Menyusahkan! Menyibuk! Tolong la jangan ganggu aku lagi. Aku dah bosan, penat dan cukup sakit dengan semua ni. Aku tak perlu kau terus-terusan contact aku. Tak payah la menyusahkan diri lagi dengan terus menghubungi aku kononnya atas nama sebuah persahabatan. Memang benar berkawan biar beribu, berkasih biar 1. Tapi jika kau terus menghubungi aku buat masa ini, kau hanya membuatkan luka dalam hati aku semakin parah. Berhentilah. Napa lah kau tak faham dgn msg yang aku antar dulu. Tak faham atau sengaja buat tak faham. Hurmm. Tolonglah. Cukuplah atas semua ini. Tolonglah.. Andai beribu kali kata sebegitu aku ungkapkan dalam coretan ini, dia masih juga tidak mengetahui. Apakah perlu untuk aku berterus terang dan terus menambahkan luka dalam hati? Aku terluka andainya aku melukai hatinya. Aku tak sanggup untuk itu...
Ku punya rasa
Tak terungkapkan
Hanya dalam memori hati dan benakku simpan
Berat menerima kau pergi
Tanpa alasan juga
Kau buat aku bertanya..
Beribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
Kata termanis hanya untuk dia
Kekasih sepanjang hidup
Ku masih merindukannya
Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi ku sendiri
Beribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara dahaga suka ku
Kata termanis hanya untuk kekasihku
Ku masih merindukannya
Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi ku sendiri..
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi..
Aku sendiri..
Telah terlukis kisah diriku
Terpenjara dalam cintamu
Bibir beku tak dapat berucap
Sulit memula..
Terlambat ku rasakan cinta
Kepedihan kan menanti aku
Kesucian cintamu berdua
Telah ternoda..
haruskah merasa salah didiriku
Bila mencintaimu yang telah berdua
Seolah aku perawan cinta yang haus kasih..
Ku hanya mencuba bermain api
Namun sulit akhirnya aku padamkan
Hati kecilku mengatakan ini harus diakhiri..
Sering ku dengar suara-suara
Berbisik menyalahkan diriku
Bila aku jadi pasanganmu
Pasti merana..
Haruskah merasa salah di diriku
Bila mencintai mu yang telah berdua
Seolah aku perawan cinta yang haus kasih..
Ku hanya mencuba bermain api
Namun sulit akhirnya aku padamkan
Hati kecilku mengatakan ini harus diakhiri..
p/s : Lagu rossa favourite aku..tiada kena mengena dgn diri aku..:)
Alhamdulillah,sejak sekian lama berteka teki,akhirnya aku berjaya menemui jawapan itu..Jawapan yang akan mengubah hidup aku..Jawapan yang akan lebih membuatkan aku matang dalam menempuhi ranjau kehidupan.. Dan juga jawapan untuk dia terus bahagia dengan hidup dia..Juga aku akan terus bahagia dengan hidup yang dikurniakan tuhan kepada aku..Apapun,aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia..Dan aku tak pernah berdendam..Aku kasihi dia..dan ini tanda kasih aku pada dia..Biarlah dia tak tahu, tapi aku tahu,Allah Maha Mengetahui..Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya..Aku,berakhir di sini..
Orang genius belajar dari pemerhatian. Dalam pikirannya yang ada hanyalah keinginan untuk engkaji ilmu secara mendalam. Mereka mengkaji melalui pemerhatian, dari angka dan nombor-nombor. Orang genius tidak akan mengalah pada kegagalan. Seseorang yang memperolehi Ph.D tidak semestinya seorang yang genius. Genius merupakan suatu anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya.
Sekarang ni, aku berada di PD, merehatkan minda yang dah lama bercelaru. Macam2 perkara yang berlaku, membuatkan fikiran ini semakin sesak dan buntu. Di kala aku menaip coretan ini, aku berada di beranda bilik hotel. Aku tak sangka boleh surf internet ni, sebab sepatutnya internet tak dapat di sini. Tapi network sesat kat sini dapat didetect oleh laptop aku. Huhuhu. happy gak! Erm,datang ke PD ni, aku tinggalkan handset aku yang selalunya tak pernah berenggang dari aku. Aku takut kalau aku bawa handset, aku takkan capai ketenangan yang aku cari. Aku tak kuat untuk menolak daripada membalas msg someone yang dah mula aku sayang, tapi akhirnya meninggalkan aku disebabkan restu ibu yang tak bersama hubungan kami. Akhirnya, aku redha. Cuma, aku terluka kenapa dia taknak bantah mak dia dengan alasan yang sungguh dangkal tu. Kalau benar dia sayangkan aku, nape dia tak sanggup nak bantah demi aku? Wallahu a'alam. Entahlah. Aku taknak berfikir panjang tentang dia. Anggaplah takda jodoh. Cuma aku buntu, nape sampai sekarang dia masih mengambil berat akan hal aku, sedangkan dia yang melafazkan bahawa kami kini hanya sekadar kawan. Terlukanya hati ini. Benci nya..Sebab itu la, aku membawa diri ke PD ni, selama 3 hari mungkin, untuk aku rehatkan minda yang celaru, dan supaya dia mencari aku andai aku masih penting buat dia. Aku? Aku redha akan apa yang terjadi, cuma, aku kesal kerana bila aku sayangkan seseorang dengan ikhlas ada sahaja aral yang melintang dan menguji kesabaran aku. Aku bersabar. Dan aku redha. Cuma aku harap satu hari nanti aku akan dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dari nya. Amin..
Cukup!!! Itu first word aku untuk coretan kali ni. Cukup. Itu yang dapat aku simpulkan akan sikap manusia. 22 tahun hidup, dan nak masuk ke-23 tahun, begitu banyak ragam manusia. Dalam banyak2 ragam manusia, begitu banyak yang menyakitkan hati, seimbang juga dgn begitu banyak yang membuatkan diri terharu. Dan untuk kesekian kalinya, aku hadapi ragam kerenah manusia yang tak pernah buat aku tenang. Seorang ibu, tak restu andai anaknya beristerikan seorang gadis yang sebaya dengan anaknya. Dengan alasan? Perempuan akan nampak lebih tua daripada lelaki satu hari nanti. Untuk golongan yang bersikap sebegini, sila pikirkan. Apa kah tujuan hidup berumah tangga? Adakah kerana kecantikan semata-mata? Kecantikan akan pudar ditelan zaman. Kita ambil contoh isteri Nabi Muhammad SAW. Saidatina Khadijah yang berumur 40 tahun dikala Nabi Muhammad SAW baru mencapai umur 25 tahun. Itu contoh teladan ikutan yang baik. Faktor umur bukan jaminan untuk terus bahagia dalam kehidupan berumah tangga. Itu mesej yang ingin disampaikan di sini. Alangkah bahagianya andai hidup ini di bawah naungan ad-din. Jika hati percaya pada Yang Esa, tiada masalah yang akan timbul. Masalah berasal dari kekhilafan dan kekurangan manusia itu sendiri. Cukuplah. Moga diri diberi kekuatan juga ketabahan. Moga sesiapa yang bersikap sebegini sedar bahawa kebahagiaan bukan terletak pada apa yang ada pada manusia, tapi hanya pada Allah semata-mata. Wallahu a'alam..
Lama aku tak update tblog ni..dalam tempoh masa ini,banyak perkara terjadi pada aku.Tapi buat masa skrg,diari offline lebih menjadi pilihan aku berbanding diari online di tblog ni.Ntahla,makin lama,aku rasa makin sakit.Sakit segala2nya.Aku cuba mencari jalan penyelesaian terhadap semua perkara,tapi aku buntu.Tak tahu apa patut dilakukan.Tiap kali lepas solat,aku berdoa pada Allah moga diringankan bebanan ini.Teruk betul aku rasa.Belum sempat aku tampal kebocoran yg ada,wujud pula kebocoran lain.Ini semua dugaan Allah.Itu yang harus aku ingat.Musibah ini bukanlah selama2nya.Kalau dulu,kegembiraan sentiasa menghiasi hari2 aku,kini tiba pula hari mendung.Allah berfirman lebih kurang begini, kita nak masuk syurga Allah,tapi cmana kita nak masuk sedangkan kita tidak diuji lagi?.Kini diri aku sedang diuji.Cuma aku seorang introvert.Dan aku lebih selesa meluahkan masalah aku pada kawan chatting.Yang baik dijadikan iktibar,yang buruk dijadikan sempadan..