skrg ni aku berada di ofis..tunggu untuk masuk semula sesi kedua bekerja..erm..kalau dulu aku boleh balik tiap2 minggu but now lepas dah pindah aku duk lunch je kat ofis..so far so good..aku x expect ape2 yang memberangsangkan dan menyeronokkan,asalkan masa rehat aku terhabis dengan baik..erm..sejak dua menjak ni,aku merasa ada sumthing ketenangan juga kekosongan..yang semestinya,everything kena sabar banyak2..oklah..sampai sini..fin~
Erm..aku dapat rasa yang dia tengah kalut. Dia kembali teringatkan aku. Teringat kenangan lama kami. Bagi aku, cukuplah..1 tahun lebih aku ditinggalkan tanpa tahu apa salah aku, deserve ke aku terima semua ni? Dekat 2 tahun sebenarnya dia meninggalkan aku.. aku berusaha untuk bahagia tanpa dia. Aku berusaha untuk menyingkirkan dia dari hidup aku. Malah berusaha bermati-matian.. Betapa teruknya manusia yang dilamun cinta, tapi apabila menyedari bahawa cinta itu palsu, aku gagal untuk kembali ke dunia nyata. Cuma sejak tahun ini, baru aku menyedari bahawa betapa aku telah membazir waktu, membuang tenaga, menghabiskan air mata, semata2 untuk seseorang yang tak pernah menghargai.. Dia hanya akan menghargai apabila tiada siapa2 di sisinya. dan aku hanya tempat dia menumpang teduh.. Ya Allah..janganlah biarkan hati aku membencinya, Ya Allah.. Janganlah ada sekelumit rasa benci dalam hati ini, Ya Allah.. kurniakanlah aku rasa cinta dari seseorang yang mencintaiMu sebagaimana cintaku padaMu..amiin..
InsyaAllah next week pada 25 atau 26/5 ni aku akan berpindah semula ke Gombak, tempat yang menyimpan 1001 kenangan dalam kehidupan aku. Sekarang ni aku sedang sibuk packing barang2 yang patut dan sisih barang2 yang rasa tak perlu. Almaklumlah berpindah dari rumah besau ke rumah lebih kecil memerlukan pengorbanan dibuat. Huhu. Apa skalipun, antara putrajaya dan gombak, masing2 ada kelebihan juga kekurangan. Yang pastinya, aku akan cuba untuk kembali menyesuaikan diri di tempat baru dan sekaligus mengimbau kembali kenangan ketika membesar. Aku duduk di gombak dari tahun 1991 (pertengahan tahun) hingga 1996 (pertengahan tahun). Dan kemudian kembali tinggal di gombak pada 1998-2002. Ya, antara tahun 1996-1997 dan 2003-2008, aku menetap di rumah yg besau, berharga milion ringgit. Yang pasti, rumah berharga milion ringgit itu bukan rumah aku, tapi kuarters kerajaan. Oh, yang pasti bukan berapa nialaian sebenar rumah itu penting bagi aku, tapi apa yang penting ialah apa yang dapat aku bina dalam diri aku semasa membesar di rumah besau tu. Duduk di rumah kecil menjadikan aku lebih menginsafi diri, untuk terus menapak ke tangga kejayaan dalam hidup. Duduk di rumah besau menjadikan aku selesa, dan menyimpan angan2 untuk memiliki rumah sebegitu satu hari nanti. Antara kedua-duanya, adalah lebih baik aku menetap di rumah kecil, kerana sesungguhnya aku akan lebih menunduk ke bumi, dan tidak berada dalam zon selesa. Oh rumah kecil...
Skrg ni, aku juga tengah bz mencari material untuk program master aku. Guna internet. Aku hanya ada masa 1minggu saja lagi untuk mengumpul semuanya sebab nanti lepas aku berpindah ke Gombak, takkan ada lagi internet. Kalau ada pun, ia akan mengambil masa yang lama untuk di pasang. Yang pasti, internet bukan amsalah yang besau untuk aku sebab aku blh guna kemudahan internet ketika di pejabat.
Yang pastinya, bila aku berpindah ke gombak nanti, aku terpaksa meredah perjalanan hampir 80km sehari berulang-alik dari rumah ke tempat kerja aku di putrajaya. Tenaga+masa+wang ringgit bakal dikorbankan semestinya. Apa sekalipun, ianya hanya sementara sehingga aku berhenti kerja hujung jun ni insyaallah..
Kini aku makin mengerti hakikat hidup ini. Hakikat hidup yang tak semestinya indah dan tak semestinya suram. Yang pasti, aku sedang mencari diri ini, dan mencuba sebaik mungkin dalam hidup. Aku akan mencuba, biarpun jatuh terjelepuk di tengah jalan. Ya, aku sedang jatuh terjelepuk, tapi aku tahu ini hanya sementara. Akan tiba hari indah dalam hidup, hanya Allah yang tahu bila. Masa akan mengubati semuanya. Dan aku sedang bersedia menjadi insan yang baru. Akan aku tinggalkan kenangan di sini, dan akan aku bina hidup yang baru. Insyaallah..
Ya Allah..bantuilah aku dalam aku mencari erti hidup ini..
Erti hidup pada memberi. Memberi mestilah dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, memberi hanya merupakan beban dan benci. Erti hidup pada memberi bermaksud hiduplah sebagai seorang hamba kerana erti kehidupan seorang hamba hanya pada memberi. Hanya dengan jiwa hamba, diri berupaya untuk memberi...
Alhamdulillah, aku tenang pada malam ini.. Alhamdulillah, aku bahagia pada malam ini. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu atas nikmat ini. Beri bahagia untuk mendapat bahagia. Aku mencuba, untuk berjaya mahupun gagal. Tanpa mencuba, berjaya adalah tidak mungkin dan gagal adalah pasti. Dengan mencuba, berjaya dan gagal kedua-duanya seiring, dan semoga Allah berkati kehidupan ini dengan petunjuk dan rahmat-Nya..
rindu itu adalah anugerah dari Allahinsan yang berhati nurani punyai rasa rindurindu pada kedamaianrindu pada ketenanganrindukan kesejahteraandan juga kebahagiaan..Orang-orang bertakwarindu akan kebenarankejujuran dan keikhlasankeredhaan tuhannya..Orang mukmin merindukananak-anak yang solehisteri-isteri yang solehahkeluarga bahagia..Para pencinta kebenaranrindukan suasanamasyarakat yang terjalinaman dan sejahteramerindukan tertegaknyakalimah Allah di muka bumidan dalam merindukankeampunan tuhanNya..Rindu pada kedamaianRindu pada ketenanganRindu kan kesejahteraandan juga kebahagiaan..Dan seluruh umat itumerindukan cahayayang menyinari kehidupanrindu kepada tuhanrindu kepada tuhan..rindu kepada tuhan....
Aku rindu..ketenangan,kebahagiaan,ke sejahteraan..peliharalah sementara ia masih ada..peliharalah sementara ia masih tercipta buat kita..ya Allah,bimbingilah hidupku dengan nur cahaya-Mu, setelah puas aku meraba dalam gelap,setelah puas aku buta di dalam cahaya..
Ya Allah..kurniakanlah aku,kedua ibu bapaku, dan seluruh umat muslimin muslimat keampunan,keredhaan dan petunjuk dari-Mu..
Ya Allah,aku merindui seseorang..hanya Engkau maha mengetahui..peliharalah kami di bawah naungan-Mu..berilah kesembuhan penyakit dan kemampuan buatnya..walaupun dia tidak mengetahui,sampaikanlah salam ku padanya..aku rindu Ya Allah..kurniakanlah ketabahan dan kekuatan padaku, wahai tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..amiin..
sebenarnya hati ini cinta kepada-Musebenarnya diri ini rindu kepada-Mutapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadirtapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbungasesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautansesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit-Munamun cinta takkan hadirnamun rindu tak akan berbunga..ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mutapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seriku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbungatapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautharsesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautansesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit-Munamun cinta takkan hadirnamun rindu tak akan berbungajika tidak mengharap rahmat-Mujika tidak menagih simpati...pada-Mu ya Allah..tuhan..hadiahkanlah kasih-Mu kepadakutuhan..kurniakanlah rinduku kepada-Mumoga ku tahu syukurku adalah milik-Mu...
Hari ini, aku bertekad untuk menjadi seorang insan yang lain-berubah lebih ceria,lebih mapan,lebih efektif dan lebih bersemangat. Pada dia, aku hantar msg yang aku ingin menjadi insan baru. Baru segala2nya, dan takkan menjadi sehina dulu. Aku maksud kan hina kerana aku tidak punya pendirian, keawang-awangan,tidur dalam mimpi yang cukup panjang dan menyesakkan dada. Jikalau dulu, aku lebih suka mendiamkan diri dan kurang bergaul, kini aku cuba untuk memulakan menghadiahkan senyuman. Aku bertekad senyuman ini biarlah senyuman paling ikhlas, paling manis, dan dapat membahagiakan sesiapa saja. Aku ingin memberikan kebahagiaan untuk aku mendapat kebahagiaan. InsyaAllah. Benar, ujian dengan W benar2 merubah aku. Aku akan menjadi lebih baik dan lebih sihat dari hari ke hari. Walaupun tanpa dia di sisi, aku yakin dia akan sentiasa baik2 saja di sana. Aku yakin Allah memeliharanya seperti mana yang sering aku doakan dari hari ke hari. Ya Allah, aku redha. Aku redha KAU tarik dia dariku kerana dosa aku yang membelenggu. Dosa aku memisahkan kami. Ya Allah, ampunilah aku...Aku benar2 merindui dia. Biarlah hanya Kau saja yang mengetahui.
Di malam hari ni, aku rasa sangat2 down di atas pemergian W dr hidup aku. Aku cuba untuk tido, tak dapat lelapkan mata. Cuba untuk berehat, tak mampu. Cuba untuk makan, selera tertutup. Cuba untuk bertenang, gagal. Pendek kata, fikiran aku sangat runsing, emangis dan terlintas di fikiran aku bahawa aku ibarat bangkai bernyawa, yang hanya merenung siling rumah sambil berpikir, mengelamun, clingy, kalut etc. Aku gagal untuk bertenang seperti biasa, aku cuba hubungi K, tiada jawapan. Malahan aku cuba call F even F tak tahu no.017 aku just tahu no.012, aku gagahkan juga sebab aku betul2 perlukan seseorang untuk bersama aku, mendengar setiap luahan hati ini. Malangnya F pun takda, 3 kali aku cuba hubungi dia. Dengan K, berbelas kali aku mencuba, tapi tiada jawapan langsung. Aku kecewa. Aku betul2 buntu apa harus aku lakukan. Tambahan msg dr W yang tiba2 sampai, membuatkan aku semakin merana. Merana kerana seolah2 dia tak terefek apa2 sedangkan aku ibarat hampir mati. Tanpa sesiapa di sisi, aku akhirnya bangun dari 'tempat persemadian', lalu melangkah ke toilet mengambil wudhu' lalu mengerjakan solat tahajjud dan witir. Alhamdulillah kesengsaraan berkurang walaupun masih berbekas. Tapi aku masih belum mampu untuk tido. Akhirnya, untuk membunuh kekosongan, aku pun mula cuba membaca buku La Tahzan yang baru aku beli di MPH Alamanda dengan Kak Fairuz 2/5/08 yang lalu. Dalam buku tu, mata aku asyik terfokus pada banyaknya perkataan "tersenyumlah". Akhirnya, La Tahzan aku tutup dan belek handset untuk mencari seseorang kembali. Ilham dari Allah,membuatkan aku tergerak hati menghubungi seseorang yang dah lama aku tinggalkan-S. First time dial selepas berbulan tak bertemu khabar berita. Dia angkat telefon dengan nada suara mengantuk dan tengah tido. Aku bersyukur, ada juga rupanya yang "masih hidup" dan sudi menerima aku. Aku sebelum tu tanya adakah dia larat dan aku tak kisah andainya dia nak tido. Then dia rela untuk berbual dgn aku. Dan aku pun buat super savers, call selama 1 jam. Alhamdulillah. Aku benar2 tersenyum, benar2 bahagia. Alhamdulillah. Nikmatnya kebahagiaan ini. Bermacam perkata kami koongsikan bersama. Hinggalah masuk bab aku semakin menyepikan diri dari teman2. Dan aku mengaku memang aku menyepikan diri. Aku segan untuk mewarwakan pada mereka pekerjaan sekarang. Astaghfirullahaladzim. Aku sangat tertekan bila dilontarkan soalan berkaitan pekerjaan oleh rakan2 seuniversiti. Tiada pujian, hanya pertanyaan yang tanpa rasa bersalah yang membuatkan aku merasa kecewa, malah bertambah kecewa. Dengan I sendiri, aku makin menyepikan diri walaupun dia merupakan kawan paling rapat aku di universiti. Bayangan diri aku sungguh negatif mencerminkan apa yang aku buat kini. Dan aku memilih untuk mendiamkan diri dari pertanyaan kawan2 U sebab aku tak mahu menipudiorang dengan bercerita semua yang indah2 padahal hakikatnya banyak yang robek di depan mata. Itu-mendiamkan diri-lebih baik dari berkata2 sesuatu yang tak benar. Aku mencuba.. Walaupun aku mengambil risiko kehilangan teman2. Maafkan aku, kawan. Aku perlukan masa untuk fix everything. Aku tak mampu untuk bersama kalian di waktu ini. Sakit segala-galanya. Defensifnya diri ini. Malah lebih defensir kalau nak dibandingkan dengan W dan dirinya. Cuma segalanya terlalu licik aku sembunyikan. Demi Allah, tiada langsung niat aku untuk bermain-main dan berpura-pura. Jauh sekali. Aku tak pinta untuk dia menyukai aku. Niat aku di awal perkenalan-aku mesti tolong insan ini. Dia memerlukan. Aku mesti memberi. Erti hidup pada memberi. Memberi dengan kasih sayang. Memberi tanpa kasih sayang hanyalah beban dan benci. Erti kehidupan hamba hanyalah dengan memberi. Hanya dengan jiwa hamba, kita ada upaya untuk memberi. Aku ingin memberi untuk aku mencari erti hidup ini. Hidup terumbang ambing dan keawang-awangan. Di kala ini, aku tersungkur jatuh semasa aku sedang enak dalam memberi. Ya, memberi dengan kasih sayang. Dalam erti kata, sesama insan, sesama muslim, sesama saudara. Aku akur atas semua ini. Berpunca daripada aku. Apakan daya, everything is my own fault. Apa sekalipun, aku sentiasa berdoa moga ditunjukkan jalannya dan dipermudahkan bagi aku..Dia maha mengetahui niatku. Wallahu a'alam.