Alhamdulillah hari ni discussion aku bersama supervisor menghasilkan satu impak yang sangat bermakna untuk aku. Serba sedikit ilmu bertambah, dan semakin aku mengerti betapa banyak perkara dalam hidup ini yang masih belum aku pelajari dan dalami, itulah universiti kehidupan, universiti pengalaman.. Betapa sepanjang 23 tahun 2 bulan 4 hari aku hidup di dunia ini, aku hanya menitik beratkan kesedihan dan kemurungan yang dialami, lantas menjauhkan diri dan memprejudiskan diri pada golongan tertentu.. Aku membiarkan kenangan manis yang mewarnai hidup aku diselaputi dgn kesedihan, lantas aku hanya melihat ia berlalu pergi tanpa mendatangkan apa2 impak dan kesan yang menceriakan di dalam hati.. Aku adalah pesakit kemurungan! Namun, Ya Allah, aku tidak sesekali lupa akan dari mana asal usul sesuatu itu, wahai Tuhan, lantas menjadikan aku insan yang masih kuat berpijak hingga ke hari ini.. Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat dan rahmat iman dan islam yang telah Engkau hadiahkan kepadaku, dan masih memegang aku dari terpesong ke lembah yang menghinakan, wahai Allah.. Bila kembali menghitung, aku sedikit tertekan, aku lihat dia yang tidak menghargai, aku lihat aku yang mudah panas hati, mungkin ini semua salah aku, tapi hati aku enggan mengakui bahawa kesalahan itu adalah kesalahan aku keseluruhannya. Apa daya aku lagi Ya Allah.. Keimanan ini masih belum mantap untuk tidak terbias dgn setiap langkah yang dijejak, setiap jelik yang dihambur, dan setiap manis yang begitu meragukan.. Adakah aku yang terlalu prejudis? Ampuni aku Ya Allah atas ketidaksedaran dan ketidakpekaan aku akan kerosakan hati sndiri.. Hati ini semakin lama semakin rosak, semakin hilang kemurniannya, semakin pudar rasa kasih sayang sesama manusia, angkara peristiwa lalu yang membutakan dan menyakitkan. Aku cuba untuk bangun, tapi masih gagal, kerana bayangan lalu yang menghantui, disamping peristiwa lalu yang seolah2 kelihatan sedang dan akan berulang.. Aku nak lari dari kesakitan lampau.. Lantas aku prejudis.. Apa lagi harus aku lakukan Ya Allah.. hati ini tidak kuat menghadapi dugaan ini.. Kurniakanlah ketabahan buatku..kurniakanlah kekuatan buat hambaMu yang hina ini..amin..
Semalam 19/10 aku dapat buat panggilan percuma maxis-ke-maxis selama 1 hari. Seronok sangat rasa, dan sebenarnya dah terlalu lama aku tak call orang lama2. Hari ni aku pulun call kebanyakan orang yang bererti untuk aku sebagai tanda mereka masih dihargai walaupun aku kian jarang ada untuk bersama2 dengan mereka.
Mulanya aku call K, bagi aku dia sahabat yang sangat bermakna untuk aku. Sentiasa menerima baik dan buruk diri ini, sentiasa bersabar dgn kerenah aku yang suka menyakat dan sentiasa bersama2 aku di kala susah dan senang. Dia paling memahami aku, di kala aku marah dan suka. Dia ada melayan kerenah aku dan kemudian mengingatkan aku kembali akan segala keterlanjuran. Aku sangat menghargai dia. Agak lama aku menyepikan diri dari dia, alhamdulillah dia sentiasa memahami dan sentiasa memberi dorongan buat aku. Aku call dia agak lama, lebih kurang 2 ke 3 jam mungkin. Seronok bercakap dgn dia, dan aku tahu aku menyayangi dia dan persahabatan kami. Tujuh tahun sudah persahabatan tu berlangsung. Dan begitu banyak yang menggugat jiwa. Aku sayang dia.
Keduanya, aku call I. Dia sahabat aku paling akrab semasa pengajian undergrade. Aku rindukan dia, sifat saling memberi dan menerima antara kami. Sehingga kini, tiada sorang kawan pun yang setanding dengan dia bagi aku. Antara aku dan dia, ada satu perasaan yang membuatkan aku saling terikat pada dia kerana di kala aku dilanda kesusahan, dan di kala aku gembira, aku beritahu dia, dan begitu juga dgn dia. Bagi aku itu suatu kemestian. Insyaallah bulan 11 ni dia akan turun ke kl untuk berjumpa dgn aku. Agak lama sebenarnya kami tak berjumpa, lebih kurang 1 tahun 2 bulan. Aku rindukan dia. Bagi aku, persahabatan sangat bermakna. Dan aku doakan persahabatan yang membawa ke syurga..
Seterusnya, aku hubungi S. Dia roomate aku semasa undergrade. Berkongsi segalanya dgn dia suatu masa dulu membuatkan aku teringat segala kenangan bersama. Bagi aku, dialah roomate terbaik yang pernah aku ada semenjak aku mengenali kehidupan berasrama. Aku sayangkan dia..
Kemudian, aku hubungi F. Semenjak pinangan dia ditolak tempoh hari, aku berazam untuk kekal menjadikan dia kawan yang baik buat aku. Mungkin jodoh tiada, hanya Allah yang maha mengetahui. F tak sihat, dia demam since balik dari kl hantar rombongan ke rumah aku dulu. Kesian dia. Apapun, niat aku menelefon dia hanya untuk mengetahui keadaan kesihatan dia, dan family dia. Keluarga dia elok, aku teringat mak dia yang begitu baik melayan aku, dan masih menghubungi aku bertanya khabar walaupun setelah aku menolak pinangan mereka. Masa menelefon, F kata pada aku, dia lelaki paling bodoh sebab mensia-siakan peluang yang aku bagi. Bagi aku, segalanya dah tersurat, takda apa yang perlu disesali, yang penting, aku sentiasa ingin memberi yang terbaik walaupun semasa couple dulu dan juga kini walaupun hanya sebagai kawan. Walau apa sekali pun, aku menghargai dia sebagai kawan. Bagi aku, walaupun ikatan kasih terlerai, tak bermakna ikatan persahabatan juga harus terlerai. Aku ingin mengukuhkan persahabatan itu dan dalam persahabatan itu, aku inginkan dia bahagia.. Aku ingin dia gembira.. Aku ingin lihat kebahagiaan itu ada..
Itu saja 4 orang yang aku hubungi. Setiap satu call, memakan masa lebih 1 jam.. Begitu banyak masa di buang, tapi takpa, demi harga sebuah persahabatan. Lagipun, hari minggu, hari untuk berehat. Sebenarnya, dari awal aku dapat msg dari maxis mengatakan aku dalam free panggilan selama 1 hari, orang pertama yang aku ingin hubungi ialah W. Aku sangat2 teringin untuk bercakap dgn dia, tapi bila aku fikirkan, keadaan takkan sama seperti dulu, dan dia takkan dapat menerima aku seperti dulu, aku tahankan niat tu. Aku sayangkan dia, tapi bila mengingati bahawa dia akan sakit bila menjawap telefon begitu lama sebab terpaksa statik memegang telefon, aku tahankan, aku tahu aku akan menyusahkan dia kalau masih menghubungi dia. Dan serasanya, berdasarkan pengamatan aku, dia tak suka untuk aku terus mengganggu dia. Masa dia call aku hari khamis lepas, dingin nya dia terhadap aku sangat obvious. Aku cuba buat sesuatu untuk menceriakan suasana di waktu tu, tapi takda sambutan dan aku terasa malu sendiri. Dia masih tak dapat memaafkan aku, dia takkan dapat menerima aku kembali. Sepatutnya aku kena sedar diri dan memijak di atas bumi. Aku akan pergi, aku akan pergi, supaya dia lebih bahagia. Namun doa aku akan sentiasa ada buat dia.. Aku sayangkan dia seikhlas hati aku, hanya doa itu sebagai tandanya dia sentiasa diingati. Biarlah dia tak tahu, tapi aku yakin Allah menghitung setiap sesuatu yang aku cuba lakukan.. Aku tahu aku insan berdosa, terhadap dia. Aku sedar diri. Apa daya aku untuk mengharapkan diri diterima kembali..
Apa sekalipun, dalam bersahabat, aku cuba menjadi seikhlas mungkin. Ada kala aku tersilap dan terlanjur perbuatan, aku manusia biasa. Apa sekalipun, aku pernah merasa pengalaman kawan yang tak mengaku aku sebagai kawan lagi atas kesilapan dan keterlanjuran aku sendiri. Aku terima segalanya, kerana aku yang mencarik2 kan sendiri erti sebuah persahabatan itu. Aku mengambil setiap sesuatu sebagai pengajaran yang berharga buat aku di masa akan datang. Walaupun mereka pergi, andai ada masa mereka kembali, aku tetap akan berada di sini untuk mereka.. Aku sentiasa ada dan menanti mereka bersama2 membina kembali persahabatan itu..
alhamdulillah, hari ni aku berjaya submit kedua-dua paper work utk subjek research method dan microscopy dn spctroscopy kat lecturer. lega rasanya, pasni bolehla aku concentrate kt revision je utk exam next week. alkisahnya, semalam, tiba2 display laptop aku malfunction bila aku ready nak siapkan paper work tu. mula2 nya display tu ok je, tapi tiba2 tak lama lepastu tiba2 skrin jadi gelap. Nk nangis dan kalut rasa, sebab aku kena deadline utk sublit paperwork tu ari ni. Mana tak kalut..! Erm.. then tengah aku kalut tu, tiba2 W call aku. Actually aku yang call dia dulu sebenarnya, sebelum display laptop aku malfunction, tapi dia tak angkat. Saja je sebenarnya nak call dia, lagipun dh lama aku x contact dia utk tanya khabar. Tapi x lama lpastu, masa aku tgh kalut display laptop rosak, tiba2 dia call. Aku jawab je la, tanya khabar dia. Aku mulanya agak happy ckp dgn dia, sebab yela, since bulan 5, memang dia dah terlalu lama x call aku. Then aku bagitau dia yang display laptop aku malfunction. Then dia bagitau aku, kena beli external hard disk utk back up semua data, tapi disebabkan aku kurang ilmu pasal komputer, so aku tanya dia, external hard disk tu apa. Honestly memang aku tak tahu, dan patutnya benda mudah tu semua org patut tahu. Tapi dia jawab kat aku, ada master in fizik, takkan tak tahu external hard disk tu apa. Aku macam rasa entahla, aku agak kecik hati bila dia cakap macamtu. Takpa. Aku sedar memang aku tak pandai. Dgn nada dia yang dingin, aku try nak faham. Dan aku agak kecik hati semalam. Lepas dia letak telefon, aku bertambah sedih, terasa 1 lagi kesedihan. Takpalah, maybe dia marah lagi kat aku. Lpastu, ada dia cakap pada aku, dia lately jarang angkat fon sebab dia selalu berenggang dengan fon. Aku accept, yela, sebab dari raya, sebelum raya, aku penah call, tapi tak berjawab. Erm, ntahla, kalau nak dipikir balik, kenapala harus aku buat semua ni. Dah lama aku berusaha, memang salah aku pada dia, dah banyak kali aku mintak maaf. Tapi entahla, maybe dia masih tak dpt maafkan aku. Apa lagi harus aku buat selain minta maaf. Di saat kebarangkalian utk menyorokkan identiti diri lebih tinggi dr mewarwarkan segala kebenaran, harus ke aku utk terlalu berlaku jujur? Maafkan aku andai itu masih lagi merupakan penyebab utama aku tidak diterima. Aku perlu buat apa lagi.. Takpalah, lukakan hati aku sebanyak mana yg dia nak, tapi aku still kat sini, still ada utk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dia, doa ni sentiasa ada utk dia tiap kali lepas solat. Even lepas kesalahan lalu, aku lebih banyak berdiam diri, seolah2 aku kelihatan seperti lepas tangan, tapi kalaula dia tahu apa yang aku fikirkan.. apapun kesalahan aku yang buat dia jadi macamtu. Aku terima semuanya.. aku dah berusaha utk membetulkan balik keadaan, tapi nampaknya takda tanda2 berhasil.. mungkin dah takdir macam ni..
Akhirnya, tak lama lepastu, aku dail nombor kawan aku yang agak arif tentang komputer. Dia yang akhirnya banyak membantu aku. Aku berterus terang pada dia bahawa aku tak pandai komputer, segala komponen dalam nya. Tapi alhamdulillah dia mengajar aku satu2. Dia tak buat macam yg W buat pada aku. Dia tak cakap yang aku ada master fizik tapi antivirus pun tak tau. Dia tak kecikkan hati aku. Dia dapat terima ketakpandaian aku dan ajar aku satu persatu. Dia tak expect too high dr aku. Alhamdulillah, masa dia tgh ajar aku utk solve masalah display tu, tak lama lepastu, dengan izin allah tiba2 display laptop aku kembali berfungsi. Aku seriusly sangat terkejut. Ntah macamana dan entah bagaimana tiba2 display laptop tu kembali berfungsi dngn elok. Alhamdulillah, allah bantu aku. Aku sangat bersyukur. Dahla masa tu, dia call aku utk ajar aku even sepatutnya aku yang kena call sebab aku yang minta tolong. Then bila diplay tu dah elok, dia ym plak ngan aku utk check function laptop aku. Aku terharu dgn jasa itu. Aku betul2 appreciate. Thanks a lot pal.. Alhamdulillah even aku terkecil hati disebabkan sikap orang yg aku sayang, tp alhamdulillah allah kurniakan aku kesudian bantuan dr seorang kawan. Allah tu maha adil. Aku percaya, sedih dn gembira masing2 berada pada takat yang sama. Apa yang harus aku lakukan ialah sentiasa berbaik sangka pada ketentuan Allah, sentiasa meletak harap hanya pada Nya, dan sentiasa yakin Dia akan sentiasa menolong aku.. Alhamdulillah, dgn izin Allah, Dia beri kesempatan utk aku menyiapkan paper work tu.. Alhamdulillah.. syukur..
Hari ni aku agak geram sedikit. Actually takda la kena mengena dgn aku, tapi even aku pun bukanlah baik pun, tapi untuk mengkritik seseorang secara terus terang dan jujur, aku mampu lakukan dgn cara agak sinis dan surely akan membuat orang sakit hati. Or maybe dia takkan lupa sampai bila2. tapi itulah yg aku taknak buat dan aku cuba kekang diri aku untuk tak buat. Actually aku agak dissapointed la bila aku lihat orang yg aku kagum atas keelokkan budi pekerti dia slama ni mendoakan orang untuk mati, padahal orang tu takdala salah besar pun, cuma a bit ego n so-called sombong type. Aku pun tak paham, apakah elok kita mendoakan orang lain agar dia cepat mati sedangkan salah yg orang tu buat tu, takdalah sebesar mana? nape x doakan je agar dia diberi hidayah atau sedar dr kesilapan dia? erm.. aku agak kesal la, even hal ni takda kena mengena dgn aku. Ermm.. bertambah kesal, 3 kali dia doakan orang tu supaya mati. Erm.. even aku bukanlah baik pun, tapi aku tak dpt trima doa yg sebegitu. Kan tak elok doakan keburukan utk orang lain. Even jahat mana pun, jgn doakan yg buruk utk dia, doa la supaya dia dpt kesedaran, hidayah, petunjuk. Melainkan anda memang dizalimi dgn sgt x berperikemanusiaan, mungkin bolehla diterima. tapi ni, sekadar hal2 kecil.. tak usahla nak doakan orang yg buruk2. Apepun, smg dia sedar dr kesilapan dia. Tak elok doakan org cmtu. Takda faedah nya pun, x dapat kepuasan hati pun.. haih.. apa la yg aku dok bebel ni.. bukan ada kaitan ngan aku pun.. tapi tak suka la tgk benda2 mcmni.. geramnya..
Actually aku tak tau apa nak tulis dalam tblog ni. Maybe sebab aku semakin kurang menghayati detik2 dan tiap2 saat yang ada dalam hidup aku. Susah sebenarnya menulis ni. Membaca lebih mudah dari menulis semestinya. Tetapi bila nak menulis, biarlah kita dah cukup membaca Sebenarnya, aku semakin lama semakin tak rajin untuk menulis sesuatu tentang diri aku. Selalunya aku akan menulis, samada dalam diari offline takpun dalam diari online di tblog. Kalau nak diikutkan, banyak je benda penting yg berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini. Banyak yang boleh dijadikan kenangan dan ingatan.. tapi entahlah, makin lama, perasaan untuk menulis diari makin terhapus.. mungkin satu hari nanti aku akan delete tblog aku ni. wallahu a'alam..
Semalam, aku menolak pinangan F.. Hampir dua jam dia dan family di rumah aku, biarlah semua yang tersirat tersurat. Dan biar semua teka-teki selama ni terjawab. Selama ni, lama aku menunggu dia. Lama dia tinggalkan aku tanpa tahu apa salah aku pada dia. Aku penah turun ke penang semata2 untuk berjumpa dgn dia, untuk mengetahui duduk punca dia menyepikan diri, tapi walaupun dia janji ingin bertemu aku pd waktu tu, tapi janji sekadar janji, dia tak muncul2, aku akhirnya balik semula ke kl tanpa dapat bertemu dia. Sampai hati dia.. Serasanya itulah perkara paling bodoh yang penah aku buat sepanjang umur aku.. Sedih sgt waktu tu. Masa tu, aku berdoa pada allah, andainya dia tak berjumpa dgn aku di penang masa tu, dia bukanlah jodoh aku. dan aku takkan menoleh lg pada dia. Ya, sekarang aku tak menoleh lg pada dia. Aku yakin keputusan aku benar.. Aku dah buat solat istikharah, aku berdoa andainya dia betul2 untuk aku maka bukakanlah pintu hati aku, namun takda tanda langsung utk dia diterima..Aku tak buat sesuatu keputusan dgn tergesa2, dan aku tak buat keputusan berlandaskan perasaan semata2. Mungkin ini yang terbaik buat aku dan dia.. Pisang takkan berbuah dua tiga kali.. kalau ditakdirkan lepas ni, aku tak bertemu jodoh, aku redha, tp aku tak berhenti berusaha.. aku tak sesekali menolak sunnah nabi saw.. tp untuk mencari seseorang yang betul2 menghargai dan menerima aku seadanya, entahlah.. siapa la aku untuk diterima sebegitu.. buat masa ni hidup sorang lebih bahagia dan selesa.. waktu itu pasti akan tiba satu hari nanti.. jodoh harus di cari, tapi jodoh juga harus memilih bukan mengambil apa yg tersedia.. jgn lukakan hati sndiri lagi, diri.. semoga Allah mempertemukan aku dgn cinta yg hanya ingin mencari keredhaanNya.. apa skalipun, aku doakan smg dia dipertemukan dgn orang yg terbaik untuk dia.. even macamana skalipun kisah lalu, aku tetap ingin lihat dia bahagia.. aku tak penah doakan keburukan buat dia, sekurang2nya dia penah membahagiakan aku.. dan aku penah rasa bahagia bila bersama dia.. apapun, biarlah semua tu jadi memori..
Sekarang ni, aku sibuk mencari material untuk research terbaru aku. Research ni lebih kepada evolusi mikrostruktur terhadap suhu tinggi ke atas bahan magnet, adakah mikrostruktur bahan akan berubah bila dikenakan suhu yang tinggi secara selari dan juga adakah sifat magnet nya akan menjadi semakin baik. Yang pasti, eksperimen akan dijalankan dengan 2 kaedah, dan setiap 1 kaedah memerlukan 10 + 4 sampel. Setiap kaedah plak akan dibahagikan kepada dua prosedur penyediaan. Semua sekali, aku kira aku perlu buat sebanyak 14 sampel, dengan 10 jenis suhu sintering. Aaa.. banyak nya. Dan yang pasti, setiap suhu sintering aku boleh publish paper. Untuk GRF, aku perlu publish paper, at least 2. tadi, encik adi suruh aku list down semua chemical ngan apparatus yang aku nak guna untuk research tu sebab dia nak tolong belikan. aku pun ape lagi, suruh beli semua, dari chemical sampai forceps pun nak. quartz boat aku suh dia beli 14. haha. tamaknya aku, nak menghabiskan duit je kejanya. sikit2 sudahla! hehe. kalau boleh, aku nak suruh dia beli furnace, beli pulverisette planetary ball mill, aa, macam2 lagi untuk kegunaan aku sorang2 tak payah berebut dgn budak phd ngan undergrad. hehe. mentang2 la dah masuk geran..ko nak buat mcm pi shopping ek! huhuhu. tp tak bolehla mcmtu, duit bukan banyak sgt. apala aku. ishk2.
Moving on ari ni, aku berjaya mendelete mirc dari laptop aku.. selamat tinggal mirc. semoga orang yang memang teringin untuk tak lihat aku lagi dlm irc tu lega sbb aku takkan wujud lagi kat situ. dulu, aku tak sampai hati nak delete, sebab beberapa rakan. tapi selepas make sure yang aku dan mereka takkan lost contact samada melalui fs atau ym, jadi aku sedikit lega. bila dipikir2kan balik, aku kenal dunia irc sejak aku form 4, form 5 aku stop sebab spm. then aku start mirc balik pada umur aku 22, iaitu tahun lepas. itupun aku join sebab aku tak tahu nak isi kekosongan masa macamana. irc irc.. erm.. aku tak nafikan memang ada beberapa kawan yg aku knal dr irc sejak dr form 4 dlu kekal bkawan dgn aku sampai saat ni.itu la dinamakan keikhlasan.menerima seadanya, dan menerima persahabatan itu sama seperti perkenalan di alam realiti. nak jumpa persahabatan yg sebegitu mmg susah.. di saat ketakjujuran dan ketakikhlasan mempunyai kebarangkalian yg lebih tinggi berbanding kemuliaan hati.apa skalipun, aku berharap agar persahabatan itu terus kekal, insyaAllah..
skrg ni, aku slalu dgr lagu warkah ni. dulu pun actually aku ada paste dalam blog ni. tp kali ni, aku paste skali lagi. bila aku dgr lagu ni, aku teringat W. even aku masih sayang dia, truly syg dia even kenal hanya melalui irc, tp entahla, serasanya,& nbsp;bagi aku dia dah cukup beri keikhlasan pd aku, dan aku juga terlam bat untuk menunjukkan keikhlasan itu, dan serasanya dia takkan patah balik pada aku. biarlah yang pergi tu pergi, diri. cinta itu hak milik Allah, Allah berhak menarik atau mengembalikannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Redha la, kerana setiap sesuatu tu ada sebab-musabab nya. Yang tersirat akan tersurat akhirnya. Bersabarlah. Apapun, aku hanya berharap yg terbaik untuk dia. Dan semoga dia bahagia dgn hidup dan diberi kesembuhan. Doa aku sentiasa ada untuk dia supaya dia sentiasa baik2 saja di sana, dan sentiasa di bawah lindungan rahmat dari Allah..
takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpi ku
puas ku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini tak kah terasa
warkah ku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setia ku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
Bila waktu ku tersisa Untuk selalu disisi Menjaga hatimu Aku kan slalu mencuba Berikan yang terbaik untuk kau miliki Tapi maafkan aku Waktuku hanya sesaat
Aku tak bisa memiliki menjaga cintamu Walau sesungguhnya hatiku mencintaimu, memilikimu Aku tak ingin kau terluka mencintai aku Hapuslah air matamu dan lupakan aku
Sungguh di batas masa Ku hanya ingin kau bahagia Jalani hidupmu
Hari ni, tajuk research aku ditukar lagi. Lebih kurang sama dgn yang dulu, cuma kali ni lebih banyak kerja, lebih detail dan lebih menyeronokkan. Alkisahnya supervisor aku baru diluluskan geran penyelidikan dia untuk research yang dia beri kat aku ni. Banyak juga geran tu, bernilai ratusan ribu. Tadi masa berbincang dgn dia mengenai research tu, aku rasa kagum kat dia. Kagum sebab macamana la dia blh terpikir untuk membuat penyelidikan mengenai itu. Camana la dia boleh berpikir ke hadapan mcmtu. Ish2. Dahsyat. Tapi sedih plak rasanya bila dia cakap dia kat u ni tinggal ntah tak berapa lama la lagi, dia nak aku jadi pelapis dia, kalau aku betul2 berminat dlm bahan magnetik ni. Tadi, dia tunjuk proposal geran dia kat aku, banyak duit yang dilaburkan. Aku rasa macam ralat untuk meninggalkan master dan beralih ke dunia pendidikan kalau berjaya dlm interview jadi lecturer bulan 12 ni. Macamana plak nak bagitau kat dia yang aku akan meninggalkan apa yang aku dah penah buat untuk 1 semester ni nanti. Erm..apapun,itu pun kalau berjaya. kalau tak berjaya, takpalah, sebab at least aku dah ada backup..
Then, semalam, presentation research methodolodi aku dpt pujian dr lecturer. wow. blushing sekejap. bukan sebab apa pun, aku takdala nak riak dan gembira ke apa dgn pujian tu, tapi aku lega sebab berjaya buat yang terbaik untuk presentation tu dan mengikut piawaian yg lecturer tu nak. Apapun, seronok. Dan yang pastinya, markah presentation tu akan dicampur dgn markah final exam aku nanti.. Apa skalipun, buat yang terbaik untuk dapat hasil yang terbaik..
Skarang ni, tiap kali aku pegi ke universiti, aku akan teringat asma dn isma. even diorang slalu sangat memeningkan kepala aku masa undergrad dulu, tapi tanpa diorang, pengajian degree aku tak lengkap dgn erti sebuah persahabatan. kami bertiga 1 geng sejak dari 1st semester degree lagi.disebabkan kami bertiga, jadi sebab tu la selalu berlaku perasaan cemburu apabila seorang rapat dgn sorang lagi, yang sorang lagi tersisih. main point di sini, kalau nak bersahabat, memang susah kalau bernombor ganjil. carila nombor genap. baru stabil. huhu. asma dan isma ni dulu slalu bergaduh, jadi aku la yang jadi orang tengah. masa dulu, memang pening kepala mcmana la nak damaikan diorang ni, asyik bermasam muka je. tapi skrg ni, aku rindu plak dgn suasana tu. macam terlihat2 diorang di fakulti, teringat kenangan kami, teringat frenship celebration yang kami buat, semua tu kenangan. skrg ni, masing2 bawa hala tuju masing2. bila la akan berjumpa balik.. masing2 sibuk dgn kehidupan masing2.. takpa, ada umur berjumpa lagi..insyaallah..
Hari ni, rutin harian seperti biasa. Dari pagi aku berada di fakulti untuk terus melangsaikan asignment dan penyediaan presentation untuk subjek Prof Halim. So far so good. banyak sangat benda yang aku tak tahu. Ilmu masih belum cukup. Sekarang ni, aku ada keinginan untuk mendelete mirc dari laptop aku buat selama-lamanya mungkin. Terlalu banyak masa yang aku habiskan di situ untuk mengisi kekosongan masa. Aku tak tahu apa yang aku cari di sana. Bukan buat apa pun, cuma main kuiz di sana, dan berbual dgn beberapa rakan. tapi entahlah. Kepuasan yang hanya sekejap mungkin. Dan yang penting, aku di sana, bukanlah aku yang realitinya. Aku di sana adalah aku yang kasar, aku yang sombong, aku yang keras kepala, aku yang enggan beralah dan bertolak ansur. Untuk apa aku lakukan semua itu? Kerana ingin menyembunyikan identiti dan juga agar tidak bersahabat dgn sesiapa yang tidak ikhlas. Andai orang itu ikhlas, even seburuk mana sekalipun perangai yang aku tunjukkan, dia tetap akan berada di situ, dan tetap berkawan dgn aku. Andai keikhlasan tiada, dia akan pergi, dan gagal menerima seadanya aku. Itu saja. Dunia IRC dunia khayalan. jadilah sesiapa yang anda inginkan, takda orang akan tahu. dan di sana terdapat berbagai ketakjujuran dan ketakikhlasan.. Namun masih ada yang berhati suci dan mulia, cuma ibarat kaca di tengah2 pasir, sukar untuk kelihatan.. Aku mencari, namun adakah aku tlh berjumpa? Wallahu a'alam..
Tadi, aku online blog W. Hanya untuk mengetahui serba sedikit perkembangan dia, walaupun harapan ini tidak ada lagi buatnya. kalaula dia baca blog aku ni, aku harap dia lega sebab aku takkan mengganggu dia lagi, takkan meletak harapan apa2 lagi. Tapi doa aku sentiasa ada untuk dia, supaya dia segera sembuh dan beroleh kebahagiaan yang diimpikan. Allah maha mengetahui apa yang aku usahakan dan apa yang aku lakukan. Biarla dia tak tahu, dan aku tak perlu sesiapa untuk tahu. Cuma yang penting, kesembuhan dia, kesihatan dia, dan kelapangan buat dia. Bila aku baca blog dia tadi, aku sedikit terkejut dan gembira. terkejut dan gembira sebab akhirnya projected kaput yang dah lama ada dalam blog dia, dah dia buang, dan dia ganti dgn layout yang baru. Ada tanda2 yang dia mula untuk melupakan kesakitan dan rasa ingin mati dgn kesembuhan dan keceriaan. Alhamdulillah. Aku harap, tanggapan aku kali ni tak silap. Semoga cepat&n bsp;sembuh W, semoga berjaya dlm hidup dan semoga dipertemukan dgn seseorang yang terbaik. Allah tu Maha Adil. Dia takkan timpakan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang, dan setiap yang berlaku ada sebab musababnya. Ada hikmah. Di mana ada musibah, di situ ada rahmat, dan di situ juga ada kasih sayang dari yang maha pencipta..
Kehidupan aku, makin lama, aku rasakan makin bererti. Bererti kerana aku sentiasa memberi. Dan sentiasa dipenuhi. Kembali belajar di universiti, masa kosong aku makin terhabis dgn baik. Ada kawan2 yang bersedia untuk diberi. dan apabila memberi, aku bahagia. Dan aku juga bahagia apabila diberi. Besar makna memberi itu.. Tersenyumlah, kerana senyuman itu akan membuat hari2 yang suram menjadi cerah. tersenyumlah, kerana dengan senyuman, anda bisa untuk menggembirakan hati seseorang..
Alhamdulillah..aku selamat sampai dari kampung petang td. Seronoknya raya kali ni.. Raya pertama hingga raya kedua di rumah nenek, kemudian raya kedua sampai raya keempat di rumah opah. Aku bersyukur kerana raya kali ni, dikurniakan kegembiraan dan ketenangan. Dan forsure raya ni, semasa on the way pegi balik kampung, aku asyik suruh mak pegi kubur nenek utk menziarah. Sampai babah kata aku ni kena istighfar banyak2, sebab buat perangai pelik. Hehe. Apalaa.. ntah nape, raya kali ni, cam memanggil2 aku utk pegi ke sana. Terlalu memanggil2. Mungkin sebab aku terlalu banyak dosa. Dosa berahsia. Ya, dosa berahsia dan kemudian memberitahu perkara selain dari yg benar. Aku rasa cukup la untuk aku terlalu berahsia. Dan sudah sampai masa untuk aku menerima orang sekeliling aku. Selama ni, mungkin aku hanya menganggap yg aku menerima mereka, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Bila aku berahsia, aku sebenarnya masih gagal untuk menerima mereka sepenuhnya. Apa sekalipun, aku berusaha untuk berjaya mahupun gagal. Aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Aku berusaha. Sekarang ni, aku ingin menghargai orang disekeliling aku. Dan memaafkan orang di sekeliling aku. Menerima sesiapa sahaja. untuk diterima, aku harus menerima. Aku nak jadi lebih baik dari hari ke hari. Aku nak melupakan semua kisah silam aku. Kisah silam hanya tempat untuk ditoleh, bukan untuk dikenang. Apa yang penting sekarang, ialah masa kini dan masa depan aku. Aku harus mencorakkannya supaya ianya seindah yang aku impikan. Mengenai W, aku lepaskan dia pergi. Dia akan lebih bahagia tanpa aku. Dan takda sebab untuk dia kembali menoleh pada aku. Aku percaya dia akan sentiasa baik saja di sana. Dan aku doakan semoga diberi kesembuhan buatnya. Sekarang, hati aku kosong tanpa cinta dari lelaki. Biarlah. Aku rasa itu lebih selesa, dan lebih bahagia. Biarlah. satu hari nanti pasti akan terasa kekosongan. Tapi aku takkan mencari. Aku hanya menanti. Yang pasti, biarlah buat masa ini, aku cuba memperbaiki diri. Aku percaya, lelaki yg baik utk perempuan yg baik. Aku ingin menjadi perempuan yg baik agar aku dipertemukan dgn lelaki yg baik. Bila masanya, wallahu a'alam..
InsyaAllah, 11 oct ni, keluarga F akan datang ke merisik. Seawal pagi raya, sebelum aku ke masjid, dia menelefon aku. Mengucapkan selamat hari raya, dan meminta maaf atas segala yg telah dia buat pada aku. hakikatnya, aku sudah lama memaafkan. Bila teringat dia, aku teringat akan kisah hubungan kami. kisah aku dan dia, yang aku anggap kerana Allah, kerana bila bersama dgn dia, aku rasa selamat. Walaupun lebih 3 tahun kami bercouple, dia tak pernah sekalipun menyentuh aku. Itu yang membuatkan aku menghormati dia. Namun, peluang kali ke-3 tak pernah wujud.. takkan pernah wujud.. aku dah beri amaran awal2 pada dia, aku takkan terima, ntahlah.. kenapa saat ini baru dia datang.. setelah lama meninggalkan aku sorang2.. ntahlah.. sakit kepala memikirkan.. takda mood lagi nak menaip..sampai sini.