Akhirnya,aku siap gak measure MR utk sample2 aku..alhamdulillah,penat sungguh,start dr 7.30 pagi..sampaila 11.30 mlm..letih 1minggu badan2 ngn tulang2 aku ni!Balik je rumah,aku terus tido,nak rehatkan bdn..buat pertama kalinya aku tido sampai kul 11 pg!Nasib la mama tak bising..maybe dia pun paham kot aku letih.Yela..nak recharge energy!hehe..Erm,tapi tesis tak siap2 lagi.Baru nak buat chapter2..Dhla aku dh janji ngn en.mus nak mintak tlg dia check kat tesis.Dia nak gi cambridge lak bln 3 ni,time dia suntuk!time aku pn suntuk gak!so cmana ek?Erm,next 2 weeks,aku ade test digit..ape pn x ready lagi ni!sikit2 blh la..tak taula cmana nnt.Insyaallah aku blh..jgn give up!!Erm..pastu,dlm mgu ni,org proton cl aku suh pg IQ test kat sunway lagoon resort hotel..tp ntahla!xtaula.Actually,2nd time aku tolak peluang dpn mata..Tak tau la.low cnfidence gila..aku kna byk bc buku2 motivasi.pastu kna byk buat iq test.nak tau gak kt mana strenght n weakness aku..erm..
“Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka
tapi lama-lama saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah
yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-
hari yang saya lalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri saya ini amat
dihargai…ramai lelaki rupanya yang concern pasal diri saya. Namun sifat pemalu saya
membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal jea, hakikatnya hati saya suka. Waktu
itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar
saya melayani surat-surat tersebut. Tapi, Alhamdulillah, berkat tarbiyyah yang saya
dapat secara sedar atau tidak di sekolah agama tu, saya rasa malu dan bersalah
untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan.
Then, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya? Hanya kegagalan…dan cinta lah punca angan-angan. Saya mula rasa keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati. Bukan secara zahir. Saya tak
pernah terjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada
seluruh anggota badan. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hatiku ini
untuk menadah nur ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya takkan menembusi
hati yang berbuat maksiat. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila ummi dan abah
sedih tengok keputusan peperiksaan akhir tahun saya. Saya cemburu kepada kawan-
kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh
meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tau nak mengadu pada siapa. Saya sedih dengan
kesedihan ummi dan abah. Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi
aktiviti wajib kat sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik pada ungkapan CINTA ALLAH.
Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa CINTA ALLAH tak
mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan
kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak
kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Saya
mula bertekad untuk mencari cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan
mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi. Tika tu, susah juga nak istiqomah
terutamanya tahajjud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-
amalan tu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan
saya…darah daging saya. Saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya.
Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki seperti saya, saya terfikir
alangkah indahnya kalau cintaku untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta
manusia. Rasa macam bodoh pulak hidup dalam angan-angan cinta, dahlah masih
sekolah. Semua tu sia-sia. Buang masa dan boleh tergadai cita-cita. Sweet 17, saya
ada azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya dah tekad
bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Allahlah penentu
segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan
yang sebenar-benarnya. Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk
bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas
perasaan ini terhadap Kekasih saya. Saya mula concern pada study dan habiskan
masa lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu kerana saya yakin bahawa tarbiyyah
inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta. Siang malam saya
berdoa agar Allah hadirkan cinta dan rindu-Nya dalam diri saya yang kosong ni. Saya
ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih
bermakna. Hinggalah result SPM diumumkan. Saya menjadi salah seorang top-ten di
sekolah. Macam tak percaya! Semuanya kerana cinta Allah sebenarnya. Saya
bertambah yakin bahawa cinta Allah tidak mengecewakan. Hanya bila tersemai
semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta
sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah di usia ini, cinta Allah tidak boleh dikongsi
sesiapa. Itu prinsip saya..
aku dah jadi sangat2 bosan ngan cinta manusia..aku rasa malas nak berpikir hal2 ape pasal lelaki,pasal pakwe..bosan..menyusahkan..buang masa..tak bawa faedah..hurm..lately,aku banyak membaca buku2 agama..aku sedar,cinta aku dulu aku agp utk dia adalah cinta kerana Allah..tapi aku kabur sebenarnya..rupanya saling terindu2 kan pakwe pun berdosa,kira fitnah hati namanya..apalagi berjumpa,berdating walaupun sepanjang perhubungan kami,kami tak pernah menyentuh antara 1 sama lain..adakah itu cinta kerana allah bila sesuatu itu disulami dgn dosa yg tak kita sedar?tentu tak bukan?..sbnrnya takda istilah couple dlm islam..couple hukumnya haram..skrg baru aku sedar allah memberi hikmah dan kasih sayangNya dlm ujian yg menimpa aku ni..memang sedari dulu, aku berdoa agar aku memperoleh lelaki yg soleh dan bertakwa,yg dpt mmbimbing aku ke jalanNYA..dan kalau aku dalam cinta,biarlah cinta itu diredhai..mungkin cinta terhadap dia itu tak diredhai oleh allah dgn cara sedemikian..Cinta itu suci..tapi bercouple itu haram..Matlamat tak menghalalkan cara..Apapun..aku tak berputus asa dgn ujian Allah..aku yakin aku akan dipertemukan dgn yg terbaik utk aku di suatu hari nanti..walaupun bukan dgn cara bercouple atau mencari lelaki..''tiada indah dgn melanggar hukum allah''..wajarlah allah memisahkan aku dgn dia..alhamdulillah..sekurang2nya aku dah terlepas dlm satu ujian cinta..aku bersyukur pada MU Tuhan..apapun,aku yakin andainya dia tetap yg terbaik utk aku,aku tetap akan menerimanya..andainya KAU benar2 menarik dia daripadaku,KAU gantikan dengan sesuatu yg lebih baik darinya..cuma KAU berikanlah aku petunjuk..amiin..Ya allah, kau berilah hidayahMu kepada hamba2Mu yang terjebak dlm dosa ini..sedarkan lah mereka..wahai Tuhan yg Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani..amiin..
Aku tak tau nak crita apa hari ni..semuanya berlalu dgn baik,alhamdulillah..aku rindu ngan mak ayah aku..tak tau nape semenjak dua menjak ni aku asik teringat rumah je bila aku ada kat kolej..sayang gila ngan mak ayah aku..adik beradik aku..kat umah aku skrg tinggal 4 orang je..kalau dulu,cukup korumla 9 orang..tp diaorang yang lain skrg smeuanya further study..takpala..sat je..Aku sedih gak tadi mama cakap mama tak lalu nak makan sbb dah tak da org kat umah..Sian mama.Kalau boleh aku nak je jadi outsider,tak payah duk kolej..boleh hari2 tengok2 kan family aku ni..At least mama takda la keseorangan sangat..Hurm..tak sabar nak habis study..nak balas jasa mak ayah aku...