terasa sesuatu persoalan memanggil
di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
semakin jiwa dilanda
gelora sang penanti
semakin sukar difahami
puncanya gelisah ku ini
hanya kekosongan jua kehilangan
ku rasai menghuni hati
di manakan ku temui
penghujungnya resah ini
seumpama ku menanti sejawapan rindu
di manakan kutemui
oh sinaran yg hakiki
untuk menjadi penolong jalan di depan ku
hingga akhir waktu
andainya kau temui
cahaya yang kucari
sudikah dikongsi bersama
sebagai teman mahupun sebagai kekasih
di manakan ku temui penghujungnya resah ini
seumpama ku menanti sejawapan rindu
di manakan ku temui oh sinaran yang hakiki
untuk menjadi penolong jalan di depan ku
hingga akhir waktu
merenung bayangan jauh
menatap pengertian
menyelam dasar persoalan
menyelongkar kemuncak maksud..
Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya pendirian di hati
Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan
telah ku korbankan..
Berlimpahan kasih sayang
Aku curahkan buatmu seorang..
Kiranya semua itu
Tak memadai bagimu
Apa sebenarnya yg kau mahu
ku tak tahu..
Kau hilang bila ku tiba
kau datang bila ku kecewa
terasa diri dipersenda..
Di mana berakhirnya nanti
permainan sandiwara mu ini
sesungguhnya aku
tak mengerti
jika benar cinta itu buta
butakah mataku
berkali terluka masih jua ku menunggu
apa yang ku ingin kan
cuma kejujuran dalam perhubungan
jika itu tiada apalah ertinya
penantian ini hanya sia-sia..