Alhamdulillah, minggu ni banyak nikmat yang menjengah dalam hidup aku, alhamdulillah..rahmat..
first n foremost, minggu ni wan datang kl untuk berubat. Dan aku kagum kerana dengan keterbatasan pergerakan dia, dia masih mampu untuk datang ke sini dengan menaiki bas - sesuatu yang sudah lama dia tak lakukan. Aku tahu keterbatasan dia dalam memandu, dengan penyakitnya, yang doktor sahkan dia tak boleh memandu kerana bakal memudaratkan. Dengan kesungguhan dia datang ke KL, dan berubat dengan ustaz harun din, aku doakan semoga Allah perbudahkan proses penyembuhan da perawatan itu. Alhamdulillah.. memang itu yang aku harap2kan dari dulu iaitu kesembuhan dia. Walaupun jika ditakdirkan dia tak dapat sembuh langsung, at le ast dia telah mencuba dan berusaha. Dan aku harapkan semoga dia sentiasa baik2 saja dan semoga ikhtiar dia berjaya. Entah kenapa, minggu ni, aku sangat2 teringatkan dia. Selalu pun, aku teringatkan dia, tapi minggu ni, lain dari kebiasaan. Minggu ni, setiap malam aku menghabiskan masa membaca excerts yang kami bualkan bersama suatu ketika dahulu - sesuatu yang aku jarang lakukan since bulan 5 haritu. Dengan perbuatan itu, aku tak bermaksud untuk melukakan hati sendiri lagi, tapi niat aku hanya ingin mengambil sesuatu yang positif. Ya, pelbagai sifat positif yang aku temui dari dalam perbualan itu, dan sesungguhnya itu bukanlah perbualan kosong dan sia-sia, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu dan pengalaman. Kini, aku sedar, kenapa dahulu, wan pernah cakap pada aku bahawa perbualan kami adalah perbualan yang berguna, dan dia tak pernah rasa tiap saat kami kongsi bersama sbg suatu yang membuang masa. Aku mengerti kini. Alhamdulillah. Aku yakin, dia juga teringatkan aku, kerana aku dapat rasa satu perasaan bahawa dia teringatkan aku. Dan buktinya, dalam blog yang ditulis, dia ada relate mengenai aku. Alhamdulillah. Walau apa skalipun, aku terima, aku gembira, dan aku bersyukur walaupun bukan lagi seindah dulu.. Aku hanya inginkan kesembuhan dia.. aku hanya inginkan kegembiraan buat dia, dan aku hanya inginkan segala yang baik buat dia.. Ya Allah, janganlah Kau tolak permintaan hambaMu yang hina ini.. amin.
Minggu ni juga, kawan lama aku kembali menghubungi aku dengan satu berita gembira, iaitu dia sudah berpunya dan bakal melangsungkan tali pertunangan tahun depan. Aku sangat menghargai dia, kerana dia merupakan satu-satunya kawan yang sentiasa bersabar mendengar celoteh, bebelan dan setiap rungutan mengenai setiap perkara yang melanda dalam kehidupan aku. Dan selain merupakan pendengar yang baik, dia mempunyai sifat empathy yang tinggi pada aku kerana dia sangat memahami bagaimana cara aku berfikir. Dia lain dari pendengar setia aku yang lain. Kali ini, kedatangan dia, bukan sekadar menggembirakan aku, malah menginsafkan aku betapa penuh liku-liku yang dia hadapi utk bersama dengan org terisitimewanya. Serasanya, apa yang aku lalui hanya merupakan sepersepuluh dari apa yang dia hadapi. Betapa beratnya ujian buat dia, aku insaf. Selama ni, aku selalu memikirkan betapa berat liku yang aku jalani, lantas menjadikan aku seorang pemurung, tanpa aku sedar, ada orang yang lebih berat dugaannya daripada aku. Aku malu sendiri, aku malu pada Allah, aku malu pada diri aku, dan aku malu pada dia. Walau seberat mana dugaan yang ditempuh, dia masih mampu mengukir senyuman sedangkan aku apabila dilanda musibah, aku dengan mudah menangisi tiap sesuatu walaupun hanya di dalam hati. Aku akan berusaha untuk tidak menangis lagi mengenang ujian ini wahai Allah.. Aku akan berusaha untuk menghadapi ujian Mu ini.. Pintaku, kurniakanlah aku kekuatan, kasih sayang dan rahmatMu wahai Allah.. kasihanilah daku,hamba yang lemah lagi berdosa ini..
Minggu ni juga, aku beroleh keputusan peperiksaan program master aku. Alhamdulillah, aku mencapai keputusan maksimum 4.0 flats, alhamdulillah. Aku beritahu mak aku mengenai keputusan peperiksaan tersebut, mulanya dengan niat untuk mengacah-acah, aku katakan bahawa andainya aku berjaya dalam interview lecturer bulan 12 nanti, aku akan pergi dan tinggalkan pengajian master aku sebab result aku yang teruk. Tapi rupanya, hati seorang ibu tidak akan pernah tertipu dengan air muka anak nya, kerana ibulah yang menjaga sedari kecil hingga dewasa.. Alhamdulillah..
Actually aku dalam suasana kerimasan akan kehadiran seseorang kembali dalam hidup aku. Aku tersangat letih dengan apa yang telah diperlakukan pada aku, dan dengan kehadiran dia kembali dalam hidup aku membuatkan aku kembali pada zaman keletihan yang sedang aku cuba untuk lari itu. Sekarang ni, aku bukan saja letih dengan keadaan itu, tapi dia juga telah mencorakkan kotor hitam dalam lembaran yang aku biar putih bersih selama ini. Tak berbaloi dengan nama sebuah persahabatan. Takda keikhlasan langsung. Ntah mana keredhaan Allah yang dia cari. Aku benci dia! Aku benci dia sangat2!
Dalam berbaik dan menerima dia sbg kawan aku balik, adalah kesilapan besar dalam hidup aku. Nampaknya falsafah erti hidup pada memberi yang aku pegang selama ni, silap sasaran apabila terbuka kepada semua jenis manusia tanpa perlu menapis dulu untuk menerima penghargaan falsafah itu. Maksud falsafah yang baik itu rupanya tak praktikal untuk beberapa jenis manusia, dan nampaknya, aku telah membuat perhitungan yang salah. Hingga kini aku menerima sebab akibat daripada "kebaikan" aku tu, atas nama berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Syukur padaMu tuhan kerana telah memberikan aku petunjuk..
Even sakit aku nak terima, tapi aku perlu terima. Bak kata W, aku perlu mentreat diri aku untuk menjadi lebih "jahat&qu ot; dan menjadi lebih tegas, supaya g olongan ini tidak menjadikan aku sasaran mereka untuk terlalu senang memperkotak-katikkan aku.
Buat golongan sebegini, aku hanya berharap moga Allah balasi semua perbuatan yang telah mereka perbuat pada aku dengan setimpal, dan berharap satu hari nanti mereka bertemu buku dengan ruas. Aku takkan jadi seorang pemaaf lagi untuk golongan sebegini. Aku takkan jadi pemaaf lagi.
Moga ikhtiar aku kali ni berhasil dan moga Allah meredhai setiap langkah aku..Amin.
Tak berapa lama lagi, aku akan memulakan ekperimen di makmal. Harap-harap tiada aral melintang yang merumitkan kerja2 aku nanti, insyaAllah.. Walaupun literature review pun tak habis lagi, tapi kerja patut dimulakan dah. Lagipun nak tunggu berapa lama lagi, silap haribulan tak siap plak projek master aku nanti. Cuma sekarang ni, aku tengah tunggu beberapa chemical dan radas yang dah diorder bulan lepas. InsyaAllah lagi 2 minggu akan sampai dan kerja boleh terus dimulakan..
Kebelakangan ini, begitu banyak petunjuk yang Allah berikan pada aku. Alhamdulillah. Cuma aku kena lebih kuat, dan lebih tabah menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Dan aku kena melatih diri aku untuk menjadi lebih tegas, dan lebih berpendirian untuk menentukan hala tuju dan kebahagiaan aku sendiri. Selama ni, aku terlalu takut berseorangan, kesunyian dan ntah apa2 lagi. Tapi kali ini, aku kena yakin bahawa kesunyian itu lebih indah jika dibandingkan dengan kesedihan akibat salah tingkah. Yang pasti, dalam setiap apa yang aku lalui dalam hidup ini, aku perlu memilih, dan tak perlu untuk menerima apa yang sedia menunggu secara semberono. Mungkin ke untuk menerima yang sedia ada itu, dia akan berubah dan menjadi sesuatu yang aku harapkan dan kagumi? Itu tidak mungkin.. Mungkin tapi agak mustahil. Memilih, bukan ambil seperti membeli barangan longgok kat pasar borong. Memilih, dan agak cerewet selepas ini. Ya, agak cerewet. Biarkan.. untuk kebaikan diri aku juga..
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu..
Telah lama ku pendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku..
Ku ingin kau tahu
diri ku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktu ku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya..
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
untuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..
p/s: Dulu aku penah paste lirik lagu ni dalam blog ni, tapi tak lama lepastu aku delete.. Aku ingat lagi,masa tu bulan 5 2008.. Lagu ni mengingatkan aku pada dia.. Dia yang tak pernah muncul lagi hingga kini. Even jauh mana aku pegi, even payah mana aku cuba untuk melupakan dia, tapi aku gagal.. Aku masih gagal. Aku tahu, even aku kata aku cuba untuk melupakan, tapi aku tak mampu lakukan. Aku gagal untuk mencari punca untuk aku melupakan dia. Selama aku kenali dia, aku dapat rasakan keikhlasan dia, tapi salah aku yang membuatkan segalanya berakhir di situ.. Ya Tuhan, aku berdosa pada Mu dan pada dia.. juga pada diri aku sendiri.. Apa sekalipun, aku tak penah lari jauh dari dia.. even aku pun terluka, tapi aku tetap di sini tunggu dia.. Even ditakdirkan perlu menunggu sampai ke hujung nyawa, aku sanggup.. Biarlah.. Apapun, aku sentiasa doakan semoga dia bahagia selalu..