Semakin dekat aku menghampiriMu, semakin jauh aku pergi darimu.
Itu monolog pada hari ini. Benar, tiada cinta lain selain Allah. Dan aku mencintaimu keranaMu. Kerana Dia meminta aku mengasihi dia. Kerana Nabi SAW berpesan bahwasanya tidak sempurna iman seseorang melainkan sekiranya dia mencintai orang lain sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. Kerana Dia.
Hidup ini suatu perjalanan. Hanya yang cekal dan tabah dapat melalui segala tempoh ujian ini dengan jayanya. Akhirat pengakhirannya, dan dunia adalah jambatan menuju ke sana. Ya Allah, permudahkanlah jambatanku menuju keredhaanMu dan syurgaMu.
Terkadang rasa ini menghambat aku untuk berlalu. Terkadang rasa ini menggamit aku untuk terus menunggu. Terkadang rasa ini membuat aku tercari-cari adakah ada redhaMu untuk ku?
Wahai hati.. bersabarlah untuk sedikit masa lagi. Semoga aku menjadi hamba, anak, isteri, ibu dan wanita yang solehah.. amin..
Hari ini adalah hari Jumaat - penghulu segala hari. Hari di mana ada suatu saat di mana doa akan termakbul. Ya Allah. Adakah aku termasuk dalam golongan yang beruntung itu?
Hari ini, aku bersama kedua ibu bapa. Bersama mereka, hati aku lapang dan gembira. Terasa benar kasih sayang mereka kepadaku. Mereka adalah ibu bapa yang sangat amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Aku sangat menyayangi mereka. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka menyayangi dan mengasihani aku di saat aku masih kecil.. amin.
Namun, masih terdapat suatu kekosongan di penghujung hati..
Apapun, aku redha. Hidup ini hanyalah sementara, dan adalah suatu kebodohan sekiranya terlalu memikirkan kesenangan dan kebahagiaan yang sementara sedangkan ada kebahagiaan yang hakiki menanti di hadapan sekiranya segala dugaan di dunia ini dihadapi dengan sabar dan tabah. Ya Allah.. bantuilah aku dan kurniakanlah aku kekuatan iman, amin..
Islam itu mengajarkan ketenangan. Islam itu mengajarkan kesabaran. Dan Islam itu adalah pengisi kekosongan hati.
Berbagai dugaan ditempuh. Ya Allah, mudah-mudahan aku tidak menjadi bebanan dan dibebani oleh masalah yang tidak mampu aku memikulnya, amin..
Kehidupan di dunia ini memerlukan persediaan. Dari segi fizikal dan mental. Persediaan untuk apa saja. Samada dalam menjadi anak, isteri, ibu, anggota masyarakat dan sebagainya. Tidak dapat tidak, ianya adalah ujian dan juga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Seperti hadis Nabi SAW yang berbunyi setiap sesuatu mempunyai haknya. Tunaikanlah hak kepada yang berhak. Contohnya, ibu, isteri, anak, jiran malah anggota masyarakat, setiap satunya mempunyai hak ke atas kita. Jadi dari situ Allah akan menghitung sejauh mana amanah yang diberikanNya kepada kita.
Di malam ini, aku sedikit gundah. Adakah mampu untuk aku menghadapi dugaan dari orang yang tidak memegang amanah dengan baik? Ya Allah.. kurniakanlah daku kesabaran. Amin.
Perjalanan hidup yang penuh liku membuatkan aku tersedar. Di mana aku harus untuk menjadi anak, bakal isteri, bakal ibu, jiran, dan anggota masyarakat yang baik dan beramanah. Di situ segalanya memerlukan persediaan. Persediaan rohani dan jasmani, mental dan fizikal.. Ya Allah, aku jauh dari kesempurnaan, namun aku akan belajar untuk menyempurnakan ketaksempurnaan ini.. amin.
Luka ini sungguh sakit dan dalam. Ya Allah, berikanlah aku kesembuhan.
Setiap permulaan, ada pengakhiran. Setiap ketawa, tentu ada air mata. Setiap kehidupan, ada kematian. Itu semua adalah qada' dan qadar Allah. Sebagai seorang muslim, kita dikehendaki mengimani qada' dan qadar Allah kerana ianya salah 1 dari rukun iman. Namun, itulah ujianNya. Untuk menerima qada' dan qadar itu, bukan mudah. Iman akan berbicara..
Rindu.
Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada dirinya.. dan aku yakin, Allah sebaik-baik pemelihara. Moga dia sentiasa selamat, tenang dan bahagia di sana.. Amin..
Di malam yang hening ini, aku tiba-tiba terkenang kembali kehidupan aku di suatu waktu yang dulu di mana aku tinggal di sekolah berasrama dan menetap di kolej kediaman semasa pengajian di universiti. Ya, aku rindukan roommates aku. Entah apa khabar mereka sekarang.. Lama sungguh aku tinggalkan.
Mengenang kembali.. aku mula belajar duduk di asrama semasa aku di Tingkatan 4 semasa aku belajar di sebuah MRSM di selatan tanahair. Kemudian, aku meneruskan pengajian matrikulasi dan masih juga menetap di asrama. Selepas tamat matrikulasi, aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan menetap di asrama universiti. Keseluruhannya 6 tahun aku habiskan masa untuk tinggal di asrama. Dalam 6 tahun itu, aku dan roommates aku tidak pernah bergaduh walaupun sekali. Berbeza dengan orang lain, yang kerapkali bergaduh dengan teman sebilik mereka, tapi aku tidak pernah merasai pengalaman itu. Hubungan aku dengan semua teman sebilik aku alhamdulillah sangat baik. Kami ibarat adik beradik dan teman yang cukup akrab.
Berkongsi cerita, bercuti, bergelak ketawa bersama.. cukup akrab. Tapi dalam semuanya, ada seorang roommate yang sampai sekarang cukup buat aku terkenang. S. Entah kenapa, dalam semua roommates yg aku ada, dia yang paling dekat dalam hati aku. Berhubungan sehingga kini, dan dia banyak mengetahui rahsia yang terpendam dalam hati yang tidak pernah aku ceritakan kepada orang lain. Rindu dirinya.. Moga Allah memelihara dia dan persahabatan kami hingga ke akhir sana. Amin..
Aku tak tahu. Hidup ini merupakan ujian. Ujian diturunkan oleh Allah untuk menentukan sejauh mana keimanan hambaNya.
Ya, aku akur.
Mungkinkah ianya tidak dapat diperbetulkan kembali? Aku tak tahu. Serius. Aku tidak tahu. Dalam hati masih ada kasih sayang, namun cinta tak semestinya memiliki. Cinta adalah kasih dan sayang ke hujung nyawa walau tidak semestinya bertaut dengan 1 ikatan.
insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah.. ada jalannya..
insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah.. ada jalannya..
andainya dosa berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu..
insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah.. ada jalannya..
insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah.. ada jalannya..
Kembalilah kepada Yang Esa
yakin padaNya panjatkanlah doa
oh ya Allah pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Lagu di atas bukanlah baru sebenarnya. Namun, ia adalah nasihat yang baik untuk orang yang terlalai. Sudah semestinya sebaik-baik penasihat adalah dengan memahami isi al-Quran dan mengingati mati. Namun, bagi mereka yang baru mula untuk tersedar, mungkin dengan sepintas lalu mendengar dan menghayati lagi ini, dapat memberikan impak positif kepada mereka bahawasanya mereka masih ada jalan untuk kembali kepada Allah.
Allah itu ada di mana-mana. Hadapkan mukamu walau ke arah utara, barat, timur, ke selatan, malah ke mana saja, ada Allah di mana-mana. Allah itu maha melihat dan mendengar, maka Allah sentiasa mengawasi kita. Namun, andai kita tersasar, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Allah akan sentiasa mengampuni dosa kita, seandainya kita bertaubat secara tulus, ikhlas dan penuh keazaman untuk tidak mengulangi dosa itu kembali.
Mereka datang dan mereka pergi. Setiap dari mereka merupakan percaturan hidup yang telah ditentukan oleh Allah. Hidup dan kehidupan - adakah sama?
Ketahuilah setiap orang yang hadir dalam hidup kita membawa pengajaran, peringatan, hidayah dan kasih sayang dari Allah. Setiap perencanaan Allah itu bersebab. Dan setiap perencanaan Allah itu sangat indah. Andai saja hati yang bersih cuba untuk menerokai setiap qada' dan qadarNya.
Allah itu indah.. maka Allah mencintai keindahan. Allah itu sempurna.. maka Allah mencintai kesempurnaan. Allah itu maha pengasih dan penyayang.. maka setiap yang Allah takdirkan adalah tanda kasih sayangNya.. :)
Indahnya hidup ni sekiranya dipenuhi dengan sakinah, mawaddah warrahmah. Segalanya bermula dari hati. Dari hati, kemudian akan berkembang menjadi sebuah kehidupan. Diri yang tenang, bahagia dan tenteram akan memberi kesan positif juga kepada orang sekeliling.
Bagaimana?
Semuanya bermula dari rumah. Ibu bapa yang mendidik dan hidup penuh rukun dan kasih sayang, akan melahirkan anak-anak yang berjiwa tenang dan mampu dididik. Sebab itu pemilihan calon suami atau isteri amat ditekankan di dalam Islam. Sesungguhnya, pilihlah pasangan hidup yang beriman, insyaAllah kehidupanmu akan bahagia di hari kemudian.
Ya Allah, kurniakanlah aku seorang sepertinya.. amin..
Pengajian sudah tamat. Alhamdulillah. Viva berakhir dengan baik sekali. Syukur padaMu, ya Allah.
Arah di hadapan sudah jelas. Alhamdulillah. Cuma masih memerlukan beberapa penambahbaikan juga lebih ketabahan untuk bergerak menuju ke hadapan. Ya, bukan mudah tapi tidak juga dikatakan susah. Semuanya berlandaskan semangat dan niat yang betul - semata-mata untuk mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Kehidupan masih seperti dahulu. Tapi aku tidak kisah lagi. Aku mesti buat sesuatu untuk sisa usia yang tinggal.
Terasa hidup ini sungguh sekejap. Masa berputar begitu pantas. Perancangan terlampau banyak. Namun kehidupan ini bukanlah terlalu lama untuk merancang terlalu banyak perkara dalam hidup. Apa yang penting - dahulukan perkara yang penting, dan ketepikan sedikit perkara sampingan.
Fitrah perempuan telah kembali. Hal rutin setiap bulan.
Talaqqi al-Quran tergendala. Agak sedih.
Namun, alhamdulillah. Bersama aku, ada satu 'peninggalan' W yang masih aku simpan hingga kini. Iaitu software al-Quran reciter yang diberikan 3 tahun yang lalu. Dan dengan software itu, aku masih berpeluang untuk mendengar bacaan-bacaan indah tersebut. Ya, itulah mukjizat al-Quran.. dengan mendengar ayat-ayatnya saja telah membuatkan hati merasa tenteram, aman dan jatuh cinta.
Melihat kawan-kawan telah tamat viva dengan jayanya, aku sedikit cemburu. Mudah-mudahan aku juga dapat melakukan yang terbaik seperti mereka. Inilah penentuan kejayaan duniawi aku setakat ini. Walaupun ianya masih belum dapat dikatakan sebagai 'kejayaan', namun ianya adalah salah satu jalan kepada kejayaan masa hadapan - duniawi dan ukhrawi.
Persoalan hati. Ya, masih dia di hati. Namun, dugaan Allah. Adakah dan apakah jalannya?
Ya Allah, lorongkanlah hatiku dan hatinya menuju jalanMu, serta permudahkanlah urusan kami seandainya kami benar-benar ikhlas untuk meraih keredhaanMu.. amin.
Ada lagi satu. Soal sikap. Sikap aku. Penuh dengan kemazmumahan. Tidak sabar, sensitif, mudah kecil hati, kuat cemburu. Ya Allah, bagaimana untuk aku tangani sikap sebegini? Berikanlah aku kekuatan.. amin.
Alhamdulillah.. di penghujung malam yang hening ini, aku sekali lagi diberi rahmat dan kurnia dari Allah untuk aku menjadi tetamuNya. Itu adalah sebahagian dari azam tahun baru 1433 Hijrah iaitu untuk aku sentiasa beristiqamah mengerjakan solat malam dan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 5 muka surat setiap hari. Alhamdulillah, ketenangan bersamaku saban hari.. walaupun hidup dilanda musibah dan dugaan, Allah sentiasa memberikan rahmatNya buatku.. Syukur yang tak terhingga kepadaMu ya Allah kerana telah memilihku sebagai seorang dari berjuta hambaMu, yang sujud mengingatiMu, di saat hambaMu yang lain nyenyak dalam lenanya..
Kebelakangan ini, begitu banyak peringatan dan kasih sayang Allah terhadapku. Begitu terasa kedekatanNya di jiwa ku, dan begitu terasa hadirNya di sisiku. Benar, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Dan benar, doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah tanpa ada hijab, hanya batas waktu yang tinggal samada lambat atau cepat untuk doa tersebut dimakbulkan. Di saat kezaliman berlaku, dan seorang hambaNya menadah tangan memohon pertolonganNya, nescaya akan Allah kabulkannya.. dan itulah yang telah berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini. Orang yang telah menzalimi aku telah terkena mustajab doaku. Bukanlah niatku untuk bergembira dengan musibah yang melanda dirinya, namun aku berharap semoga apa yang terjadi menjadi titik tolak untuknya bertaubat di atas dosa-dosa silam. Amin.. Peristiwa ini semakin mendekatkan aku kepadaMu ya Allah.. sungguh aku bersyukur padaMu.
Selain itu, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memberikan aku peluang sekali lagi untuk aku belajar erti keyakinan diri. Sungguh di suatu saat yang lalu, aku telah mensia-siakan peluang yang ada hanya disebabkan keyakinan yang tidak muncul. Ya Allah, pinjamkanlah daku sebahagian dari kekuatanMu untuk aku menghadapi perjalanan itu.. Amin.
Ya.. Allah di mana-mana.. tak kira tempat, tak kira masa, dan tidak mengira batas.. Ya Allah..
Tuhanku.. dalam termanggu, ku sebut namaMu biar susah sungguh
Alhamdulillah, semakin hari aku semakin bahagia. Menelusuri kehidupan ini setiap hari, aku rasakan penuh dengan momen bermakna. Hubungan dengan Allah semakin baik, alhamdulillah, dan hubungan dengan manusia juga semakin baik, alhamdulillah. Ya Allah, aku pohonkan kepadaMu kebahagiaan di dunia dan di akhirat, serta pembebasan dari azab api neraka.. Jua aku pohonkan kepadaMu wahai Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mengasihani dan menyayangi aku sedari aku kecil, amin..
Benar cinta Allah itu adalah cinta Maha Agung. Betapa setiap pemberian, nikmat, kurniaan, jua rezeki itu daripadaNya jua. Walaupun ianya diberikan melalui perantaraan manusia atau makhlukNya yang lain, namun segalanya datang dariNya, maha penyayangnya pencinta itu. Benar Engkau adalah seagung-agung pencipta dan pencinta, ya Allah..
Pengajian sudah hampir ke penamat, alhamdulillah. Dan telah Engkau tunjukkan jalanku yang seterusnya wahai Allah, alhamdulillah. Tidak seperti suatu saat yang lalu, aku kebingungan dan terkial-kial memikirkan apakah yang harus aku lakukan seterusnya dengan masa depanku. Benar, walaupun aku tergolong dalam golongan pelajar yang boleh dikatakan 'berjaya', tetapi secara hakikinya, suatu masa yang lalu, aku tidak tahu apakah langkah yang seterusnya harus aku jalani. Sungguh memalukan sebenarnya, namun, alhamdulillah, segala ujian itu datang dariNya juga untuk Dia mengajari aku supaya aku lebih matang dan tabah dalam menghadapi hidup. Di hari ini, lihatlah, ya Allah, betapa besarnya nikmat dan rahmatMu ke atas ku.. alhamdulillah.
Soal hati? ya, soal hati itu sentiasa ada di dalam hati. Walau sebanyak manapun dugaan untuk menuju ke destinasi halal, namun, itu sebagai salah satu ujian untuk diri, bukan? Siapa aku untuk meminta segalanya mengikut kehendak dan segalanya mudah? Layakkah? Aku hanyalah hamba dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah hanya memberikan kepada kita hanya apabila kita benar-benar bersedia. Anggaplah betapa besar sekalipun ujian ini, Allah sebenarnya sedang memberikan masa kepadaku untuk aku mempersiapkan diri dengan seberapa banyak ilmu sebelum melangkah ke alam yang baru. Berbaik sangka sentiasa dengan Allah.. Allah tidak pernah mengecewakan :)
Kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang dapat aku rumuskan dalam setiap kejadian yang aku lalui:
Pertolongan itu beserta dengan qiamullail. Dan di sepertiga malam, Allah menadah tanganNya, memakbulkan doa hambaNya yang berdoa penuh tulus kepadaNya.
Kebahagiaan itu ada dalam hati sendiri. Tiada sebab untuk seseorang itu tidak bahagia, dan tiada sebab untuk kita meletakkan kebahagiaan kita pada orang lain, sedangkan mereka itu juga cumalah manusia seperti kita juga.
Allah sebaik-baik kekasih. Kasihkan manusia tiada ertinya andainya tidak berlandaskan kerana Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa, bersifat sempurna, Dzat yang tidak memiliki sebarang kekurangan. Sedangkan manusia itu penuh dengan kekurangan, tidak dapat berbuat apa-apa tanpa keizinan dariNya. Allah sebaik-baik kekasih yang tidak akan sesekali mengecewakan.
A sungguh penyabar. Ibaratnya Allah mendidik aku untuk lebih memahami erti kesabaran dan bagaimana untuk bersabar melalui A. Ya Allah, aku sangat menghargai nikmat kurniaanMu itu.. ya Allah, aku sayangkan dia keranaMu..
Erti bersahabat dengan ikhlas. Dan cukup menguji aku baru-baru ini. Ya Allah, mudah-mudahan apa yang aku lakukan sebelum ini, apa yang aku berikan sebelum ini, dan apa yang telah aku usahakan sebelum ini untuknya, hanyalah berniatkan mencari keredhaanMu. Buatlah sesuka hati kamu kerana sesungguhnya aku tidak akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatanmu dan engkau tidak akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatanku. Pergilah andainya ukhuwwah kerana Allah itu tidak ada dalam hati kamu!
Dan yang terakhir.. ya Allah.. aku cukup bahagia dengan kehidupan yang aku lalui sekarang.. alhamdulillah.. walaupun dugaan datang silih berganti, namun disebalik dugaan itu, pasti ada saja Allah selitkan kegembiraan buat aku.. ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau telah bukakan pintu hatiku untuk mensyukuri nikmatMu dan memberikan kesabaran dalam dugaanMu.. alhamdulillah..:)
Ku berjalan sendirian mengutip dosa silam
ku meniti perjalanan menghitung hari
apa mungkin ada ruang untuk ku tebus dosa semalam
kan bisakah kan terhapus kenangan yang lalu..
biarlah ku sendiri merawati diri ini walau tiada arah ku temui
biar ku sendiri melewati hari yang berduri
terhukumlah diri tidak ku pasti..
oh Tuhan, ampuni segala dosaku
tidak ku tersesat mencari sinar mentari
oh Tuhan, ampuni segala dosa nan silam
tidak ku ingini hidup sengsara..
apakah masih ada jalan yang hadir
inginku mencari cahaya diri
hingga hujung nyawa kan ku terus jua menanti serinya pudar permata..
kerna hanya dirimu sang pencinta penawar perihku..
sang pencinta pengusap tangisku..
Hanya dirimu tulus cinta ku..
P/s: manusia memang selalu tidak bersyukur dengan kurnian yang Allah berikan kepadanya. Bagi mereka, kurniaan itu bukanlah merupakan kurniaan, tetapi ianya hanyalah sekadar 'pemberian' dalam kehidupan tanpa apa-apa makna. Cuma apabila 'pemberian' itu ditarik kembali daripada mereka, barulah mereka menyedari bahawa 'pemberian' itu sebenarnya adalah 'kurniaan'. Tapi pada masa itu, segalanya tidak bererti lagi kerana ianya hanyalah tinggal sebagai bahan sejarah yang tiada maknanya lagi melainkan sebagai pedoman dalam hidup untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Si kisah silam selalu menghubungi aku, namun tidak pernah aku membalasnya. Sejak aku pergi dari kehidupan dia pada Februari lalu, dia tidak berhenti menghubungi aku. Aku tidak mengerti kenapa dia ingin mengganggu hidup aku lagi, sedangkan dulu dia juga yang suruh aku 'berambus' dari kehidupan dia. Sudahlah dia kata bahawa akulah perempuan paling laknat yang dia pernah jumpa, kini dia mengatakan pula sebaliknya, bahawasanya akulah perempuan paling baik dan penyabar yang dia pernah jumpa. Aku tak nafikan, di setiap kali dia memaki hamun, mencaci, menghina, malah mengugut keselamatan aku, aku tak pernah melontar kembali perkataan sebegitu buruk kembali kepada dia. Hanya air mata yang mengalir, juga rasa sakit di dalam dada yang teramat sangat kerana terlalu sedih dengan perbuatannya. Malahan di saat aku ingin pergi dari kehidupan dia, dia memfitnah aku dengan mengatakan bahawa aku telah menghantar sihir guna-guna pada dia. Seringkali aku panjatkan doa pada Allah agar dibukakan pintu hatinya atau dilepaskan dari aku belenggu kesedihan itu. Alhamdulillah, kini Allah telah memisahkan aku dengan dia, dan aku yakin Allah mendengar doa aku dan telah memakbulkannya. Cuma sebagai hamba, aku berserah, mudah-mudahan Allah kurniakan kebaikan, hikmah dan pengganti yang lebih baik dari dia yang telah pergi..
Perjalanan hidup ini begitu banyak liku-likunya. Lumrah kehidupan di dunia, bukanlah dinamakan kehidupan seandainya tiada ujian. Bukanlah namanya manusia, seandainya tiada salah silap.. "mistakes made you a human".. Begitu pepatah orang putih. Dan sungguh dalam kehidupan ini, tiadanya kesempurnaan, melainkan hanya di alam sana.
Hidup ini merupakan ujian buat orang mukmin. Ianya tergantung kepada sejauh mana seseorang itu berpegang pada al-Quran dan as-sunnah, kerana sesungguhnya nabi SAW bersabda bahawasanya baginda tidak meninggalkan apapun buat umatnya melainkan al-Quran dan as-Sunnah.. Barangsiapa yang berpegang teguh terhadap keduanya, nescaya tidak akan tersesat sampai ke hari kiamat. Ya Allah, tetapkanlah hati kami dalam berpegang tegug pada agamaMu.. amin..
Kebelakangan ini, aku selalu membaca artikel-artikel di internet yang merujuk pada permasalahan hidup. Ya, kebelakangan ini aku agak kelelahan dengan kehidupan aku. Ianya sebenarnya bukanlah isu baru, namun sebenarnya aku yang sebelum ini adalah seorang yang cukup penakut untuk berhadapan dengan permasalahan. Aku selalunya hanya mengambil sikap bertahan, dan mengikut arus. Akhirnya ianya hanya menjerumuskan diri aku pada permasalahan yang lebih besar dan tidak terselesaikan iaitu hilangnya fokus dalam hidup dan semakin hari semakin kurang membahagiakan diri sendiri. Jadi di saat ini, aku sedang cuba untuk mengevolusikan pemikiran aku kepada mencari keberanian untuk menghadapi setiap permasalahan dan tidak cuba untuk lari. Permasalahan perlu diselesaikan!
Seringkali aku menasihati diri aku untuk kembali kepada Allah.. Allah ada penyelesaiannya. Aku tahu itu, dan aku yakin akan itu. Namun, iman yang senipis kulit bawang ini kerapkali tergelincir dari landasannya, dan selalu mengeluh apabila ditimpa musibah. Kurang kesabaran dalam hati. Aku agak benci dengan sikapku yang kurang baik dalam mencari kesabaran. Ya Allah, aku bersedia untuk dibantu, dan aku mencari seseorang yang dapat mengajar aku erti sebuah kesabaran.. ampunilah aku..
Penyakit yang dideritai semakin hari semakin membarah. Baru-baru ini, intensitinya meningkat lagi, memaksa aku untuk menambahkan ikhtiar dalam mengubati penyakit ini. Menurut kata doktor yang merawat, penyakit aku ini tidak akan boleh sembuh, cuma hanya dapat dikurangkan intensitinya. Cuma, dengan penyakit ini, kehidupan aku sedikit terbatas, dan aku seringkali bertanya pada diri aku.. patutkah aku berkahwin? Adakah pasangan hidup aku mampu menerima aku seadanya dengan penyakit ku ini? Wallahu a'lam. Tapi yang pasti, aku redha dengan dugaan Allah ini. Seandainya penyakit ini dapat menghapuskan dosa aku yang sekian banyak, aku rela, walaupun perit dalam menanggungnya.
Baru-baru ini, A menyuarakan lagi mengenai hajatnya untuk menamatkan hubungan kami dengan ikatan yang halal. Aku cukup gembira dan bersyukur dengan luahannya itu, namun dalam hati ini, aku sedikit gelisah bagaimana untuk dia menerima aku dengan keadaan aku berpenyakit sebegini. Sudah pastinya penyakit ini akan membataskan kehidupan kami nanti, dan aku sedikit kurang berkeyakinan. Namun, A meyakinkan pada aku bahawa dia mampu menerima aku seadanya dan sanggup menjaga aku serta dapat menjadi suami yang baik, insyaAllah.
Melihatkan kesungguhannya, aku terharu. Namun, ianya hanya dapat menyedapkan hati aku buat beberapa ketika kerana kerisauan itu pasti bertandang kembali. Aku sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa dengan penyakit yang aku deritai. Bagi aku, hidup ini, dugaan ini, adalah khusus untuk aku. Namun seandainya biasnya terkena pada insan lain, aku sebolehnya ingin sekali mengelakkan ianya dari berlaku. Apapun, aku terima keadaan diriku seadanya, dan aku berlapang dada dengan ketentuan Allah. Allah hanya memberikan penyakit ini kepadaku untuk aku hadapi, namun bukanlah bermaksud Allah memberikan penyakit ini kepadaku untuk menghalang aku dari berbahagia dalam hidup di dunia walaupun ianya sementara.
Segala-galanya di dalam perencanaan Allah.. dan aku yakin tidak Allah jadikan ianya dengan sia-sia..
Benarlah.. Allah menguji pada titik terlemah.. setiap manusia, terutamanya orang Islam, mempunyai titik kelemahannya yang tersendiri. Berbeza setiap manusia.. Dan aku? Aku tahu apakah titik kelemahanku.. kerana sesungguhnya di setiap kali ujian itu datang, aku sungguh terbias dan terkadang tersungkur di kaki ujian itu. Sungguh itu adalah titik kelemahanku..
Sesungguhnya, aku pergantungkan harapan ini hanya kepadaMu ya Rabbi.. mungkin apa yang aku rasakan terbaik buat diriku bukanlah sebenarnya yang terbaik di mataMu, hanya Engkau yang Maha Mengetahui tiap sesuatu perkara yang berlaku dalam hidupku. Sesungguhnya perencanaanMu Maha Luas.. maka aku pohonkan kepadaMu kurniakanlah aku ketabahan jua belas kasihanMu dalam aku menghadapi perjalanan hidup ini.
Segalanya, hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Dan aku akur segala kehendakMu.. kurniakanlah aku rasa redha dalam mencari keredhaanMu ya Rabbi..
Hari ni hari raya aidiladha.. dan untuk hari ini, suasana nya sungguh suram dan sepi sekali, tanpa mama dan abah di sisi, aku kesunyian lagi. Mengenang takbir raya, aku teringat 5 tahun yang lalu aku menyambut hari raya aidiladha di hospital kerana menjaga mama yang terlantar sakit kanser hati. Sungguh di kala itu, aku hanya mampu menangis di dalam hati melihat mama yang berperang dengan kesakitan dan sungguh aku tidak tegar melihat keadaan ibu ku begitu. Namun, di hadapan mama, tidak setitik pun air mata aku gugur, kerana aku ingin memberikan kekuatan pada mama untuk menghadapi sakit itu. Alhamdulillah, kini mama makin sihat, walaupun masih pergi membuat rawatan susulan untuk penyakit tersebut.
Di hari ini, air mata aku ingin menitis lagi. Masih juga di hari raya aidiladha. Namun, ianya tidak mampu untuk dititiskan, hanya menangis di dalam hati. Hanya Allah yang mengerti perasaan ku saat ini, dan aku hanya membiarkan ianya berlaku sekehendaknya, kerana itu adalah qada' dan qadar Allah. Sebagai hamba yang mengimani qada' dan qadar Allah, aku seharusnya sentiasa berlapang dada dengan ketentuan yang Allah ciptakan, bahawasanya ada hikmah kebaikan yang tersedia di sebalik dugaan yang menimpa. Cuma pintaku, berikanlah daku kekuatan ya Rahman, berikanlah daku ketabahan ya Rahim dan tetapkanlah keimananku ya Rabbal a'lamin..
Adakah aku ini adalah seorang yang tidak belajar sepenuhnya dari pengalaman?
Adakah aku ini orang yang terlalu murah nilai kasih sayangnya?
Atau..
Adakah aku ini.. *fikir sendiri*
Alhamdulillah seminar di Port Dickson baru-baru ini berakhir dengan baik. Sungguh indah bumi ciptaan Allah, dan aku cukup mengkaguminya. Sungguh di sana aku ibarat melepaskan bebanan keletihan dan tekanan, kerana di sana aku tidak memikirkan apapun mengenai beban kerja, juga bebanan lain, serta Allah beri aku kemudahan untuk mendapat tidur yang lena, alhamdulillah..
Esok insyaAllah aku akan ke bumi Langkawi pula untuk menyambung cuti.. Dan untuk rekod, minggu depan aku akan ke Bukit Merah, juga untuk bercuti.. Sungguh banyak rahmat dan nikmatMu ya Allah. Sungguh aku memang memerlukan kerehatan dan perlu lari ke tempat lain untuk aku mendapat ketenangan. Dan ini adalah nikmatMu yang sungguh aku syukuri.. Alhamdulillah.
Kebelakangan ini, kehidupan aku cukup baik sekali. Berada dalam keadaan persekitaran yang tenang dan selesa, bersama kawan-kawan yang dapat membuatkan aku gembira, juga selalu meluangkan masa dengan si dia yang cukup membuat aku bahagia. Alhamdulillah. Setelah banyaknya dugaan, alhamdulillah di waktu ini Allah memberikan aku kebahagiaan. Benarlah seperti firman Allah di dalam surah an-Nashrah: " Setelah kesusahan ada kemudahan". Terima kasih ya Allah..
Dan sekarang, aku tengah bersemangat untuk menulis kertas penyelidikan lagi untuk dihantar ke jurnal. Erti hidup pada memberi.. Takda gunanya sekiranya aku membuat penyelidikan tetapi ilmu itu terhad buat aku seorang. Maka aku perlu mencari sisi untuk aku menyebarkan hasil penyelidikan aku kepada orang lain, supaya dengan itu aku memperoleh erti dalam kehidupan dengan memberi apa yang aku mampu, buat kebaikan sains dan teknologi, juga meningkatkan bilangan ilmuwan Islam di seluruh dunia. Merenung pada seminar yang aku hadiri di Port Dickson baru-baru ini yang dihadiri oleh saintis dari seluruh dunia, kebanyakan dari mereka adalah orang bukan Islam. Hanya segelintir, dari Malaysia, Iran dan Iraq yang beragama Islam. Bila dikenangkan kembali, transformasi pengetahuan bermula dari saat zaman kegemilangan Islam, di saat orang barat berada di zaman kegelapan. Namun hakikatnya kini, Islam makin lama makin mundur, kerana umat Islam sendiri tidak mencintai ilmu, dan lebih mencintai dunia.. ya Allah, janganlah Engkau memurkai kami atas kelemahan kami dalam membawa agamaMu.. berikanlah kami pertolongan, rahmat, dan belas kasihanMu untuk kami memerangi golongan kafir yang memerangi kami.. amin ya Rabb..
Mudah-mudahan semangat mencintai ilmu terus kekal di dalam diri ini dan muslim yang lain.. amin..
atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja..
Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
eratnya melindungi jiwa rapuh ini
sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
tulus mencurah kasih sepenuh hati..
Mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerna rupa
dalam waktu sedu, dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela..
Mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja..
p/s: Ada sakit di penghujung hati.. Sesungguhnya kebahagiaan itu hanyalah kebahagiaan sementara cuma.. ya Allah, di manakah dapat ku cari kebahagiaan itu..? Bilakah akan ku temui insan yang dapat melenyapkan kesedihanku, dapat merungkai air mataku, dapat menghapus sakit di hatiku dan dapat menenangkan keresahanku..?
Aku kesakitan lagi.. kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti milikku.. tidak pasti adakah hatinya sama dengan hatiku.. tidak pasti adakah dia memerlukanku sama seperti aku memerlukannya..
Aku kesedihan lagi.. kerana tiada dia di sisi menemani.. kerana tiada dia di kala aku memerlukannya.. kerana tiada dia di kala aku merindukannya.. kerana tiada dia di kala aku ingin sekali mendengar suaranya..
Aku kerinduan lagi.. siapakah yang dapat merawat kerinduanku.. ?
Aku yg tak penah bisa lupakan dirinya yg kini hadir di antara kita
namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu yang selama ini temani hidupku...
Maafkan aku menduakan cinta mu
berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
dan demi waktu yang mengulir di samping mu
maafkanlah diriku sepenuh hatimu
seandainya bila ku bisa memilih..
kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
mungkin semua takkan seperti ini
dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
membawa aku dalam kehancuran..
Maafkan aku menduakan cinta mu
berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
dan demi waktu yang berdiri di samping mu
maafkanlah diriku sepenuh hatimu
seandainya bila ku bisa memilih..
P/s: lagu ungu itu hanyalah selingan semata-mata, tiada kena-mengena di antara yg masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Cumanya sambil aku menulis tblog ini, aku sedang mendengarkan lagu ini. Lirik nya membawa maksud akan seorang lelaki yang tidak setia kepada kekasihnya disebabkan adanya orang ketiga. Dan ternyata si lelaki memilih orang ketiga tersebut dan meninggalkan kekasih yang selama ini menemaninya. Jenis lelaki ini sebenarnya lelaki yang tidak pernah setia. Sebenarnya, kalau ikut hukum alam, kalau si lelaki tu meninggalkan kekasihnya untuk orang lain, tak mustahil satu hari nanti dia akan mengulangi sikap yang serupa dengan orang lain pula apabila hilang rasa cinta. Bodohnya lelaki ini.. Bodoh bodoh bodoh.. Nasihat saya, kalau telah berjumpa dengan perempuan yang benar-benar menghargai dan menyayangi anda, bawaklah bersyukur, kerana kalau anda pergi meninggalkan dia untuk orang lain, dia langsung tak rugi sebenarnya, tapi andalah yang rugi sebab menyia-nyiakan orang yang mencintai anda. Ketahuilah bahawa kasih sayang dan rasa cinta itu nikmat dari Allah. Allah telah berfirman, "barangsiapa yang bersyukur dengan nikmatku, nescaya akan Aku tambahi lagi. Namun barangsiapa yang ingkar akan nikmatKu, sesungguhnya azabku amatlah pedih". Pikir sendiri macamana ya...
Ok.. stop emo.
Sebenarnya bukan hal di atas yang ingin aku coretkan di tblog ni pada hari ni, tapi idea datang spontan, jadi aku pun syoklah menulis sementara ada keinginan. Sebenarnya yang ingin aku coretkan adalah perasaan dan konflik dalam diri aku sejak beberapa hari ini berkenaan dengan Facebook. Bercakap tentang facebook, makin hari aku rasa makin fed up, aku rasa macam nak tutup akaun facebook aku. Sebab??
Sebab aku tertekan tengok banyaknya gambar kawan-kawan aku berpelukan dengan boyfriend mereka.
Sebab aku tertekan tengok gambar mereka tidak menutup aurat.
Sebab aku tertekan tengok betapa hipokritnya mereka meletak gambar yang diedit dengan sangat 'cunnya' sedangkan realitinya.. alahai...
Apakah sebenarnya yang mereka cari? Adakah pujian manusia? Adakah keredhaan manusia? Adakah kepuasan sementara?
Pasti ada yang menyangka bahawa aku cemburu pada mereka. Tidak! Sedikit pun tidak! Malah setiap kali aku melihatkan gambar-gambar seperti itu, aku mengucapkan Alhamdulillah... Alhamdulillah kerana orang yang di dalam gambar itu bukanlah aku. Alhamdulillah kerana Allah membentengi aku dari rasa seronok dan rasa ingin melakukan perkara sia-sia seperti itu. Malah alhamdulillah kerana aku terlepas dari dosa memuat turun gambar yang tidak sepatutnya ada. Namun, aku sedikit tertekan kerana kawan-kawan aku sendiri yang terjebak di dalam perbuatan mungkar tersebut. Aku ingin menjadi kawan dunia akhirat.. Aku tak mahu mereka berdosa.. Aku tak mahu mereka hanyut di buai nafsu syaitan.. Tapi aku tahu dunia sekarang ni tak begitu menitik beratkan islam. Apa yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk dan hidayah buat mereka. Cuma, konflik diri aku dalam menutup facebook kebelakangan ini begitu ketara, hanya disebabkan konflik diri mereka yang tidak mahu kembali kepada fitrah..
Aku kedemaman lagi. Sejak akhir-akhir ini, aku kerap jatuh sakit. Mungkin disebabkan rehat yg tak mencukupi dan diri yg selalu berada dalam zon tidak selesa buat beberapa waktu sebelum ini. Hakikatnya, aku adalah seorang yg selalu jatuh sakit, dan untuk rekod, aku adalah org yg tidak suka makan apa jua preskripsi bila jatuh sakit. Contohnya, apabila aku demam, aku akan berpantang beberapa jenis makanan contohnya seperti makanan bergoreng dan pedas, serta memperbanyakkan makan sup, tomyam dan bubur. Aku juga akan makan banyak buah-buahan dan minum byk air masak dan teh kosong serta mengelak dari minuman bersusu. Sebolehnya aku menghindari diri dari bahan kimia masuk ke dalam tubuh, dan lebih memilih untuk 'berpuasa' dari menikmati makanan kegemaran. Itu cara aku.. Actually, aku tak tahu apa yg patut ditulis di dalam blog ni. Kepala semakin berdenyut dan aku rasa aku patut berehat je buat masa skrg..
Mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan buat aku.. amin..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan dan memberikan nikmat iman dan Islam dalam hidupku ini. Sungguh di kala ini, aku hanya ingin mencoretkan sesuatu atas dasar pengalaman yang telah Allah kurniakan dalam hidup aku. Masalah itu bukanlah complicated bagi sesetengah orang, namun bagi aku ianya cukup rumit aku rasakan untuk dihadapi. Cuma, aku perlu sedar, Allah menguji tanda kasih sayangNya.. Mungkin dari ujian ini, Allah ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih baik di sisiNya. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang tapi terkadang manusia selalunya tersalah dalam menilai. Apabila Allah tarik kembali seseorang dari kita, kita perlu sedar bahawasanya Allah pasti akan menggantikan dengans esuatu yang lebih baik. Atas itu, Allah menghendaki kita mengimani qada' dan qadar Allah bahawa Allah mengetahui yang terbaik buat hamba ciptaanNya.
Alhamdulillah... aku bersyukur kerana tiada lagi air mata sebelum tidur, tiada lagi wasangka berlebihan, tiada lagi sakit di setiap permulaan hari.. dan tiada lagi dosa.. Alhamdulillah.. kerana Allah telah menghadiahkan aku anugerah yang lebih bernilai dari yang telah Dia ambil.. dan aku sangat mensyukurinya.. alhamdulillah..
Semakin hari, aku terasa hati aku makin menyayangi bakal suami aku. Tapi tak perlulah ditunjukkan. Aku hanya akan menunjukkan kebanyakan dari kasih sayang aku kepada dia apabila kami telah sah menjadi suami isteri nanti, insyaAllah. Ternyata sebelum ini, kasih sayang itu begitu dekat sekali dengan aku. Kasih sayang yang hanya dekat rupanya, berbanding kisah silam yang duduk jauh beratus kilometer. Allah... aku sangat menyayanginya.. Dia pelengkap hidup aku, dan dia menjadikan hari-hari aku lebih indah dari biasa. Semoga perhubungan ini dirahmati olehMu Tuhanku..
rasa resah singgah bila terjadi perang emosi kau dan aku..
Jangan pernah menyanjung cinta bila tak mengerti maknanya cinta
satu terindah dalam dirimu kini ada di jiwaku..
Ku inginkan cerita cinta terindah
percintaan berhujankan rindu.. asmara kita akankah lama?
p/s: Benar.. jangan pernah sekalipun menyanjung cinta, kalau diri sebenarnya langsung tak mengerti apakah makna cinta yang sebenar. Cinta bukanlah bermaksud sentiasa berada di sisi insan tersayang, tetapi cinta adalah kesetiaan yang tidak berbelah bagi walaupun terpaksa berjauhan dan sentiasa diingati di setiap hujung doanya.. Itulah cinta.
Cinta itu anugerah dari Yang Maha Esa. Apabila seseorang dikurniakan rasa cinta, dia sebenarnya telah dberikan anugerah oleh Allah. Cuma tergantung kepadanya bagaimana untuk dia menguruskan cinta, adakah secara bersyariat ataupun dengan menambahkan kufur. Begitu juga dengan nikmat lain yang Allah berikan.. nikmat kekayaan, nikmat kesihatan, nikmat masa lapang.. Terpulang pada individu bagaimana untuk mengendalikannya.
"Mama.. aa mohon ma restui aa.. aa sayang mama sangat2.."
Ya Allah.. redhailah kami.. tabahkanlah hatiku dan hatinya.. bukakanlah pintu hati ibuku untuk menerimanya.. dan pinjamkanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan ini, amin..
Apakah maksud ikhlas dan di manakah maksud ukhuwwah? ya, aku akur, aku memang tidak layak untuk mentafsir erti keikhlasan seseorang dalam berukhuwwah, apatah lagi aku juga tidak mampu untuk mengetahui tingkat keikhlasan seseorang kerana ianya hanyalah di dalam pengetahuan Allah semata-mata. Namun, aku menyedari bahawa manusia dapat mengetahui adakah silaturrahim itu dieratkan atau dipandang endah tak endah oleh sebilangan pihak.. Jadinya, aku sekarang dalam tempoh memadamkan orang-orang sebegitu dari facebook aku. Terima kasih kerana selama ini telah memenuhkan senarai rakan-rakan aku di dalam facebook tu.. <3
Teman tapi tidak mesra mungkin?
Ada juga sebilangan yang hangat-hangat tahi ayam apabila bersahabat dalam facebook. Sekejap kawan, sekejap tidak. Walaupun kita ucapkan selamat hari jadi atau apapun pada dia, dia tidak langsung membalas, tapi pada kawan-kawannya yang tertentu, berjela-jela pula dia membalas. Aku agak terkilan dan terkecil hati dengan golongan begini. Jadi kalau tidak mahu membalas, atau tidak membawa manfaat apa-apa, mahupun tidak mahu bersilaturrahim, aku tidak memaksakan mereka untuk berada dalam 'friend list' aku. Silakan pergi, kalau anda mahu.. atau aku sendiri yang akan mendelete mereka.
*Betul tengah kecil hati sekarang ni..*
Apapun, aku mengharapkan, walaupun sekadar bersahabat di alam maya, aku harapkan ukhuwwah ini berkekalan. Layanlah sekadarnya, sama juga seperti rakan di alam realiti. Aku menghargai kamu sebagaimana juga aku menghargai rakan-rakanku di alam realiti. Janganlah kamu mengasingkan dirimu atau kamu meminggirkan diriku hanya kerana aku hanyalah rakanmu di alam maya, tapi bersahabatlah denganku ikhlas kerana ingin berukhuwwah sesama muslim dan kerana Allah..
Alhamdulillah, aku telah selamat submit tesis aku ke sekolah pengajian siswazah.. Kalau tiada aral melintang, insyaAllah, aku akan menjalani viva akhir selewat-lewatnya bulan 2 tahun depan. Moga Allah permudahkan urusanku dalam menuntut ilmu, dan semoga aku dapat memanfaatkan ilmu itu dengan sebaik-baiknya.. amin.
Semalam, aku join makan malam bersama seorang rakan penyelidikan aku berwarganegara Iran. Satu pengalaman yang agak menarik, dengan pelbagai makanan iran yang unik. Kebudayaan yang berbeza, cara kehidupan yang berbeza, membawa 1001 pengalaman yang baru untuk aku. Kesimpulannya, Allah maha besar, yang menciptakan manusia dari pelbagai suku kaum yang berbeza, supaya kita dapat berkenal-kenalan dan dapat melihat kebesaran Allah.
Seterusnya, kehidupan yang bertitik tolak dengan perjuangan dan pengorbanan. Sungguh dalam hidup ni, kita kena cukup kuat untuk berjuang, dan kena cukup tabah untuk berkorban. Niatkan segalanya kerana Allah, setiap sesuatu yang berlandaskan kekuatan iman dan pergantungan pada Allah, amat besar nilainya disisiNya.. mudah-mudahan Allah permudahkan perjuangan ini, dalam mencari keredhaan Allah dan ibu bapa.. amin..
Aku dalam dilema.. mencari kekuatan di sebalik ujian. Terkadang aku lemah, dan tertanya-tanya, kenapa ini berlaku pada aku? Kenapa ini seringkali terjadi dalam pencarianku? Diri.. jangan cepat sangat mengalah.. ingatlah bahawa dirimu hanyalah hamba.. dan Allah adalah penciptaMu.. Dia berhak ke atas dirimu, dan Dia berhak memperlakukan apa saja ke atas dirimu. Namun, jangan cepat lupa.. Allah itu adalah Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian ke atas mu dengan sia-sia.. Kasih sayangNya akan ikut bersama dengan ujianNya.. bersabarlah wahai hati..
Kebelakangan ini, aku sedikit tersedar bahawa aku mempunyai masalah dalam komunikasi. Komunikasi yang tidak lagi jelas, padat dan tepat, di mana apabila orang lain berbual dengan aku, aku dapati aku berada dalam keadaan yang agak sukar untuk menyusun ayat dan perkataan. Pendek kata, perbualan tidak lagi efektikf Entah kenapa, aku tidak tahu...
Berbual dengan A pada setiap hari juga menunjukkan sesi perbualan antara aku dengan dia menjadi agak haru. Susah sungguh untuk aku menyusun ayat, dan hasilnya, aku rasa ianya satu bebanan dalam diri aku. Bebanan yang membawa maksud aku terasa sedikit bersalah pada A kerana berkemungkinan A menghadapi masalah untuk memahami apa yang cuba untuk aku sampaikan.
Nasib baiklah aku sekarang dalam tempoh bercuti, jadi tidaklah aku rasa bersalah kepada pelajar-pelajar aku sekiranya mereka tidak dapat memahami butir bicara sepanjang tempoh kuliah.
Di kala ini, aku dalam proses untuk memahami kenapa situasi ini terjadi. Dalam fikiran aku, semakin lama, aku semakin gagal untuk memfokuskan pada sesuatu perkara yang aku lakukan. Fikiran bercampur baur sebenarnya. Berbagai perkara aku fikirkan dan tidak menemui jalan penyelesaian. Aku kebuntuan. Sebenarnya, untuk menulis di dalam blog ini pun, aku mengambil masa yang agak lama. Kerana sukar sekali untuk aku mengarang walau secebis ayat. Ya Allah.. apa dah jadi dengan diri aku?
Sebenarnya, aku dalam tempoh kehidupan yang agak meletihkan. Aku semakin kurang berehat. Aku terlalu banyak berfikir. Tiada masa untuk merilekskan diri. Begitu banyak misi yang aku kejar, semuanya melibatkan masa. Dan hasilnya.. ialah aku yang sekarang. Penuh dengan tekanan.. ya Allah.. Bantuilah aku..
Di hening malam ini, aku gagal melelapkan mata. Sungguh aku dalam kerinduan.. Ya.. A.. Aku mengenali dia daripada seorang kawan. Walaupun dari 2009, kami telah diperkenalkan antara satu sama lain, tapi sejak aku putus dengan S, barulah sayang itu berputik. Bagi aku, A adalah seorang yg sangat bertanggungjawab dgn amanah yg diberikan kepadanya.. Dan itulah antara satu sebab yg membuatkan aku tertarik hati pada A. A adalah seorang yang selalu positif, dan aku pula sebaliknya. A melengkapkan kekurangan aku; A selalu berlembut di saat aku berkeras.. dan A adalah orang yang sangat sabar. Terjadi perselisihan antara kami, A tak pernah sesekali lepas tangan. A selalu berkorban asalkan perselisihan antara kami selesai. Sungguh setelah hati aku begitu prejudis pada cinta, tapi akhirnya Allah menganugerahkan A kepada aku.. Di sebalik hakikat itu, mungkin Allah ingin aku memperbetulkan tanggapan tentang lelaki bahawasanya tak semua lelaki itu jahat..
Namun, di sebalik sesuatu itu, terdapat suatu kesalan yang sangat dalam aku rasakan. Diluah mati mak, ditelan mati ayah.. aku tersepit di antara dua keadaan yang memerlukan aku untuk sentiasa kuat dan berlapang dada. Aku pasrah andainya ini ujian untukku, namun ya Allah, Kau pinjamkanlah secebis kekuatanMu kepada aku dan A untuk kami menghadapi dugaan ini. Andai dia yang telah Engkau tuliskan di Luh Mahfuz bahawa dialah jodohku, aku terima dengan redha ya Allah.. namun, janganlah Engkau golongkan aku dalam golongan yang dilaknat oleh Mu semata-mata untuk meneruskan pencarianku.. amin..
Segalanya hanya Allah yang mengerti.. betapa rindunya hati ini pada dia. Tapi benar, semakin kita menyayangi seseorang, makin takut kita akan kehilangannya.. Ya Allah, peliharalah dia untukku.. dan jadikanlah dia seorang hamba yang sentiasa taat kepadaMu.. amin..
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua umat muslimin muslimat di seluruh dunia. Hari raya adalah hari kemenangan dari Allah buat hambaNya yang berusaha di bulan Ramadhan lalu. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan mudah-mudahan Allah golongkan kita bersama golongan yang beriman. Amin..
Berbalik pada kisah hidup.. aku sentiasa melihat, merenung dan mentafsir. Rupanya, setiap kejadian yang berlaku dalam hidupku, adalah sebenarnya memberikan sejuta kebaikan buat aku. Alhamdulillah. Sepatutnya aku menjadi orang yang paling bersyukur..
Sebenarnya walaupun betapa peritnya apa yang aku lalui sebelum ini, hakikatnya, keadaan sekarang adalah jauh lebih bermakna dan bererti buat aku. Aku sebenarnya dilimpahi dengan pelbagai kebahagiaan yang terkadang aku melepaskannya tanpa aku sedari. Aku hanya terbuai dengan kesedihan lampau yang akhirnya meragut kebahagiaan yang aku ada sekarang. Kenapa diri jadi begitu? Tidak bersyukurkah aku? Diri.. sedarlah..
Ya.. dan sekarang.. aku sedar. Aku akan cuba menghargai orang di sekeliling aku, dengan penuh keikhlasan..
Alhamdulillah, di subuh yang diiringi dengan hujan renyai ini, Allah memilih aku untuk menjadi tetamuNya. Sungguh itu adalah rahmat yang cukup besar buat aku... dan wahai Allah, janganlah kiranya Engkau memesongkan hatiku setelah mana Engkau memberikan aku petunjuk.. Amin ya Rabbal 'Alamiin..
Sudah hampir seminggu aku menetap di kampung. Sungguh apabila aku tiba ke sini, aku rasa ada serba satu ketenangan menyelimuti hari-hari aku yang dulunya sangat kelam dan hambar. Berada di persekitaran penduduk yang mengutamakan Islam dan silaturrahim, aku terasa benar kelainannya jika dibandingkan dengan kehidupan aku di Kuala Lumpur. Sungguh, walaupun Kuala Lumpur ada segala-galanya, namun tidak mampu memberikan ketenangan batin kepadaku. Mungkin atas sebab itu, Allah telah mentakdirkan aku untuk berada di sini, memakbulkan doaku untuk diberikan ketenangan hati, Alhamdulillah..
Sejenak aku merenung diri.. Betapa banyak dosa yang telah aku perbuat, dan betapa jauh aku berlari meninggalkanMu ya Allah. Aku sungguh menyesali dan mengesali atas setiap perilaku perbuatan dan keterlanjuranku dalam menghadapi hidup. Mungkin hanya dengan menyesatkan, Allah ingin memberikan hidayah kepadaku.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, aku rasakan aku telah kembali menjejak ke pangkal jalan.
Mungkin Allah tak mahu aku merasakan aku ini terlampau suci..
Mungkin Allah tak mahu aku merasakan aku ini lebih baik dari orang lain..
Mungkin Allah tak mahu aku merasakan bahawa aku ini adalah orang yang cukup beramal dengan ilmu yang aku ada..
Maka Allah menurunkan ujian demi ujian, dugaan demi dugaan, dan Allah mentakdirkan aku tersungkur di 'kaki' ujianNya, dengan maksud untuk aku sedar dari kesilapan ku selama ini. Wahai Allah, walaupun perit untuk aku lalui kesemuanya, namun aku tahu rahmatMu tetap turun kepadaku. Wahai Allah, walau sebanyak mana pun dugaan yang ingin Engkau turunkan kepadaku, hanya satu pintaku, iaitu matikanlah aku dalam iman dan Islam.. Amin ya Rabbal 'Alamiin..
Sayu rasa hati ini apabila mencoretkan tulisan ini.. hujan yang renyai-renyai ibarat bersama dengan aku melayari kesayuan ini. Wahai Allah, ampunilah dosaku..
Salam ramadhan al-mubarak.. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat muslimin muslimat.. semoga di bulan yang mulia ini, kita sama-sama dapat mengejar pengampunan dosa, meraih sebanyak nya pahala dan berusaha memohon pelepasan api neraka.
Walaupun sudah hari ke-11 baru aku berpeluang untuk mengucapkan salam ramadhan kepada semua, tidak seperti tahun sebelumnya. Better late than never, betul? :)
Apapun, ramadhan tahun ini aku sambut dengan penuh bersederhana. Masa ibarat mengejar aku, benarlah kata Saidina Ali karramallahu wajhah dalam satu kata-kata hikmahnya: "Masa itu ibarat pedang. Sekiranya kita tidak memotong masa, masa yang akan memotong kita". Tidak seperti pepatah melayu: "Masa itu emas". Benarlah masa itu sangat berharga, tetapi untuk disamakan masa dengan emas, aku rasa ia adalah sesuatu yang agak tidak relevan. Kerana emas walaupun betapa berharganya ia, ia masih boleh dibeli dan dipajak. Namun masa?? Sekali anda kehilangannya dan menyia-nyiakannya, anda tidak akan dapat galang gantinya kembali.
Aku berada di saat-saat akhir pengajian. Dan ya Allah, Engkau permudahkanlah jalanku dalam menuntut ilmu, dan jadikan ianya ilmu yang dapat aku manfaatkan dan diajarkan kepada orang lain, amin. Alhamdulillah, aku telah selesai menyudahkan keseluruhan draf tesis akhir untuk pembetulan. InsyaAllah, hujung tahun ini, aku akan menjalani viva akhir. Mudah-mudahan dipermudahkan segala jalan ku, amin.
inikah caramu membalas aku yg selalu ada saat kau terluka..
seberapa hinanya diriku hingga kau ludahi semua yg ku beri untukmu
tak ada satu pun perasaan yg mampu membuat ku begitu terluka..
Namun ku terlanjur mencintai dirimu
terlambat bagiku pergi darimu
bagiku terlalu indah perasaan itu
tak mudah untuk ku menjauh darimu..
Telah ku cuba segala cara
untuk bahagiakan kamu, merebut hatimu
namun tak semudah yg ku bayangkan bila kau tak inginkan ku tuk di sisimu..
Tak pernah ku rasakan sebelumnya
ku inginkan dirinya hingga ku tak kuasa
meyakini hatiku bahawa ku mampu berlalu..
namun ku terlanjur mencintai dirimu
terlambat bagiku pergi dari mu
bagiku terlalu indah perasaan itu
tak mudah untukku menjauh dari mu..
p/s: Mengenangkan bait-bait lagu ini, aku termenung seketika. Mungkin ada kaitannya lirik lagu ini dengan kisah aku, namun sebenarnya aku yang sengaja membutakan mata dengan perubahan sikap kisah silam. Sedangkan Allah dah terang-terang bagi petunjuk, namun aku masih juga memejamkan mata, memekakkan telinga dengan perbuatannya atas nama SAYANG, padahal ianya tidak membawa erti langsung untuk si kisah silam. Cukup banyak usaha aku untuk memenangi hati dia, tapi pernah kah dia menghargai??? Biarlah! Aku tak nak kisah langsung pasal kisah silam..
Cuma yang aku tahu, si kisah silam yang telah 'membuang' aku, akhirnya datang balik 'terhegeh-hegeh' (maaf perkataan agak kasar) pada orang yang dia telah buang ini. Dan dulunya, aku pernah pesan pada dia, sekali dia melangkah, jangan pernah menoleh balik pada aku. Dia yang tak sabar-sabar ingin berlari dari aku, kenapa sekarang datang berlari-lari balik menuju pada aku? Gilakah? *fuh, kasarnya ayat aku*..
Yang pasti, seberapa kencang pun dia berlari ke arah aku, dia sebenarnya tidak pernah sedar dari kesilapan nya. Kerana aku ada bukti yang mengatakan sedemikian. Sudahlah, mencintai kau dulu adalah suatu kesia-siaan. Dan Alhamdulillah Allah berikan aku hikmah di atas kejadian itu.
Alhamdulillah.. aku tidak lepas-lepas mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas peristiwa pecah kereta yang telah berlaku pada aku minggu lepas. Sungguh Allah itu Maha Besar dan sungguh Allah itu maha penyayang. Aku sangat bersyukur, walaupun terdapat sedikit kerugian yang terpaksa dialami, namun alhamdulillah ujian ini masih mampu untuk aku terima.. Dan aku sangat bersyukur kerana kereta aku berada dalam keadaan selamat. Apapun, daripada peristiwa ini, Allah sebenarnya memberikan peringatan kepada aku untuk memperbanyakkan sedekah. Dalam hadis Nabi SAW, dengan bersedekah dapat menolak bala dan memadamkan kemurkaan Allah.. Ya Allah, mudah-mudahan apa yang berlaku ini adalah kafarah penebus dosaku.. Janganlah kiranya ia menjadi istidraj buatku untuk menjadikan aku terus hanyut dari jalanMu.. Ampunilah dosa-dosaku.. aku berdosa padaMu ya Allah.. ampunilah aku ya Allah.. Selamatkanlah aku.. amin ya Rabbal 'Alamin..
Terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmatNya
membenarkan aku menghadapMu Tuhan
yang maha pengasih dan maha penyayang..
Untuk bercakap denganMu Tuhan
mengizinkan ku minta padaMu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat padaMu ya Rabbi..
Tapi aku khuatir ketika menghadapMu
tidak pula pandai beradab denganMu
aku mula bimbang kalau aku derhaka
dalam ketaatan bukan rahmat dariMu yang ku dapat..
tapi ku kan dapat kemarahanMu
ya Rabbal a'lamin.. maafkanlah aku..
ya Rabbal a'lamin.. maafkanlah aku..
Seterusnya, baru-baru ini, A suruh aku bercakap telefon dengan ibunya. Dan untuk rekod, itu adalah kali pertama aku bercakap dengan ibunya. Mulanya aku agak terkejut dan kaget sangat-sangat, takut tak tahu nak ajak bersembang apa dan dicap sombong serta tidak menghormati orang tua. Then masa aku tengah takut-takut tu, terus A passed up telefon dekat mak dia! Agak stress masa tu!
Then, bercakap dengan mak dia.. Benar meleset sangkaan aku dan ketakutan aku langsung tak berasas. Rupanya ibu dia lebih ramah dari aku, dan aku sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku takdalah rasa 'terlalu bersalah' kerana tak pandai untuk bersembang. Cuma aku sangat kagum mendengar kelancaran mak dia berbicara, dan alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Ibu A menyatakan pada aku yang A ni anak yang baik, solat tak tinggal.. lepastu ibu A kata memang beruntung siapa yang dapat A ni cuma kerja nya biasa-biasa saja.. Apapun, bagi aku, bukan soal material yang harus diletakkan kepentingan yang lebih, namun, soal agama dan keperibadian yang utama. Dan itulah sebenarnya yang menarik aku pada A. Bertambah lega aku rasa apabila ibu dia kata berkenan pada aku setelah melihat gambar.. alhamdulillah.
Apapun.. aku ada sedikit rasa bersalah, sebab di waktu tu mak dia seolah tengah sibuk dan ada kerja untuk diselesaikan. Aku tak mahu sedikitpun menyusahkan ibu dia, apatah lagi ini melibatkan impression orang yang lebih tua dari aku dan wajar sangat untuk dihormati. Tapi even apapun, aku nampak kesungguhan A pada aku.. dia bersungguh-sungguh sangat nak memperkenalkan aku pada keluarga dia. Alhamdulillah.. Berbeza dengan si kisah silam. Mungkin si kisah silam itu datang dari keluarga yang agak berada, mereka tidak tahu bagaimana untuk menghormati dan menghargai orang lain. A pula datang dari keluarga yang biasa saja, mungkin atas sebab tu mereka sangat merendah diri, sangat baik, sangat positif.. dan aku sangat menyenangi A.. Alhamdulillah..
Hari ini, aku dihubungi oleh si kisah silam. Entah kenapa, pada hari ini, tiba-tiba bertalu-talu panggilan daripada dia. Aku hanya menerima, sekadar sebagai saudara sesama islam. Aku tidak menganggap lagi bahawa dia termasuk dalam sahabat-sahabat aku seperti yang lainnya, kerana aku tidak mungkin akan menjadi seneutral sahabat-sahabat aku yang lain. Disebabkan antara aku dan dia, pernah melibatkan soal perasaan. Dan aku sangat berhati-hati soal perasaan. Serta aku tidak mungkin dapat menjadi seperti dahulu buat dia. Pada A, aku terlebih dahulu menyatakan padanya supaya dia tidak meragui aku, tidak merasai bahawa dirinya diabaikan, juga aku ingin setia hanya kepada dia seorang.. aku sangat menyayanginya.. walaupun kami belum diijabkabulkan, namun bagi aku, itu adalah suatu latihan buat aku, sebelum melangkah ke alam rumahtangga. Supaya di waktu yang telah disuratkan nanti, aku akan lebih bersedia, dan tidak menganggap bahawa aku adalah manusia yang telah berkahwin tetapi hidup seperti orang bujang!
Apabila difikirkan kembali, entah kenapa dia mencari aku? Aku tidak ingin tahu dan tidak ingin peduli lagi. Pada aku, aku tidak mahu membencinya, juga aku tidak mahu menyayanginya walau hanya sekadar sahabat. Soal hati sukar dikawal, oleh kerana itu, aku tidak mahu memulakan muqaddimah yang tidak baik, kerana aku sayangkan A sebagai bakal suami aku, dan aku yakin A juga begitu.. insyaAllah. Semoga kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan ini tetap bersama kami hingga ke akhirnya, amiin ya Rabbal A'lamin..
Merenung kepada panggilan yang telah aku terima tadi. Aku sekarang yakin bahawa perasaan sayang aku pada kisah silam aku dahulu, membuatkan aku tidak dapat menjadi diri aku yang sebenar sebab takut menyakitkan hati mereka. Aku berusaha untuk berlembut di saat aku terguris, berusaha untuk sabar di waktu aku terluka dan berusaha untuk memahami walaupun aku sebenarnya di saat tidak faham! Kini, aku hanya berusaha menjadi seikhlas mungkin kepada diri aku dan juga kisah silam, bahawasanya, tiada hati yang patut dikhuatiri akan terluka apabila bersama. Bermaksud, tiada hati lagi yang patut dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh, serta mengabaikan kehendak hati sendiri. Tiada lagi...
Lepas ini, aku akan terus berusaha untuk ikhlas dan beri lebih keutamaan pada diri aku sendiri berbanding hati orang lain.. insyaallah..
Aku terbaca sebuah artikel di satu website.. tapi aku tak berapa ingat apakah tajuknya. Namun, isi kandungan artikel itu membuat aku kembali berfikir..Isinya lebih kurang begini..
Apabila cinta berakhir di tengah jalan, dan diri yang ditinggalkan setelah puas berusaha dan mencintai dengan setulus hati, jangan bersedih, kerana anda tidak seharusnya bersedih. Kerana yang sepatutnya bersedih adalah dia, kerana dia kehilangan orang yang mencintainya.
Hakikatnya, dicintai itu adalah sebuah anugerah, namun mencintai itu jauh lebih mulia dari itu. Kerana mencintai memerlukan kesabaran, usaha, juga kasih sayang yang tulus ikhlas. Berbahagialah orang yang dicintai, namun lebih berbahagialah buat mereka yang mencintai..
Jadi, jangan bersedih apabila hubungan yang anda harapkan untuk kekal selamanya itu berakhir di tengah jalan akibat perbuatan pasangan anda. Kerana dialah yang sepatutnya bersedih kerana dia kehilangan org yang mencintainya.
*Bukan mudah untuk buat orang mencintai kita dengan tulus..*
Jadi hargailah orang yang mencintai anda, sebelum Allah menarik nikmat itu daripada anda..
p/s: nota ini hanya dikhususkan untuk orang yang tulus, ikhlas, setia, jujur, dan lebih mencintai Allah daripada kekasihnya sendiri.. ya, dan aku.. Tak seharusnya bersedih, kerana yang sepatutnya bersedih adalah dia.. kerana dia kehilangan aku yang mencintainya dengan tulus.. Wallahu a'lam.. ya Allah, gantikanlah aku dengan seorang yg lebih baik daripadanya, amin..
Kisah silam menelefon aku jam 3.30pagi. Terkebetulan aku di kala itu sedang menyiapkan kerja yang tertangguh sekian lama. Jadi aku pun menjawab telefonnya dengan penuh perasaan malas. Sebenarnya, selama 4 hari berturut-turut dia menelefon aku. Dan yang pasti, keempat-empat kali itu adalah dengan menggunakan nombor yang berlainan! Atas alasan apa, aku malas untuk bertanya. Yang aku tahu, aku cuma menjalankan kewajipan aku sebagai kawan, tak lebih dari itu. Cuma mungkin atas erti kawan yang tidak berapa ada lagi kot?? Bagi aku, aku serik. Cukup serik dengan dia. Cuma aku gagahkan hati untuk terus bersabar melayan kerenah dia. Namun, ada batasannya. Yang penting, dia tidak akan menjumpai aku yang dulu. Tidak sekali-kali akan jumpa aku yang dulu! Apa aku peduli pasal perasaan dia?
Sesungguhnya kemaafan itu ada, namun tidak semestinya diucapkan. Dan buat kisah silam, aku redha akan setiap ketentuan Allah. Bagi aku, tak mungkin Allah memisahkan kita untuk mempertemukan kita kembali. Cuma terkadang, hati manusialah yang begitu tamak kerana menginginkan segala-galanya. Ya Allah, peliharalah hatiku.. amin..
Esok aku akan meninggalkan bumi Kedah dan kembali semula ke hutan batu Kuala Lumpur. Mengingati untuk kembali ke sana membuatkan aku sedikit sedih dan gelisah, kerana sudah pastinya halangan dan dugaan yang menyesakkan fikiran pasti bertamu kembali. Apapun yang berlaku, aku harus belajar untuk mencari sisi positif sesuatu yang berlaku dalam hidup dan menyerahkan segalanya kepada qada' dan qadar dari Allah.
Hidup ini ibarat roda yang berputar. Namun aku masih juga kekal berada di lingkungan bawah, dan entah bila roda ini akan berputar semula menuju ke bahagian atas. Aku masih menanti dan mencari kekuatan diri.
Segalanya adalah mengenai manusia. Benarlah bercampur dengan mereka merupakan penyakit, dan penyakit itu menambahkan luka dalam hati ku. Bukankah dulu aku pernah berjanji pada diri bahawa aku akan cuba untuk tegar menghadapi mereka?
Hidup.. dan kehidupan. Adakah sama? Ya Allah, andai hidup ku tidak bermakna untuk diri ku, biarlah ianya bermakna buat orang lain. Aku ingin mencari bakti dalam kehidupan, dan aku ingin mencari kebahagiaan dengan memberi. Namun, adakah jalannya? Ya, ada.. iaitu dengan mencuba cari sisi positif dalam apa yang berlaku..
Lepaskan segala sesuatu itu pergi. Melepaskan bukan bermakna menyerah kalah.. melepaskan bukan bermakna kita gagal.. melepaskan juga tidak bermakna kita bersalah.. juga melepaskan bukan bermakna kita tiada makna dalam diri seseorang. Cuma melepaskan bermakna Allah telah menentukan bahawa tempoh untuk berusaha telah tamat, dan tunggulah apakah perancangan Allah yang seterusnya untuk diri. Bak kata pepatah:
"Tuliskan rancanganmu dengan pensel dan serahkan pemadamnya kepada Allah. Izinkan Allah memadamkan rancangan yang tidak ditakdirkan untukmu, dan menuliskan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya".
Redha.. itu jalan terbaik. Redha bukan bermakna aku kalah. Redha bukan bermakna segala apa yang aku lakukan sebelum ini suatu kesia-siaan. Namun, redha bermakna aku akur bahawa aku adalah hamba dan Dia adalah Allah penciptaku. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik, dan sudah tentu kasih sayang Allah ingin memberikan suatu yang jauh lebih baik dari apa yang telah Dia ambil. Betapa jahat pun seorang manusia, Allah akan tetap memberikan nikmat kepadanya, cuma begitu ramai yang tidak bersyukur dan menyedari.
Lepaskanlah.. serahkan ia kepada Allah. Biarkan.. biarkan ia terus hanyut andai itu kehendak Allah. Bukankah itu doaku suatu ketika dulu? Ya Allah.. andai benar doaku termakbul.. Engkau lapangkanlah hatiku dengan permintaan ku.. amin..
Sungguh terasa diri ini tidak keruan, tidak menentu, hati berbolak-balik.. Ya Allah, apakah yang terjadi kepada diriku ini? Aku ingin sekali hadir menggapai sinarMu, mencari ketenangan pada jalanMu, mencari kebahagiaan dalam bersendirian hanya bersamaMu.. Aku ingin sekali bahagia walau di mata mereka aku tidak punya apa-apa.. Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku dalam beribadah kepadaMu.. Amin..
Tuhanku dalam termanggu ku sebut namaMu biar susah sungguh..
Mengingat Kau penuh sayu..
Tuhanku cahayaMu panas suci bagai kerdip lilin di kelam sunyi..
Tuhanku aku hilang bentuk kembara di negeri asing..
Tuhanku pintuMu ku ketuk aku tak bisa berpaling..
Seterusnya.. Aku diambang perhubungan dengan manusia.. dan aku kasihi dia hanya kerana Engkau, ya Allah.. sungguh, bertalu2 msg ditanyakan tentang dia.. dan tak kurang juga yang seolah-olah cemburu.. bagi aku, dia cukup sempurna secara luarannya, dan sangat bersederhana.. dia juga tidak merokok.. alhamdulillah..namun, secara lahiriahnya, manusia sesungguhnya tidak sempurna, sama juga dengan aku.. tidak pernah sempurna.. maka aku tidak melihat pada kesempurnaannya di mata manusia..
Namun di sebalik bermulanya hubungan dengan dia, terlebih dahulu aku diuji dengan manusia.. manusia yang tidak menghargai.. manusia yang memang sampai hati.. manusia yang tergamak menipu.. manusia yang kalau tidak ada hukum hakam agama, malah peraturan dunia, akan aku bunuh dia.. Allah..kekadang aku tidak kuat menahan dugaan Mu itu.. kekadang aku terasa ingin mendoakan kecelakaan buat dia.. namun aku tidak sampai hati wahai Allah.. wahai Allah, aku yakin di sebalik semua ini, sudah tentu tersirat hikmah yang aku belum mengetahuinya.. namun, aku doakan semoga dia diberikan petunjuk jua hidayah.. amiin..
Kenangan itu sungguh pahit untuk dilupakan, sungguh perit untuk dilalui, sungguh sakit untuk dihadapi. Mereka lantas bergelak ketawa dengan terjadinya semua itu, namun hakikatnya mereka yang memulakannya. Adakah tiada sekelumit pun rasa kecewa di hati mereka dengan apa yang mereka perbuat itu? Mengapa aku yang ditinggalkan kesedihan begini?
Wahai diri, itulah ujian kehidupan.. Terimalah hakikat bahawasanya dunia ini Allah ciptakan bukanlah untuk menjanjikan kehidupan yang mudah. Tetapi Allah berjanji untuk memudahkan jalan bagi mereka yang cuba merubah nasib mereka sendiri.
Duhai diri.. Jangan bersedih.. Andai waktu-waktu yang lalu Allah membantu mu untuk terus berpijak, di hari ini dan di masa-masa akan datang juga Allah tetap akan berada bersama dengan dirimu mencipta kejayaan dan membina kehidupan yang bermakna. Asal saja aku terus yakin pada ketentuan dan kekuasaan Allah.
Sesungguhnya, setiap sesuatu yang Allah ciptakan itu bersebab. Dan jangan sesekali iri dengan kebahagiaan yang dikecapi orang lain.. Biarlah mereka bergelak ketawa sesuka hati mereka, kerana hidup ini bukanlah selamanya indah. Mungkin hari ini hari untuk mereka, namun masa akan datang belum menjanjikan apa-apa. Duhai hati, jangan bersedih, ingatlah nikmat Allah kepadamu yang Dia kurniakan di sepanjang hidupmu.. Andai seisi lautan dijadikan tinta untuk menulis nikmat-nikmat Allah kepadamu, nescaya tidak akan mencukupi..
Wahai Allah, aku bersedih dengan ujian ini. Namun ya Allah, aku yakin Engkau tidak akan meninggalkan aku bersendirian. Sesungguhnya, Engkau adalah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Lagi maha bijaksana. Seandainya Engkau mentakdirkan sesuatu, tidak sesekali Engkau akan membiarkannya begitu saja..
Wahai diri.. carilah kembali hatimu yang retak, serahkanlah kepada Allah nescaya Allah akan menampalnya kembali. Janganlah dikau menyerahkan hatimu yang retak itu kepada manusia, kerana manusia hanya akan menambahkan retaknya hatimu.
Duhai diri, lingkungan kehidupanmu memerlukan manusia lain.. Namun, engkau harus memilih manusia-manusia yang ingin masuk ke dalam kehidupanmu. Namun ingatlah, tiap seseorang yang berjalan masuk ke dalam kehidupan kita itu adalah perencanaan dari Allah, sudah tentu Allah ingin memberikan hikmah dan ilmu dari mereka kepadamu. Hargailah kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah nikmat Allah. Biarlah bersederhana, asalkan ada keberkatan di dalamnya. Kehidupan yang diberkati bukanlah bermaksud sentiasa gembira dan dikelilingi dengan manusia yang ramai, tetapi kehidupan yang diberkati adalah kehidupan yang sentiasa berbahagia dengan ujian dan nikmat yang silih berganti..
Duhai hati, bersabarlah.. Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, kerana dirimu yang sakit hanya akan bisa sembuh dengan kembali kepada Allah. Lepaskanlah segala yang menyakitimu, bebaskanlah dirimu dari belenggu yang menyedihkan, dan berusahalah untuk redha, kerana redha itu adalah ubat bagi segala penyakit.
Untukmu diri.. fizikal ku akan berusaha untuk mengubati rohaniku.. Wahai hati, bersabarlah.. sebentar lagi lukamu akan sembuh dengan izin Allah..
Jauh sudah aku melangkah, banyak sudah lurah yg aku turuni, juga banyak sudah bukit yang aku daki. Hidup ini umpama roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah. Itulah hukum Allah, dalam setiap detik hidup, pasti ada nikmatNya, dan juga pasti ada dugaanNya. Tergantung kepada kita bagaimana untuk menghadapinya.. dan bagi mereka yang berpanduankan Al-Quran dan as-Sunnah, insyaAllah kehidupannya tidak akan sesat sampai bila-bila..
Aku terkesima lagi buat kesekian kalinya. Mungkin hanya aku yang berfikiran sentiasa ingin menurut peraturan yang Allah tetapkan, takut untuk membuat sesuatu yang dimurkai Allah. Namun, bagi segelintir manusia, mereka dengan bangganya menyatakan bahawa mereka memperlakukan sesuatu untuk dipuji, atau mungkin untuk mendapatkan keredhaan manusia, sedangkan hakikatnya apa yang mereka perlakukan itu hanya memperbodohkan diri mereka sendiri. Dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman: "Mereka ingin menipu Allah dan orang-orang yang beriman, sedangkan mereka hanyalah memperbodohkan diri mereka sendiri". Ya Allah, aku mohon berlindung dari golongan itu dan terjebak ke dalam golongan itu.. amin.
Bagi aku, cukup sudah aku berusaha mengingatkan dan menyedarkan. Sungguh hidayah itu adalah hak mutlak Allah. Dan aku sebagai manusia, dan sebagai saudara semuslim hanya berusaha menasihati ke arah kebenaran. Sesungguhnya tiada manusia yang bebas dari berbuat kesalahan, namun sesungguhnya tiada manusia yang akan terus menerus di dalam kesalahan andainya dirinya sendiri bertekad untuk berubah. Ianya hanya melainkan orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan. Wallahu a'lam..
Apapun, tidak pantas manusia menghina dan mencaci manusia lainnya. Sedangkan kita semua diciptakan hina, dari setitis air mani. Tiada siapapun yang mulia melainkan orang-orang yang Allah muliakan. Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Janganlah kiranya seorang muslim mencaci maki muslim yang lain, kerana bahawasanya cacian itu akan berbalik kepada dirinya". Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dari golongan hina yang mengaku mulia ya Allah..
Aku bersyukur ya Allah, kerana orang yang menghina, mencaci maki itu, bukanlah aku.. Semoga Engkau tetapkan imanku ini untuk sentiasa merendah diri, dan sentiasa merasa diri ini berdosa.. moga di akhirat ku nanti, tiada lompong kosong dalam amalan ku untuk di bawa ke sana.. Amin ya Rabbal A'lamin..
kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..
Aku semakin tidak peduli
apa yg mungkin akan terjadi
kerana gerak dan tindakan ku mahu bebas dari masalah..
Ku serahkan cinta ini hanya padaMu oh Tuhan..
Akan ku serah cinta bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..
Aku adalah aku sekarang
biar terbuang tetap berjuang
akan ku serahkan jiwa ini
sepenuh hati dengan keikhlasan
aku adalah aku yg sekarang..
ku serahkan cinta ini..
p/s: Berbeza antara cinta berpahala dan cinta berdosa.. andai cinta berpahala, bertemu dan berpisah kerana Allah, tidak akan membuat diri sepenat begini.. Tapi disebabkan cinta itu cinta berdosa, maka membuat diri lebih dari penat memikir dan menguruskannya..
Ya Allah, aku benci untuk kembali kepada kekufuran itu setelah Engkau selamatkan aku dari dicampak ke dalam api neraka..
p/s: Bohonglah kalau aku kata aku tidak sedih dengan pemergiannya. Walaupun terlalu banyak perkara merobek hati yang dia lakukan pada aku, ianya tak pernah membuatkan aku berhenti untuk menyayangi dia dengan seikhlas hati. Namun segalanya tidak berguna untuk aku teruskan.. kerana aku harus memikirkan masa depan ku dengan sikap dia yang sebegitu. Walaupun manusia boleh berubah, namun tidak aku nantikan lagi supaya dia berubah. Bagi aku, cukuplah selama ini aku berusaha, aku bersabar, dan aku mendoakan perubahan dia menjadi yang baik.Hakikatnya kini, Allah tidak mengizinkan agar kami bersama dan aku sebagai hambaNya redha dengan setiap ketentuan Allah. Sudah pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya, dan betapa sayangnya aku pada dia, kasih sayang Allah pada aku jauh lebih besar. Fahamilah diri.. bahawasanya setiap sesuatu itu ada hikmah kebaikan di sebaliknya, andai saja aku bersabar, andai saja aku redha, dan andai saja aku terus berusaha menjadi seorang yang lebih baik..
Ya Allah.. walaupun aku gentar kehilangan kasihnya, namun aku lebih lagi gentar hilangnya kasih sayangMu padaku. Kerana sesungguhnya selama ini, Engkaulah yang menyelamatkanku daripada kesedihan, daripada kekecewaan.. Engkaulah yang memberikan aku rasa bahagia, Engkaulah yang memberikan ku gelak tawa.. dan Engkaulah yang memperkenalkan aku erti ikhlas..
Ya Allah.. ketika aku pohonkan padaMu kekuatan, Engkau memberikan aku ujian supaya dengannya aku belajar erti kuat.. Ketika aku pohonkan padaMu ketenangan, Engkau memberikan aku hidayah supaya dengannya aku berfikir.. Ketika aku pohonkan padaMu seorang yang ikhlas sebagai pendamping, Engkau berikan kepadaku seorang yang tidak ikhlas supaya dengannya aku belajar untuk menjadi seorang yang ikhlas kepada orang lain.. Ya Allah... sesungguhnya Engkau sangat merindukan rintihan hambaMu.. dan sesungguhnya Engkau tahu seandainya Engkau berikan segala apa yang aku kehendaki, sudah tentu aku akan melupaiMu dan hilang rintihanku terhadapMu.. ya Allah.. sesungguhnya ujian ini adalah kerana Engkau sangat menyayangiku.. Ya Allah.. tanamkanlah dan suburkan lah rasa cintaku terus menerus hanya kepadaMu.. amin, ya Rabbal A'lamin..
mengapa semua menangis padahal ku selalu tersenyum
usap air matamu aku tak ingin ada kesedihan
burung sampaikan nada pilu... angin terbangkan rasa sedih... jemput bahagia di harinya berikan dia hidup...
Tuhan terserah padaMu... aku ikut mahu Mu Tuhan... ucapkan semua ceritaku dalam harianku..
p/s:Ya Allah.. aku ingin selalu tersenyum, menghindari awan-awan mendung menyelimuti harianku..Aku ingin mentari yang menyinar cerah.. mentari yang sama-sama tersenyum menyebarkan cahayanya hingga ke ufuk timur.. aku inginkan segenap kegembiraan dan kebahagiaan ini dirasakan oleh semua.. selagi mereka mendambakanMu.. amin ya Rabb..
Allah tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang..yang pastinya apabila ujian Allah turunkan pada kita, sudah tentu Allah sertakan bersama kekuatan dan ketabahan untuk kita menghadapi dugaan tersebut. Hanya terkadang, kita tidak sedar bahawasanya kita sebenarnya mempunyai kekuatan untuk menghadapi ujian2 tersebut. Sesungguhnya Allah maha mengetahui..
Ya Allah.. adakalanya aku hampir tersungkur jatuh. Dan Kau meminjamkan aku seseorang sebagai pembawa petunjuk kepadaku. Adakalanya hampir saja aku menangis teresak2. Dan Kau tetap ada di sana menanti aku meluahkan kesedihan jiwa kepadaMu. Adakalanya sudah habis air mata aku gugur, dan Kau tetap membuka tanganMu bersama-samaku, bersama melayari kesedihan, dan di akhirnya menjanjikan aku sebuah ketenangan daripada kitabMu al-Quranul Karim..
Ya Allah.. sungguh Engkau Maha Besar..
Sungguh Engkau Maha Penyayang..
Sungguh Engkau Maha Lembut..
Ya Allah ya Tuhanku.. sesungguhnya tidak Engkau jadikan ini dengan sia-sia melainkan Engkau bawa bersama hikmah dan kebaikannya.. ya Allah, ku pohonkan kepadaMu, kurniakanlah aku keimanan yang berterusan, dan kurniakanlah aku rasa bahagia walaupun dilanda ujian.. amin.. ya Rabbal A'lamin..
Setiap apa yang diberikan dan ditentukan oleh Allah itu pasti ada hikmahNya. Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya, tetapi hambaNya itulah yang seringkali menzalimi diri sendiri dan terkemudiannya menghukum Allah bahawasanya Allah itu zalim dan berlaku kejam. Manusia.. manusia.. Dikuasai oleh nafsu, digoda oleh syaitan yang direjam, dan mempunyai hati yang busuk.. Allah.. Ampunilah hambaMu.. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya tanpa pertolonganMu ya Allah..
Di kali ini, aku kelelahan lagi dengan sikap manusia. Aku pasrah.. Adakah aku yang bersalah? Ya, sedikit sebanyak, aku juga bersalah kerana aku seolah-olah terlupa bahawasanya hidayah itu adalah hak milik mutlak Allah. Allah berkuasa untuk memberikannya kepada orang-orang yang Dia kehendaki, bukan orang-orang yang kita sayangi. Ingatlah contoh yang berlaku pada Abi Talib, bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW sangat mengasihi Abi Talib, namun hingga ke matinya Abi Talib, Allah tetap jua tidak memberikannya hidayah.. Allah.. itu serba sedikit peringatan buatku.
Ketika diri dilanda malang dan musibah, ingatlah bahawasanya ujian yang menimpa kita adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan ujian yang Allah turunkan pada Nabi Ayub a.s. Nabi Ayub a.s kekasih Allah, diuji dengan bermacam-macam perkara.. Ditimpa penyakit, dipulaukan kaumnya, kehilangan anak-anak yang disayangi dan ditinggalkan isteri yang dicintai. Namun Nabi Ayub a.s tidak sesekali berprasangka buruk pada Allah, malah bertambah lagi kecintaannya kepada Allah. Akhirnya, tempoh ujian berlalu.. dan sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. Allah menghadiahkan pada Nabi Ayub a.s kekuasaan, kesihatan, anak-anak yang baik dan seorang isteri yang solehah.. MasyaA'llah.. Begitu hebatnya dugaan yang Allah berikan tidak menjadikan Nabi Ayub lupa kepada Allah.. Akhirnya Allah memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang beliau ada sebelumnya..
Duhai diri, ketika diri merasa lemah tidak berdaya, yakinlah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu musibah dengan sia-sia. Ketika seseorang yang disayangi pergi, yakinlah bahawa ada seseorang yang lebih baik yang diciptakan untuk kita. Ketika merasa diri terluka pilu dizalimi orang, yakinlah bahawa kita masih ada Allah untuk bergantung. Biarlah hilang cinta dari manusia dan dunia, sesungguhnya ianya bersifat sementara.. Tapi peliharalah cinta Allah di dalam diri, nescaya kita akan sentiasa berlapang dada dari segala bentuk ujian dan bahagia dengan kehidupan. Bukan kerana kita terlena dengan keindahan dunia yang menipu, tetapi kerana kita terbuai dengan kemanisan iman yang jauh berkali ganda lebih baik dari keseronokan melayan hawa nafsu..
Wahai diri.. carilah cintamu.. Cinta hanya pada yang satu.. Cinta pada pemilik segala cinta.. Cinta pada ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian yang hakiki.. yang bukannya terletak pada sesuatu yang bersifat hamba dan fana, tetapi terletak pada keimanan yang hanya orang terpilih dapat merasainya..
Ya Allah.. tetapkanlah keimananku.. amin.. ya Rabbal A'lamin..
Terkadang, aku harus pasrah dengan segala yang berlaku. Bukan kerana aku menyerah kalah akan sebarang kesulitan, tetapi kerana aku tidak sanggup lagi menghadapinya. Mungkin ini yang Allah tentukan buat aku, kerana Allah ingin menguji aku seberapa ikhlas kah aku terhadap dia. Namun, walaupun telah berulang kali aku disakiti, aku masih tetap berada di sisinya dan tidak pergi meninggalkan dia. Aku hanya berharap semoga di suatu hari nanti, dia akan berubah.. aku memberi dia waktu untuk dia berubah, walaupun di saat itu aku hampir terjelepuk jatuh dan kesakitan dengan perbuatannya. Itu tanda bahawa aku menerimanya dengan ikhlas.
Walaupun telah berulang kali dia mengatakan bahawa dia akan berubah, namun, hakikatnya dia tidak seperti yang dia janjikan pada aku. Aku tidak mengharapkan manusia yang sempurna, kerana ianya adalah suatu kemustahilan. Namun aku hanya mengharapkan supaya dia belajar dari setiap kesilapannya dan berusaha untuk tidak mengulanginya kembali. Bagi aku cukup dengan itu, aku ikhlas menerimanya.. Setiap baik dan buruknya.
Namun apabila dikenangkan kembali, sudah beribu kali aku memberi peluang kepadanya. Namun nampaknya tiada tanda keberhasilan. Dan aku pasrah padaMu ya Allah, bahawa mungkin aku tidak tercipta untuknya dan pasti ada seseorang yang lebih baik menunggu..
Aku meletakkan segalanya di tanganMu ya Allah.. bahawa sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah.. yang mengharapkan pertolongan Mu, yang mengharapkan belas kasihanMu..
Aku menyerah sepenuhnya kepada Allah.. akan setiap hakikat yang berlaku dalam hidupku. Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Namun duhai hati, jangan lupa untuk sentiasa meletakkan keyakinan kepada Allah.. teruskan berdoa, kerana sesungguhnya tiada doa yang sia-sia..
Aku membiarkan segalanya pergi dan berlalu. Membiarkan ianya berlaku sekehendaknya tanpa perlu untuk aku berusaha lagi merubahnya. Sesungguhnya, aku kepenatan untuk mengubah semua ini. Mungkin sebelum ini aku terlalu yakin bahawasanya kemampuan aku boleh merubah apa yang terjadi. Namun hakikatnya, aku terlupa bahawasanya manusia berusaha dan merancang, namun Allah jua yang menentukan.
Sebagai hamba yang penuh dengan kekurangan dan jauh dari kesempurnaan, aku menadah tangan berdoa pada Allah agar setiap apa yang berlaku di dalam hidup aku ini diberikan taufiq dan inayah oleh Allah. Moga Allah berbelas kasihan kepadaku, moga Allah menerima permohonan taubatku, dan moga Allah tidak berpaling dari berbelas kasihan padaku.. Amin ya Rabb..
Sesungguhnya aku adalah hambaNya yang selalu melampaui batas, dan berlaku zalim terhadap diriku sendiri. Aku sendiri telah merobek hati ku dengan tangan ku sendiri. Dan sebagai hamba yang berdosa, inilah pembalasannya ke atasku.. Allah ampuni aku..
Dah 2 hari sebenarnya aku putus dengan S Sungguh sedih sebenarnya. Puncanya adalah gara-gara kehadiran orang ketiga dalam hubungan kami. Sebelum ini, dia selalu memaki hamun aku walaupun bukan atas salah aku.. Dia juga sentiasa melemparkan kata kesat pada aku walaupun sudah jelas lagi bersuluh dia yang bersalah. Setiap kali berlaku pertelingkahan antara kami, S akan membiarkan dan hanya aku yang berusaha untuk menghubunginya, untuk berjumpa dengannya, semata-mata untuk menyelamatkan hubungan kami. Di kala itu, dia sanggup meletakkan telefon sewaktu aku sedang bercakap, tidak mahu menjawab panggilan, sedangkan masalah itu berpunca dari dia. Sudahlah bukan dia yang menelefon, dia layan pula aku sebegini. Kalau berjumpa pula, selalu lewat.. Ntahlah. Sungguh benar, aku tidak dihargai. Lagipun sungguh selalu aku diugut untuk dipukul,dan sebagainya..
Kali ini, perhubungan kami retak disebabkan seorang perempuan yang mengganggu. Baru aku sedari, bahawasanya buruknya layanan dia pada aku selama ini adalah disebabkan orang ketiga. Betapa tegarnya dia bersumpah demi Allah dihadapan aku semata-mata untuk membuktikan yang tiada orang ketiga. Sedangkan akhirnya terlihat juga segala rahsia.. Allah itu maha besar.. Dan sungguh aku kecewa..
Cuma kepelikan aku ialah perempuan itu adalah orang yang tahu bab-bab agama. Namun, kenapakah dia begitu tegar memperlakukan ini? Kenapa dia tidak mendamaikan dua pihak yang bertelagah sedangkan dia sebagai orang tengah boleh menjernihkan keadaan? Kenapa dia tidak langsung mengambil iktibar apa yang pernah berlaku dulu sebelum ini? Allah.. beratnya dugaanMu.
Kawan-kawan yang mengetahui tentang keperitan apa yang aku lalui menasihati aku untuk melupakan lelaki itu. Mereka mengatakan bahawa aku tidak layak bersama dengan lelaki itu, kerana menurut mereka, aku lebih layak bersama dengan seorang yang jauh lebih baik. Apapun, niat aku menerimanya suatu masa dulu bukan disebabkan untuk mencari kesempurnaan, tetapi aku berpegang pada prinsip bahawasanya Allah tidak mempertemukan kita dengan seseorang secara sia-sia.. Hidup kita bukanlah untuk mencari kesempurnaan, tetapi menuju ke arah kesempurnaan.. Aku manusia juga tidak sempurna, sebab itu aku boleh menerima dia, walaupun solatnya selalu tidak cukup 5 waktu sehari! Solat jumaat juga selalu ditinggalkan atas alasan tertidur... Ntahlah..
Kemudian, dia pun menukar statusnya di facebook daripada "in a relationship" kepada "single". Ramai yang "like". Dan ada juga yang tertanya-tanya. Ada juga yang menyokong. Allah.. tergugat sungguh ketenangan yang aku cuba cari di kala ini. Aku sedih kerana ada yang "like" dan ada yang menyokong.. Tapi aku tidak salahkan mereka kerana mereka tidak mengetahui akan apa yang aku lalui. Aku tidak mengharapkan simpati mereka, kerana aku masih ada Allah.. Kalaupun mereka bersimpati pada aku, mereka tetap masih tidak punya kuasa untuk membuat apa-apa. Namun, belas kasihan Allah dapat merubah segalanya.. Aku yakin akan kekuasaan Allah..
Ya Allah, sungguh pedih dalam hati ini.. Sungguh aku ikhlas menerimanya.. Sungguh aku tulus menerimanya walaupun dia membawa bersama sejuta kesedihan.. Allah.. andai ini ujianMu sebagai khafarah penghapus dosaku, aku relakan dan aku redha.. asal saja diri ku masih di dalam belas kasihan dan kasih sayangMu.. Ya Allah, berikanlah dia hidayah.. tunjukilah dia jalan yang lurus... Berikanlah pengajaran kepadanya bahawasanya kecantikan tidak akan dapat mengatasi keikhlasan hati.. Ya Allah, aku berserah padaMu.. Sesungguhnya aku berlapang dada kepadaMu, wahai tuhan yang maha besar lagi maha agung.. amin ya Rabb..
Sesungguhnya aku bukanlah hambaNya yang taat. Sesungguhnya aku hanyalah hambaNya yang selalu melupaiNya tatkala senang dan hanya kembali kepadaNya tatkala aku dirundung malang. Allah, adakah ini cubaanMu? dan adakah ini tanda kasih sayangMu?
Hidup makin jauh dari landasan.. Sungguh berdosanya aku..
Tiada penawar, tiada pengubat.. kerana sesungguhnya penawarnya hanya satu.. iaitu kembali kepadaNya..
Aku hanyut, terlalu memikirkan darihal orang lain, dan meletakkan pengharapan kepada orang lain yang juga hanyalah hamba seperti aku. Terkadang tanpa aku sedar, aku telah melampaui batas kerana terlalu meletakkan harapan pada insan yang tidak berkuasa apa-apa seperti aku. Dia hanyalah sama seperti aku. Tapi kenapa aku selalu melupakan pencipta dia dan aku? Ya Allah... ampunilah dosaku....
Wahai hati, rupanya telah jauh engkau melangkah, meninggalkan jalan yang engkau pegang. Wahai hati, sesungguhnya telah jauh engkau melupakan asal fitrah mu. Wahai hati, sesungguhnya engkau dalam ujian kerana bercampur dengan manusia. Namun wahai hati, kuatlah dan ingatlah, bahawasanya orang mukmin yang bercampur gaul dengan manusia dengan penuh kesabaran itu adalah orang mukmin yang lebih baik daripada mukmin yang hidup bersendirian. Wahai hati, engkau sedang diuji, janganlah engkau jatuh tersungkur di saat engkau perlu tegar untuk menghadapinya. Wahai hati, dekatkan dirimu kepada penciptamu, kerana sesungguhnya hanya Dia yang boleh merawat kelukaan Mu.. Wahai hati, lakukanlah amanah Mu dengan sebaiknya, dan hadapilah manusia dengan bijaksana. Ikhlaslah terhadap mereka, dan bergaullah dengan mereka secara berhikmah, nescaya mereka akan mengikuti mu.. Wahai hati, janganlah engkau menangis melihat kekufuran mereka, kerana engkau perlu kuat untuk menyedarkan mereka.. Wahai hati, mintalah bantuan Allah beserta niatmu yang suci dan tulus, insyaAllah, Allah akan membantumu..
Wahai hati.. janganlah engkau mati.. amin.. ya Rabbal a'lamin..
Malam semakin larut, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata ini walaupun sebentar. Kepala aku berdenyut-denyut, sakit, dan selera makan juga tidak kunjung tiba. Sungguh aku menderita saat ini. Menderita kerana menyayangi seseorang yang tidak menyayangi. Aku kebuntuan..
Telah tertakdir, Allah mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang jauh dari sangkaan aku. Dia begitu tegar menghiris hati aku walaupun telah terang lagi nyata dia lah yang bersalah. Dia langsung tidak mahu memperbetulkan keadaan dan membiarkan aku terkontang-kanting sendirian secara menyiksa. Sungguh.. Tersiksa hati atas perlakuannya. Aku tidak betah bertemu dengan seorang lelaki yang sangat ringan mulut memaki hamun dan berkata kesat terhadapku walaupun kenyataannya dialah yang bersalah. Sudahlah dimungkiri janji yang telah dibuat.. tapi masih juga ingin menegakkan benang yang basah. Sungguh kecewa aku dengan sikapnya.
Sungguh demi Allah, aku bersamanya membawa bersama dosa kerana membalas kembali perkataan kesatnya terhadap aku dengan perkataan yang kesat juga. Allah, bertambah lagi dosaku.. astaghfirullah..
Tapi aku pelik.. aku ingin dia meninggalkan aku, tapi dia masih juga tidak mahu meninggalkan aku dengan alasan dia masih menyayangi.. Apakah erti sayang dalam dirinya?
Langkah yang aku ambil kini ialah cuba bersabar dan memohon kekuatan daripada Allah untuk mendidiknya secara halus.. iaitu aku akan cuba berlembut di saat dia berkasar denganku, cuba bersabar di saat dia mengherdik dan memaki hamun aku, cuba menasihati, dan mendoakan. Aku ingin usaha terlebih dahulu sebelum menyerah kalah. InsyaAllah, andai niat ini baik, Allah akan permudahkan, semestinya..
Ya Allah, pinjamkan lah aku secebis dari kekuatanMu untuk ku harungi semua dugaan ini... amin..
p/s: Ya Allah.. aku redha segala ujian dan dugaanMu untuk ku.. Ya Allah, aku bukanlah hambaMu yang kuat untuk menghadapi cubaanMu.. aku mengharapkan belas ihsan Mu atas ku agar bersama-sama ujian ini, Kau sertakan kekuatan buatku untuk menghadapinya.. Ya Allah.. selamatkanlah kutulusan hati ku ini... Amin..ya Rabbal a'lamin.. Sungguh berat dugaan buatku.. jauh sudah aku melangkah untuk jodohku, namun Allah mentakdirkan bahawa jambatan jodohku masih lagi panjang.. Allah mempertemukan aku dengan beberapa lelaki yang salah, yang tidak tulus, yang tidak ikhlas.. Bohong andainya aku mengatakan bahawa aku tidak sedih dengan keadaan ini, namun, apakan daya aku.. Aku sebagai hamba hanya berusaha untuk redha.. Allah penentu segala.. dan bahawasanya kasih sayang Allah itu maha luas.. Syukur padaMu ya Allah kerana masih memberikan aku hidayah di saat kesakitan seperti ini..
Di malam hari ini, tiba-tiba fikiran aku menjadi sebu. Sebu memikirkan tak berapa lama lagi, aku akan menamatkan zaman bujang, dengan izin Allah. Allah, sungguh besar rahmatMu ke atas ku.. Telah memeliharakan aku dari melakukan dosa di dalam perhubungan yang didasari atas niat yang suci.. Alhamdulillah..
Ya Allah, aku ingin menjadi isteri yang solehah.. yang menjaga nama baik suami.. yang memelihara diri untuk suami.. yang berbakti kepada suami.. yang menjadikan suami sebagai pemimpin di dalam keluarga..
Namun, bila difikirkan erti sebuah perkahwinan, aku rasa takut. Takut aku tidak menjadi isteri yang baik, apatah lagi isteri yang solehah. Aku takut aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan baik. Aku takut apa-apa perbuatan aku di kemudian hari mengundang rasa tidak redha suami ke atas aku. Aku takut...
Bila memikirkan hakikat itu, aku lantas rasa takut untuk menikah. Ntahlah, apa sekalipun, itu dugaan buatku.. Aku harus, dan aku akan berusaha juga untuk menutup pintu fitnah ini, iaitu dengan ikatan pernikahan.
Ya Allah.. lindungilah aku dari syaitan yang direjam..
Apapun, aku berserah kepadaMu.. yang menentukan ajal matiku, jodoh ku, rezeki ku... Aku bertawaqal hanya kepadaMu..amin..
p/s: Mendengar bait lirik ini, aku termenung seketika.. memang benar, satu-persatu kenangan bersamanya telah cuba aku hapuskan. Memang antara kami tiada jodoh. Kalau nak dikenangkan kembali, apa yang dia perlakukan pada aku memang kejam.. meninggalkan aku tanpa ada sepatah kata, walau kata putus.. Sungguh kejam. Namun, bila aku fikirkan kembali, dia sungguh tidak layak buat aku dan Allah maha mengetahui. Sesungguhnya dalam perhubungan itu, terlalu banyak aku makan hati, hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak hatinya, tanpa dia cuba untuk memahami hati dan perasaan aku. Aku terlalu banyak berkorban perasaan dan hati hanya untuk dia, sedangkan dia rupanya telah berlari jauh meninggalkan aku di belakang. Apa sekalipun, dia tetap kisah silam aku.. Dan satu-persatu telah ku hapus.. cerita lalu.. diantara engkau dan aku..Semoga dia berbahagia.. dan semoga Allah menghadiahkan aku seorang yang lebih baik daripadanya, amin ya Rabb.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha berkuasa..
p/s: Ya Allah.. kurniakanlah aku rasa asyik bercinta denganMu ya Allah.. wahai Allah.. kurniakanlah aku peneman yang Engkau dan aku cintai untuk kami teruskan menguntai rasa rindu terhadapMu.. amin ya Rabb..
Pujangga ada mengatakan,''cinta itu tidak pernah meminta,tp memberi sepenuh rela"."cinta yg suci adalah cinta yg disertai dgn keikhlasan dan pengorbanan"."cinta dpt menjadikan org yg bodoh menjadi pandai,dan org yg hina menjadi mulia".Begitu hebatnya penangan cinta... Namun berapa ramaikah yg tulus dan ikhlas dlm cintanya?
Makin dekat tarikh itu, makin berdebar pula rasa dalam hati. Bukannya apa, asyik terfikirkan tanggungjawab. Berkahwin dengan tanggungjawab. Tanggungjawab difikirkan terlebih dahulu berbanding 'keseronokan' berkahwin. Entah? Kawan2 aku kata itu adalah suatu yang janggal.. sebab jarang kot diorang dengar ada orang yang kata berdebar kahwin sebab terfikir tanggungjawab bertambah? Entahlah.. yang pasti, aku sangat menyayangi bakal suami aku... sayang sangat.. Aku berdoa semoga aku mampu menjadi yang terbaik buatnya, menjadi yang solehah untuknya, menjadi tulang belakang dalam kejayaannya, menjadi peneman kesedihannya, menjadi kawan untuk berkongsi segalanya, dan menjadi insan yang menyayanginya sentiasa.. amiin..
Semalam dia hantar msg pada aku.. " mencintai dirimu, memiliki dirimu, merindui dirimu hingga akhir hayat bersama kamu.."
Tergamam sebentar.. Dan aku juga sama.. menyayangi dia.. dan ya Allah, andainya dia memang jodoh ku, maka biarlah hanya ajal yang memisahkan kami.. amiin..
Sayang...sayang sangat.. awk, thanks sebab dedicate lagu ni untuk saya..
Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau menyatu pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan
kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah..
maaf jika ku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disalut dengan kejujuran..
mencintai dirimu.. merindui dirimu..
memiliki dirimu.. hingga akhir hayat bersama kamu..
Oohh.. tak tersedar sudah lebih dari 2 bulan aku tidak mengemaskini tblog ini. Sudah berhabuk dan usang nampaknya.. Namun tidak seusang hati ku ini. Oh hati, kemanakah harus dibawa pergi?
Antara 2 bulan yang berlalu ini, berbagai kisah berlaku dalam kehidupanku. Yang pastinya, semuanya dibawah perencanaanNya, aku sebagai hamba hanya menerima dengan redha dan rela segala nikmat serta ujian yang diberikanNya ini. Dalam keruh, sudah tentu ada juga jernihnya. Dan dalam kelam, ada juga terangnya. Aku sedar setiap yang terjadi itu bersebab, dan setiap yang berlaku itu ada hikmah kasih sayangNya..
Dalam hidup ini, berbagai manusia akan mengelilingi kitaran hidup kita. Namun, kita selalu terlupa bahawasanya manusia-manusia itu tidak akan kekal untuk terus bersama kita hingga ke akhirnya. Kerana akhirnya kita hanya akan ada cuma diri kita sendiri.. Engkau adalah engkau, dan aku adalah aku. Engkau dengan amalanmu, dan aku dengan amalanku. Engkau dengan dosamu, dan aku juga dengan dosaku. Akhirnya kita akan terpisah walau seerat mana pun hubungan kita. Kita hanya ada Allah di sisi.. peliharalah hubunganmu dengan Allah, nescaya Allah akan memelihara hubunganmu dengan manusia.. InsyaAllah..
pernahkah kau bermimpi seketika..berada di tempatku..membayangkan pahit manis berlagu..tak siapa yg tahu.. mungkin nanti kau juga merasakan..berdepan dgn kata menyesakkan..takkan tugu mu kebal..tiada pertimbangan.. Keheningan malam mengalunkan..kepayahan jiwa meluahkan..andai kau jujur memahami..tiada ku menjauhi.. Dan kisahku yg masih panjang..menambahkan berat yg memandang..lantas ku pendam..ku putuskan..biarlah rahsia.. Semakin aku hidup dlm cinta..tiada kuasa mampu menghalangnya..hentikan kata2 bersulamkan dusta.. Keheningan malam mengalunkan..kepayahan jiwa meluahkn..andai kau jujur memahami..tiada ku menjauhi.. Dan kisahku yg masih panjang..menambahkan berat yg memandang..lantas ku pendam..ku putuskan..biarlah rahsia.. Pernahkah kau bermimpi seketika..berada di tempatku..
Menyayangi diri sendiri? Adalah sesuatu yang sukar aku lakukan. Aku mengeluh dan membenci sikap aku ini..kenapa aku tidak menyayangi diri aku dibandingkan dengan menyayangi orang lain di sekitar ku? Entahlah.. aku tidak tahu. Tapi yang pastinya, dengan sikap ini, hati aku sendiri hancur berkecai, tiada yang datang menampal semula serpihan hati yang telah berderai ini.. yang ada hanyalah orang yang cuba menampal dengan kata2, tapi tidak dilakukan dengan perbuatan. Aku sungguh kecewa.
Adakah mazmumah sifat menyayangi orang lain lebih dari diri sendiri? Entahlah.. kalau sifat ini sifat mazmumah, kenapa nabi SAW menyarankan kita untuk mencintai saudara2 kita lebih dari kita mencintai diri kita sendiri..?
Cuma aku terlupa suatu hadis nabi SAW yg lain yang bermaksud :
"cintailah sesuatu itu sekadarnya saja. Barangkali ianya akan menjadi kebencianmu di suatu ketika. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja. Barangkali ianya akan menjadi kecintaan di suatu ketika".
Aku tidak membenci dia..sedikit pun tidak membenci dia, malah aku sangat menyayangi nya.. Namun kenapa dia memperlakukan itu pada aku? Kenapa dia langsung tidak mengerti dan cuba untuk mengerti? Aku bukan tidak pernah cuba untuk menyedarkan, aku bukan tidak pernah cuba untuk menjadi contoh padanya untuk berlaku baik kepada aku, tapi dia seolah-olah tidak mengambil peduli, dia tidak pernah memikirkan segala tindakan aku.. Apa kesudahannya sebegitu? Ya Allah, apa daya ku lagi ya Allah.. tunjukilah aku jalan yang lurus dan kurniakanlah aku ketabahan dan secebis dari kekuatanMu..amin..
Akhirnya.. semuanya berakhir. Aku melepaskan dia kepadaMu, Ya Allah. Atas berlandaskan niat yang suci buatnya, aku melepaskan dia padaMu. Aku tidak sesekali berputus asa dengan ujian yang Kau tentukan dalam hidupku. Namun aku perlukan pertolongan dan bantuan Mu untuk menjadikan aku insan yang redha dan sentiasa berlapang dada. Andai apa yang aku lakukan kali ini adalah yang terbaik untuknya, untuk membimbingnya, untuk menyedarkannya, aku akan cuba ya Allah. Aku akan lakukan, dengan rahmat dan bantuanMu..
Ya Allah.. sungguh terkilan hati ini. Namun, Engkau mengujiku kerana Engkau menyayangi ku. Insan yang diuji adalah insan yang Engkau sayangi. Aku pahatkan kata-kata itu dalam hati ku, dan kata-kata itulah yang menguatkan hatiku setiap kali aku hampir terjatuh. Ya Allah.. andainya ujian ini adalah kafarahMu ke atas dosa-dosa ku yang tak pernah habis, maka Kau kurniakanlah keampunanMu kepadaku. Aku bermohon kepadaMu sebagaimana selayaknya hamba yang menganiayai diri sendiri.. Ya Allah, kurniakanlah aku keringanan.. Ampunilah dosa ku wahai Allah.. Kurniakanlah aku kesabaran.. amin..
Hari berganti hari, aku rasakan hidup ini pudar tanpa warna. Nafas yang disedut seolah-olah tiada maknanya. Hati terasa sepi dan sedih menyelubungi hari yang memang kelam. Entah kenapa aku begini.. Mungkinkah aku sudah terlalu jauh dari Mu ya Allah..
Terasa tiada lagi kebahagiaan menghiasi hari-hari aku. Pagi, petang, siang dan malam sama saja, tiada perbezaannya. Walaupun hakikatnya K ada menghiasi hari2 aku, namun ianya langsung tidak dapat membahagiakan aku, cuma dipenuhi rasa curiga dan tekanan yang melanda. Apakah sebenarnya yang aku cari dalam diri aku sekarang ni?
Mungkinkah aku terlalu prejudis pada orang yang pernah bersalah pada aku lantas langsung tidak dapat memuhasabahkan diri dan menerimanya kembali 100% seperti sebelumnya? Dan sebenarnya, untuk menulis di tblog ini pun aku rasakan sangat berat sekali. Seolah-olahnya aku sedang menaip sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Jadi andai tulisan ini dibaca, anda hanyalah membuang masa anda kerana tulisan ini tiada ertinya apa2..
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu ya Rabbi
ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya Rabbi
Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
bila mungkin tawa cuba bersabarlah
kerna air mata tak abadi
akan hilang dan berganti..
Bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkah hati merindukan Dia
kerna hanya denganNya hati tenang
damai jiwa dan raga..
Aku redha segala ketentuanMu ya Allah.. Aku pasrah segala takdir Mu ya Allah.. ini adalah yang terbaik untuk kehidupanku kini dan seterusnya.. hanya Engkau yang Maha Mengetahui..
Hidup tak mengajar kita erti kalah andainya hidup ini dilandaskan semata-mata kerana Allah..Allah tidak menjadikan islam dan iman itu sebagai suatu kesia-siaan melainkan sebagai pedoman kepada orang yang beriman. Letih fizikal mampu dihapuskan dengan kekuatan semangat, namun letih mental tidak dapat diubati melainkan hanya mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, kerana Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Dialah tempat asal kita..
Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Perjalanan antara dua alam. Dari alam roh, ke alam manusia, kembali ke alam yang baqa'.. Antara perjalanan ini, ada berbagai onak dan duri yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasinya. Destinasi kamu bukan di sini, wahai diri.. Destinasi kamu masih jauh lagi beronak dan berliku.. Destinasi kamu adalah destinasi yang memerlukan kamu kuat semangat, dan ketabahan, untuk kamu berjaya menuju ke destinasi kamu..
Dalam tanpa sedar, rupanya setiap apa yang dilalui ada Allah di mana-mana. Allah di sana, Allah di sini. Semuanya dari Allah. Allah dah turunkan kitab buat kita sebagai panduan untuk kita melalui hidup ini. Walau kita tidak nampak Dia, namun Dia sentiasa mengawasi kita. Dia sentiasa dekat dengan kita. Dia sentiasa membuka pintu untuk kita apabila kita mengetuk pintuNya.. Di kala kita sedih, Dia sebenarnya turut sama merasakan kesedihan kita.. Dia nak kita kuat bila kita bersedih. Dia nak bagi hikmah dan ilmu dari ujian yang membuatkan kita bersedih tu. Dia ada, Dia sentiasa mendengar luahan hati kita. Dia sentiasa melihat kita, Dia sentiasa merenung kita. Cuma kita tidak nampak Dia.. tapi hati yang ikhlas dan bersih akan dapat merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita.
Allah.. walaupun hidup aku penuh dengan kesedihan, penuh dengan masalah, penuh dengan liku, penuh dengan caca merba..juga penuh dengan kebahagiaan dari keluarga tercinta.. namun aku tahu Kau tetap berada di samping aku.. Memberi hidayah dan petunjuk buat aku menempuhi hidup yang sementara ini. Takda satu pun yang kekal bersamaku, melainkan hanya Engkau ya Allah, Tuhan yang kekal..
Setiap kali aku bersedih, Kau berikan aku sifat pelupa untuk aku lupakan kesedihan aku..
Setiap kali aku bermuram durja, Kau hantarkan hambaMu yang ikhlas untuk aku senyum semula..
Setiap kali aku hilang punca untuk menyelesaikan masalahku,Kau berikan aku tikar sejadah untuk aku bersolat dan meluahkan segalanya padaMu..
Setiap kali aku marah, Kau berikan aku hidayah dan peringatan bahawa marah itu datangnya dari musuhMu dan juga musuhku supaya aku bersabar..
Setiap kali aku hampir berputus asa, Kau berikan aku ruang untuk aku memikirkan jalan terbaik dalam hidupku..
Setiap kali aku gembira, Kau berikan aku peringatan bahawa itu semua adalah nikmat kurniaanMu..
Setiap kali aku dalam kejayaan, Kau membuatkan aku sedar bahawa kejayaan itu adalah pinjamanMu semata-mata, supaya aku tidak mudah lupa diri..
Setiap kali tiada siapa-siapa di sisi ku dan aku kesunyian, Kau hadir menemani aku..bahawasanya aku tidak pernah bersendiri..
Ya Allah, ya Tuhanku..Engkau Maha Pengasih..lagi Maha penyayang..
Aku keliru, pelik, tertanya-tanya dengan diri aku sendiri. Entah kenapa aku ni begitu 'baik' untuk selalu menjaga hati orang lain walaupun telah begitu banyak sekali dilukakan. Kenapa aku senang sangat melupakan ke'sampaian hati' orang pada aku dan langsung tidak mengambil langkah beringat-ingat akan perbuatan mereka? Adakah sifat tersebut adalah sifat mahmudah ataupun sifat itu adalah tanda bahawa aku sebenarnya sedang mengabaikan hati dan perasaan aku sendiri?
Aku kesal.. terkadang, aku cuba untuk menjadi yang terbaik buat mereka. Aku cuba untuk menjaga hati mereka. Aku cuba untuk menggembirakan hati mereka walaupun di waktu itu hati aku sendiri dalam keadaan gundah. Aku tidak mahu sedikitpun menyampaikan aura tidak seronok, tidak gembira, sedih kepada mereka. Tidak sedetik pun.. Tapi kenapa mereka tidak pernah memikirkan itu?
Mereka seringkali menunjukkan rasa tidak senang mereka disebabkan masalah yang membelenggu diri mereka kepada aku. Bila mereka dilanda masalah,mereka pantas membiaskan kecelaruan mereka kepada aku. Suka hati mereka. Sehingga membuatkan aku terluka. Aku pantas untuk memahami andainya mereka benar-benar dilanda masalah, namun haruskah mereka memperlakukan aku seolahnya aku yang sebenarnya menjadi punca masalah? Patutkah? Wajarkah? Sampai hati...
Aku sendiri sebenarnya terluka dengan perbuatan mereka itu. Namun, apabila masalah mereka mereda, mereka seolah-olah terlupa bahawa mereka telah melukakan hati aku. Bukan sekali mereka memperlakukan ini, tetapi sudah berkali-kali. Adakah aku yang terlalu memberi peluang dan penuh dengan kemaafan ataupun mereka yang sebenarnya mempergunakan aku dan mengambil kesempatan atas 'kebaikan' aku? Allah...kalau boleh, tidak sedikitpun aku mahu berprasangka buruk mengenai mereka. Namun, kenapa setiap kali aku mengusahakan untuk berprasangka baik, prasangka buruk juga yang mereka nyalakan dalam hati aku? Allah... peritnya rasa..
Terkadang, aku rasa ingin pergi. Ingin pergi mencari kedamaian daripada golongan manusia ini. Namun, tiap kali mereka mencari aku,aku tidak pernah sampai hati untuk menghampakan permintaan mereka. Soalan yang sama dalam diri aku : Adakah aku ni terlalu 'mahmudah' ataupun aku sengaja membiarkan hati ini tercalar? Allah.. sakitnya..
Minggu ini aku berada pada situasi minggu yang cukup menekan, atau dengan kata lain, cukup sibuk. Berbagai situasi harus ditangani sebaiknya. Benar kata orang, masa memang berada dalam genggaman sendiri, cuma terpulang pada individu samada ingin menjadikan masa itu bermanfaat ataupun tidak. Dan aku? Aku berusaha untuk menjadikannya semanfaat mungkin,namun hakikatnya masih jauh dari kesempurnaan.Oh tidakkk...
Dalam tempoh masa ini, pemikiran harus bertumpukan pada penyelesaian kerja dan masalah. Tamatnya sebuah kerja menandakan diri harus menilai samada hati berasa puas atau tidak dengan usaha yang telah dilaburkan. Benar..
Oh,sangat letih sekarang ni... jam sudah menunjukkan pukul 2.27pagi. Aku sepatutnya tidur sekarang kerana esok masih ada tanggungjawab yang menunggu untuk dilaksanakan. Tapi sebelum itu, aku ingin membuat rumusan akan beberapa tinjauan aku ke atas beberapa orang yang datang dalam circle life aku kebelakangan ini:
[1] Dia walaupun tidak lagi menghubungi aku, dan bejanji bahawasanya dia sudah berubah dari berfoya-foya dengan 'betina', rupanya hanyalah munafik semata-mata. Janji tinggal janji. Masih hanyut rupanya dia.. Biarlah. Apapun, aku sebagai kawan, sudah cuba memberi nasihat dan menarik dia dari melakukan perkara terkutuk tu, namun benarlah, hidayah tu hak milik Allah dan hanya Allah yang berkuasa memberikan hidayahnya kepada orang yang dikehendakiNYa.. aku berserah.
[2] Sahabat.. erti sahabat bukan sekadar beberapa minit, tetapi sepenuh hati dan sepenuh jiwa. Ingin memberikan yang terbaik kepadanya dan ingin apa yang terbaik untuk diri sendiri dapat juga dirasai sama olehnya. Sesungguhnya aku akan ikhlas apabila bersahabat. Aku sangat menyayangi sahabat2 aku. Namun, di kala keikhlasan itu datang, janganlah sesekali ianya disulami dengan pengkhianatan, kerana aku bukanlah nabi yang sentiasa berlapang dada untuk memaafkan. Aku punya hati yang cukup sensitif, walaupun masih menyayangi..
Cukuplah setakat itu buat masa ini.. insyaAllah di lain masa akan diupdate..
ini adalah merupakan percubaan kali pertama aku menulis dn menghantar post di blog menggunakan handset aku setelah dkt 2tahun aku memiliki handset ini. Nampaknya lepasni,bolehla aku tulis blog dgn kaedah yg lebih cepat dn mudah..huhuhu.. Actually takda apa yg aku rasa menarik utk dikongsikan di sini pada hari ini. Cuma yang aku pasti ialah moral value yg aku dapat pada hari ini berkenaan dgn memanusiakan manusia. Berkenaan dgn istilah itu,aku sgt yakin dan pasti bhwa tak semua manusia itu manusia yg sebenar2nya. Kerana kalau semua manusia itu adalah manusia,maka takkan berlaku kes pembuangan bayi,sumbang mahram,pelacuran dan macam2 lagi gejala sosial. Hakikatnya,masyarakat makin rosak,kerana terdapat segelintir masyarakat yg melahirkan manusia berhati binatang. Namun syukurlah,kerana masih ramai yg sedar,masih punya perikemanusiaan dan punya keimanan yg teguh. Generasi hari ini penentu generasi hari esok. Tentu sakit andainya sebahagian dr generasi hr esok menjadi alpa kerana kurangnya didikan dr generasi masa kini. Berapa ramai ibu bapa yg tak kisah kalau anak dia tak pandai mengaji? Tp berapa ramai ibu bapa yg menangis kalau anak tak dpt straight a's dlm exam? Begitu ke cara didikan generasi masa kini? Andainya begitula kaedah 'pedagogi' generasi kini,nampaknya kita kena bersedia utk menerima generasi masa dpn yg lapar rohani,miskin spiritual dan tiada nilai insani. Nauzubillah..
Dalam hidup ini sebenarnya, tiada satu perkara pun yang berlaku secara kebetulan, dan tiada satu perkara pun yang berlaku dengan sia-sia. Semuanya diciptakan oleh Allah dengan membawa bersama sebab-musabab dan hikmah di atas setiap penciptaanNya.Teringat aku untaian mutiara kata ini :
" Bila kau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang dan menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu. Kerana masakan Allah sengaja menciptakannya dengan sia-sia. Bukannya Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan.. kerana Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak, lebih mudah untuk dekat dan akrab denganNya..."
Hidup ni memang selalu dilanda masalah,ujian,kesedihan,k ekecewaan. Terkadang, masalah yang bertimpa-timpa itu membuatkan kita lupa bahawa kita sebelumnya pernah mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan. Di waktu itulah kita menjadi orang yang lupa untuk bersyukur kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada kita sebelumnya. Dan yang paling membahayakan lagi ialah, di waktu itulah kita seolahnya menyalahkan takdir yang berlaku ke atas diri kita.. Kita seolah-olah lupa bahawa diri kita ni diciptakan sebagai hamba Allah yang berhak diperlakukan apa saja oleh pencipta kita..
Namun, Allah tidak sekejam itu untuk membuat apa saja pada manusia. Allah tidak sekejam itu untuk memperlakukan manusia, demi untuk menyusahkan manusia.. Allah adalah Tuhan yang Maha Penyayang. Sifat Maha Penyayang nya Allah, Allah menciptakan setiap ujian, disertai dengan hikmah dan pertolongan. Allah tidak akan tegar melihat hambaNya bersedih..
Teringat akan hakikat itu.. aku mengimbau kembali kejadian 2 minggu lepas di waktu aku menghubungi Wan untuk sekadar bertanya khabar. Hingga kini, penyakit yang dideritainya masih juga belum sembuh, sudah hampir 5 tahun penyakit itu berlanjutan, dan kehidupannya menjadi seolah-olah tidak bermakna lagi. Dia merasakan bahawa dirinya menjadi bebanan keluarga, tidak dapat berbakti apa-apa untuk ibu yang sudah tua. Allah, sungguh besar dugaanMu buatnya..
Di hari itu, dia meluahkan pada aku.. "****, kenapa Allah masih biarkan wan hidup,sebab wan sendiri tak tahu apa fungsi wan hidup lagi kat dunia ni". Aku terpana dengan kata-katanya, dan aku cuba untuk kekang air mata dari jatuh. Sedih melihat keadaannya begitu. Aku membalas, "Wan, Allah takkan jadikan segalanya dengan sia-sia. Keberadaan Wan kat dunia ni, walaupun wan tak nampak hikmahnya, namun sebenarnya, wan membawa keinsafan pada orang2 macam saya.. dalam tanpa sedar, wan sebenarnya membina pahala wan sendiri dengan tanpa sedar..Wan, Allah masih biarkan wan hidup,pasti ada sebab-musababnya,even Wan dan saya sendiri tak tahu apa.."
Allah.. sungguh kalau boleh aku bantu insan ini, akan aku bantu seberapa daya aku. Namun, aku tak tahu apa yang harus aku lakukan, selain hanya berada di sisinya, selain menjadi pendengar nukilan hatinya, selain menjadi pendorong apabila diperlukan.
Allah.. aku sangat mengasihinya..
Terkadang, bila aku fikirkan semula, alangkah baiknya kalau aku masih boleh undur semula masa ke suatu waktu yang dulu. Waktu di mana aku mampu menjadi 'seseorang' untuk dia. Waktu di mana dia kuat untuk menghadapi hidup dengan adanya aku. Ya, semuanya atas ketentuan Allah.. dan kasih antara kami itu, aku sandarkan hanya kepada Allah. Aku sangat mengasihinya keranaMu.. kerana, setiap detik aku bersama dia, aku akan teringatkan Allah.. dan Allah.. dan Allah.. aku mengasihinya keranaMu, kerana dia tidak punya apa-apa di waktu itu.. dia tidak punya kekayaan, paras rupa, kesihatan.. cuma yang dia ada hanyalah cinta pada Allah,dekat pada Allah.. dan itu telah menarik aku kepadanya..
Bila ketiadaan Wan di sisi aku, aku selalu berfikir akan semua kata-katanya.. dia nasihat aku dengan pelbagai nasihat yang berguna.. dia tahu bahawa aku adalah perempuan yang lemah jiwa, mudah mengalah, mudah memaafkan walaupun selalu akulah mangsa keadaan.. Antara nasihat dia pada aku yang tak mungkin aku lupakan ialah " ****, dlm bercinta, jangan bagi hati je,bawa sekali akal fikiran.. kalau bagi hati je, sesat kita ****". Allah, itulah yang cuba aku lakukan, yang cuba aku buat.. Wan seringkali menasihati aku secara matang, walaupun dia tidak punya apa-apa, tapi fikirannya berbeza..
Dia sungguh aku kagumi.. wan banyak mengubah corak pemikiran aku.. dan wan membawa pelbagai hikmah dalam hidup aku.. Sungguh, aku mengasihinya..
Ya Allah, permudahkanlah urusan hidupnya.. andainya kesihatan itu baik untuknya, maka Kau berikanlah ya Allah.. namun, andainya kesakitan buatnya itu lebih baik dari kesihatan, maka Kau teruskanlah ya Allah.. Kau kurniakanlah dia kesabaran dan kekuatan dari ujian yang menimpanya ini.. Berikanlah dia kerehatan dalam iman apabila tiba waktunya.. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Amiiiin ya Rabbal a'lamin..
Baru beberapa saat yang lalu, seorang kawan lama aku menelefon, nun jauh dari sarawak. Seperti biasa, topik yang dia suka tanya dan bercakap dengan aku adalah mengenai hal 'pakwe' dan hal-hal pasal kawan2 lain. Aku pun layannnnn je. Dalam hati sebenarnya takdala rasa seronok sangat nak memperkatakan hal pakwe atau hal-hal orang lain, sedangkan hal diri sendiri pun banyak lagi yang nak kena pikir. Tapi yang peliknya pasal dia ni ialah, tengah aku bercakap dengan dia, tiba-tiba je dia cakap, "awk, saya sakit perutlah. oklah, bye." then letak telefon. Sebenarnya situasi tu adalah situasi biasa sebenarnya, dah selalu terjadi setiap kali dia telefon. Agak pelik walaupun lucu, dia ni macam menjadikan aku tempat bosan dia je bercakap. Hadoi. Pening kepala den. Apapun, aku takdalah ambil hati pun, sebab dia ni memang jenis macamtu. Lawak2..
Doa aku telah termakbul? Bukankah ini yang selalu aku panjatkan pada Allah sebelum ni?
Ya, aku pernah berdoa pada Allah semoga sesiapa yang tidak membawa erti lagi dalam hidup aku agar tidak muncul lagi sampai bila2..
Aku seringkali merasakan bahawa kehadiran insan yang tidak membawa erti hanya akan menambahkan penyakit dalam hati aku. Kerana aku seringkali merasa tertipu dengan pemergian mereka, sentiasa merasa tertanya-tanya, sentiasa rasa sedih sambil berfikir kenapa mereka pergi dari aku? Kenapa mereka melakukan itu? Apa salah aku?
Ya, aku sungguh meluat dengan situasi yang tiada end-up.. situasi yang tergantung..situasi yang seolah-olah tiada kata putus dan penyudah..
Akhirnya, aku sebagai hamba yang tidak berdaya, yang tidak mempunyai kekuatan apa-apa, hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah agar membiarkan mereka yang tidak bererti itu pergi, dan hanya meninggalkan golongan-golongan tertentu saja bersama-sama aku.. Kerana aku tidak sanggup lagi untuk menambah banyakkan dosa aku berprasangka buruk mengenai mereka..
Mungkin hari ini mereka pergi, satu hari nanti andainya mereka kembali, aku sedia menerima. Tapi penerimaan itu sudah tentu tidak sama lagi seperti dulu. Tentu ada batasan. Kerana aku belajar dari pengalaman. Kau yang mengajar aku!!
Semalam dan hari ni, aku ke hospital selayang, menemani mama buat follow-up check utk sakit mama. Even operation dah berlalu dkt 4 tahun, tapi masih perlukan checkup susulan, sebab kanser hati boleh berulang kembali.
Waktu aku kat hospital tu, aku rasa macam seronoknya bekerja di hospital. Dikelilingi dengan dunia perubatan. Walaupun sekadar jururawat sekalipun, aku rasa macam mesti enjoy kan kerja tu, andai ada minat. Orang kata kerja hospital ni penat, tak boleh rehat, sebab terlalu ramai orang yg sakit. Tapi pada aku, bila melihatkan situasi sewaktu aku berada di hospital tadi, rasa macam seronok je, rasa macam excited je sebab kerja tu adalah pekerjaan yang mulia, membantu orang sakit, besar pahalanya. Dan lebih bagus lagi, kalau ada minat untuk kerja dengan situasi sebegitu.
Tiba-tiba dalam fikiran aku terfikir.. masih adakah peluang untuk aku menjadi sebahagian dari mereka? sebahagian dari 'keluarga' dunia perubatan? Aku terfikir sejenak untuk mengambil kursus separa perubatan yang hanya memerlukan kelulusan spm. Had umur 25 tahun. Jadi aku masih layak untuk memohon. Walaupun aku bakal memegang ijazah lanjutan, tapi aku rasa tiada salahnya untuk aku bertapak dari awal, semata-mata untuk bidang yang aku minat.
Kemudian, aku minta pandangan mama, samada boleh ke tak aku menceburi bidang perubatan balik? Mama jawab,tak payah lah.. sebab dah jauh sangat aku melangkah. Membazir duit, membazir usia, membazir ilmu yang dah aku pelajari selama ni. Aku dah agak jawapan macam tu yang akan diberikan mama. Maka , aku sekarang ni memang terpaksa menguburkan terus cita-cita aku yang telah aku pupuk sedari kecil dulu.
Tiba-tiba aku teringat sejarah pemain badminton negara, iaitu Lee Chong Wei. Dia dulu amat meminati sukan bola keranjang. Tapi mak dia tak benarkan dia bermain bola keranjang sebab nanti takut hitam. Mak dia suruh dia main badminton. So, profession dia sekarang ni bukan bermula dari minat, hanya atas mengikut kata ibu dia, dia berjaya hingga dapat mencapai gelaran no.1 dunia.
Jadi aku sekarang ni mencontohi Lee Chong Wei. Dia akur pada kehendak mak dia. Maka aku juga akan akur dengan kehendak mak aku. Asalkan aku kena betul-betul bersungguh-sungguh dan cuba memupukkan minat aku dalam bidang yang bagi aku telah ditakdirkan untuk aku ini. Insyaallah aku akan berjaya..
p/s : Ya Allah, apabila aku mencinta, janganlah biarkan cintaku kepadanya melebihi dari cintaku kepadaMu.. ya Allah, apabila aku dalam cinta, kurniakanlah rasa asyik bersamaMu melebihi rasa asyik dengannya.. ya Allah, apabila aku mencinta, kurniakanlah aku insan yang mencintaiMu supaya aku dapat bersama-samanya mencari cintaMu.. amiin ya Rabb..
Dah lama aku menamatkan pencarian aku. Dah lama aku hanya menyerahkan qada' dan qadar itu di tangan Allah. Dan dah lama aku hanya bertawaqal terhadap perkara itu. Sesungguhnya aku hanyalah hambaNya yang lemah, yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa kasih sayang dan belas kasihanNya. Aku sedar, yang merancang itu adalah aku, tetapi perancangan aku sentiasa bertitik tolak dengan segala macam kekurangan, hidup ini semata-mata keranaMu, hanya Engkau yang berkuasa membuat segala keputusan untuk kehidupanku.
Walau apapun yang terjadi, usaha untuk memperbaiki diri tidak pernah berhenti dan harap tidak akan berhenti. Usaha untuk selalu berbaik sangka dan memaafkan kesalahan orang lain juga tidak pernah reda dan diharap takkan reda. Wahai Allah, permudahkanlah usahaku untuk menjadi hambaMu yang baik dan taat kepadaMu..
Dalam hidup ini, sudah banyak pengajaran yang aku peroleh. Dan sudah banyak firasat aku yang benar. Petunjuk dari Allah.. aku bersyukur. Namun, walau apa sekalipun, jangan terus berhenti merenung setiap kejadian manusia. Kerana di situ akan aku temui hakikat kebenaran da kebatilan yang sebenar. Setiap kali aku membaca dan memikirkan ayat-ayat Allah, aku lihat di sekeliling aku akan kebenaran setiap ayat yang Allah turunkan itu.
Wahai Allah, tak sedikit air mata aku tumpah atas perbuatan manusia. Dan tak sedikit masa yang aku gunakan untuk memikirkan hakikat perbuatan mereka. Aku tahu Engkau Maha mengetahui dan Maha Memahami akan setiap perit pedih yang aku tempuhi. Dan aku tahu bahawasanya Engkau tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Aku tahu Engkau tidak akan tegar membuatkan hambaMu bersedih dan menangis kerana Engkau adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau menciptakan dugaan buat aku bukan bermaksud untuk memudaratkan, tetapi adalah untuk memberikan pelajaran dan peringatan pada aku bahawasanya hidup ini hanyalah ujian buat aku. Hidup ini hanyalah fana. Hidup ini pastikan berakhir apabila tiba waktunya.. Engkau tidak mahu aku hanyut dengan hanya memberikan semata-mata nikmat buat aku.. Engkau mahu agar aku terus beringat bahawasanya aku adalah hambaMu yang sedang diuji!
Di hari ini, aku kembali melihat. Benar. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga wanita yang baik juga untuk lelaki yang baik. Wanita yang toleh untuk lelaki yang toleh, dan lelaki yang toleh untuk wanita yang toleh. Wahai Allah, Engkau pernah berfirman di dalam kitabMu sebegitu. Kini, aku lihat kebenarannya.. Wahai Allah, biarkanlah mereka terus hanyut...terus hanyut...dan terus hanyut... andai itu yang Engkau mahukan dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya aku tiada daya lagi untuk menasihati, melainkan hanya meletakkan segalanya di tanganMu..
Andai mereka mendambakan hidayah daripadaMu.. makbulkanlah ya Allah..
Aku kembali ke dunia IRC. Bukan untuk membuang masa. Bukan untuk menambah kenalan. Tetapi untuk meningkatkan keupayaan aku dalam kelajuan menaip. Aku tak nafikan, kepantasan aku dalam menaip adalah kerana aku adalah pengguna IRC suatu ketika dulu. Ketika bermain kuiz, kepantasan menaip adalah diperlukan untuk merebut menjawab soalan yang disediakan. Maka, di kali ini, aku kembali semula ke IRC semata-mata bermain kuiz,untuk meningkatkan kepantasan aku dalam menaip.
Pertama, bila aku masuk ke IRC untuk bermain kuiz, aku dapati kelajuan aku menaip dan merebut soalan begitu lemah. Aku sedar bahawa kepantasan aku dalam menaip kini tidak lagi sebagus dahulu. Jadi, aku menggunakan peluang ini untuk meningkatkan kembali kepantasan itu..
Untuk apa aku ingin mendapatkan kepantasan menaip?
Aku ingin mendapatkan kepantasan dalam menaip kerana aku harus menggunakan masa yang banyak untuk menaip tesis dan paper. Dengan kelembapan aku dalam menaip, aku khuatir lebih banyak masa diperlukan untuk menyiapkan tesis dan paper tanpa apa-apa kesalahan ejaan.
Itu kebaikan kuiz dalam IRC. Selain dari dapat menambahkan keupayaan dalam menaip, meningkatkan pengetahuan am, aku juga dapat mengelak dari melakukan kesalahan ejaan dan perbendaharaan kata.
Tak aku nafikan IRC terkadang membuang masa, namun tak semua yang buruk itu buruk dan tak semua yang baik itu baik. Maka aku mengambil apa yang baik dan cuba menjauhi apa yang buruk yang ada padanya. Mudah-mudahan Allah meredhai usaha aku dalam memperbaiki diri ini.. Amiin..
Lama aku tak update tblog ni. Tempoh masa antara dua post ni begitu ketara. Bukannya aku tidak mempunyai masa untuk menulis, tetapi aku semakin suka untuk lebih membaca berbanding menulis. Lebih membaca untuk menambahkan pengetahuan dan iktibar dalam hidup.. Bukan setakat menulis kosong tanpa apa-apa manfaat. Masa itu ibarat pedang...kalau anda tidak memotong masa,masa yang akan memotong anda. Itu pepatah arab.. Cuma aku harap biarlah setiap apa yang aku lakukan kini berbaloi, bermanfaat dan mendatangkan pahala. Hidup untuk beribadah..
5 Mac 2010. Aku makin dianjak usia, makin cepat masa berlalu, makin kuranglah sisa usia aku yang tinggal untuk hidup di muka bumi nan fana ini. Banyak sudah nafas yang aku hirup. Jauh sudah aku melangkah. Namun adakah aku telah berganjak ke arah yang lebih baik atau masih di takuk 10 tahun yang lalu? Oh.. sungguh, itu adalah pertanyaan yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.. tentang bagaimana usiamu dihabiskan? tentang amanahkah engkau melaksanakan tanggungjawabmu? Sungguh.. berat sungguh pertanyaan itu. Dan pertanyaan itu semakin hari semakin membelenggu aku..
Dalam minda aku, begitu banyak persoalan. Persoalan tentang diri. Aku tinggalkan persoalan mereka, aku tinggalkan persoalan orang lain, kerana aku tidak punya cukup masa sebenarnya untuk membelek diri yang serba kekurangan. Apatah lagi untuk memikirkan darihal orang lain.. "Untuk mereka apa yang mereka usahakan, dan untuk kamu apa yang kamu usahakan. Kamu tidak akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka, dan mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan kamu".. Begitu firman Allah dalam al-Quran, surah al-Baqarah, yang aku tidak ingat pada ayat berapa.
Aku selalu pikir, kenapa aku harus lemah dalam menghadapi ujian hidup.. Aku selalu termenung dan gelisah apabila dibelenggu masalah.. Aku selalu dilanda kemalasan dalam menunaikan tanggungjawab aku.. Kenapa??
Adakah Allah mengajar aku untuk lemah dengan ujian yang Allah bagi?
Adakah Allah menyuruh aku untuk gelisah dan tak tenteram bila dirundung masalah?
Adakah Allah mengajar aku untuk malas?
Tidak... Allah tidak pernah mengajar aku untuk lemah, gelisah, tak tenteram dan malas..
Islam yang Allah turunkan adalah untuk memberi petunjuk kepada orang seperti aku.. orang yang memerlukan nasihat, orang yang memerlukan bimbingan, orang yang memerlukan tali untuk berpaut..Untuk orang yang meminta.. seperti aku.. untuk orang yang berdoa untuk disejahterakan hidupnya.. seperti aku.. dan seperti sesiapa saja yang meminta pada Allah..
Bila Allah menurunkan dugaan, ingatlah bahawa Allah sebenarnya sedang mengajar kita untuk sabar.. Allah sedang mengajar kita erti ikhlas.. Allah sedang menduga kita adakah kita orang yang beriman..
Allah... Engkau di mana-mana.. di segenap tempat.. di segenap penjuru.. di segenap ruang masa.. Allah.. Aku merinduiMu.. tiada lain yang dapat menenangkan hati ku yang gelisah, melainkan dari berbicara dengan Mu.. dan Engkau berbicara dengan ku.. Aku sungguh merindui untuk solat dan membaca al-Quran.. aku sangat rindu untuk mendengar hambaMu yang soleh berbicara tentangMU... ya Allah.. menitis air mata aku bila mencoret tulisan ini..
Aku tiada siapapun di dunia ini melainkan Engkau, ya Allah..
"Allah.. aku hanya ingin disayangi".. itu google search yang aku jumpa dari feedjit blog aku ni..
Ayat di atas tu membuatkan aku terfikir.. "Allah, aku hanya ingin disayangi.." Tidak cukupkah sayang yang kau dapat dalam dunia ni, wahai manusia?.. Sayang yang kau dambakan itu sebenarnya berada di sekeliling mu.. sayang dari ibu bapa.. sayang dari kawan2.. sayang dari komuniti kejiranan..dan sayang yang paling besar sekali ialah sayang dari Allah..
Sebesar mana sayang ibu bapa kepada kita, sayang Allah itu jauh lebih besar dari sayang mereka.. panjang istilahnya, dan aku sendiri sekarang agak keletihan untuk menghuraikan lebih lanjut..
Hari ni banyak tugasan aku laksanakan.. alhamdulillah semuanya elok2 saja.. Tenaga hampir habis, dan aku patut tidur je buat masa sekarang..
Allah, ampuni aku kerana malam ini, aku tidak dapat berlama-lama denganMu..
Berkelanalah untuk melihat alam ciptaan Allah.. di sana anda akan menjumpai kaum yang tidak sama dengan pegangan anda.. juga anda akan melihat betapa besarnya dan luasnya kurniaan Allah untuk hambaNya..
Hajat aku dalam seumur hidup ini ialah selain ke mekah mengerjakan haji, aku ingin merantau melihat kebesaran Allah.. Melihat alam semulajadi yang Allah ciptakan... sungguh di situ ada kedamaian.. Untuk mencari kedamaian di dalam hati yang paling dalam, carilah Allah.. Allah berada di mana-mana, tidak mengira tempat, tidak mengira waktu.. Allah itu dekat.. dekat sekali dengan kita..
Rasa seolah-olah Engkau berbicara dengan ku..
Rasa Engkau sentiasa memerhatikan aku...
Rasa seolah-olah aku di hadapanMu..
Rasa seolah-olah aku ingin cepat-cepat bertemu denganMu..
sungguh aku merinduiMu..
Aku lelah dengan dunia.. aku penat sangat dengan dunia.. apabila berbuat baik, orang mengeji kononnya untuk menunjuk2... apalagi apabila berbuat dosa yang taklah besar, orang menghina.. orang bersikap 'double standard'.. orang yang bila berpangkat besar, dilayan bak raja.. namun orang yang kecil, hanya dipandang sebelah mata.. sungguh aku penat mengeji orang yang seperti ini..
Manusia manusia.. sungguh bila bercampur dengan manusia, hati akan dilanda penyakit.. penyakit mengeji.. penyakit panas hati.. sungguh..
Aku bosan dengan manusia macamni..
Namun, aku yakin, masih ada yang berhati mulia.. masih ramai yang celik hatinya.. masih ramai yang ikhlas hatinya.. mereka ini ibarat permata di celahan kaca.. keduanya berkilauan, namun kilauannya berbeza... sungguh aku mencari insan yang berhati mulia..
Sejak kebelakangan ni, hidup aku sentiasa diganggu dengan beberapa kisah silam yang tiba2 muncul kembali.. Aku? Aku hanya menerima, dengan hati yang mungkin terbuka.. atau separuh terbuka?.. aku tak pasti... cuma yang aku pasti ialah kalau dulu aku ingin sentiasa menjadi yang terbaik dan berusaha agar dapat menjadi yang terbaik, begitu juga kini.. aku akan sentiasa ingin menjadi yang terbaik walau apa sekalipun peristiwa yang pernah berlaku dulu..
Yang pasti, aku tidak pernah merasa kalah.. walaupun aku ditinggalkan mereka yang 'sampai hati' atas alasan2 yang hanyalah kecil di mata aku, tapi disebabkan keikhlasan aku untuk mereka dari dulu hinggalah sekarang, aku tidak akan pernah merasa kalah.. Keikhlasan akan mengalahkan kebatilan, jua rasa dendam.. satu hari nanti, pasti akan terlihat dimanakah letaknya keikhlasan seseorang itu.. Ya, bagi aku, aku tidak akan kalah dalam berjuang, asalkan keikhlasan tetap terpahat dalam hati..
Sesungguhnya Allah Maha Besar,Maha Adil.. dan aku mengakuinya Ya Allah.. sungguh betapa kejadian yang berlaku ini membuktikan betapa Allah itu sentiasa dekat, sentiasa mendengar setiap rintihan rayuan aku.. malah menghitung berapa titis air mata yang gugur.. Allah itu Maha dekat.. Maha hampir.. Allah.. Sungguh Engkau Maha Adil... Benar, kebenaran akan mengalahkan kebatilan.. dan aku yakin aku berada di jalan yang benar..
Bila mengamati bait lagu ini, aku mengeluh sendiri..ya, hanya padaMu Tuhan, tempat aku mengadu.. tempat aku menggantungkan segala pengharapanku.. sesungguhnya tidak pernah sekalipun aku berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Mu.. sesungguhnya tidak pernah sedetik pun aku berpaling dariMu.. ya Allah.. banyaknya dugaanMu,lebih besar kasih sayangMu..lebih dekat aku merasa kehadiranMu.. ya Allah.. aku hanya mengharapkan petunjukMu dalam hidupku.. agar Kau kurniakan kekuatan bagiku untuk menepis segala godaan nafsu dan syaitan.. ya Allah.. sungguh dalam hidup ini aku selalu tersilap langkah.. kerana mengabaikan petunjuk Mu.. kerana mengikut perasaanku.. kerana mengikut kebahagiaan sementara.. sungguh aku selalu silap langkah.. ya Allah.. kurniakanlah aku kekuatan untuk menepis segala ranjau duri yang menghalang aku untuk menuju kepadaMu.. ya Allah..kurniakanlah aku teman yang bersama-sama aku menjejaki jalan dan cahaya MU.. ya Allah.. sesungguhnya Engkau maha mendengar,.maha mengetahui..maha melihat..ya Allah..kurniakanlah aku ketulusan dan keihlasan..
Dalam hidup ini, aku hanya inginkan orang yang pernah singgah dalam hidup aku, samada membawa memori manis mahupun memori pahit, bahagia dengan hidup mereka. Bagi orang yang membawa kenangan indah dalam hidup aku, aku doakan semoga mereka sentiasa bahagia, dan mampu membawa kebahagiaan juga pada diri orang lain. Kepada mereka yang berdosa pada aku, meninggalkan kepahitan jua kelukaan dalam hati, aku juga mendoakan kebahagiaan buat mereka, dan aku juga berharap semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada mereka. Semoga mereka sedar satu hari nanti.. Itulah doa jua harapan aku..
Aku bukanlah seorang pendendam. Untuk dihitungkan kembali betapa banyak, betapa ramainya manusia yang telah mengecewakan hidup aku, sudah tentu ianya tidak terkira oleh jari yang hanya sebanyak 20 batang ni (kaki dan tangan). Aku rasa semua orang juga begitu, mereka juga banyak mengalami kepahitan selama mereka menghirup udara di bumi Allah ini. Setiap manusia tu dikurniakan oleh Allah kenikmatan dan dugaan yang sama banyaknya. Kerana Allah Maha Adil. Jadi untuk aku selalu merasakan bahawa aku adalah insan termalang sekali dalam dunia ni kerana banyaknya tanggungan ujian yang aku hadapi, itu sudah tentu sekali tidak benar. Kerana aku yakin, sederita aku, sesusah-susah aku, masih ramai lagi yang lebih terluka hatinya..
Apapun, yang selalu aku ingatkan pada diri aku ialah berhenti melukai hati manusia. Kerana andai aku tidak mahu terluka, janganlah aku melukai. Hidup ini umpama roda. Terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Maka andai kata hari ini aku melukai orang lain, akan datang orang lain pula akan melukai aku. Aku tidak mahu terluka lagi..
Walau apa sekalipun alasan untuk lari dari perasaan terluka, sesungguhnya disebalik kelukaan itu sudah tentu ada terselit hikmah di dalamnya. Terpulang pada diri samada mahu mencari dan membuka 'kunci rahsia' yang Allah simpan itu. Setiap dugaan dalam hidup merupakan kafarah kepada dosa, selain merupakan tanda kasih sayang Allah buat manusia agar manusia itu sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran mendatang. Aku percaya, di hari ini Allah mengurniakan aku 'orang yang sampai hati' untuk melukai hati aku, esok lusa aku akan lebih kuat menghadapi cabaran itu.. Allah maha pengasih, maha penyayang.. Sungguh, betapa pengasih dan penyayang nya Dia,tiada tandingannya..
Wahai Allah, aku mohonkan keampunan Mu atas segala dosa-dosaku.. dosa-dosa kedua ibu bapa ku.. dosa-dosa kaum kerabat ku.. dosa-dosa orang yang aku kasihi.. dan dosa-dosa orang yang mengasihi aku.. juga dosa-dosa seluruh umat muslimin muslimah keseluruhannya.. kurniakanlah kami kekuatan, ketabahan, juga hikmah di sebalik dugaan yang telah Engkau takdir kan dalam hidup kami.. sesungguhnya Engkau adalah sebaik2 tempat meminta pertolongan.. tiada daya upaya kami melainkan hanya dengan pertolonganMu ya Allah.. kuatkan hati kami...amiin ya Rabb..
Oh, sudah semakin ramai sahabat-sahabat aku mendirikan rumah tangga. Ramai juga yang sudah berbadan dua dan beranak-pinak. Oh, terasa semakin lama, semakin kesunyian hidup aku tanpa kawan-kawan lagi. Jauh berbeza sewaktu di zaman persekolahan dulu, langsung tidak pernah terdetik di fikiran bahawa kawan-kawan akan pergi kerana telah mendirikan rumah tangga. Oh, zaman ketensionan bermula..
Walau apapun tujuannya untuk berumahtangga,usia bukanlah faktor yang menentukan bahagia atau tidak nya seseorang itu apabila melayari alam rumahtangga. Umur 25 bukanlah terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga, dan umur 30 bukanlah usia yang terlalu lewat untuk mengatakan bahawa alam rumah tangga itu harus dijalani pada usia tersebut. Apa yang penting bagi aku adalah cukupkah persediaan untuk menggalas tanggungjawab? cukupkah ilmu dan ketahanan untuk melayari hidup dengan seseorang yang bergelar suami, di mana syurga ini nanti akan beralih dari tapak kaki ibu ke tapak kaki suami? Dan yang paling penting, redhakah aku untuk menghadapi pelbagai cabaran emosi apabila melangkah ke alam rumah tangga nanti? Ingat..... sebahagian besar dari faktor yang membawa si wanita ke syurga adalah dengan bergelar ibu dan isteri.... Namun, sebahagian besar juga faktor itu yang membawa wanita itu terjunam ke neraka.. nauzubillah..
Hidup bergelar suami isteri memang indah hakikatnya, namun, cabaran itu lebih besar dari keindahan tersebut. Maka oleh sebab itu, usahlah terburu-buru nak bernikah andainya diri belum cukup persediaan mental, fizikal, material dan juga rohani.
Apapun, aku hanya meletakkan segalanya di tangan allah.. yang pasti, walau tidak menjelma sekalipun hari tersebut, aku tetap akan membuat persediaan untuk diri aku sendiri. InsyaAllah aku akan berusaha untuk menjadi seorang wanita, muslimah, isteri, ibu yang baik.. insyaallah.. semoga dipermudahkan..
Hari ni aku teringin sangat mencoret setiap apa yang berlaku dalam kehidupan aku kebelakangan ini. Banyak perkara yang pahit jua yang manis yang aku tempuhi namun entah kenapa sukar sangat untuk mengarang walau secebis ayat. Entah kenapa..
Setiap apa yang aku coretkan di sini, hanya untuk aku jadikan pengajaran di masa akan datang.. supaya aku tak terlupa bahawa aku pernah menempuhi pengalaman demi pengalaman, yang merupakan universiti sebenar dalam kehidupan.
Kebelakangan ini, alhamdulillah hidup aku berjalan dengan lancar.. di universiti, masa untuk pengajaran, masa untuk penyelidikan, dan masa untuk mengarang jurnal dan tesis berjalan dengan baik. Aku juga dapat setiap hari membaca tafsir al-quran, terasa berkat hidup ini. Alangkah indah kalau setiap detik yang aku ada dalam hidup ini terisi dengan berbuat kebajikan? Allah, sungguh aku tidak ingin Engkau golongkan aku dalam golongan yang lalai dan mensia-siakan usia di dunia ini..
Namun,dalam ketenangan yang aku cari dan aku alami, ada sekilas kesuraman yang melanda dalam hati aku. Dia masih juga bergelumang dalam puncak maksiat dan dosa.. nauzubillah.. aku sangat mengesali akan perbuatan dia. Walaupun dulu dia kerap mengadu pada aku tentang betapa dia tidak tenang, dia resah gelisah, namun apa ini????? Dia masih juga di takuk lama walau berjuta kali aku menasihatinya. Akhirnya, aku melepaskan dia pada Mu ya Allah.. Engkau lebih tahu daripadaku.. Engkau Maha Berkuasa..
Kau datang ketika duka Dan bintang bercahya Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut Lemas mencari tempat berpaut Kirimkan aku kekuatan Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira Perih pedih tanggung derita Sungguh aku bukan wali Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka Dan bintang bercahya Tunjukku ke jalan syurga..
Terlalu lama aku mencuba Terlalu banyak cinta yang ku damba Tiada yang sempurna hanyalah fana Tuhan.. ampuni hambaMu
Kau datang ketika duka Dan bintang bercahya Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam Memecah dendam yang lama diam Ku tanggalkan baju dunia Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu Tempat mengadu segala rindu Limpahiku rahmat kasihmu Dalam Tahajjud Cinta bersujud
8- diantara mereka ada yg berkata : Kami telah beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, padahal mereka tidak beriman.
9- mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka tidak menipu (orang lain) hanya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar.
10- Dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka), lalu ditambah Allah penyakit itu, dan untuk mereka itu siksa yang pedih, kerena mereka berdusta.
11- Apabila dikatakan kepada mereka; Janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi, maka jawab mereka : hanya kami berbuat kebaikan.
12- Ingatlah, sesungguhnya mereka itu berbuat bencana tetapi mereka tidak sedar.
13- Apabila dikatakan kepada mereka : Berimanlah kamu, sebagaimana manusia telah beriman, mereka berkata : Adakah kamu akan beriman sebagaimana orang-orang bodoh telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
14- Apabila mereka menemui orang-orang yang beriman, mereka berkata : Kami telah beriman. Tetapi bila mereka bersembunyi dengan ketua2nya, mereka berkata pula : Sesungguhnya kami beserta kamu juga, hanya kami memperolok-olokkan (orang2 beriman).
Surah Al-Baqarah ayat 8-14.
Itulah ciri-ciri orang munafiq; iaitu orang yang pada lahirnya beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, tetapi sebenarnya mereka masih tetap di dalam kekafiran. Orang-orang yang munafik itu dalam keraguan. Sebenarnya mereka itu mendengar petunjuk al-Quran sebagai suluh yang menerangi hatinya. Tapi kerana mereka dipengaruhi oleh kebiasaan mereka, maka petunjuk itu tidaklah diturutnya. Seolah-olah mereka, waktu ada dalam cahaya petunjuk al-Quran itu, mereka masih kembali kepada gelap-gelita.
Nauzubillah..moga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan munafiq.. amiin..
Malam tadi, babah tiba-tiba je nak cuba skill memasak dia.. Aku sebenarnya agak terkejut gak la, sebab before ni memang payah tersangat2 nak tgk babah dok kat dapur dan memasak.. huhu.. tapi entah nape tadi, babah suruh aku tolong ajar masak mi hun goreng.. jadi, aku pun dengan penuh excited, tolong la tunjuk skit2 apa yang patut..huhu..
Bila tengok babah kelam kabut masak, potong sayur, potong daging ngan ayam, aku rasa cm kesian sangat kat babah.. macam bersusah payah sangat babah cuba memasak mi hun tu.. hati aku ada la rasa sedih gak, kalau boleh, biar aku yang tolong masak semua kasi siap, babah tinggal nak makan je.. tapi kali ni babah beriya-iya sangat nak memasak.. jadi untuk memudahkan babah, aku tolong kacau2 skit apa yang patut..
Dah lepas masak tu, aku rasa..wah! sedap! huhu.. walaupun tak sesedap masakan mama, tapi memang patut dipuji la kesedapan mihun goreng babah, sebab untuk orang yang 1st time kan belajar buat mihun goreng.. huhu.. Walaupun time tu perut aku full sebab baru je lepas makan malam,tapi aku gagahkan jugak makan menambah mihun goreng babah.. aku tak sampai hati tengok babah bersusah payah masak, then mihun tu tak habis.. aku seboleh daya nak tolong habiskan jugak kasi licin, at least babah akan rasa happy sebab usaha dia berbaloi..
Masa makan tu, aku rasa cam sayang sangat kat babah.. bila memikirkan susah payah babah masak tadi, rasa sayu sangat hati ni.. sebab memang selama ni babah jarang sangat ke dapur.. jadi bila aku nampak situasi tadi, aku rasa sangat sedih, sebab kalau boleh aku taknak langsung buat babah letih memasak macamtu..
Ya Allah.. ampunilah dosa kedua ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.. kurniakanlah keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan kepada mereka.. jauhilah mereka dari azam seksa di dunia, mahupun di akhirat nanti.. sesungguhnya, tanpa mereka sudah tentu aku tidak akan mengenal agama Mu.. takkan hidup berlandaskan kitabMu.. ya Allah.. sejahterakanlah mereka di dunia dan di akhirat.. amiin ya Rabb..
Cinta hakiki adalah cinta kepada Allah.. Cinta yang tidak pernah mati, tidak pernah membuatkan pencintanya menangis, apatah lagi membuatkannya kecewa.. Itulah cinta yang paling agung, iaitu cinta pada Ilahi..
Namun sebagai manusia biasa, aku tidak dapat menolak bahawa aku harus menyayangi seseorang di dalam hidup yang sementara ini, agar tidak merasa kesunyian, tidak merasa kebosanan, dan untuk melengkapi diri dengan kebahagiaan walaupun bersifat sementara..
Hakikatnya, di mana bermulanya cinta yang sudah tentu diliputi dengan kebahagiaan, ianya pasti diakhiri dengan tangisan, menandakan bahawa berpisahnya seseorang dengan orang yang disayangi, samada bercerai hidup,mahupun bercerai mati..
Itulah kegelisahan aku apabila menyintai manusia.. Cinta itu pastikan berakhir dengan tangisan..
Untuk itu, aku sentiasa berdoa agar cinta ini hanya tetap padaMu Allah.. dan hanya kasih yang mampu aku berikan untuk manusia.. Aku sentiasa berharap agar hati aku tidak mudah goyang dengan pujukan dunia dan hawa nafsu, di mana apabila aku melihat manusia berkasih-kasihan dengan membelakangi Yang Maha Berkuasa, penuh hawa nafsu, cinta palsu, cinta yang memperdayakan.. nauzubillah..
Walaupun hakikatnya pasangan ini kemungkinan mengakhiri hubungan mereka dijinjang pelamin, namun apakah keredhaan Allah bersama mereka seiring dengan kemungkaran yang mereka lakukan sebelum bernikah dahulu? Allah.. sesungguhnya berat sungguh melawan hawa nafsu.. Benarlah Allah berfirman bahawa jihad yang paling utama adalah jihad melawan hawa nafsu..
Alhamdulillah seminar di Penang telah selesai dengan baik. Mencari hikmah di dalam perjalanan hidup.. mencari kekuatan di dalam kelemahan.. mencari ruang di dalam kesempitan.. jua mencari cahaya di dalam gelita..
Demi sebuah hikmah.. aku jalani hidup ini dengan bergantung sepenuhnya pada rasa hati.. rasa hati yang berpandukan pada Ilahi.. setelah puas aku hidup untuk membahagiakan orang lain, mengorbankan diri untuk orang lain, dan membunuh diri sendiri untuk kesenangan orang lain, sudah tiba masanya untuk aku bangkit menuju suatu destinasi yang aku tidak tahu apa pengakhiran nya tetapi hanya satu kepastianku, iaitu mencari redha Allah..
Aku pergi meninggalkan insan yang tidak dapat membantu aku mencari redhaNya.. aku membuang mereka dari hidup aku walaupun mereka masih menjengah aku sekali sekali.. namun untuk apa mereka mencari aku? kerana aku adalah zon selesa mereka.. zon selesa..
Sebagai seorang yang kerap menjadi zon selesa seseorang, aku adalah sasaran untuk mereka melepaskan kebosanan dan akan hanya meninggalkan aku apabila ada manfaat yang lebih baik dari insan lain. Jua dikala itu, aku pastinya akan teraba-raba bersendirian mencari punca, apakah aku yang bersalah, apakah aku yang menjadi punca, mengapa mereka tidak mencari aku, ke mana menghilangnya mereka... ya, penuh 1001 persoalan yang membuatkan aku kecewa dan hampa..
Yang pasti, di saat kekecewaan itu tiba, aku hampir saja tidak menemui jawapan pada persoalan.. kerana kerap kali jawapan yang dilontarkan ialah "kamu tidak pernah ada salah apa2 pada saya..".. Namun mengapa jadi begini?kenapa kamu pergi?
Memikirkan hakikat itu, aku kini adalah insan yang sedang mengevolusikan pemikiran aku untuk tidak menjadi zon selesa sesiapa lagi. Aku rela membiarkan mereka pergi dari aku sendiri yang akan mati dengan tindakan mereka terhadap aku seterusnya. Aku menjadi seorang insan yang tidak lagi memerlukan kawan yang terlampau baik untuk 'sehidup semati'.. kerana hakikatnya, manusia hanya akan ada Allah di sisinya..di saat waktu telah berakhir, hanya 1 peneman yang tidak akan mati.. iaitu Allah..
Sekarang ni, situasi tidak membalas sms, menjawab panggilan telefon, menghantar komen dan testimonial di laman web telah bermula. Aku ingin menyahpedulikan kawan yang hanya berkepentingan apabila bersahabat.. supaya aku tidak terjerat lagi sperti suatu masa yang lalu..
Ya Allah... bukanlah niatku untuk memutuskan silaturrahim.. walaupun mereka tidak lagi aku hubungi, namun mereka tetap akan ada dalam doa-doaku dipenghujung solat ku.. supaya mereka sentiasa bahagia.. diberkati..dirahmati olehMu..
walau aku tidak disayangi.. namun aku masih ada untuk menyayangi..hanya Engkau Maha Mengetahui..