Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Sekilas di malam ramadhan..
08.31.08 (11:49 pm)   [edit]

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Ramadhan datang lagi..alhamdulillah..aku terharu kerana berkesempatan merasai kedatangan bulan barakah ini buat kesekian kalinya..

seperti di tahun2 sudah, aku tidak ingin mencoretkan azam aku di bulan ramadhan ini utk tatapan sesiapa..kerana biarlah itu antara aku dgnNya..tapi buat kali ini, aku harap tiada lagi air mata yg gugur di pagi raya mengenangkan betapa saat2 ketika ramadhan dulu di sia-siakan seperti di tahun sudah..

semoga ramadhan kali ini dijalani dgn penuh keimanan dan kesabaran. Dan smg Allah golongkan kita dikalangan hambaNya yg beruntung..Amiin ya Rabb.. 

Btw..thanks to these sweet persons..i miss both of them so much..

<22:12> Salam ramadhan jg bt akak..skranya ada salah dan silap, azima minta maaf..smga akak jg mdpt kbrktn dan keredhaan dr Allah utk bln rmdhan ini.

<22:22> samalah kita..akak pn xda bt salah pd azima..azima pn maafkn akak kalo ada..tp sbtl2nya akak mmg xda bt salah pd azima..

<22:23> Lg 1.. Appy belated bday.. Org ngat bday ****, tp time 2 mmg xde krdt nak wish.. Sory k.. Jgn keci ati tau. **** ttap dkat d ati.. Miss u so much..

<22:34> k.akak pn sama jg diri baik2, rajin2 bljr..jgn nakal2..:-) apa2 hal dan kalo rindu msj jelh azima..hehehe:-)

happy fasting all sweet people..

0 Comments
 
M u h a s a b a h . . . .
08.30.08 (10:14 pm)   [edit]

Hari ni dah masuk hari kedua terakhir pada bulan 8 2008. Sekejap saja masa berlalu. Tak berapa lama lagi tahun 2008 akan pergi dan 2009 akan menjelma. Apa perubahan yang dah ada dalam hidup aku sepanjang tahun ini? Perkara besar dalam hidup aku pada tahun ini ialah aku pernah bekerja, sbg pembantu tadbir selama 6 bulan secara sambilan. Erm, kalau nak dipikir2, 10 tahun yang lalu, aku tak penah terpikir dengan result secemerlang aku - 7A PMR, 7A SPM, 3.9 matrikulasi dan 3.8 ijazah, aku akan bekerja sebagai kerani. Masa tu dalam pikiran aku hanya bekerja dalam kump. pengurusan dan profesional dengan result sebegitu dan i'll struggle to it. Apapun, setiap yg tersurat sudah tentu ada yg tersirat di sebaliknya. Mungkin Allah tahu yang aku akan jadi orang yg "sampai hati" jika dengan mudah aku terus melangkah ke jawatan setinggi tu. Oleh sbb tu, Dia jadikan aku insan yg duduk di bawah insan lainnya, supaya aku lebih menginsafi diri dan kekadang memandang orang yg bertatih meniti arus kehidupan. Sesungguhnya, aku tak penah prejudis pada org jawatan bawahan, cuma Dia lebih mengetahui siapa diri aku berbanding diri aku sndiri. Yang penting, tiap2 rezeki yang masuk ke akaun bank aku mestilah rezeki yg halalan toiyibah, tiap saat dalam 8-9 jam tu harus digunakan sebaik yg mungkin, tak kiralah serendah mana jawatan yg disandang. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan pdku, amiin.. Betapa dalam hidup ni, kekadang kita berada di atas dan terkadang kita di bawah. Cuma, aku tak perlu berpuas hati dengan apa yg ada sekarang. Berlari selagi boleh berlari. Kalau terasa penat, bertatihlah. Asalkan jgn berenti..

Mengenai persahabatan.. Alhamdulillah, setiap hari aku dikurniakan sahabat yg baik..sahabat yg sama2 menuju kejayaan. Apapun sahabat, samada rapat ataupun tidak, aku sentiasa doakan kesejahteraan kalian.. Walaupun aku semakin hari semakin menyepikan diri, sms tak berbalas, misscall tak bereply..Aku tak berniat ingin menjauh, tapi aku perlukan masa bersendirian memikirkan jalan hidup aku. Umum tahu aku adalah pelajar cemerlang. Tapi rezeki yg Allah bagi, tak selamanya memihak pada aku. Semua ini anugerah kasih sayangNya. Dia berikan aku nikmat supaya aku bergembira dan bersyukur ke hadratNya. Dan Dia berikan aku ujian dan kesempitan supaya aku kekal di landasan agamaNya, supaya aku tak mudah lupa diri.. Aku bersyukur padaMu, dan aku redha atas ketentuanMu, ya Allah..

Tiap hari, aku akan mengingati W.. Biarlah.. Ada hikmah disebalik ketentuan ini. Allah maha mengetahui apa perasaan aku. Di kala perasaan itu menyelinap datang, aku hadiahi dia al-fatihah tanda kasih tak berpenghujung. Allah tahu niat aku dan aku berharap allah redha. Tiada lain yg aku harapkan hanya redha allah. Aku redha islam agamaku. Kurniailah aku ketenangan sebegini..ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapa ku dan dosa sluruh umat muslimin muslimat..amiin..

0 Comments
 
k e b o s a n a n . . .
08.29.08 (1:47 am)   [edit]

Hari ni, persoalan mengenai wang GRF yang aku perolehi berlegar2 dalam minda aku. Sepatutnya, apabila menerima insentif GRF tu, aku dikehendaki untuk mengajar pelajar undergraduate selama 4 jam seminggu selain membuat penyelidikan. Tapi kini yang aku lakukan hanya membuat penyelidikan semata2 tanpa mengajar. Aku dah tanya pada supervisor aku, tapi dia hanya kata kelas dia tak banyak semester ni, jadi khidmat aku belum diperlukan lagi. Sepatutnya lega bila aku tak terbeban dengan masalah tu, tapi aku mencongak2 kembali-halal ke duit GRF tu kalau aku guna sedangkan  aku tak buat kerja? Ntah kenapa hari ni persoalan tu menghentam2 kotak fikiran aku sedangkan sebelum ni, persoalan tu aku ambil endah tak endah.  Yang pasti, aku risau. Aku taknak makan gaji buta. Kiranya GRF tu macam gaji la sebab kena bekerja. Tapi, mcmana nak bekerja sedangkan bos tak bagi apa2 arahan? erm..dilema.. Cuma dalam minda aku sekarang hanya ada 1 - jangan gunakan duit GRF tu selagi kerja tak diberikan! Lagipun simpanan aku masa kerja dulu pun masih ada dan masih cukup untuk menampung perbelanja an aku hingga tamat keseluruhan semester ni. Cuma kena berjimat sikit. Huhu..

Hari ni, aku kebosanan kat rumah. Buat semua kerja tak kena. Mungkin aku letih kot. Kebelakangan ni, masa rehat aku tak mencukupi. Ntah kenapa sejak akhir2 ni sukar sekali untuk melelapkan mata pada waktu yang sepatutnya. Memikirkan terlalu banyak perkara-keluarga,pelajara n,teman2,masa depan, etc. Yang pasti, aku akan cuba memberikan yang terbaik, yang termampu. Selagi terdaya aku akan mencuba..

 

0 Comments
 
R i n d u . . . .
08.27.08 (11:29 pm)   [edit]

Ya Allah..kenapa la aku baca lagi excerts tu..yang pasti,aku tak nak dan tak mungkin dapat melupakan tiap2 saat bersama dia..sedihnya..rindunya kat dia...Ya Allah,dosa aku yang memisahkan kami..ampuni aku Ya Allah..ampuni aku...ampuni aku..

 

0 Comments
 
E r m . . . .
08.27.08 (5:08 am)   [edit]

Tak berapa lama lagi bulan ramadhan bulan barakah akan menjelang. Persediaan aku? Wallahu a'alam. Cuma harapnya ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 sudah. Amin. Seronoknya nak puasa..huhuhu..

Minggu ni sesi pengajian alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan teratur. Cuma assignment yang semestinya memerlukan presentation merimaskan aku. Malu kot? Oh..diri..tak usah malu tak bertempat! Takda faedahnya!.. Hari ni, aku diberi assignment research methodology. By grouping. Lecturer pilih aku untuk group bersama sorang pelajar dari iran. Pelik betul aku rasa tadi.. dia langsung tak faham bahasa inggeris yang aku tuturkan. Ishk2.. Dan yang paling sadis, dia tak tahu apa itu maksud "collapsed".. Aku berusaha untuk jelaskan pada dia maksud "collapsed" tu, tapi gagal..takkan aku nak buat demo lak depan dia dalam kelas untuk jelaskan maksud perkataan tu kan? Malu la nanti..Huhu. At last, setelah gagal memahami apa yang aku cuba sampaikan, dia pun akhirnya pergi bertanya pada kawan senegara nya.. Ohh..aku terkejut apabila kawan dia tu pun tak tahu apa maksud collapsed..Lastly, kawan dia keluarkan handset yang dilengkapi dengan software kamus berbahasa arab-inggeris dan mula searching maksud collapsed. Akhirnya berjaya..Fuhhh..Aku berasa lega..Macamana tak lega, untuk menerangkan word collapsed tu je dah mengambil masa lebih 15 minit..Aduhai..Aku tersenyum sambil geleng kepala..:)

Itu satu peristiwa di hari ini. Lagi satu peristiwa, hari ni lepas makan tengahari, aku terasa tulang belakang aku macam masuk angin. Rasa pedih, tak selesa dan sakit untuk berdiri tegak. Maybe sebab aku jarang makan berat waktu lunch, jadi bila hari ni makan berat, tiba2 effect. Itu hanya pandangan. Sebab pelik jugak masuk angin kat bahagian tulang belakang berpunca dari makan lunch. Huhu. Apa2 je lah. Tapi yang pasti, disebabkan tak tahan sakit, aku pun memutuskan untuk terus balik rumah dan berehat. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak. Malangnya hari ni, aku salah isi minyak ke dalam tangki. Aku terisi minyak leaded dalam tangki. Tak hairan la masa aku tengah isi minyak tu, aku tengok kat belakang kereta aku, yang tengah que just kereta lama2.. Naik pelik gak aku.. Rupa2nya aku salah isi minyak..Ishk2..  Nasib baiklah aku tak isi banyak seperti biasa, huhu. Tapi disebabkan peristiwa itu, aku digelak sakan oleh abang aku. Hampeh punya manusia. Rasa nak cabai je mulut dia. Huhu...

Dan seterusnya, hari ni adalah hari lahir aku yang ke-23. Oh, dah tua rupanya.. Yang pasti semakin umur meningkat, saat perpisahan makin hampir. Cukup kah bekalan ini untuk dibawa ke sana?.. Ermm..terima kasih yang tak terhingga pada kawan2 yang wish.. Aku hargai setiap satu perkataaan yang diberi oleh mereka, adalah suatu doa yang menginginkan kehidupan yang sentiasa baik dan diberkatiNya.. Terima kasih yang tak terhingga kawan2..

Dan aku buat kesekian kalinya menyabarkan hati aku dengan kerenah seorang manusia yang dulu tidak menghargai dan rela pergi tetapi tiba2 datang semula menagih sesuatu yang sudah tentu bukan miliknya lagi ..F menghadiahkan  ;ucapan ulangtahun pada aku dan disertai dengan ajakan untuk keluar bersama makan2, dan sejak dari awal tahun ini dia tak serik untuk memujuk aku kembali. Sesungguhnya aku tak faham sifat sebenar manusia sepertinya.. Apabila ada, dibuang, bila tiada dicari. Walaupun aku sudah memaafkan, namun kesakitan tu masih ada sampai ke hari ini. Aku pernah memberi cinta setulus hati hanya untuk dia, tapi dia mencarik2, memijak lalu buang ke dalam tong sampah. Kejam nya... Even dalam dunia ni takda lagi lelaki selain dari dia sekalipun,aku nekad takkan menerima dia kembali. Aku takkan melukakan hati sendiri lagi. Pengajaran yang dulu sudah cukup untuk aku, sudah cukup untuk segalanya.. Terima kasih F kerana memberi pengajaran yang sungguh berharga pada saya.. Apa pun, doa aku sentiasa mengiringi hari2 nya agar sentiasa bahagia.. Biarlah yang berlalu dijadikan kenangan.. 

 

1 Comments
 
B e r s a b a r l a h . . .
08.25.08 (3:58 am)   [edit]
Tiap hari, pemikiran akan berasaskan pada soal kehidupan. Soal kehidupan, yang sesungguhnya aku tergolong dalam golongan yang masih mentah. Terkadang rasa letih dgn apa yang dilalui, rasa ingin tinggalkan semua, tapi bersabarlah wahai hati.. Sabar..berapa lama lagipun untuk engkau mengharungi dunia yang fana ini.. entahkan esok, entahkan lusa..wallahu a'alam.. Bersabarlah hati.. Bersabarlah..
0 Comments
 
D i l e m a . . .
08.24.08 (7:09 pm)   [edit]
Permata antara kaca...
Lihatlah panorama dunia
wanita bagaikan hilang rasa malunya
maruah yang menjadi maharnya
tergadai sia bagai tiada berharga
di manakah murninya
di manakah akhlaknya
sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
santun tiada lagi
nafsu memimpin hati
kehormatan diri tidak dipeduli..
Oh wanita..
kembalilah menginsafi
kepada asal fitrah kejadianmu
diciptakan untuk dihormati
sentiasa diredhai tuhan pencipta
kembali kepadaNya
juga pada rasulNya
pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
wanita....
kembalilah ke arah kemuliaan
contohi peribadi ummul mukminin
rasulullah dijadikan suami
tertawan kerana keluhuran pekerti
bukan kerana harta
bukan kerana nama
tapi kerana budi yang disanjungi
kembalilah...
wanita..
perhiasan dunia..
bagai kilau permata di antara kaca
sayangnya makin pudar cahaya
hingga tiada lagi beza di antaranya...
0 Comments
 
S e s u n g g u h n y a . . .
08.22.08 (3:51 am)   [edit]
Saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yang telah kau singgahi
Mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
di hadapan-Nya..
di hadapan-Mu ya Allah..
Sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati syurga
tanpa ikhlas dihatinya...
Sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya
tanpa tulus dihatinya..
0 Comments
 
S e d i h . . .
08.20.08 (12:52 am)   [edit]

Hari ni, aku sedih lagi. Ntah kali keberapa untuk tahun ni, aku tak pasti. Ntah kenapa, dan entah bagaimana untuk aku luputkan segala ingatan itu. Membazir air mata lagi semestinya. Dan aku sangat benci membazir air mata untuk perkara sebegitu. Ya Allah, kuatkan hati dan jiwaku.. Sedihnya saat ni, hanya Engkau yang tahu. Kalau ikutkan hati, aku nak saja tinggalkan semua kenangan itu di belakang dan kembali memandang ke hadapan. Lupakan segalanya. Tapi mungkin usaha aku belum cukup kuat untuk berjaya dalam usaha itu. Aku masih tak mampu.. Betapa tiap kali aku menyayangi seseorang, langkah yang salah telah aku ambil. Mungkin aku seorang yang tidak pernah belajar dari kesilapan. Tapi apakah mungkin untuk aku mengecewakan hati org sedangkan selama ini hanya hati aku yang sering dikecewakan?Ya, itulah pertama kalinya aku dengar ada org kecewa terhadap aku.. Maafkan aku..

Ya Allah, apa lah kenanya dgn diri aku ni.. Kemana ketenangan yang aku perolehi selama ini.. Mungkin hati aku tak bersih, aku selalu mengimbau kenangan lama yang dah berlalu. Apakah itu suatu faedah untuk aku? Jangan lukakan hati sendiri lagi wahai diri.. Cukuplah segala yang telah berlalu, segala yang pergi, biarkan ia pergi.. Aku dah berusaha untuk meraih kembali apa yang sepatutnya untuk aku,tapi mungkin usaha aku tak cukup kuat dan mantap.. Atau mungkin usaha itu hanya sekadar usaha, sedangkan matlamat yang aku cari telah jauh pergi tak menoleh lagi.. Ya Allah, kurniakan aku rasa redha..kurniakan aku kesabaran..kurniakan aku ketabahan.. Astaghfirullahaladzim..betapa aku makin jauh dari rahmatMu..

Sabarlah wahai hati..cukuplah mensia-siakan umurmu dengan kesedihan..ingatlah bahawa tuhanMu maha mengampuni org yang beristighfar,Maha Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan kembali kepadaNya..

0 Comments
 
Dia bukan saja genius, malah extraordinary..
08.18.08 (10:27 pm)   [edit]

17 ogos yang lalu, aku berkesempatan menghadiri diskusi bersama adi putra, yang diadakan bersempena majlis konvokesyen UTM. Selama ni, aku hanya mendengar mengenai kehebatan kanak2 berusia 9 tahun itu di media2 dan di internet, tapi alhamdulillah kali ni aku berkesempatan mengenalinya dgn lebih dekat.

Bagi aku, adi putra adalah suatu anugerah. Dia bukan saja genius, malah mempunyai spiritual yang tinggi. Kespiritualan yang tinggi itu yang membezakan dia dengan insan genius lain yang berada di atas dunia ini. Adi putra bercita-cita menjadi saintis matematik islam yang ulung. Bukan saja itu, malah adi putra bercita-cita untuk membangunkan satelit bumi dan satelit bulan yang hanya boleh digunakan oleh negara2 islam dengan pasword al-quran. Tinggi sungguh cita-cita kanak2 berusia 9 tahun ini. Masa diskusi tu berlangsung, adi putra menyebut " Jangan pandang adi kerana adi genius, tapi pandanglah adi dengan mata hati". Sungguh, secara spontan dan petah insan ini berkata2.. Aku kagum, tak pernah aku jumpa budak berusia 9 tahun mampu berbicara dengan begitu mendalam dan mempunyai maksud tersirat sebegitu.. Subhanallah..Engkau Maha Besar Ya Allah..

Betapa kehadiran aku ke diskusi itu meningkatkan rasa sayang aku pada insan ini. Sungguh. Malah seorang profesor, menangis memeluk bapa kepada adi putra ni kerana terharu kepada si anak. Segala2nya berlaku di depan mata aku. Betapa insan ini sgt dikasihi. Ya Rasulullah, walaupun dia hanya seorang insan biasa sudah disayangi sebegitu rupa, apatah lagi engkau Ya Rasullullah SAW..

<bersambung>

0 Comments
 
:)
08.14.08 (10:23 pm)   [edit]

Hari ni selesai sudah segala urusan mengenai GRF. Lega. Dan hari ini sebenarnya adalah deadline untuk GRF confirmation dengan pihak universiti. Aku memilih untuk menyelesaikannya di saat paling akhir kerana kata putus belum tercapai sebelum ni, dan aku ragu2 samada adakah jalan itu yang terbaik buat aku atau tidak. Dan sebenarnya tadi, aku menyerahkannya kepad a Allah untuk Dia tunjukkan adakah jalan itu yang terbaik buat aku. Andai Dia permudahkan urusan aku walaupun di saat2 akhir sebentar tadi, maka itu lah jalan masa depan yang terbaik buat aku.

Sepanjang tempoh rushing itu, tidak banyak masalah yang aku hadapi. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdullillah. Mungkin itu jalan ku. Mungkin itu masa depan ku. Dan aku pasti kini. Itu memang jalan untuk aku... Ya Allah, semoga perjalanan selepas ini dipermudahkan dengan petunjuk dan rahmatMu, amiin..

Dan malam ni aku gembira. Gembira sebab terasa keceriaan dalam keluarga kami. Alhamdulillah. Alkisahnya abah nak check gula dalam darah opah guna alat yang dibeli kat farmasi. Benda ni memerlukan darah untuk check. Time nak amik darah tu, aku tengok tangan babah menggigil pegang stensil tu, maybe takut menyakitkan opah. 1x buat opah jerit kuat gila, check2 tak kluar darah. Ceh harap jerit je kuat!  2nd time kluar darah, tapi sikit sangat, need to re-do. 3rd time baru lepas...Huhuhu..Memang lawak betul masa tengok abah amik darah tu. Naik pecah perut aku gelak...Huhuhu..Hepinyaaa...

Then lepas dah selesai check darah opah, aku check blood pressure aku. 3x check, 3x menunjukkan tekanan darah rendah. Biar betul! Hari tu check kat klinik putrajaya, masih ditahap normal 111/63. Nurse kata normal tapi bila check dalam buku rupanya BP tu dah hampir ke tahap low. Lepasni kena check medical prescript dan medical advise la nampaknya.. Aku masih muda, kesihatan perlu dijaga. Tapi ubat is no-no bagi aku. Kiranya kalau nak diikutkan, hypotension la aku ni. Ermm.. tapi takdalah terlalu mengejutkan sebab dulu pun ada simptom mcmni : cepat letih, susah nak concentrate sesuatu etc. Takpalah, bukan masalah besar.. Yang penting aku akan terus berusaha sampai ke nafas yang terakhir. Dan yang penting, hidup kena sentiasa bahagia..

0 Comments
 
R u t i n H a r i a n . . . . .
08.12.08 (11:53 pm)   [edit]

Hari ni, online blog W lagi.. Ohh,sebenarnya, itu adalah rutin harian.. sekurang2nya walaupun tanpa slalu contact dia, aku dapat update serba sedikit tentang dia. Ermm, rindunya kat dia. Skrg ni, aku lihat dia bz dgn e-bay, dan aku rasa aku tahu napa dia buat semua tu.. Apa sekalipun, aku sentiasa doakan semoga apa yg dia usahakan akan berjaya. Dan semoga dia sentiasa bahagia dan tabah dalam mengharungi kehidupa n. Aku tahu Allah akan sentiasa memelihara dia, dan aku tahu dia akan sentiasa baik2 saja kat sana. Kalau boleh diundur balik masa... ermm ntahlah. Dalam hidup, tak boleh ada terlalu banyak word 'kalau'. Kenapa kebiasaan itu tak boleh ditinggalkan. Dan dalam diri aku, tak boleh ada terlalu banyak word 'ntahlah'.. Aku teringat lagi dulu dia penah pesan kat aku jgn banyak sebut word 'ntahlah'.. Dia nak aku yakin dengan setiap keputusan dan apa yg aku buat. Rindunya kat dia. Tiap2 semangat yang dia beri, tiap2 pengajaran yang dia bawa, keikhlasan dia membuat aku rasa kehilangan, dan betapa pentingnya dia pada aku. Tapi dosa aku yang buat dia jauh dari aku.. Maafkan aku.. Aku nak tebus salah aku, tapi macamana? Ya Allah, berikan aku jalan.. Sampai hari ni, dia masih aku tunggu, masih aku sayang.. Walaupun dia sakit, aku terima seadanya, aku sanggup untuk berdepan sama2, mcm yang selalu aku ucap dulu, dan keyakinan tu masih kuat sampai ke hari ni. Astaghfirullah, napa lah aku tak boleh sedikit pun lekangkan ingatan aku pada dia.. Ya Allah, ampuni dosa ku.. Apa sekalipun, andainya dia masih yang terbaik untuk aku, semoga Allah tunjukkan jalannya dan dipermudahkan bagi aku..aminn..

1 Comments
 
R i n d u n y a . . . . .
08.11.08 (2:26 am)   [edit]
0 Comments
 
Alhamdulillah..
08.10.08 (11:31 pm)   [edit]

Alhamdulillah, rahmat Allah menjengah lagi dalam hidup ini. Aku telah berjaya ditawarkan biasiswa oleh pihak universiti dengan terikat sebagai penyelidik siswazah. Sekurang2nya, terlepas juga bebanan kewangan sedikit sebanyak tanpa perlu aku menyusahkan kedua mak ayah yang telah banyak berkorban untuk aku. Tambahan biasiswa ini tiba tepat pada masanya kerana duit simpanan yang aku kumpul sepanjang bekerja dulu takkan cukup untuk aku tampung kos keseluruhan pengajian, lagipun amaun nya pun dah tiba ke tahap kurang stabil..huhu..alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah..

Sebenarnya, dalam tiba saat gembira itu, tiba juga saat kebingungan kerana selain ditawarkan biasiswa, aku juga telah ditawarkan pekerjaan sebagai pendidik. Kedua2nya memberikan serba satu risiko yang harus diharungi.. Berjaya mahupun gagal, kedua2nya seiring..Ya allah, kurniakanlah petunjuk bagi ku..amiin..

0 Comments
 
K u I n g i n K a m u . . . .
08.10.08 (1:43 am)   [edit]

demi semua
yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku


tanpa dirimu
ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku


kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku


dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…


sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa


di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku


selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu


selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas ...

0 Comments
 
Indahnya hidup..
08.07.08 (11:20 pm)   [edit]

Indah sungguh hidup ini..

Hidup yang penuh warna-warni..

Hidup yang gemberi penuh dengan kasih sayang..

Hidup yang mengajar erti sabar apabila sarat dengan ujian.. 

Hidup yang menduga keimanan..

Apakah kufur tatkala nikmat diberi..atau sabar dikala bala menimpa..

Sesungguhnya manusia takkan bisa, menikmati syurga, tanpa ikhlas di hatinya..

Indah sungguh hidup ini..Yang selama mana tidak ku syukuri..Yang selama mana tidak aku kuat utk menempuhinya..

 Ya Allah, berikan aku jalan menempuhi onak duri ranjau ini..

Jua berikan aku ketabahan untuk segala erti pahit dan manis..

 

 

0 Comments