Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Pergilah wahai dunia..
07.25.08 (9:45 pm)   [edit]

Di hening malam yang indah ini, aku termenung dan kembali mengingati kisah lalu. Setiap perjalanan liku-liku kehidupan ini ditempuhi dengan suka-duka. Alhamdulillah di atas setiap kemanisan jua kepahitan yang menjadikan aku terus berada di atas landasan MU Ya Allah dan tidak lupa diri..

Kembali berpijak di bumi nyata, aku keseorangan hidup di dunia ini. Itu hakikat yang harus diterima. Tak perlu untuk mengharap kasih sayang manusia kekal selamanya, kerana kasih sayang mereka bermusim. Akhirnya membuat diri ini terluka dan kecewa. Usah diletakkan pengharapan pada hamba bergelar manusia, mereka tidak akan mampu memberi kebahagiaan berterusan seperti yang diharapkan.  Letaklah cintamu kepada Allah, hanya cintaNya yang kekal abadi.

Di saat aku menjadi hamba yang paling berdosa, Dia masih lagi mencurahkan kasih sayangnya kepadaku. Masih memberikan aku rezeki, masih memberikan aku kesempatan untuk bergurau senda dan merasa bahagia serta masih memberikan aku pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Sedangkan manusia2 itu, berlalu pergi di saat kemahuan,kehendak,anggapa n dan tanggapan mereka tidak dituruti. Ya Allah, betapa agung cintaMu.. Ampunilah dosaku kerana sering lalai.. Ampunilah dosaku...

Pergilah derita. Tempatmu bukan di sini. Aku akan terus mengejar kebahagiaan hakiki.. Pergilah cinta manusia. Aku takkan mampu mencintaimu sekehendak keinginan dan hawa nafsumu. Aku tidak akan mampu menjadi sesempurna insan yang engkau dambakan, wahai insan yang ku kasihi. Maafkan aku, dunia ini sudah terlalu meletihkan buatku..

wahai Allah..Aku mendambakan cintaMU. Namun, kekotoran dalan hati ku ini menghalang nur cahayaMu dari bertandang masuk ke sanubariku. Ampunilah aku Ya Allah. Aku ingin sekali mencintaiMu lebih dari segala2nya.. Berikahlah aku kekuatan dan peluang untuk menjadi hamba yang sejati kepadaMU..

 

 

 

0 Comments
 
Monolog di hening malam..
07.16.08 (2:03 am)   [edit]

Erm..mengenang kisah lama,memori lama..sakitnya..

Maafkan aku kerana tak cuba untuk mempertahankan diri dan tidak cuba meyakinkan engkau..malah aku membiarkan engkau sendirian..maaafkan aku..aku tak berdaya untuk meyakinkan engkau..aku lelah dengan segala yang ada..terlalu banyak kebocoran dalam hidupku yang masih belum mampu aku tampung..dengan pemergian engkau,bertambah lagi kebocoran itu..aku tak mampu..

Namun aku masih tetap menunggu engkau..mengingati balik memori lama..engkau adalah sebahagian dari hidupku..aku tak mampu untuk membuang dirimu walaupun aku kini sendiri..

Apapun, aku tetap berdoa..moga dibukakan pintu hati...moga dijernihkan kembali kekeruhan..moga diredhaiNya..moga ditautkan kita kembali..aku tetap menunggu saat itu hingga akhir hayatku..

Aku masih menunggu.. 

 

0 Comments
 
Sabarlah hati..
07.14.08 (11:26 pm)   [edit]

Ya Allah,ampuni aku kerana terlalu banyak meminta2 sedangkan dosaku menggunung tinggi..ampuni aku Ya Allah..

0 Comments
 
B e r m u l a k i s a h b a r u . . . . . .
07.09.08 (12:26 am)   [edit]

Welcome back to the U! Selamat bergelar mahasiswi! Selamat Berjuang! Semoga berjaya!

Selepas ruang kerjaya aku tinggalkan, aku kini kembali bergelar mahasiswi. Sedih sungguh meninggalkan rakan sekerja yang begitu baik, prihatin dan sama2 saling bekerjasama dalam satu organisasi. Semoga mereka sentiasa berjaya dalam pekerjaan yg dilakukan, amin.

Last day aku di ofis, terharu sungguh perasaan ini. Begitu banyak nasihat, kata2 semangat, dorongan untuk aku bagi menghadapi cabaran di alam pengajian. Dan juga tak lupa, hadiah2 dan cenderahati yang diberi, juga jamuan makan perpisahan. Terima kasih atas penghargaan itu. walaupun aku hanya insan kerdil di organisasi itu, penghargaan itu begitu bermakna. Terima kasih semua.. InsyaAllah, akan aku tempuh segalanya berbekalkan pengalaman yang telah ditimba. sungguh manis kenangan itu..

Cabaran di alam pengajian. Hari pertama, sungguh mendebarkan disertai semangat yang berkobar2 untuk berjaya dan yang paling penting-untuk meningkatkan keyakinan diri. bagi aku, bukan segulung sarjana itu yang penting bagi aku, tapi apa yang penting bagi aku ialah apa yang dapat aku bentuk dari dalam diri aku sepanjang tempoh pengajian sarjana ini. Begitu banyak kelemahan dalam diri, yang aku rasa takut nak tempuh, lemah nak hadapi, perlu aku singkirkan semuanya. Bak lagu Hanya di Mercu, "sampai bila aku bertanya, sampai bila ku harus mencuba. Bila lagi resah hatiku bila lagi, aku harus berani, lalu ku bangkit tegak berdiri mengatur langkah ku terus mendaki cita-cita ku di mercu".."Aku mencari kekuatan dalam kelemahan..aku temui kejayaan dalam keberanian..".

Aku ingin menjadi insan yang baru. yang murah dengan senyuman, yang sentiasa bersemangat, yang kuat stamina, yang sentiasa berminat meneroka segenap ilmu dan yang sentiasa berfikiran positif! betapa dulu, aku dibayangi tiap2 bayangan gelap yang menutup cahaya ke dalam sanubari ini, dan sampai bila utk terus jadi begitu? Cukup2..

Maafkan aku andai terpaksa melupakan sebahagian dari hidup aku dulu. Aku tak pergi, cuma aku hanya mampu menoleh. itu lebih membahagiakan untuk semua. walau di mana sekalipun aku berada, doa ini sentiasa bersama2 kalian.. Aku masih sayang, sentiasa sayangkan kalian, walapun aku tidak lg berada di sisi.. Aku akan kembali, insyaAllah, bila keadaan mengizinkan..

 

0 Comments
 
Semoga berbahagia..
07.04.08 (12:50 am)   [edit]

Aku tgk frenster.Tertangkap 1 frenster seseorang yg membawa pelb agai memori dalam hidup aku. Dia baik2  ;saja dan aku yakin dia sedang meniti kebahagiaan dalam hidup dia. Alhamdulillah. Aku gembira melihat dia bahagia. Dan dia memang wajar mendapat kebahagiaan itu. 

Mengimbau kembali kisah lama, dia adalah cinta pertama aku. Mengenali apa itu erti hubungan yang l ebih dr sekadar kawan. Aku cukup bahagia waktu itu, cuma kebahagiaan tak lama kerana kesetiaannya yang hilang entah ke mana. Aku tak salah kan dia, kerana hakikat cinta tak boleh dipaksa. Dalam masa yang sama, masih menyayangi dia dan terluka hati kerana kesetiaan dipermainkan. Namun, aku sentiasa berharap semoga dia sentiasa baik dan bahagia. Ternyata Allah itu maha adil. Di saat dia mengharapkan kasih sayang perempuan itu, perempuan itu ternyata ada orang ketiga - Allah membalasinya setimpal dengan apa yang telah dia lakukan pada aku walaupun aku endiri tak berharap berlaku perkara sebegitu pada dia.

Itu kisah lama. Tapi kini, aku lihat, dia berbahagia dengan perempuan yg baik,perempuan yang begitu menyayangi dia, dan yang paling penting sama2 ingin mengakhiri hubungan tersebut dengan ikatan perkahwinan. Aku tahu dia bahagia. Alhamdulillah. Aku gembira dengan kebahagiaannya. Bagi aku, kisah cinta penuh duka bagi dia wajar berakhir. Dan aku doakan semoga mereka berbahagia sentiasa. Alhamdulillah. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberi kebahagiaan pada mereka..Semoga sentiasa di bawah rahmatMu..Amiin..

Dia sedang meniti kebahagiaan nya.. Aku pula masih bersendiri. Takpalah, saat itu pasti akan tiba.. bersabarlah..

0 Comments