p/s: Ya Allah..kuatkanlah hatiku dalam menempuhi ranjau ini..Ya Allah, aku hambaMu yang lemah, yang bodoh, lagi hina, yang berdosa, tapi masih juga meminta2 dari Mu.. Ya Allah, aku tak layak meminta segala kenikmatan, serta anugerah, dan rahmat dariMu atas segala dosa ku yang membelenggu.. namun fitrahku yang lemah dan hina tetap mendambakan keampunan dan belas kasihanMu wahai Tuhanku.. kerana ku tahu keampunan Mu lebih tinggi dari kemurkaanMu.. wahai Tuhanku, ampunilah daku.. bantuilah daku.. kuatkanlah imanku.. ameen ya Rabbal a'lamin..
Aku masih diambang kepasrahan. Aku hanya bertawaqal kepadaMu bahawa setiap ketentuan itu adalah yang terbaik buat diriku. Allah lebih mengetahui berbanding diri aku sendiri, walaupun hakikat pada mata kasar kelihatan sungguh sadis dan mengecewakan, namun aku yakin di hujung sana pasti ada hikmah yang tersembunyi andainya dilihat dengan mata hati. Kisah ayat-ayat cinta itu begitu meruntun perasaan aku. Betapa selama ini mata aku terlalu buta untuk memikirkan hakikat sebenar penciptaan dan hukum yang ditetapkan oleh Allah.Kelihatannya aku begitu obses dengan setiap pegangan aku sebelum ini, sedangkan hukum yang ditentukan adalah lebih baik kejadiannya - aku tersalah dan tersilap tafsir. Langkah aku juga silap, buntu memijak setiap detik dalam kehidupan. Ya Allah, kurniakanlah aku ilham supaya dengannya aku terhindar dari menzalimi diriku sendiri..aminn.. Alhamdulillah, hati aku semakin tenang kini, tidak menyerabutkan fikiran dengan perkara yang indah jika dilihat dengan mata kasar, sedangkan hakikatnya begitu buruk jika dilihat dengan mata hati. Terima kasih Allah... akhirnya ku temui ketenangan itu. Terima kasih Ya Rahman, kerana masih memberikan ku kesempatan untuk merasai nikmat ini.. Terima kasih Ya Rahim.. di atas segala nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan kepadaku.. Akan aku gunakan setiap detik yang sedang berputar ini dengan penuh insaf di dada, dan supaya aku tidak lagi kembali ke zaman kelalaian dan kelemahan dulu.. amin..
Hari ni, aku join family day ofis babah kat desa waterpark. Ini kali pertama aku pergi family day yg dibuat kt waterpark, sebelum ni selalunya family day dibuat kat tepi laut, takpun kat atas padang. Seronok. Aku join kesemua aktiviti yang dipertandingkan, sebenarnya 2 aktiviti je yang dibuat utk org dewasa - wet lrt express dan tarzan apa benda ntah napa dia. Huhu. Aku dapat group dgn kebanyakannya golongan veteran. Haih.. kalah kedua-dua pertandingan. hehe. kesian aku tgk pakcik yang duk depan skali masa wet lrt express tu. Kepenatan sungguh nampaknya. Aku pun sama gak penat. Huhu. Kesannya, lepas habis je dua-dua pertandingan, sakit kepala tiba2 datang dan aku muntah2 sebanyak 3 kali. Hehe. Ishk, tapi takpelah pengalaman. Seronok kan.. alhamdulillah kerana telah memberikan aku kegembiraan di pagi ini..
Semalam, aku pergi menghadiri majlis kenduri kawin sepupu aku, shida di restoran nelayan taman tasik titiwangsa. Alhamdulillah, aku gembira dan bersyukur atas perkahwinan tersebut. At least, dia dah dapat melakukan sunnah nabi saw. Dan yang paling penting, perkahwinan tersebut dapat mententeramkan hati (insyaallah) dan dapat mengelakkan fitnah. Aku doakan semoga ikatan antara dia dan suami berkekalan dunia akhirat dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah.. amin.
Beberapa minit yang lalu, aku baru saja menghantar sms kepada wan. Aku baca blog dia, dia tengah demam. Jadi sms tu dihantar untuk doakan kesembuhan dia. Aku tiada niat lain selain dari berkawan, apa sekalipun dia tetap saudara seislam aku dan dia wajar mendapat segala kebaikan yang Allah ajari aku di dalam agamaNya. Apa sekalipun, niat untuk mencintai dia, malah manusia lainnya dengan membelakangkan hukum Allah, akan aku cuba untuk mencegahnya. Alangkah indah, jika perkenalan dimulakan dengan sesi taaruf di rumah dan disertai oleh kedua ibu bapa, itu adalah lebih suci dan diredhai. Ya Allah, aku ingin mencari redhaMu untuk aku mencari kebahagiaanku.. Pertemukanlah aku dengan pencarianku. Dikala ini, tempoh masa ini, Allah memberikan kesempatan buat aku untuk memperbaiki diri, dan menjadi insan muslimah yang lebih baik.. Ini adalah rahmat Allah. Jangan dikesalkan andai jodoh lambat menjengah, itu adalah rahmat dan kasih sayang Allah. Allah memberikan ujian ini untuk kita menjadi seorang yang "sempurna" apabila dipertemukan dengan seseorang yang ditakdirkan buat kita kelak. Jadi, tak usah ragu dengan janji Allah, masanya pasti akan tiba.. Bersabarlah, dan tabahlah.. kuatlah, kerana sesungguhnya Allah sentiasa berada bersama2 dengan insan yang sabar dan bertawakal sepenuhnya kepadaNya..
Hari ini aku menonton filem Ayat-ayat cinta. Filem ini membawa mesej ketulusan cinta jua keikhlasan dan kesabaran seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah. Secara peribadinya, cerita ini menginsafkan aku dan membuatkan aku kembali merenung permohonan doaku setiap hari kepada Allah moga dipertemukan dengan jodoh yang baik tidak disertai dengan muhasabah aku untuk menjadi muslimah solehah. Wanita yang baik buat lelaki yang baik - itu adalah janji Allah. Seringkali aku berdoa agar dipertemukan dengan dia, tetapi aku keliru akan hakikat sebenar cara yang diredhai, dan aku yakin Allah belum memakbulkan doa-doaku. Dosa aku yang terlalu banyak dan tidak disertai bersama taubat nasuha dan berubah menjadi lebih baik adalah punca doaku belum termakbul. Ya Allah, di malam ini aku tenang apabila Engkau berbicara denganku melalui kisah itu. Cinta bukanlah memiliki tetapi memberi sepenuh keikhlasan. Terima kasih Allah.. Selama ini aku hidup dan menyangkakan bahawa cinta pada dia adalah cinta sejati dan setulusnya, tetapi rupanya itu semua adalah tipu daya syaitan yang membiarkan ia kelihatan indah di depan mata sedangkan berulat hakikatnya. Sedangkan perasaan ini tidak halal bagi mereka.. Ya Allah, adakah aku layak dipertemukan dengan seseorang yang sama2 menyedari hakikat itu lantas kami bersama2 saling mencari tanpa mengabaikan hukumMu? Ya Allah, kurniailah aku kekuatan untuk bermuhasabah diri... amin..
6 Disember 2008 ; 02:00
Dah 2 hari aku memulakan projek master aku di lab. Esok Sabtu, aku akan datang lagi untuk grind sample. Setakat ini, dah 6 jam aku dan idza grind sample. Persefahaman kami setakat ini alhamdulillah. Aku bersyukur punyai dia sebagai teman seperjuangan. Setakat ini kami saling bantu-membantu dan bekerjasama. Aku harap tiada lagi peristiwa seperti semasa aku dalam pengajian undergraduate berulang. Hari ini juga, aku bersyukur dan gembira kerana dapat join buat korban untuk aidiladha nanti. RM350. Alhamdulillah. Semoga orang2 miskin muslimin dan muslimat yang lain dapat sama-sama merasa sedeqah itu. Entahlah. Jikalau aku mati nanti, atleast adalah sedikit amalan yang dapat menolong aku di sana nanti.. Lately, aku kerap mendengar lagu Ayat-ayat Cinta- Rossa dan menonton berulang kali filem Ayat-ayat Cinta itu. Alangkah indah andai cinta diperoleh dengan redha Allah, apa sekalipun dugaan yang datang takkan melatah dan mengeluh. Itulah cinta kerana Allah.. Jika cinta itu berpuncakan nafsu, keinginan untuk memiliki lebih hebat dari segalanya. Jadilah manusia yang berpenyakit rohani, mental dan akhirnya membinasakan diri. Seolah2 terlupa manusia takkan pernah boleh memiliki manusia lainnya kerana kita hanyalah hamba dan hanya Allah penguasa dan pemilik yang maha berhak ke atas setiap hambaNya..
15 Disember 2008 ; 20:51
Tanggal 13 disember, Mak Yang kembali ke rahmatullah. Aku tatap wajah Mak Yang saat dikafankan - bersih, berkilat-kilat dan kelihatan berminyak, seolah2 kelihatan mak yang tengah tidur dlm lena yang cukup nyenyak. Wajah orang beriman yang dijanjikan Allah syurga dan rahmat di sisiNya. Mak Yang seorang penderita sakit kanser payudara. Walaupun sakit, juga penglihatannya yang sepenuhnya telah ditarik balik oleh Allah, namun solatnya, puasanya mengalahkan orang lain yang sihat sempurna. Tak pernah aku dengar mak yang mengeluh akan ujian yang menimpanya. Saat dia dikafankan, aku duduk disebelah, menatap sepuas2nya wajah itu. Tiba2 mama panggil aku dan beritahu aku, anak dara tak elok duduk dekat sangat dengan mayat, nanti jodoh lambat. Aku mempersoalkan surah atau hadis mana yang memberitahu sedemikian, itu sekadar petua orang tua-tua yang begitu banyak pantang larangnya. Bagi aku, selagi tiada dalam kitab, beberapa petua yang tidak relevan tidak harus dipertimbangkan. Namun aku akur juga, terpaksa berganjak dari duduk bersebelahan mayat mak yang ke sebelah mama. Mengimbas kembali, antara aku dan Mak Yang, aku punya kenangan yang tak dapat aku lupakan hingga ke saat ini. Mak Yang merupakan opah sedara aku, iaitu kakak kepada opah aku. Masa aku di darjah 5, kami sekeluarga tinggal di rumah mak yang untuk beberapa hari semasa pulang ke kampung, tak balik ke rumah opah seperti kebiasaannya, atas alasan apa, aku tak ingat. Then Mak Yang buat breakfast roti canai, dia ajar aku cara membuat roti canai walaupun di waktu itu aku hanyalah seorang budak darjah 5 yang hanya tahu makan makanan yang sedia terhidang. Petangnya, mak yang buat kuih ketayap. Semasa di rumah dia, aku terasa kasih sayang seorang opah terhadap cucunya- kasih sayang yang tak pernah aku rasa dari insan bernama opah. Opah aku hanya sibuk memikirkan bisnesnya, tak memberi perhatian kepada kami cucu2nya. Aku begitu terasa kelainan layanan seorang opah dibandingkan dengan seorang opah sedara. Detik itu, terpikir2 di otak aku bestnya kalau Mak Yang yg jadi opah aku. Namun aku akur, walaupun hanya sekadar cucu saudara, tapi takpalah, asalkan kami punyai pertalian yang agak rapat. Mak yang membuatkan aku kagum, kerana dengan penglihatan yang tiada lagi, dia masih mampu memasak, menguruskan rumah, malah masih mampu ke pasar! Kuatnya semangat dia, tak mahu menyusahkan anak-anak dia yang kebanyakan tidak tinggal lagi di kampung- Mak yang tinggal berseorangan sejak kematian arwah suaminya. At last, bila keadaannya semakin uzur, akhirnya Mak Yang dijaga oleh Cik Ti ngan Cik Nizam. Cik Ti cakap, tak susah jaga Mak Yang, Mak Yang tak banyak kerenah, dia pandai menguruskan diri walaupun uzur. Subhanallah. Begitu kasih sayang Allah, begitu ujian buat Mak yang. Akhirnya tempoh ujian berakhir, dan aku yakin Mak Yang berjaya hadapinya.. Begitu pengajaran yang Allah beri.. "Cukuplah mati sebagai pengajaran kepadamu.." . Ya Allah, kuatkanlah hatiku dalam menempuhi dugaan hidup ini supaya matiku nanti dalam keadaan sejahtera menghadapMu.. Amin.. Tika dan saat ini, aku sedang mengekang diri aku dari perasaan marah dan mengeluh dalam apa jua ujian, samada disebabkan oleh perbuatan orang lain terhadap aku mahupun disebabkan perbuatan aku sendiri. Ketahuilah, bahawa di saat kita dilanda musibah dan ujian, Allah sedang berbicara dengan kita erti ikhlas dan sabar. Walau sebaik mana sekalipun seorang hamba, walau setaat manapun dia, dia tetap akan diuji. Janganlah sekali-kali mempersoalkan bahawa aku tak buat salah, tak buat dosa, kenapa Allah uji aku begitu dan begini? Kita hambaNya, Dia berhak melakukan apa jua ke atas kita. Fitrah sorang hamba.. " Bagaimana kamu ingin masuk ke syurga sedangkan kami belum diuji lagi?" Bersabarlah dalam menempuhi ujian.. Yakinlah bahawa di penghujung sana ada habuan yang bakal menanti seandainya kamu jujur, ikhlas dan sabar... Wallahu a'alam..
Huhu. Rasa macam dah lama je aku tak update diari online aku ni, padahal tak sampai pun sebulan lagi. Huhu. Malam ni aku menaip di beranda rumah sambil menikmati pemandangan bukit di depan rumah aku. Sejuk je rasa, nyaman, tenang, cuma malam ni bintang tak muncul, mungkin nak hujan lagi nanti. Dah lama aku tak menghabiskan masa di beranda rumah untuk menikmati keindahan alam macam ni. Dulu masa aku sekolah, aku selalu mengulangkaji di waktu malam di beranda ni. Sambil tengok bintang. Rindunya kenangan dulu. Kini aku ingin mengulanginya kembali, ingin mencari ketenangan yang aku perolehi dulu dan mengembalikannya ke kehidupan aku yang sekarang. Btw, dah 4 hari aku terlantar demam. Aku penah dengar sorang ustaz kata, di saat kita sakit, di saat itulah Allah berada paling dekat dgn kita. Dan di situlah tanda Allah sayangkan kita, kerana dengan sakit, dosa-dosa kecil kita akan terampun. Dosa besar pula hanya terampun dengan taubat nasuha.. Harapnya macamtula..