Kadangkala, kita perlu melupakan kisah lalu. Bukan semua kisah lalu harus dikenang dan diingat walaupun ianya suatu kisah yang menjadi sebahagian sejarah dalam hidup yang mustahil untuk dilupakan. Tapi untuk apa mengenangnya andai tiap kali dikenang, luka lama berdarah kembali? Kenapa perlu menyeksa lagi hati dan perasaan sendiri? Cukuplah sekadar menoleh, usah ditenung lama2..Kelak hanya menyeksa jiwa.. Aku terkesima buat kesekian kalinya.. hanya kerana seseorang yang pada suatu ketika dulu begitu aku sayangi. Dia tetap disayangi walaupun aku tidak pernah berharga padanya.. Teringat kembali kata2nya yang begitu menghiris perasaan ini. Katanya dia malu untuk bersama aku.. Aku hanya tersenyum pahit menerima luahan itu. Walaupun hati terhiris, namun dia masih tetap bertakhta dihati. Akhirnya, dia berlalu tanpa pernah menoleh lagi. Namun begitu, aku masih menantinya dgn penuh sabar. Dan doa untuk nya sering aku panjatkan agar dia sentiasa bahagia dan kembali pada aku. Akan tetapi, sampai bila harus aku nanti kepulangan dia yang penah merobek malah memijak hati yg aku beri padanya? Sampai satu masa, aku akan berlalu.. Dan kini aku berlalu, tanpa perlu menoleh lagi padanya yang sememangnya tak pernah menoleh padaku seperti yang aku harapkan selama ini. Pergilah wahai penderitaan, izinkan aku menghirup madu kebahagiaan dengan dilimpahi cahaya keredhaanMu, Ya Allah.. Namun doa dari ku tetap sentiasa mengiringi hari2nya walau aku tidak menoleh padanya lagi.. Semoga dia bahagia..
Erm,aku happy skrg,alhamdulillah:) Cuma, sometimes, rasa takut berada di zon selesa ni, sbb tkt terlalu selesa dgn keadaan skrg. Kena sentiasa berhati2 dan sentiasa beringat-ingat. Apa sekali pun, semalam, aku mengundi pru-12 buat pertama kalinya. Huhu. Seronok, dan yang pasti, even calon yg aku vote tu tak menang, tp aku tetap bangga krn dpt vote dia. Cuma, apapun, rezeki x berpihak pada parti itu. Yakin kemenangan akan datang sikit demi sikit. One day it will be. Insyaallah. Si dia lagi menghubungi aku. Tak habis2 dengan dia. Mencetuskan kontroversi. Aku agak pening kepala juga dengan sikap dia yang xboleh terima pandangan org lain. Tapi biarlah. Aku dah tak rajin untuk selalu berdiskus pasal perkara yg semestinya kemenangan takkan berpihak pada aku. Tambahan lagi dengan dia. Eh, apa yang aku melalut dan merepek ni? Ok, stop sampai sini. Waktu zuhur dah masuk...