Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Sepi
07.01.08 (3:46 pm)   [edit]

Sepi hati terjadi lagi

mungkin sampai mati aku sepi

biar senyum hadir di hari ku

namun ini hanya ada di bibir

di bibir saja..

Aku ingin yang bisa mengerti

walaupun yang lain mahu mengerti

namun berat beban dihidupku

biarkan saja

ia saja

hanya ku yang tahu..

Sejarah cinta dan hidupku

penuh duri dan menyakitkan

butuh kesabaran yang penuh

untuk tetap ku berdiri

ooo..

ada saat aku bicara

bila hatiku telah bulat

sepanjang ku bisa atasi semua

aku tetap diam..

oooo..

Sejarah cinta dan hidupku

penuh duri dan banyak ranjau

butuh kesabaran yang penuh

untuk tetap ku berdiri..

Ada saat aku bicara

bila hati ku telah bulat

sepanjang ku bisa atasi semua..

aku tetap diam..

 

0 Comments
 
Takda tajuk..
06.28.08 (2:35 am)   [edit]

Slmt ulangtahun W..semoga sentiasa dirahmatiNya dan diberi kemudahan dalam segala urusan..amin. Sebenarnya hari jadinya pada 24 jun yang lalu, namun aku tidak dapat mencoretkan seseuatu di t-blog ini, kerana di waktu itu aku terlantar demam. Aku buka blognya.. dan dia letak gambarnya di satu sudut.. Oh, sengihan itu masih ada, alhamdulillah, semoga hari2nya sentiasa disinari kebahagiaan di bawah pancaran nur keimanan..Aku sentiasa mendoakan.

Btw, dah hampir 2 minggu aku demam. sekarang ni pun masih belum sembuh sepenuhnya. Rasa lemah semua otot dan tulang yg ada. Berat badan turun lagi, last check turun 3 kg. apa la nak jadi ngan aku ni. Kesannya aktiviti sehari-hari terasa sangat tak bermaya dan sangat tak menceriakan. Berulang alik sejauh 80km setiap hari ke ofis umpama 1 perjalanan yg cukup2 panjang. kerja berlambak kat ofis seumpama tiada kesudahan. alhamdulillah ramai yg sudi membantu. Apa sekalipun semoga aku akan segera sembuh, amin. Semoga kesakitan ini akan membantu memadamkan dosa2 aku yg menggunung dan mendapat ampunan dariNya..amin..

Tak larat lg..

tido2..

 

0 Comments
 
A k u k e m b a l i........
06.11.08 (12:02 am)   [edit]

Alhamdulillah setelah 2 minggu tanpa internet di rumah, akhirnya perkhidmatan internet diwujudkan semula.. Yang pasti, aku bukan seperti dulu, aku berusaha untuk berubah. semoga diri ini diberi kekuatan, amin.. Aku dah dapat tawaran sambung ke peringkat master, insyaallah akan bermula pada awal julai ni. Aku akan berusaha sehabis daya, dan betapa keringat yang ada untuk lebih berjaya,insyaalllah..

Rutin harian, bertolak ke ofis seawal 6.30 pagi dan balik dari ofis selewat 6.45 petang begitu mencabar kekuatan fizikal dan mental. biasalah, di KL, jalan jem. Kalau tak jem, tak sah.. Apa sekalipun, kesabaran itu penting, dan ingat, untuk berjaya, takda jalan mudah dan takda jalan singkat. Kini aku menjadi kuman di tengah deretan bangunan.. Aku harap andainya satu hari nanti aku berpeluang menjadi besar di tengah2 kekecilan, semoga tak lupa diri. Aku pernah duduk di kelompok orang2 kecil, aku tahu keperitan mereka kerana aku pernah merasa dan sedang merasa kini. Apa sekalipun, dunia ini ibarat roda yang berputar. Tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Tak selamanya diri akan berada di puncak kejayaan dan kebahagiaan, terkadang tiba masa untuk 'menikmati' puncak kesengsaraan dan penderitaan. Itu lah warna-warni kehidupan yang Allah cipta- segala suka duka hidup mewarnai kehidupan hamba-hambaNya. Semoga aku takkan lalai dan semoga aku tak mengeluh atas sebarang ujian yang datang atau bakal datang, Amiin..

Ooohh..kebelakangan ini, aku selalu dengar lagu "menjaga hati" by yovie & nuno kalau tak silap. Bait-bait dalam lagu tu, even tak sepuitis mana, tapi aku rasa begitu berkaitan dengan diri aku. Apa sekalipun, lepaskanlah apa yang telah pergi dengan redha. Semoga allah hadiahkan yang lebih baik dr nya, tapi andainya dia masih tercipta untuk aku, moga dipertemukan dalam redhaNya,Aminn..

Masihkah tinggal bayangan mu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah petanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yg telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
engkau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkan mu
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hati mu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskiku lihat kini kau di seberang sana
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yg telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
andai akhrnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati..
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau perg aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkan mu
sejujurnya diriku masih mengharapkanmu...
0 Comments