Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



S a l a m L e b a r a n . . .
09.30.08 (4:22 pm)   [edit]

Ishk2, banyak betul msg aku dpt ari ni. Sampai tak muat inbox. Dan yg menjadi masalahnya, bukan inbox tu, tp aku yang menjadi masalah, sebab tak perasan kehadiran msg2 tersebut. Apa la aku. Huhu. Mana tak nya, handset asyik terperap dalam laci. Dan satu kebiasaan aku ialah buat silent mode. Lebih selesa sekadar bunyi beep tanpa apa2 ringtone. Seingat aku, last skali aku biarkan handset membunyikan ringtone ialah kira2 6 bulan lepas. Ringtone lagu unintended. Huhu. Lagu tu banyak kenangan. Full stop. Takmo ingat banyak2. Huhu.

Esok insyaAllah aku akan balik ke kampung. Erm, ramai yang dah takda. Atuk dah takda, che dan, che li, che rina, smua dah meninggal. Innalillah.. Itu belah ayah. Belah mak, masih ramai yang ada, cuma nenek je dah takda. Time2 raya macamni, aku teringat nak pegi kubur diorang. Menjenguk dan menghadiahkan sesuatu buat mereka. Mesti mereka tertunggu2. Tapi entah kenapa, kubur hanya dijenguk di keluarga belah ayah, tidak belah mak. Jenguk kubur nenek belah mak boleh dikira dgn jari. Tak selalu pegi. Aku pun tak faham kenapa. Bila tanya mama nape tak pergi ziarah kubur nenek, mak kata org perempuan tak elok pegi kubur. Erm. Ntahla, aku tak dapat terima penjelasan tu sebab bukan kita nak menangis meratap ke apa kt kubur tu. Nabi SAW galakkan kita pegi ke kubur, dan perempuan pun digalakkan jikalau perempuan tersebut tahu menjaga adab dan mengawal perasaannya. Tapi aku lebih mudah diam je bila bercakap dgn mak. Dan yang pasti, aku selalu mencuri2 ikut ayah pegi kubur. Dan tak melampau kalau aku katakan, aku suka pegi menziarah ke kubur, kerana di sana, aku dapat membayangkan andainya aku yg duduk di dalam kubur sedangkan org yang di atas membacakan sesuatu buat aku. harapnya, andai aku meninggal dunia nanti, ada org yang masih mengingati aku dan menghadiahkan aku sesuatu..

Ermm.. Rindunya kat atuk. Dulu, tiap kali musim durian, atuk akan bawak balik banyak buah durian, dan siap buatkan tempoyak. Dan tiap2 kali raya, atuk akan panggil bagi duit raya, dan seperti biasa, aku akan jadi cucu yang paling nakal sebab slalu mintak duit raya lebih. yang paling best, sebelum sampai kg lagi atuk dah prepare awal2 mercun ngan bunga api utk kami adik beradik. seronok betul time tu. Atuk selalu bagi nasihat suruh belajar rajin2, suruh jd macam ayah, suruh jd anak yg baik. Atuk..atuk.. Ermm, last skali aku jumpa atuk, masa aku form 5, baru lepas spm masa tu, aku teringat yg atuk menangis sebelum kami pulang smula ke KL. Ayah pujuk atuk, dan itu kali pertama aku lihat atuk menangis. kebetulan masa tu, che li baru meninggal. Aku sangkakan atuk menangis sbb che li meninggal.. Aku sempat salam tangan atuk, mintak maaf pada atuk. Dan ya, itu merupakan kali terakhir aku berjumpa atuk. Sebab pada bulan 3 2003, aku dapat msg dari mama, cakap atuk meninggal, accident. Dan mayat atuk dah dikebumikan. Diorang smua masa tu dah ada kat kg. Kecuali aku. Diorang tak bagitau pun kat aku yg atuk meninggal. Diorang tak bagitau pun kat aku atuk accident. Diorang tak ajak pun aku balik kg tengok jenazah atuk. Dgn alasan, aku duduk di asrama, masa tu aku blajar kat pusat asasi sains um. Bukan jauh sgt pun kalau nak amik aku. Rumah masa tu pun kt putrajaya. dekat je. ermm.. Tup tup tgk2 dapat msg mayat atuk dah dikebumikan. Sedih betul aku rasa masa tu. Mulanya dapat tahan sebak, tp malam tu, aku tak dpt tahan sebak. Atuk.. atuk.. rindunya kt atuk.. smg atuk ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. amiin.. al-fatihah..

Raya kali ni, aku tak mengharapkan apa2. Cuma biarlah aku dapat lihat smua orang bergembira di hari raya ni. Aku seperti biasa, ada disyukuri, tiada direstui. Seperti itu. Sebenarnya, untuk berkumpul bersama semua ahli keluarga di sebelah mak, aku agak keberatan. Tak melampau kalau aku katakan, kalau aku ada 2 pilihan antara balik kampung untuk bersama mereka, atau pun duduk di rumah sorang diri, aku prefer memilih duduk di rumah sorang diri... Kalau boleh, aku hanya ingin berjumpa dgn atuk dn nenek tiri aku di sana, tp bukannya mereka. Aku terkilan dgn sikap mereka. Sangat terkilan. Atas sebab apa, biarlah aku tak mencoretkannya, sebab aku harap aku akan melupakannya di suatu hari nanti. Aku tak mahu menyimpan dendam, menyimpan perasaan marah pada darah daging sndiri, tapi aku manusia biasa. Bila perkara tu melibatkan mak ayah aku, aku akan jadi sgt terkesan. Dah dah! Tak usah ingat la diri. Tak baik.. 

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua umat muslimin dan muslimat.. semoga lebaran kali ini membawa seribu pengertian buat anda semua. ramadhan disyukuri lebaran di nanti.. maaf zahir dan batin.. andai ada tersalah kata, terlanjur bicara.. 

wallahu a'alam.. 

 

0 Comments
 
B i s a k a h . . .
09.27.08 (2:35 am)   [edit]

Mata ku terasa ingin membawa

cinta yg terlarang ke titik mula

kembali mencuba tuk kali kedua

menggilapkan gerhana jiwa..

Pernah ku terasa ingin merayu

pada kasih dulu pulang padaku

lupakan dosaku, putihkan kelabu

tenangkan amarahmu..

namun..

Bisakah yang terpadam dinyala

bisakah yg terhina dicinta

walau ku himpunkan sesal ku

bisakah terbuka kalbu..

Tak perlu meminta ku ungkap kata

seindah bahasa janjikan setia

agar bersemilah cinta di hatinya

percaya ku semula..

namun..

Bisakah yg benci di sayangi

Bisakah yang dusta dimaafi

walau ku himpunkan sesalku

bisakah terbuka kalbu..

Bila sendu ku berlinang sayu

dalam rindu ku tertanya..

Bisakah yang terpadam di nyala

bisakah yg terhina dicinta

walau ku himpunkan sesalku

bisakah terbuka kalbu..

Bisakah yg benci disayangi

Bisakah hatiku difahami

Walau ku himpunkan sesalku

Bisakah terbuka kalbu..

p/s : aku suka menghayati maksud lirik lagu.. slain sbg halwa tlinga, sbg "alat" utk menambah kosa kata dan meningkatkan kemahir an berbahasa. Aku pun tak tahu, nape bidang bahasa ni aku lemah betul. Mengimbas kembali zaman belajar, dulu masa sem 3, aku amik b.m fungsional pun dpt A-. Apa la, org lain smua dpt A, aku dpt A-, bukan tak bersyukur, tapi rasa ralat sebab benda yg boleh score tp dapat sipi. Kawan smua duk tanya pasal apa subjek tu aku  dpt A- sedangkn subjek lain smua aku score A utk sem tu. Aku just cakap takda rezeki, nak buat macamana. Yang peliknya, masa tu, tiba2 datang plak khabar angin ntah dari mana yang mengatakan aku pegi pujuk lecturer untuk check paper aku balik supaya dpt A, untuk aku dpt 4.0 flats sem tu. hairan bin pelik! Aku bila dgr kawan aku bagitau pasal hal tu, mengucap panjang je la.. ntah dari mana la datang fitnah mcmtu. Bagi aku, perkara sebegitu memang agak memalukan untuk aku sbg seorang pelajar. Aku berpegang pada prinsip jujur pada ilmu. Kalau markah sebanyak itu saja yg aku dapat, prinsip aku takkan pegi merayu mintak tambah markah atau senang cakap markah kesian. Kira itu sebagai tak jujur ke apabila meminta lebih dari apa yg septutnya kita dapat? Untuk apa buat benda tu semua, takda faedah nya, sedangkan hakikat realiti anda tertulis sebegitu, terima je la dan kemudian renungkan kenapa dapat markah hanya sebanyak tu.. (Sigh) Pasal fitnah tu, aku rasa kredibiliti aku sbg pelajar jatuh sedikit, tapi takpala, takpenting pun pandangan org pada aku, yang penting aku kenal sapa diri aku dan Allah maha mengetahui dgn usaha sebanyak itu, aku hanya mampu memperoleh A-. Redha je la. dah ketentuan kan! Bukan nya aku tak berusaha..  tapi betul la orang cakap, kalau sesuatu yg dinamakan fitnah tu, sekejap je dia akan hilang. Macam angin lalu je.. Orang pun tak ingat benda tu lama.. Cuma org yg difitnah la rasa grrrrr... Sabar je la.. Lumrah hidup biasalaa.. Sem 4 aku amik bahasa mandarin plak.. Seperti biasa, subjek bahasa menyebabkan pointer aku jatuh berbanding core subjek fizik yg aku amik. Tapi nasib baikla kali ni takda fitnah lagi. Huhu.. Ishkkk.. Kelemahan bahasa la aku ni....

 

0 Comments
 
M e l a w a n K e s e p i a n + K i a s C i n t a . . .
09.26.08 (1:00 am)   [edit]

Apapun yang terjadi

berjalanlah tanpa henti

air mata tertahan

waktu utk dijatuhkan..

Nanti kita kan tahu

betapa bijaknya hidup

sepahit apapun ini

pelajaran yang bererti..

Semoga kepergianmu

tak akan merubah apapun

Semoga mampu ku lawan

kesepian ku..

Apapun yang terjadi

berjalanlah tanpa henti...

Lagu siti nurhaliza, saja je dgr sambil2 aku buat slide presentation lagi.. Pada pandangan aku, kekadang lagu cinta2 hanya merosakkan minda, menambahkan khayal, dan mengurangkan konsentrasi. Mana taknya, asik teringat pada yg tersayang. Huh!

Sebab itu la aku prefer untuk mendengar lagu nasyid. Even aku bukanlah baik pun, tapi aku rasa rohani perlukan pengisian, wadah yg tepat selain dr al-quran dan hadis serta ceramah agama, ialah nasyid. Aku peminat kumpulan nasyid rabbani dan hijjaz. raihan juga tak terkecuali. Sesungguhnya aku tak menolak lagu cinta biasa, aku enjoy mendengar lagu sebegitu. namun aku seorang pendengar dan kemudian pengkritik. Macam contohnya, lagu "ku ingin kamu" yang liriknya telah aku paste dalam blog ini, even munasabah dan ada juga ketaklogikannya, aku masih boleh terima. Mustahil agungnya cinta manusia sebegitu. Aku tak percaya akan keagungan cinta manusia. Seriusly, untuk merasakan bahawa diri akan terus menyayangi orang yg telah pergi, seperti yang ditulis dalam bait2 lagu, adalah tidak mungkin. Apa yg ada dgn kata2? Kata2 takkan dapat mengungkapkan cara, dan takkan dapat sepenuhnya menterjemahkan maksud. Itu adalah satu kemelampauan yang serasanya takkan mampu dilakukan oleh hati manusia yg selalu berbolak balik. Cinta yg agung hanya cinta Dia, yang sentiasa di sisi walaupun diderhakai, yang sentiasa memberikan nikmat walaupun disaat kezaliman sedang dilakukan, yang apabila ingin didekati walau hanya sejengkal Dia akan terlebih dahulu mendekati dengan sehasta. Namun, kenapa hati ini terus kotor, terus mengharapkan cinta hambanya Dia? Jawapannya ada di sini..

Seandainya dunia tiada warna

tetap kan ku kagumi

indah maya alam ciptaanNya

kudratNya ku agungi..

Namun jalin warna

zahirlah sang pelangi

mengisi mendung menambat seri

terbias seluas cahaya

nyata ilham di alam mimpi

betapa ku syukuri nikmatNya

ku pasti..

Begitu kias cinta

hadir menghuni jiwa

menyatu sejuta rasa

kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita

atau sepi kembara

dihadirkan rasa cinta

sisih segala duka

anugerah dariNya

Hanyalah cintaNya

yang amat ku harapkan

tiada lain yang jadi rayuan

namun dia maha mengerti

tak mampu insan bersendiri

menempuh dugaan yg menguji

naluri..

begitu kias cinta

hadir menghuni jiwa

menyatu sejta rasa

kurnia penuh bermakna

tak akan dipersia

limpah rahmat yg esa

bagaikan jalinan warna

yg menyulam cahaya

biasan kasihNya

moga tak diuji

asyik cinta duniawi

mengharap teduh redha ilahi

kerna segala kurnia

hadirnya hanya pinjaman

sungguh ku syukuri kesempatan..

bahagia.. 

Jawapannya ialah naluri manusia.. Naluri manusia takkan mampu bersendiri. Seringkali aku doakan semoga diredhai rasa kasih sayang itu sekiranya ada dalam hati. Dan sekali langkah aku telah tersilap, dan biarlah Allah mengambilnya kembali di atas dosa yg telah aku lakukan. Itu lebih baik untuk diampuni dan terampuni, ada hikmah disebalik setiap sesuatu. Aku takkan pernah letih utk mencari keredhaan itu, aku takkan penah letih.. Ya Tuhan, di setiap langkah ini, tunjukilah aku jalan yg lurus, kurniakanlah kemudahan dan kelapangan atas setiap urusanku.. Tariklah aku andai diri hampir jatuh dalam gelita.. jgnlah butakan aku di tengah keterangan cahaya.. Ampuni dosa ku yg telah lalu, dosa kedua ibu bapaku dan kaum kerabatku, serta seluruh umat muslimin muslimat sekaliannya..amin..

0 Comments
 
H a i h . . .
09.23.08 (3:24 am)   [edit]

Hari ni lepas berpikir-pikir, aku perlu berehat dr smua benda. sekian lama sentiasa ada untuk sebilangan manusia, dah tiba masa untuk cuti sebentar, time untuk diri sendiri. sayangi diri sendiri sblum menyayangi orang lain. Itu yang pasti. Supaya tak salah buat sesuatu, tak salah dalam tindakan, tak salah dalam apa jua yg dilakukan. Enjoykan diri anda. Berehat sebentar bersama kit kat!

Jom buka puasa sama2- oh.. alamak, tak boleh la kalau minggu ni..

Jom jumpa? rindula.. - erm..sory sgt2.. minggu ni tak free la, nnt kita decide lain ek?

Macamana life skrg? - Erm, so far so good..:) Awk lak cmana? life camana? Ok ke?

Ehem2 camana? lama x dgr cite? - Erkk? ehem2 yang mana plak ni? oooo.. ehem2 awk ke? ok, dia mcmana?

Jom teman gi shopping?  - Alamak, ishk2, klau dulu sblum pegi shopping kena makan dlu, skrg ni time puasa x leh makan..nape x ajak sblum puasa? huhu..

kadang2 aku rasa aku akan jadi sgt annoying.. mengelak dr berjumpa dgn org dgn cara itu, dan mengelak untuk disoal siasat dgn ayat yang agak x bijak. mintak maaf byk2..penat..

 

 

 

0 Comments
 
K a d R a y a . . . .
09.22.08 (12:36 pm)   [edit]

Pagi ni, aku cuba menulis kad raya yang telah dibeli minggu lepas. Actually, aku pun tak tau kenapa aku beli kad raya tu, sebab dah berapa kali raya aku tinggalkan amalan membeli dan menulis kad raya. Lebih selesa dengan menghantar sms raya atau pun testi raya di frenster ataupun kad raya secara online. Tahun ni, bukan setakat 1 kad raya yang aku beli, tapi 12! Secara jujurnya, aku beli kad raya tersebut hanya untuk memenuhi keinginan. Keinginan membeli mungkin? Aku dah offer kad raya tersebut kat adik aku, kot2 la dia nak antar kat kawan2 dia. Then dia jawab, " taknakla. kad raya kakak macam kad raya untuk org tua je. tak cantik ". Huhu. Apa nak buat.. Jadi terpaksala aku memikirkan untuk membuat sesuatu dgn kad raya tersebut, samada membuat pekasam untuk tahun depan atau menggagahkan diri juga untuk mencoret sesuatu lalu mengeposnya kepada sesiapa yang berkenaan. 

Akhirnya aku memutuskan untuk memulakan "operasi" menulis kad raya. Even sebenarnya bz, sebab esok ada presentation lagi, tapi takpela, hari ni dan esok je yang aku ada untuk pos semuanya. Aku try menulis, takda idea, buruknya tulisan! isk2.. senang kata, menulis kad raya kali ni merupakan 1 cabaran untuk aku, mungkin pelik bunyinya tp hakikatnya otak aku sedikit tension, huhu.

First kad raya, aku tulis untuk J. Saja sebab aku dah cakap nak kasi kad raya kat dia, dari minggu lepas lagi sebenarnya, tapi tak tulis2. jangan2 dia duk tunggu, ntahla. kalau dia duk tunggu, sian la kat dia. Sebab aku baru start menulis hari ni. Isk2.. then dah selesai, aku cuba untuk menulis kad untuk W. nak memohon maaf atas kesalahan aku, yang pasti bila aku tulis kad tersebut, aku tak tahu apa yang patut aku luahkan. Kalau boleh, aku nak biarla kad tersebut sebagai salah 1 cara untuk aku memulihkan keadaan, tapi ntahlah. yang pasti au buntu. banyak kad yang aku gunakan untuk menulis untuk dia, even dari sejak masalah itu terjadi, aku banyak menulis surat, atau kad untuk dia, tapi akhirnya aku tak pos dan simpan je dalam laci. Ntah nape la dgn aku ni.. Hendak 1000 daya, taknak 1000 dalih. Tapi bukan aku tak nak, cuma aku.... ntahlah.... Aku pun tak faham kenapa dgn diri aku.. Secara jujurnya, aku masih teringat kata2 dia yang dia tak mampu utk jadi macam dulu.. dan dia dissapointed.. tp apa lagi yang patut aku buat, tiap kali terasa untuk back up.. aku memikirkan itu dan akhirnya mendiamkan diri.. aku tak mampu untuk berpikir dan fokus.. dia dah kata yang dia tak mampu, adakah patut untuk aku terus2an mengharap macamni..aku tak tau.. jawapan itu takda dalam minda aku.. aku dilema sebab masih syg dia tapi dlm keadaan berbelah bagi sebab aku nak dia bahagia.. dia penah kata dia x mampu..jadi adakah aku je yang nak bahagia sekiranya dia bersama aku sedangkan dia menanggung kesusahan.. aku tak mahu dia susah, tp dalam masa yg sama aku masih menyayangi dia..Ya Allah..apa la yang patut aku buat.. masih meletak harapan ataupun pegi....kurniakanlah petunjuk buat aku..

Bila bercakap soal W, aku teringat soal seseorang. Baru2 ni, dia mengutarakan hajat dia. dah lama dia mengutarakan hajat itu sebenarnya, cuma dulu, aku mempunyai pembela untuk aku mengorek seberapa banyak maklumat yang aku inginkan. Aku hanya inginkan kepastian akan semua perkara. Bukan apa, taknak ditipu dan dikecewakan lagi. tapi sekarang ni, keadaan dah jadi lain, jadi aku kena bergerak sendiri. Masa dengan W dulu, aku bersikap yang sama, tak sebegitu mudah menerima dia, kerana aku taknak kecewa lagi. Setelah lama mencuba meyakinkan aku, baru aku dpt menerima dia, namun segalanya seolah2 habis disitu apabila masalah itu terjadi. Apapun, kalau dia betul2 serius dgn hajat dia, dia akan cuba sendiri mencari jalan untuk meyakinkan aku. Aku tak ingin dia menjadi diri orang lain dan tak ingin mengubah sesiapa, tapi biarlah aku nampak kesungguhan dan keikhlasan itu.. cuma jadi diri sendiri dan tunjukkan keikhlasan, itu yang aku perlukan.. Wallahu a'alam..

Eh..jam dah kul 12.01 dah ni..aku kena siap pi fakulti.. petang ni ada kelas.. huhu...alamak! kad raya cmana? ishk2.. esok je la antar......ishk aku niiii...

 

0 Comments
 
J a n g a n B i l a n g T i d a k . . .
09.20.08 (1:06 pm)   [edit]

ku pernah punya cinta

namun kini ku senang suka kamu

cinta ku dulu telah ku buang jauh

kini ku ingin kamu..

Ku pernah menyendiri

di sini ruang ku terasa sepi

walaupun bibir penuh gelak tawa

namun hati ku sepi

Jangan bilang tidak

bila kita belum mencuba

siapa yg tahu akan sama

hatimu dan juga hatiku

Banyak yg bercinta

bertahun-tahun putus juga

ku harapkan dgn dirimu

walaupun singkat pendekatan

cinta kita kan abadi..

p/s : sejak kebelakangan ni, aku jadi semakin jiwang plak. Huhu. Ishk2, bukan aku yg jiwang, cuma suka dengar lagu jiwang. Takda kaitan apa2 cuma saja nak release tekanan kerja bertimbun. Satu kaedah meditasi mungkin?

Kebelakangan ini, aku marahkan seseorang yang dulunya cukup aku sayangi. Dia datang dgn membawa hajat ingin mengikat aku secara halal, dan ingin menebus kembali segala kesalahan yang telah dilakukan terhadap aku. Aku buntu, tapi dalam masa yang sama, aku takkan biarkan segalanya berulang kembali. Hati aku dah terlalu tertutup buat dia, yang tinggal hanya rasa kecewa dan benci akan sikap dia yang lalu, yang telah meninggalkan aku tanpa pesan, yang sebelum pemergiannya dulu telah membuat aku rasa begitu terhina dan tak berharga. Kemaafan itu te tap ada untuk dia, tapi aku bukannya nabi yang bersifat maksum. Aku ada harga diri dan aku ada perasaan. Cukup sekian lama aku menunggu tak perlu lagi untuk aku memanjangkan tempoh itu, malah disebabkan dia sebagai punca, aku menjadi prejudis pada kaum lelaki. Begitu banyak yang perlu aku bayar untuk bersama dia, dan begitu banyak yang aku korban kan untuk teruskan hidup bila dia pergi dulu.. Aku dah cukup terluka, dan luka ni takkan sembuh sampai bila2.. Bagi aku, tak perlu untuk dia mengikat aku sebagai penebus terhadap kesalahan lalu.. Kesalahan tak mustahil akan berulang, dan jika sampai saat itu kesalahan itu berulang, apa lagi yang dia nak jadikan sebagai penebus? Manusia manusia.. suka mengambil enteng setiap perkara, asalkan hati sendiri puas, tak memikirkan perasaan orang lain.. Ya allah, kurniakanlah aku petunjuk dan kurniakanlah aku ketabahan menghadapi saat sukar ini.. amin..

Di saat ini, aku merindui W.. betapa dia lah lelaki paling ikhlas yang aku rasakan telah aku temui di sepanjang pencarian aku.. walaupun W sakit, tapi kesungguhan dan semangatnya serta sikap dia sentiasa membuatkan aku rindu.. Dan aku kagumi kebaikan dia setiap hari, setiap masa menasihati aku, sentiasa menjadi pendengar dan pengkritik yang jujur tanpa perlu menjaga hati aku, sentiasa mengingatkan aku di saat aku lupa, membuat aku rasa disayangi, yang selalu mengingatkan aku untuk mencari keredhaanNya..dia seringkali mengingat kan aku mengenai hakikat diri dia, yang sentiasa membuatkan aku insaf, yang men gingatkan aku saat2 susah yang bakal aku tempuhi sekiranya bersama dgn dia.. Sesungguhnya dalam perhubungan itu, dia tak melontarkan janji2 manis untuk meyedapkan hati aku, malah dia sentiasa mengingatkan cabaran dan risiko yang bakal hadir sekiranya menerima dia yang kekurangan kesihatan, dan tak mempunyai kedudukan ekonomi yang teguh disebabkan penyakit yang membelenggu.. Di sana aku temui keikhlasan dari seorang lelaki.. namun, dosa aku yang telah memisahkan kami.. kesilapan aku yang menarik dia dari diri aku.. Ya Allah, sungguh aku terasa kehilangannya.. malah hingga kini, aku tercari-cari diri nya.. Makin lama aku menulis, makin sedih rasanya.. hmmm...

 

0 Comments
 
S w e e t P e e p s N S w e e t M e m o r i e s. .
09.17.08 (4:21 am)   [edit]

Malam ni, aku melepaskan tekanan kerja aku yang bertimbun-timbun dengan memikirkan sesuatu mengenai persahabatan. Semua nya membuatkan aku tersenyum walaupun ada 1 perkara yang membuatkan aku kesal dan sedih. Oklah, takmo pikir yang sedih. Sekarang ni hanya pikir yang elok2 saja tau, diri !

1st, 2,3 hari lepas, ada sorang kawan memberitahu aku yg aku akan berkahwin pada umur 26 tahun dan mempunyai anak 4 org (3 laki 1 perempuan). Takda ribut, takda taufan, dia bagitau aku tentang benda tu. Aku just tergelak besar bila dgr dia cakap mcmtu. Untuk menyanggah pendapat dia, da untuk menguji kehebatan dia "menilik" orang ni, aku tanya dia kalau dia pandai sangat, aku akan berkahwin ngan sape. Then dia jawab, "dgn kekasih hg la, manala aku tau, kalau aku ckp ngan aku plak nanti hg kata piraah plak". Huhu. Ceh! Konon terer. Hehe. Aku hanya cakap pada dia, berdasarkan keadaan skrg ni, untuk berkahwin lagi 3 tahun serasanya tak mungkin. Sebab dia sndiri tahu mcmana kisah aku dgn W, macamana pandangan aku tentang cinta etc. Huhu. Sungguh lucu, tiap kali teringat tentang tu, aku akan tersenyum sorang2 sbb tak sangka ada org blh mengeluarkan kenyataan yg macamtu..huhu. Even skrg ni pun tgh senyum lagi tau! Huhu..

Next, tadi ada sorang kawan yang bagi aku lain dari yg lain. Lain sebab minat dia tak sama dgn minat org yg sebaya dgn dia. Dia minat lagu org muda2 kot.. Huhu. Tak penah aku jumpa org yg macam dia. Unik. Huhu. Yg buatkan aku nak tergelak is bila dia dedicate lagu Ruang Rindu kat aku. Rasa nak gelak sangat. Patutnya dedicate la lagu zaman 60-an ke, 70-an ke, 80-an ke.. Ni dedicae lagu latest tahun 2008 lak tu.. Hehe. Taste org muda2 la dia ni.. hehe. Tapi aku appreciate, dan rasa happy. Happy sebab aku berjaya gelakkan dia. Kalau la dia baca blog ni.. jangan2 terasa kot? huhu..

Moving on, hari ni aku tengok list konvo sorang kawan aku masa kat u dulu. Dia akan konvo bulan 10 ni. Aku tengok kat bahagian ic dia.. rupa2nya, selama 3 tahun berkawan dgn dia smpai la skrg, aku tak penah tahu yg dia lahir pada hari yg sama dgn aku.. Huhu. Patut la dari dulu dia tak penah bgtau tarikh birthday dia, aku tanya pun suh aku jawab sendiri, rupanya dia sebaya ngan aku. Ceh!! Huhu. Then aku terus antar sms kat dia. 1st msg yg aku antar is wishing her happy belated birthday. Dia terkejut kot, huhu. Aku soal dia apasal dia sorokkan birthday dia dari aku, tak ke rugi tiap kali birthday kami akan celebrate sama2. Huhu. Dia kata sebab dia nak tengok ciri2 orang yg lahir 1 hari ngan dia.. Dia nak tau macam2 pasal diri dia berdasarkan pemerhatian dia kat org yg 1 tarikh lahir ngan dia mcm aku. Rasa lucu plak bila pikir.. Haih.. Macam-macam.. Geleng kepala je la..

Apepun, aku happy sangat.. macam2 ragam yg aku jumpa bila berkawan.. comel betul..huhu.. apapun, aku appreciate persahabatan ni.. semoga allah akan merahmati.. amin..

/me senyum lagi..

0 Comments
 
T a k d i r C i n t a . . .
09.13.08 (9:58 am)   [edit]

Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati yang mengulir lembut

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


Andaikan ku bisa lebih adil
Pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mahu
Oh Tuhan tuntunlah hatiku

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


Andaikan ku bisa lebih adil
Pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mahu
Oh Tuhan tuntunlah hatiku..

p/s : Lirik lagu Rossa.. lately aku suka dgr lagu Rossa, dari dlu pun minat sbnrnya, cuma dah lama x berkeinginan nak dengar.. Aku minat hanya pada lagu, bukan penyanyinya..Erm, aku saja je paste lirik tu dalam blog ni, sebab entahlah.. nak kata berkaitan dgn aku, adalah sikit2, cuma, biarlah.. Allah lebih mengetahui dan aku hanya memilih untuk berdiam diri.. Lagipun, aku sendiri dalam keadaan confirm atau tak.. Apa sekalipun, aku sentiasa doakan semoga dia sentiasa bahagia dengan kehidupan dia.. Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku juga.. Sebagaimana dia menyayangi aku dengan baik dulu, aku juga wajar membalasi dia dengan perkara yang sama..

0 Comments
 
B i l a W a k t u T e l a h B e r a k h i r . . .
09.13.08 (9:08 am)   [edit]
Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan diri mu
Bagaimanakah bila saat nya
waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
Dunia....dipenuhi dengan hiasan
Semua..dan segala yang ada
akan kembali pada-Nya

Bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi...
p/s : lirik lagu Opick..

 

0 Comments
 
A k h i r Z a m a n . . .
09.12.08 (12:13 pm)   [edit]
Sejak kebelakangan ni, kepala sering terasa berdenyut2. Memikirkan terlalu banyak perkara, dan kekangan masa yang semakin suntuk. Bencinya situasi macamni.. Sekarang ni, aku berada di u lagi, membuat tugasan yang patut. Sambil2 tu, aku membuka lawan web akhbar harian. Terbaca kes pecah rumah yang terjadi baru-baru ni di Shah Alam yang membawa kepada pembunuhan tebusan kes pecah rumah tersebut. Salam takziah dari aku buat keluarga mangsa. Dan yang pastinya, penjenayah nya adalah warga indonesia. Tak faham betul aku kenapala diaorang ni buat mcmni. Masuk ke negara orang, sila la cari rezeki secara halal, kenapa perlu merompak, menyamun etc. Tak ingat balasan tuhan ke? Cuba letak diri sendiri di tempat keluarga mangsa, bagaimana perasaan anda? Dan sungguh kesal, perompak itu beragama islam rupanya.. di bulan ramadhan, diorang boleh buat perbuatan terkutuk tu. Astaghfirullahaladzim. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yang bersolat tetapi masih tidak dapat menahan diri daripada melakukan dosa dan kemungkaran, maka tiadalah solat baginya. Adakah mereka bersolat? Wallahu a'alam.... Apalah aku, macam tak dapat terima kenyataan ada je manusia yang mengaku dirinya islam tapi tak bersolat dan mengerjakan suruhan agama. Islam sekadar nama. Kesiannya manusia sebegitu. Moga2 diberi petunjuk oleh Allah kelak. Amiin. Yang pasti, janganla lari dari rahmat dan kasih sayang Allah.. Tak berkat hidup dunia akhirat. Allah dah kasi nikmat islam pada anda, hargai dan nikmatilah hadiah yang sangat bernilai itu. Kita di dunia ni berharga atas nama islam, bermaruah atas nama islam, begitu juga diakhirat. Apapun, kesal dan sedih sungguh aku dengan kes2 begini. Kesal kerana sebagai saudara sesama islam, kita sepatutnya saling membela, saling berkasih sayang. Itu yang dituntut, tapi mungkin keadaan pada zaman sekarang sudah tak relevan lagi. Manusia saling berbunuh-bunuhan. Hatta nyawa manusia ibarat nyawa semut, ibarat tidak bernilai lagi. Petanda akhir zaman..Aku mengeluh lagi..
0 Comments
 
P e n i n g + B o s a n = A k u
09.10.08 (11:58 am)   [edit]

Sekarang ni, aku berada di universiti sambil mencari bahan2 untuk membuat presentation bersama student phd bawah supervisor aku next week. Dari jam 7.30 pagi hingga lah sekarang jam menunjukkan dekat pukul 11, aku "bertungkus lumus" mencari info dan idea untuk membuat slide tapi kesemuanya berterabur, berkecamuk, dan membuatkan aku bertambah pening. Mungkin terlalu banyak info, tapi tak tahu nak guna dan tak ada idea untuk combine sekali masuk dalam power point. Setakat ni, dah 2 powerpoint aku buat untuk benda yang sama, dan setiap satu powerpoint tu, aku selalu terasa ada je kekurangan nya. Tak cukup info la, tak cukup detail, tak cukup fakta etc. Aduh. Pening. Jadi untuk menghilangkan kepeningan, aku pun taip serba sedikit dalam blog ni dengan harapan segala kepeningan akan berkurangan. Dan mintak2lah idea datang mencurah2 lepas ni, amiin. Huhu.

Now, aku duduk kat dalam bilik post graduate. Patutnya dalam bilik ni "dihuni" oleh aku dan 4 orang lagi kawan yang sama2 membuat research. Tapi sedari pagi sampai la sekarang, batang hidung diorang tak muncul2. Pegi mana la pulak..? Tak bangun lagi ke..? At least kalau diorang ada, boleh la tolong kurang kan sikit kusut rambut aku ni, eh, bukan kusut rambut, kusut pikiran..Aku rasa mcm urat dalam otak aku dah berpintal, sampai neuron tak dapat nak hantar impuls yang betul pada otak, otak tak boleh proses dan menghasilkan tindakan luar jangka yang ntah apa2. Huhu. Idza plak tak datang fakulti ari ni, kalau dia ada boleh gak aku sakat dia. Nasib hang la idza, selamat gak dari kekejaman aku ari ni.. Takpe2, esok dia datang aku sakat dia habis-habisan, rindu plak nak dgr dia merapu ari ni.. Yela, time tgh boring la katakan.. huhu.. Boring nya.. Ermmm... mana diorang ni..malasnya nak hantar sms, nak call lagi la malas..ishk2..ermm..tapi kalau diorang ada, forsure aku tak boleh taip tblog ni, nanti pecahlah rahsia aku.. Huhu.. Apa2 skalipun.. aku tengah bosannnn..

/me berpinar2..

0 Comments
 
S e c o r e t . . .
09.10.08 (1:02 am)   [edit]

Hari ni, presentation untuk keseluruhan subjek research method selesai. Next two weeks kena present secara individual pasal research proposal, so secara kesimpulannya banyaknya kejaaaa..1st presentation antara student2 bawah supervisor aku, 2nd presentation research proposal, 3rd presentation spectroscopy and microscopy, dan 4th supervisor aku suruh cari method yg lebih accurate untuk kaji particle size dan nape scherrer method tu tak sesuai, aku dah jumpa method yang lebih accurate cuma masih x faham teknik tu secara keseluruhannya..Ermm..yang pasti,all in 2 weeks..sempat ke? Aduhai..pening kepala, nasib baikla presentation prof halim after raya, kalau tak..tergolek la aku jawabnya..

Dalam keadaan sibuk yang terover itu, aku dah dapat 1 kerja baru pasal GRF. Sebelum ni aku duk kalut sebab takda kerja, sekarang ni nah amik kau! Gedebuk tergolek. Huhu. Supervisor aku suruh aku buatkan lecture notes yang baru untuk student2 ijazah. Yang pasti bertambah 1 lagi kerja. Requirement yang dia nak tu, ishk2, memeningkan kepala aku. Dia nak lecture notes yang lengkap dengan ilmu2 terkini(semestinya) based on universiti terkemuka luar negara.. Ermm..kalau nak siapkan semua dalam tempoh 1 semester, mungkin boleh unless dia tak rushing dan memeningkan kepala aku lagi..Huhu. lagipun, kalau nak dipikir2 balik, subjek dia tu cuma akan repeat on the next two semesters, jadi tak da masalah besar la untuk aku survey semua silibus universiti luar negara tu..Takpa2, jangan putus asa, ni cabaran, ni amanah, ni tanggungjawab yang perlu dipikul, ingat tu tau! jangan mengeluh, jangan melatah.. Anggap je la cabaran ni suatu keseronokan dalam hidup:) Gud luck utk aku:)

Seterusnya, oh, W.. Erm..lately, aku lihat dia gembira, dan terkadang muncul 1 perasaan bahawa dia sudah punya pengganti. Bila aku lihat blog dia, dan mcmana ntah, perasaan aku, mungkin dia sudah menemui orang yang sesuai bagi nya. Aku faham, dan aku redha andai hati itu bukan untuk aku lagi. Itu cuma sangkaan aku, yang sebetulnya wallahu a'alam.. Apa sekalipun, aku gembira kalau dia gembira.. Dan aku harap, biarlah orang yang bersama dgn dia nanti sanggup susah senang dgn dia, ikhlas menerima dia seadanya, aku harap Allah tak temukan dia dgn orang yang salah.. Even dia dah pergi, dan mungkin takkan kembali lagi, aku terima sebab semuanya berpunca dari kesalahan aku. Cuma aku doakan dia sentiasa bahagia dan gembira, dan semestinya aku harapkan dia beroleh kesembuhan penyakit, kelapangan dan kemampuan.. Doa aku akan sentiasa bersama dia even dia dah tak bersama dgn aku. Itulah saja tanda keikhlasan aku pada dia, even tak bersama, aku redha, aku terima, mungkin ada yang lebih baik utk aku.. ada hikmah di sebalik semua ni kan.. senyum selalu tau, diri:) semoga lebih baik, semoga lebih berjaya, dan semoga mampu membahagiakan sesiapa sahaja dgn senyuman itu..:) 

0 Comments
 
Rasulullah SAW menangis ketika di padang mahsyar.. (baca plz..)
09.07.08 (9:01 am)   [edit]

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Sumber : darulnuman.com

3 Comments
 
H a r g a S a t u K e m a a f a n . . . .
09.07.08 (4:52 am)   [edit]

Teman...
Aku mengerti,
Ketinggian ombak menghambur,
Kerakusan taufan melanda,
Tapi,
Bumi mana tak ditimpa hujan,
Langit mana tak disinar mentari,
Aku,
Hanyalah seperti mereka,
Tanpa beda,
Cuma berbeza.
Teman...
Di pentas ini,
Memang ramai tidak mengerti,
Tapi,
Aku memahami,
Mahalnya erti satu kemaafan,
Simpulan maut bisa diungkai,
Awan hitam bisa diputihi.
Teman...
Andainya langkahku serong,
Andainya kataku pesong,
Hanya satu yang kupinta,
Walau kutahu mahal harganya,
Kemaafan.

 

0 Comments
 
S o m e o n e Y o u N e v e r K n o w . . . .
09.07.08 (4:45 am)   [edit]

You are Everything To Somebody
Right now at this very minute-----------

someone
is very proud of u

someone
misses u

someone
hopes u aren't in trouble

someone
wants to talk to u

someone
cares about u

someone
wants to be with u

someone
is thinking of u

someone
is thankful for the support u have provided

someone
wants u to be happy

someone
wants u to find them

someone
wants to hold ur hand

someone
hopes everything turns out all right

someone
is celebrating ur succeses

someone
thinks u are gift

someone
wants to give u a gift

someone
wants to hug u

someone
hopes u are not too cool, or too hot

someone
thinks the world of u

someone
wants to be shoulder to cry on

someone
wanst to protect u

someone
would do everything for u

someone
wants to be forgiven

someone
admires ur strength

someone
would do anything for u

someone
wants to laugh with u about old times

someone
remembers u and wishes u were there

someone
need to know that ur love is unconditional

someone
values ur advice

someone
wants to be forgiven

someone
is praising God for u

someone
wants to stay up watching old movies with u

someone
wants to tell u how much they care

someone
wants to hold u in their arms

someone
treasures ur spirit

someone
praises God for ur friendship and love

someone
wishes that thing didn't have to change

someone
wishes they could stop time because of u

someone
loves u for who u are

someone
wants u to hold them in your arms

someone
can't wait to see u

someone
loves the way u make them feel

someone
wants to be with u

someone
is hoping they can grow old with u

someone
is glad that u're their friend

someone
is alive because of u

someone
hears a song that remains them of u

someone
stayed up all night thinking about u

someone
is remorseful after losing friendship

someone
wants u to know they are there for u

someone
wants to be ur friend

someone
is wishing that u would notice them

someone
wants to get to know u better

someone
misses ur guidance and advice

someone
has faith in u

someone
needs ur support

someone
wants to be near u

someone
trusts u

someone
believes that u're their soul mate

someone
values ur guidance and advice

someone
needs u to send them this letter

someone
needs u to let them be ur friend

someone
needs u to have faith in them

someone
will cry when they read this... ... ... ..

someone
its me..who always loving u..

p/s: but the ditch of being loved and been in love is always remorseful..i hate it!!

0 Comments
 
B e r s a b a r l a h t e m a n . . .
09.06.08 (8:44 am)   [edit]

Alhamdulillah, permulaan hari baru yang menyenangkan. Seawal pagi, rutin harian seperti biasa cuma ada 1 perkara yang membuatkan aku rasa sungguh bersyukur dan bertuah pada pagi ini. Bagaimana agaknya apabila seseorang yang dihormati dan disanjungi malah lebih dari segala2nya memilih anda untuk menjadi tetamu di rumah nya, apakah reaksi anda? begitulah halnya dgn diri aku..hasilnya Aku Gembira! :)

Seterusnya, aku berkira2 untuk melangsaikan sebanyak 5 jurnal pada hari ini. Berkira-kira tanpa sebarang masalah yang mengganggu hidup. Aku agak biarlah hidup ini terserah pada Yang Maha Kuasa dan sekiranya terjadi sesuatu di pertengahan jalan,aku telah berusaha sehabis daya. Pengalaman hidup yang lalu di sepanjang tahun ini, yang begitu menggelisahkan hati dan jiwa, biarkan ia berlalu. Dan mengenai W, aku letakkan segalanya di tangan Nya. Hingga kini, peristiwa itu tetap berlegar dalam ingatan aku. Sentiasa menyalahkan diri atas semua yang terjadi. Memang benar, semuanya berpunca dari kesalahan aku. Malah sehingga sekarang, aku masih menyesali atas segala yang terjadi, namun aku punya sebab atas segala yang telah berlaku. Dan yang pasti niat tak menghalalkan cara. Benar. Niat tak menghalalkan cara. Aku sungguh menyesal atas perbuatan itu dan lihatlah, hingga sekarang kesalahan itu tak berulang dan aku bertekad kesalahan itu adalah yang terakhir kalinya. Hasilnya, aku menjadi seorang yang sangat berahsia tentang identiti dan asal usul aku. Maafkan aku teman, bukan niat aku untuk menyorokkan segala-galanya tentang diri aku, tapi aku belum bersedia untuk mendedahkannya kerana aku punya sejarah yang pahit untuk itu. Aku tidak ingin mengulang kembali sejarah itu, kerana aku tidak akan mampu menanggung kepahitan atas perbuatan aku kelak. Buat masa ini, biarlah kalian tidak tahu apa-apa tentang aku, cuma aku harapkan kefahaman dan kesabaran kalian, dan yakinlah, semakin lama tempoh persahabatan itu terjalin, segala yang terkunci rapat akan terbuka jua sedikit demi sedikit..Apa sekalipun, aku menghargai dan  menyayangi persahabatan kita walaupun ianya hanya terbatas di ruang masa. Andai kata kalian tidak mampu untuk bersama aku lagi, aku redha namun ingatlah, persahabatan itu takkan luput walaupun di mana dan pada ketika apa saja. Sebuah persahabatan yang suci tidak mementingkan jarak, usia, harta benda dan kekayaan. Namun, sebuah persahabatan yang suci hanya inginkan keikhlasan, kefahaman, kesabaran dan saling mempercayai. Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku sentiasa doakan agar kalian sentiasa baik, sentiasa bahagia dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya..amiin..

 

0 Comments
 
P u t e r i k u S a y a n g . . . .
09.05.08 (11:30 pm)   [edit]
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

 

0 Comments
 
A l h a m d u l i l l a h S y u k u r l a h . . .
09.05.08 (7:17 am)   [edit]

Sekarang ni, aku baru lepas bersahur. Tadi masa tidur, aku mimpi W meninggal dunia. Dalam mimpi tu, aku siap planning dah untuk ziarahi jenazah dan keluarga dia. Wallahu a'alam. Lepas dari mimpi tu, aku berasa sangat kalut. Aku kalut sebab sebelum tidur tadi, aku dah baca ayat Qursi, doa tidur dan 21x bismillah. Jadi disebabkan tu, aku takut untuk menolak bahawa mimpi yang aku alami sebentar tadi hanyalah mainan tidur walaupun aku tak berwudhu' dan membaca 3qul bersama sebelum tidur tadi. Jadi lepas je aku bangun dari tidur (terperanjat sebenarnya), aku terus hantar sms pada W, untuk makesure yang dia berada dalam keadaan ok dan masih berada di dunia ini. Mulanya aku nak call dia sebab kalut teramat sangat, dalam kepala memikirkan kemungkinan mimpi tu betul2 terjadi, tapi aku batalkan niat aku tu sebab jam menunjukkan pukul 4 lebih waktu tu. Terasa sangat menganggu dia atau orang lain yang bakal kena jawab panggilan aku tu. Sementara tunggu dia reply sms, aku sms J, aku bagitahu dia pasal mimpi tu. Sian kat dia, ganggu dia tidur pulak. Yang pastinya, aku tak mampu untuk memendam keseorangan kekalutan fikiran tersebut, dan aku cuba untuk menyalurkannya bagi mengurangkan kekalutan tersebut. Tak lama lepas tu, sms dari W pun sampai. Alhamdulillah memang dia yang reply sms tu dan dia alhamdulillah dalam keadaan ok, lega sikit kekalutan aku... Apa sekalipun, aku hanya meletakkan segalanya di tangan Allah. Andaikata benarlah mimpi aku tadi, seharusnya aku bersyukur kerana hari ni hari Jumaat, di bulan Ramadhan pulak tu, dah tentu banyak kelebihan dan keistimewaan org islam yang meninggal pada hari tersebut atau di bulan Ramadhan ni. Terlepas dari azab kubur. Lagipun dia terlalu lama menanggung sakit, andai mati itu adalah ubatnya untuk menghilangkan kesakitan da keperitan yang ditanggung selama ini, aku redha walaupun aku tahu aku akan ibarat "mati bersama" buat seketika. Ya Allah, selamatkanlah dia dan berikanlah kesembuhan penyakit dan kelapangan buatnya..Amin Ya Rabb.. Aku kalut kerana aku care.. Ya, aku sangat prihatin tentang dia..

<Aku>: Assalamualaikum W. Ape khbar? Minta maaf mganggu. Sbnrnya mungkin pelik sms ni, tp sy mintak sgt, klau W ok, reply msg sy ni even 1 word pun takpa. Sory sgt. Urgent.

<Dia>: Wsalam. W tak nampak kt mana urgency nya. Jgn dilayan sgt mimpi. Nvm. W ok je. Dlm erti kata mcm biasa. Takde naik takde turun dr semua segi. Harap menjwb persoalan.

<Aku>: Tima kasih byk2. Mayb W tak nmpak, tp takpa. Mungkin sbb klau urgent patutnya kna kal tp sy tak kal sbb tlalu awal pagi jadi sy takut mganggu dn keadaan sgt tak sesuai. Minta maaf byk sbb kalut. Tima kasih sbb tolong. Slmt bsahur dan bpuasa.

<Dia>: Slmt bpuasa dan sahur juga. Study rajin2. Take care.

Alhamdulillah.. lega..

0 Comments
 
M o n o l o g d i D i n i H a r i . . . .
09.04.08 (3:09 am)   [edit]

Sekarang ni, lirik lagu Sesungguhnya by kump. Ungu terngiang2 di minda ini dan membuat aku merenung sejenak. Di saat kesabaran dalam hati semakin menipis, di saat semua manusia pergi dari aku, adakah masih mampu untuk aku sentiasa ada untuk mereka dan hanya mengharap balasannya dari Allah..

"Mampukah kau untuk berbagi..tanpa hasrat ingin diberi..di hadapanMu Ya Allah.."

"Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati syurga tanpa ikhlas di hatinya.."

Saat ini perkara tersebut selalu membelenggu diri aku. Terkadang rasa lemas dengan sikap mereka, terasa tak setimpal dengan apa yang telah diberi, cuma terkadang, aku kembali menghitung dan bertanya pada diri sendiri- adakah mereka yang pergi atau aku yang menjadi punca?

"Lihatlah koyak di baju sendiri sebelum menoleh koyakan pada baju orang lain.."

Ya, sejenak menghitung diri, terlalu banyak kekurangan yg ada pada diri aku untuk aku merasakan ketakwajaran diri diberi keistimewaan kedudukan di hati orang lain. Cuma apa yang aku harapkan wahai teman, terimalah diri ini seadanya, lihatlah keburukan diri ini terlebih dahulu sebelum mengharap untuk mendapatkan kebaikannya, kerana seandainya kebaikan dilihat melebihi keburukan, aku khuatir sampai satu masa kalian akan kecewa..

Tanpa kasih, tanpa sayang, persahabatan takkan bermakna..

Selagi aku mampu, aku akan terus memberi dan aku harap aku akan terus mampu untuk memberi.. Erti hidup pada memberi. Memberi mestilah dgn kasih sayang. Tanpa kasih syg memberi hanyalah merupakan beban dan benci.. Aku cuba dan akan terus cuba untuk memberi..

0 Comments