersebut, bukan sekadar copy n paste atau sekadar tahlik. Dan aku juga berazam untuk berperanan lebih kepada seorang guru- lebih dekat di hati pelajar daripada berperanan sebagai seorang pengajar yg hanya memberi input tanpa mengambil sikap kepedulian kepada kefahaman pelajar. Semoga aku diberi kekuatan, kelapangan dan ketajaman akal untuk aku mencurahkan ilmu ku yang sedikit ini kepada mereka.. semoga memberi manfaat.. ameen..

Tahun 2008 aku tinggalkan dengan 1001 pengalaman dan pengajaran yang berguna walaupun lebih yang pahit dari yang manis aku rasakan. Namun, setiap pengajaran itu, walaupun ditempuhi dengan pedih dalam hati, namun akhirnya ia diekori juga dengan kebahagiaan dan ketenangan. Hidup ini mudah.. dan hidup ini juga sukar.. bergantung pada penerimaan seseorang akan kisah hidupnya, dan bergantung pada tahap keimanannya kepada Yang Maha Pencipta. Ya Allah, alangkah indah andai diri ini sentiasa dekat denganMu.. tariklah aku andai aku makin hanyut di buai mimpi indah yang hanya sementara.. Ya Allah, aku lebih rela hidup kesepian begini tanpa peneman tetapi dekat denganMu daripada aku terpaksa hidup di kalangan mereka yang mendustakanMu tapi membuatkan aku lebih jauh dariMu.. Aku hamba yang menagih belas kasihanMu, wahai Allah.. Aku adalah hamba yang alpa, yang derhaka, yang zalim pada diriku sendiri sedangkan Engkau tetap juga setia melimpahkan setiap rahmatMu kepadaku.. wahai Allah, sesungguhnya cintaMu tanpa syarat.. kurniakanlah aku hati yang tulus menghadiahkan cintaku padaMu juga tanpa syarat.. ameen ya rabb..

 

 

 

0 Comments