Nurmawaddah's Journal...

tersenyumlah.. kerana hanya dgn senyuman dapat menjadikan hari-hari yg suram menjadi cerah..


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 October
2009 September
2009 August
2009 July
2009 June
2009 May
2009 April
2009 March
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2007 December
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 January
2006 December
2006 October
2006 September
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



T a p i B u k a n A k u
03.01.08 (3:42 pm)   [edit]
Jangan lagi kau sesali keputusanku Ku tak ingin kau semakin kan terluka Tak ingin ku paksakan cinta ini Meski tiada sanggup untuk kau terima
Aku memang manusia paling berdosa Khianati rasa demi keinginan semua Lebih baik jangan mencinta Biarku dan semua hati ku Kerna takkan pernah kan kau temui cinta sejati
Berakhirlah sudah semua kisah ini Dan jangan kau tangisi lagi Sekalipun aku takkan mencuba kembali padamu Sejuta kata maaf terasa kan percuma Terasa ku telah mati untuk menyedarinya
Tapi bukan aku..
Semoga saja kan kau dapati Hati yang tulus mencintaimu Tapi bukan aku...
Berakhirlah sudah semua Kisah ini dan jgn kau tangisi lagi Sekali pun aku takkan pernah mencuba kembali padamu Sejuta kata maaf terasa kan percuma Serasa ku telah mati untuk menyedarinya p/s : Lagu ni aku dedicate untuk F. Ntah nape, sejak akhir2 ni dia selalu push aku untuk balik pada dia. Dah lupa agaknya apa yang dia buat dlu. Dah lupa agaknya ludah yang penah dia bg pada aku. Mungkin dulu aku lemah. Sekarang tidak lagi. Aku takkan tunduk lagi. Cukuplah aku dah banyak berusaha dulu. Enough is enough. Cukup semua itu. Dan apa yang dia dah buat dulu dah terlebih dari cukup untuk aku pergi dari dia. Tapi dulu, aku lemah. Memang betul hati aku lemah. Masih mengharap walaupun orang dah buang. Baik betul aku. Huh. Sebenarnya itu bukan baik. itu takda ego namanya. Aku benci diri aku yang dulu. Aku taknak benci diri aku lagi. Benci diri disebabkan dia yang main tarik tali. Sakit hati aku. Ops. Cukuplah sampai sini. Hal mengenai dia tak perlu dipikir banyak kali. Cuma ada satu keputusan - Semua dah berakhir. Dan yang pasti, aku gembira dgn hidup aku sekarang. Aku takkan menoleh ke belakang lg. Melainkan untuk mengambil pengajaran dan iktibar dr apa yang dah terjadi.
1 Comments
 
A d a k a h I n i y a n g T e r b a i k ? ?
02.26.08 (8:23 pm)   [edit]
Alhamdulillah hari ini segalanya bermula dengan baik. kerja di kantor berjaya aku bereskan dengan baik, dan syukur pada Mu ya Allah kerana tidak memberikan sedetik pun masa yang aku ada di kantor tadi untuk menikmati gaji tanpa mata (gaji buta). Sesungguhnya itu sebesar2 rahmat untuk aku pada hari ini, kerana aku khuatir setiap sen yang aku perolehi drp gaji buta akan masuk ke dalam perut ibu bapa dan keluarga yang aku kasihi. Aku tak sanggup mengheret mereka bersama2 aku masuk ke neraka nanti. Nauzubillah. Hari ini juga, aku gembira. Alhamdulillah. Dia terus menghubungi aku sekadar untuk bertanya kabar dan mendengar suara (katanya). Entahlah, semalam dia meluahkan perasaannya pada aku. Dia kata dia terasa bila aku seringkali mengingatkan dia bahawa kami hanya kawan dan aku sengaja mencipta border antara kami. Dia meluahkan bahawa dia menganggap aku lebih dari itu. Cuma dia terasa tak layak untu bercinta disebabkan penyakit yang membelenggu. Dia meminta kepastian dari aku adakah aku turut menyayangi dia. Aku hanya diam, tanpa meluahkan apa2 perasaan yang aku ada pada dia. Kerana aku takut untuk mengungkapkan sayang itu, walaupun hakikatnya ada. Sebenarnya aku dah lama sedar bahawa dia menaruh harapan pada aku, cuma aku tak berani untuk menaruh apa2 kerana bagi aku, percintaan hanya sebuah titik noktah kepada persahabatan. Amat sukar untuk aku memulakan kembali persahabatan andainya dikecewakan di pertengahan jalan. Bagi aku persahabatan lebih penting dari segalanya. Cuma, alhamdulillah dia memahami. Sampai satu masa dia akan tahu apa yang ada dlm hati aku. Walaupun dia menderita, disebabkan penyakit buatan manusia yang dengki, tp aku akan tetap bersama dia. Aku takkan tunjuk melalui percakapan, tapi perbuatan ini mencerminkan segalanya. Andai dia mengerti.. dan aku berdoa semoga dia sentiasa mengerti..
0 Comments
 
T e r c i p t a U n t u k k u
02.24.08 (9:18 pm)   [edit]
Menatap indahnya senyuman di wajahmu Membuatku terdiam dan terpaku Mengerti akan hadir waktu yang terindah Saat kau peluk mesra tubuhku Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan Kepada dirimu Aku ingin engkau selalu Hadir dan temani aku Di setiap langkah yang meyakini ku Kau tercipta untuk ku Sepanjang hidupku Aku ingin engkau selalu Hadir dan temani aku Di setiap langkah yang meyakini ku Kau tercipta untuk ku Meski waktu akan mampu Memanggil seluruh raga ku Ku ingin kau tahu Ku selalu milimu Yang mencintai mu Sepanjang hidupku Aku ingin engkau selalu Hadir dan temani aku Di setiap langkah Yang meyakiniku Kau tercipta untuk ku Meski waktu akan mampu Memanggil seluruh ragaku Ku ingin kau tahu Ku selalu milikmu Yang mencintaimu Sepanjang hidupku.. p/s : Buat seseorang yang sentiasa ku nanti..
0 Comments
 
s u m b e r I n s p i r a s i
02.24.08 (12:28 pm)   [edit]
Now, gembira tak terkata. Alhamdulillah. Gembira sebab? Sebab insyaAllah hari sabtu depan aku akan berjumpa dgn sorang kawan baik aku semasa di u. Dah agak lama tak berjumpa dgn dia, kali terakhir berjumpa ialah pada ujung ogos 2007. Itu pun hanya sebentar. Tentu banyak yang ingin dibualkan. Apapun, aku tak sabar menunggu saat itu. Lagak aku macam nak pegi date je. Macam la ada pakwe. Huhu. Kebelakangan ini, dia begitu rajin menghubungi aku. Setiap hari pasti ada panggilan dari dia. SMS tak usah cakaplah. Dan aku gembira melihat dia gembira. Aku harap dia akan terus gembira. Semalam, berbual dgn dia. Sambil dia dedicate lagu unintended (muse) dn chinta (monologue butterfingers). Katanya khas tuju untuk aku. kebelakangan ini, selalu cakap yang aku adalah sumber inspirasi dia.. Saja nak mengusik hati nurani aku. Grrrrr. Huhu. Tak boleh nak pikir lebih2. Dia ada bagi aku lagu yang dia nyanyikan sendiri, versi akustik. Berbakat juga dia ini. Huhu. Yang sure, now aku tgh dgr lagu yg dia nyanyi. Huhu. Apapun, aku sentiasa mendoakan kesembuhan penyakit buat dia. Dan semoga dia terus tabah mengharungi hidup dia. Amin..
0 Comments
 
S i a p a A k u ? ?
02.23.08 (4:05 pm)   [edit]

Aku, mungkin aku belum sepenuhnya mengenali siapa diri aku. Cuma semenjak dua menjak aku berkongsi kisah hidup dengan dia. Berkongsi suka dan duka. Walaupun hanya berkongsi masalah. Dapat aku rasakan bahawa aku tidak mengenali diri aku berbanding dia. Dia begitu banyak menceritakan kelemahan dan kekurangan diri dia kepada aku. berbanding aku yang tidak berkongsi apa-apa mengenai diri aku kepada dia. Aku lebih membiarkan dia judge siapa diri aku yang sebenar. Dan betul sangkaan aku, begitu banyak pujian yang diberikan kepada aku, insan yang sebenarnya begitu banyak kelemahan dan keburukan ini. Dia kata aku cukup kuat menghadapi keperitan masalah berbanding dia. Sedangkan adakah dia sebenar-benarnya mengenali aku? Aku tak salahkan dia, kerana perkenalan kami pun hanya terbatas melalui layar internet. Apapun, sebenarnya, diri aku penuh dengan konflik. Cuma aku tidak suka terus-terusan mengambil berat akan setiap masalah yang membelenggu diri ini. Biarlah masa saja yang menentukan jalan penyelesaian bagi setiap malasah. Itulah aku. Aku tak mahu dilihat kurang kuat, sedangkan realitinya memang aku lemah di dalam dan aku cuba lari dari masalah. Andainya aku terus berduka untuk setiap masalah yang aku hadapi, tiada apa lagi kegembiraan yang akan muncul dalam hidup ini. Juga tiada lagi ketenangan yang terlihat di wajah ini. Hanya wajah murung yang akan menghiasi diri aku. Bagi aku, melarikan diri dari masalah adalah lebih baik berbanding membiarkan orang-orang yang aku kasihi di sekeliling aku terbeban dengan sikap aku nanti. Apapun, kehadiran dia dalam hidup aku semenjak dua menjak ini menceriakan aku dan yang paling penting dia menunjukkan kepada aku betapa kurangnya aku berbanding dia. Walaupun dia sakit, tapi hanya fizikal nya yang sakit, bukan rohani nya. Tapi aku? Walaupun aku dilihat sihat, tapi rohani aku minta diberi pengisian. Memang aku telah mengisinya dengan ad-din Allah, tapi mungkin aku belum cukup khusyuk dan tawadhuk dalam beribadat. Entahlah. Aku tidak mahu berterusan memikirkan tentang ini. Cuma aku gembira mengenali dia. Dia cukup kuat semangat. Entahlah. Tak tahu kenapa aku harus merasakan perasaan ini. Apapun aku menghargai dia sebagai kawan dan tanpa dia sedari, dia sebenarnya memberikan ruang pada aku untuk terus menginsafi diri. Sepanjang 23 tahun hidup, aku banyak mengenali diri ini daripada dia. Sesuatu yang aku tak pernah terpikir untuk berpikir seara serius mengenainya.

1st - Aku sangat-sangat suka makan ayam. Dia pun sama. Huu. Daging tolak ketepi apatah lagi ikan? Huu. Tak tahan makan ikan. Aku hanya akan makan ikan andainya betul2 dah takda apa2 makanan dalam peti ais, termasuk kalau dah takda telur. Huu. Memang dari azali kot aku suka makan ayam. huhu.

2nd - Aku pakai jam tangan di tangan kanan. Satu lagi persamaan antara kami.

3rd - Susahnya untuk aku memperoleh kawan lelaki di alam realiti. Mungkin kerana sifat pemalu yang ada pada aku. Tambahan lagi, aku seorang yang serius. Mungkin itulah punca2 kenapa aku gagal memperoleh kawan lelaki. Huu. Dan yang pasti, aku banyak mengenali lelaki di alam siber. Mengenali dan kemudian baik. Andainya aku mempunyai bf, hanya dialah satu2nya lelaki bukan mahram ada dalam hati aku.

4th - Aku penah tinggal dengan babysitter&nb sp;di bukit setongkol sedangkan dia tinggal di cenderawasih. Dekat dan satu kawasan. Walaupun tak penah berjumpa, maybe penah berjumpa kot masa kecikl-kecil dulu? Wallahu alam bissawab.

5th - Aku lebih suka menyorokkan identiti aku yang sebenar walaupun di depan mak ayah aku. Dalam beribadat, aku seboleh-bolehnya tidak mahu orang lain tahu apa yang aku lakukan. Aku tak mahu timbulnya riak di dalam diri. Begitu juga dia. Dia pergi ke masjid, keluar sambil membawa kopiah di dalam kocek. Apabila jiran bertanya, dia hanya mengatakan yang dia ingin pergi ke kedai. Adakah itu suatu pembohongan? Yang pastinya. Jelas, sifat menunjuk2 itu tidak ada dalam kamus hidup.

6th - Aku sukakan kedamaian dan keindahan pantai untuk menenangkan fikiran. Begitu juga dia. Cuma rumah aku berjauhan dari pantai dan terbatas untuk ke sana hanya apabila abah ada seminar atau sekadar pergi bercuti. Sedangkan dia memang berasal dari negeri yang mempunyai pantai terbentang luas- Pahang.

Itu lah sebahagian dari persamaan dan sedikit perbezaan yang membuatkan aku mencemburui dia. huhu. Jam baru saja menunjukkan pukul 5.17 petang. Tadi pukul 3.31 petang, dia cuba untuk menghubungi aku tapi aku tak angkat sebab tak sedar. Lagipun di waktu tu aku sedang bz mengemaskan apa yang patut untuk di bawa ke gombak. Erm, tak lama selepas itu, msg dr dia pun masuk. Dia minta maaf sebab mengganggu aku. Ntahlah, aku tak rasa begitu. Mungkin dia seorang yang sensitif. Maafkan aku. Aku suka dia call. But aku tak boleh bercakap betul dengan dia sebab aku gemuruh. gemuruh? Dah lama aku tak menggunakan perkataan itu. Huu. Ntahlah, semalam, tiba2 dia call, untuk memberitahu aku bahawa dia disconnected dari internet. Dan dia cuba berkali-kali untuk connect balik ke internet, tapi tak berjaya. Sebab itulah dia call aku. Mulanya aku teragak-agak untuk menerima panggilan itu disebabkan gemuruhnya hati pd waktu itu. Tapi akhirnya, aku refuse and terima juga call dia. Mulanya call, huuu, aku tak tahan nak gelak atas sebab yang aku sendiri tak pasti. Yang pasti entahlah, dia lebih tenang berbanding aku yang asyik nak buat muka toya macam dia cakap. Huu. Grrrrr. haha. But then, dia dapat juga connect after 1jam lebih berusaha. Kesian dia. Terharu betul aku. Dia cuba nak connect sampaikan dia call tm net centre pasal masalah itu. Aku bukannya apa, aku rasa macam menyusahkan dan membebankan dia terpaksa bersusah payah macam tu sedangkan dia sakit. Entahlah. Apapun aku betul-betul menghargai tindakan dia..

0 Comments
 
E s c a p i s m e
02.23.08 (3:58 pm)   [edit]
Ermmm..dah 2 minggu berturut2, F kembali menghubungi aku. Aku terima seadanya. Yang lepas, biarkan lepas, tak perlu dikenang lagi walaupun luka dalam hati belum betul2 sembuh. Bagi aku, tiada peluang kedua dan seterusnya buat dia. Cukuplah aku telah berusaha untuk hubungan itu selama ini. Tak perlu untuk aku menyiksa hati aku lagi. Sian hati.... Ntah nape, bila dia telefon aku. Dia on lagu nash-pada syurga di wajahmu. Aku buat2 ignore. Tak mahu melayan perasaan. Biarkan saja. Dia call aku selama 2 jam setiap sesi. Sama seperti sewaktu kami bercouple dulu. Dan dia ada juga memberikan hint supaya aku call dia balik. Sorry, aku tanpa rasa bersalah terus kata pada dia yang aku takda kredit. Berbanding masa bercouple dulu, aku takkan pernah biar handset aku takda kredit semata2 untuk bercakap dgn dia. Ntahlah. Kini aku melayan dia sama seperti aku melayan kawan2 aku yang lain. Biarpun dia bekas bf, insan yg aku sayang lepas pemergian H. Tapi aku cukup meluat bila dia buat nada manja2. Tolongla. kadang2 rasa mcm nak sound je dia, supaya sedar sikit. Erm.. Lepas habis dia telefon, dia hantar aku suatu lirik lagu untuk ditafsir. Tapi, aku tak tafsir pun. Sengaja malas nak tafsir. Untuk apa menyakitkan hati lagi? Memang dulu aku banyak berusaha untuk hubungan itu. tapi tidak lagi skrg. Aku takkan berusaha lagi.
0 Comments
 
Permulaan Baru..
02.19.08 (3:05 pm)   [edit]
Sekarang ni jam di tangan menunjukkan pukul 2.55 petang. Dan aku baru saja sampai ke rumah selepas berada di u utk urusan menyambung pengajian ke peringkat master. Owh, lupa. Hari ni aku bercuti. Ada juga teringatkan keja di pejabat, fail bertimbun. Alaa, kalau nak pikirkan kerja dan fail2 tu, kerja tu takkan habis.. Yang penting skrg, aku memikirkan langkah untuk masa depan. Berjumpa dan berbincang dengan prof mengenai master, aku teruja. Bukannya apa, terasa begitu lama dunia ilmu fizik aku tinggalkan. Walaupun taklah terlalu lama, tp, mungkin dah berkarat otak ni. Terasa begitu banyak cabaran yang harus ditempuh untuk pengajian master ini. sepatutnya, aku layak untuk terus melangkah ke peringkat Ph.D tanpa perlu mengambil master disebabkan kelulusan ijazah kepujian kelas pertama yg aku miliki. Cuma, aku tak begitu berkeyakinan untuk itu dan aku belum cukup hebat untuk berPh.D. Apa sekalipun, ilmu harus dituntut, dan ranjau harus dijalani. Kuatlah!!!! Be Yourself!!! Now, hidup aku lebih ceria berbanding dulu, terima kasih yg tidak terhingga kepada sumber inspirasi. Semasa aku di u mengisi borang, tiba2 telefon berdering. Ohh. Dia sengaja nak menggedikkan diri dengan mendail no.telefon aku dan berbual barang sejenak. Grrrr. Tp. yang pasti aku gembira kerana dia gembira, dan aku takkan membiarkan diri dia terasa keseorangan menanggung sakit. Seperti yang telah aku coretkan di coretan lepas, dia kini makin lama makin tabah dengan hidup dan penyakit yg dihadapi. Usahkan begitu, makin pandai menggedik2 (itu perkataan yang slalu dia gunakan) terasa mcm nak campak dia masuk kawah gunung berapi. Hehehe. But, itu hanya selingan.. Cuma, aku sentiasa mendoakan kesihatan yang baik buat dia. Apapun, inilah dunia baru aku...... Aku bersyukur pada Mu ya Allah, setelah Engkau menurunkan guruh dan hujan yang lebat dalam hidup ini, Kau kurniakan aku pelangi yang indah, walaupun hanya terbatas di ruang masa... Alhamdulillah..
0 Comments
 
Ceria Selalu..
02.17.08 (1:46 pm)   [edit]
Sudah agak lama aku tak mengupdate blog ini, selama itu juga aku kembali menghayati erti kehidupan yang begitu berwarna-warni. Terasa kehidupan ini kembali cerah setelah awan mendung berarak pergi. Yang pastinya, semuanya dari Yang Esa, bagi menguji keimanan hamba-Nya. Mulakan cerita. Kini kehidupan aku terasa makin terisi. Pagi ke petang di kantor. menyiapkan kerja bersama ofis mate yang semuanya baik-baik dan prihatin belaka. Disebabkan keletihan di siang hari, selepas solat maghrib atau kekadang selepas solat isyak, aku merehatkan badan dan minda yang letih ini dengan melelapkan mata barang sejenak. Dan. Selepas terjaga, aku bersolat (andai belum dikerjakan lagi) dan juga yang pasti setiap hari aku akan menyediakan ruang buat seorang insan yang aku rasakan sungguh bertuah dan istimewa. Mungkin pada kaca mata orang lain, tiada kebertuahan dan tiada keistimewaan pada insan ini disebabkan penyakit yang dideritainya menjadikan dia insan yang terbatas dalam pergerakan. Tetapi, dari kaca mata aku, dialah insan paling bertuah kerana dalam banyak2 manusia, dia dipilih oleh Allah untuk merasai cabaran itu, yang mendapat keampunan dosa tanpa perlu bertaubat, dan menemui hikmah disebalik perjalanan sukar itu. Yang pasti, selagi mana aku mampu memberi, aku akan terus memberi. Itulah tekad aku, insan yang lemah. Cuma semakin aku memberi, terasa kegembiraan menjalar di seluruh urat nadi, setelah sekian bulan hidupku ditemani kemurungan dan kesepian. Apapun, insan ini membawa secebis kegembiraan pada aku, dengan semangat kuatnya yang aku kagumi dan aku sentiasa berdoa pada Allah semoga diberi kesembuhan buatnya dan semoga terus diberikan ketabahan dalam hatinya.
0 Comments